Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

26 May 2010

AHLI FISABILILLAH SILA AMBIL PERHATIAN:


Say No To Freemason!

Kenali Musuh Sebenar Fisabilillah :

Untuk post kali ini saya akan menulis tentang mengenal musuh kita iaitu FREEMASON!

Tentang Freemason ini anda boleh banyak baca di internet. Tapi untuk posting ini saya akan cuba menulis seringkas mungkin berkaitan pertubuhan ini.

FREEMASON didalangi oleh DAJJAL. Ia satu pertubuhan rahsia yang telah disertai oleh orang-orang berkuasa dunia, termasuk ketua-ketua negara berpengaruh di dunia. Tujuan FREEMASON ialah untuk membina haikal Sulaiman di tapak masjidil Aqsa dan menakluki dunia. Tapi halangan untuk cita-cita si DAJJAL ini ialah ISLAM! Sebab itu lah mereka dari dulu sedaya upaya untuk memecah belahkan ISLAM dan menyebabkan orang ISLAM berperang sesama saudara! Mereka ini sangat licik dalam membuat perancangan.

SAUDARA SEPERJUANGANKU SILA AMBIL PERHATIAN!



ILLUMINATI adalah cabang kepada FREEMASON! Mereka menggunakan permainan Ilusi untuk menakluki dunia... MATA ialah tempat serangan mereka kerana MATA merupakan jendela hati. Bagaimana? Antara ahli freemason yang terkemuka ialah steven spielberg dan penghasil filem-filem besar dunia. Mereka menggunakan filem dan media untuk memperbodohkan dunia. Bila manusia lihat filem-filem tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi fikiran bawah sedar manusia... dan akan masuk menjadi norma masyarakat setempat secara halus! Inilah cara mereka menyampaikan dakyah serta permainan ilusi mereka kepada dunia. Contohnya; mereka ingin membodohkan dunia mengatakan tentera US adalah yang terhebat, mereka cipta cerita seperti RAMBO. Dah orang kita percaya bahawa askar US hebatnya seperti RAMBO secara tak langsung telah menanamkan rasa takut dan rendah diri kepada mereka yang tidak memahami permainan ILUSI mereka ini. Lihatlah sekeliling anda.... apa yang terjadi pada anak bangsa kita? mereka sudah pun terpengaruh dengan ilusi-ilusi tersebut... sungguh menyedihkan situasi ini! Mereka cipta macam-macam hiburan untuk melalaikan kita...
Saya AMANAHKAN kepada ahli fisabilillah yang membaca artikel ini untuk menyampaikan kepada saudara seperjuangan kita yang lain! Ini kerana ramai yang tidak sedar yang kita sedang dipermainkan oleh golongan-golongan dajjal ini.
Klik link untuk mengetahui buah salam freemason:
http://www.youtube.com/watch?v=Sk2L5mcJgYk

Klik link untuk mengetahui simbol rahsia Freemason:
http://www.youtube.com/watch?v=4P1rxW1TJ0c&NR=1

Saya akan tunjukkan bagaimana mereka cuba menakluki dunia!
Untuk memerangi mereka, kita perlu mengenali mereka dulu. Saya akan kemukakan sedikit maklumat freemason kepada anda:

(rajah satu)

Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji, simbol dan maksud tersirat yang terkandung dalam gambar di atas ialah seperti berikut:

1. 13 tingkat piramid, di mana nombor 13 selalu dikaitkan sebagai nombor yang tidak bertuah (akan tetapi, ianya bertuah hanya untuk kumpulan mereka sahaja).

2.Simbol mata satu (Eye of Providence), ditafsirkan oleh barat sebagai tuhan yang sentiasa melihat kelakuan manusia. Bagi umat Islam, ianya merupakan simbol dajjal.

3.Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut)

4.Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.

5.NOVUS ORDO SECLORUM, bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order".

6.ANNUIT COEPTIS, bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."

7.THE GREAT SEAL. Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.

8.MDCCLXXVI, bermaksud 1776 iaitu tahun kelahiran organisasi Bavarian Illuminati (Order of the Illuminati) yang diasaskan oleh Adam Weishaupt. Illuminati ialah golongan tertinggi dalam hirarki pertubuhan Freemason.

