INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN
Hakikatnya, manusia tidak terlepas dari lalai dan membuat kesilapan.
Oleh itu ingat-mengingati sangat penting sesama manusia terutama anda
yang duduk dalam badan fisabilillah.Ingatlah bahawa, kita adalah benteng
terakhir sekiranya polis dan tentera sudah tidak mampu menyelamatkan
negara. Kita harus redha jika diberi kerja tanpa gaji semata-mata untuk
mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air kita! Inilah perjuangan Fi
Sabilillah di Malaysia. Duduk dalam badan Fi-Sabilillah, kita
perlulah memahami apa yang telah dilafazkan semasa mula-mula naik dulu.
Jangan salah guna, nanti kifarah akan diterima. Duduk dalam badan
fisabilillah ini sangat istimewa, tapi ia boleh jadi paling teruk jika
kamu melanggar apa yang kamu lafazkan dulu. Di sini saya ingin mengambil
peluang untuk mengingatkan diri saya dan ahli seperjuangan sekalian,
janganlah sesekali kita membezakan antara adik beradik kita. Tidak kira
siapa, atau dari mana asal pun, kita semua satu perjuangan.Jangan
sesekali memutuskan hubungan di antara kita, RAHSIA 'dalam' tidak
seharusnya dibuka pada yang bukan SEJALAN dengan kita. Ini AMANAH...
jika kamu 'buka' kifarah akan menimpa kamu,apatah lagi memutuskan
hubungan sesama kita! Jika ada yang berselisih faham sampai ingin
memutuskan hubungan sesama kita, hendaklah kita mengingati sesama kita,
kadang-kadang kita terlupa hubungan kita ini akan kekal. Walauapapun
alasan, TIDAK AKAN SESEKALI hubungan ini boleh diputuskan! Saya
minta, agar kita semua memahami perjuangan sebenar, jumpa Ayahanda atau
Kekanda untuk mengaji sampai pandai. Pandai=tahu+faham+aplikasi. Jangan
lalai dan lupa. Pihak musuh sentiasa memerhati kita dan sentiasa
mencari jalan untuk memecah belahkan kita! Janganlah kita terpengaruh
dengan hasutan yang boleh merosakkan tali persaudaraan kita!
Ingatlah dunia ini kita duduk sekejap saja! Semuanya akan musnah dengan
kehendak ALLAH. Hanya ALLAH saja yang akan kekal! Apa pun yang kita buat
hanya kerana ALLAH! PERJUANGAN FI-SABILILLAH ADALAH KERANA ALLAH! Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin, Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah. Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah,
berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan)
assabiyyah” [HR Abu Daud]. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar
memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak
mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah… Rasulullah
SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari
umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa. Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...??? Allah SWT berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208) Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!! Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!! Ingatlah wahai saudaraku... Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak. MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ulasan ini harus menjadi pengajaran kepada semua. Dalam badan
fisabilillah... sebab tu Agama diletakkan pada awal perjuangan. Iaitu
Agama Bangsa Dan Tanah Air. Kerana sesetengah sikap ahli kita diluar
sana, ramai yang menganggap kita asabiyah. Hendaklah kita
memahami matlamat asal kita. Dalam negara kita ini, kita mempertahankan
Agama (termasuk orang se Agama dengan kita, kemudian Bangsa dan yang
terakhir Tanah Air.) Bersatu dalam Kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah. Hidupkan panji panji hitam dari arah timur... INSYAALLAH!!!
No comments:
Post a Comment