9."IN GOD WE TRUST…..ONE" (Rajah 2). Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar yang sepatutnya berbunyi begini "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).

10.ONE (1) membawa erti "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).

Rajah2 - Bahagian Belakang Wang Kertas Satu Dollar Amerika.
3 - Great Seal of the United States (Gambar kiri: bahagian hadapan Great Seal.Gambar kanan: bahagian belakang Great Seal)

FREEMASON PENANG ---> http://www.rpwlodge.com

Antara kelab yang cover freemason ialah Lions Club International dan Rotary International. Mereka bergerak untuk khidmat sosial untuk mengaburi mata... Ini bukan cerita rekaan, sila download slide powerpoint berikut:
http://www.saintsalive.com/freemasonry/uncoveringfreemasonry.ppt



LOGO FREEMOSON :


SEKUTU FREEMASON


columbia tristar


Antara teraju utama Freemason :


Kepercayaan Freemason

Mereka sebenarnya menyembah berhala dan sangat percaya pada ramalan-ramalan kuno!

SAY NO TO FREEMASON

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

18 May 2010

Apakah Perjuangan Sebenar Kita Di Dalam Tentera Fisabilillah?



Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa PERTUBUHAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya Pertubuhan ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya Pertubuhan ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asa atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?

a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?

Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.

Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.

Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:

PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA : MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.

Sekian Terima Kasih . WASSALAM...

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

14 May 2010

Matlamat Sebenar Fisabilillah !



Entry kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh... jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu. Saya tak peduli!

Sila jawab soalan ini....
Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham.... dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini... naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idol mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat... itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan.... semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!




Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah... bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat.... jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka... nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak... tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu... tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam...

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Tentang 313 dan baiah fisabilillah


Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

----------------------------------------------------------------------------------

Sejarah ringkas baiah tentera fi sabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.


3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”
Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

30,36 dan 77

Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.

Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.

TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.



Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).

Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?


Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.

TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.



Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.

Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.

Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.



Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:

1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?




Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:

7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.


7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.


Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:

1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?

Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.

Wallahualam.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

05 May 2010

AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR



وَلتَکُن مِنکُم أُمَّةٌ یَدعُونَ إِلِی الخَیرِ وَ یَأمُرُونَ بِالمَعرُوفِ وَیَنهَونَ عَنِ المُنکَرِ وَ أُولَئِ هُمُ المُفلِحُونَ.
“Hendaknya ada dari kalian sekelompok ummat yang menyerukan kepada kebaikan dan memerintahkan untuk melaksanakan perkaya yang layak dan mencegah dari keburukan dan mereka itulah yang menang” (Qs Al-Imran/104).Setiap manusia bertanggung jawab terhadap perbuatan baik dan buruk person masyarakat, dengan demikian jika terjadi pengabaian perkara-perkara wajib, atau perkara haram berlaku, maka berdiam diri dan tidak peduli terhadapnya tidak diperbolehkan, dan hendaknya seluruh anggota masyarakat wajib menegakan kewajiban dan menghalangi keharaman,amalan ini disebut amar markuf dan nahi mungkar.

Pentingnya Amar makruf dan Nahi mungkarDari sebagian sabda para Imam maksum alaihimu-salam demikian artinya: “Amar makruf nahi mungkar adalah dari paling penting dan mulianya kewajiban”. (kitab Al-kafi/ j4/ h55)., “Kewajiban-kewajiban agama mampu bertahan disebabkan adanya Amar makruf dan nahi mungkar”.(K.Wasa’ilul-Syiah/j11/h394) , “Jika masyarakat meninggalkan Amar makruf nahi mungkar, maka person-person yang tidak layak akan berkuasa di atas mereka dan doa-doa tidak lagi terkabulkan”.
(K.Nahjul-Balagah/surat47).

Definisi Makruf dan Mungkar:
Dalam hukum agama Islam, seluruh kewajiban dan perkara-perkara mustahab/sunah disebut Makruf dan seluruh keharaman dan perkara makruh disebut Mungkar, dengan demikian mengajak setiap masyarakat untuk melakukan kewajiban dan mustahab disebut Amar kepada Makruf dan mencegah mereka dari pekerjaan haram dan makruh disebut Nahi dari Mungkar. Hukum Amar makruf nahi mungkar adalah Wajib kifayah, yang berarti; Jika sebagian anggota masyarakat telah dapat melaksanakan–dengan kecukupannya-, maka gugurlah kewajiban itu bagi yang lain, dan jika seluruh anggota masyarakat meninggalkannya dengan keadaan memiliki syarat-syarat untuk menunaikannya maka semua mereka berdosa karena meninggalkannya. Amar Makruf Nahi Mungkar diwajibkan dengan adanya beberapa syarat-syarat yang terkait,dengan demikian ketika tidak memenuhi syarat maka taklifpun gugur.
Syarat-syarat Amar Makruf Nahi Mungkar:
1. Pelaksana Amar Makruf Nahi Mungkar hendaknya mengetahui perkara munkar (haram) yang dilakukan dan perkara ma'ruf (wajib) yang ditinggalkan oleh orang lain, jadi orang yang tidak mengetahui perbuatan haram yang dilakukan atau perkara wajib yang ditinggalkan oleh orang lain maka tidak wajib melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar terhadapnya.
2. Pelaksana Amar Makruf Nahi Mungkar mengetahui kemungkinan ada kesan bagi objeknya, oleh karena itu jika ia tidak mengetahuinya maka tidak wajib untuk mejalankan Amar Makruf Nahi Mungkar terhadapnya.
3. Pelaku dosa (munkar) diketahui berkeinginan untuk melanjutkan perbuatan dosanya, dari itu jika diketahui atau disangka atau adanya kemungkinan yang besar sipelaku dosa akan meniggalkan atau ia setuju untuk tidak melakukannya lagi, maka tidak wajib beramar makruf nahi mungkar terhadapnya.4. Pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar hendaknya tidak membawa bahaya bagi jiwa, kehormatan atau harta secara nyata baik berkaitan dengan diri pelaksana Amar Makruf Nahi Mungkar atau bagi kerabat dekat, penolong, orang-orang yang bersama dengannya atau para mukmin lain.Amar makruf nahi mungkar dilakukan secara tahap-demi tahap, dari yang ringan hingga yang berat, apabila tahap yang ringan dianggap dapat membawa hasil maka pelaksanaannya dengan tahap berikut tidak diperbolehkan.

TAHAP-TAHAP PELAKSANAAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Pertama:
Dengan pelaku maksiat hendaknya diberi kefahaman bahwa dengan sebab dia (pelaku) melakukan dosa demikian, maka akan diperlakukan demikian – amar ma'ruf nahi munkar-, seperti memalingkan muka darinya atau dengan wajah marah berdepan dengannya atau tidak pergi dan datang kepadanya.Kedua: Amar dan Nahi dilakukan dengan ucapan mulut yaitu kepada orang yang meninggalkan kewajiban diperintah supaya melakukan kewajibannya dan kepada pelaku dosa diperintahkan supaya meninggalkan prilaku dosa itu.Ketiga: Amar makruf nahi mungkar dengan menggunakan tindakan keras/paksaan* (menurut pandangan marjaiat Al-Imam Sayyed Ali Khamenei (hf): Dengan memperhatikan peringkat ketiga ini hanya dapat dilaksanakan ketika berdirinya pemerintah Islam karena memiliki aparat keamanan yang berkuasa seperti Lembaga kehakiman, kepolisian dan penjara, khususnya berkenaan dengan mencegah mungkar yang bergantung pada menggunakan harta sipenjenayah atau perlu adanya sangsi atau dia dipenjarakan, oleh karena itu bagi para mukalaf secara umum hanya diwajibkan melaksanakan Amar makruf Nahi mungkar dalam dua tahap pertama saja, jika tidak ada kesan dan dianggap perlu adanya tindakan paksaan maka hal ini diserahkan kepada kepolisian atau kehakiman. (Ajwibaul- istiftaa’at, j1 h337 msl 190).

PENJABARAN HUKUM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Setiap mukalaf (seorang yang sudah terkena taklif –kewajiban agama: bagligh, berakal) Wajib mempelajari syarat-syarat Amar makruf Nahi Mungkar dan berbagai hal berkenaan dengannya supaya tidak salah dalam melaksanakannya.Jika diketahui pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar tidak akan berkesan tanpa adanya nasehat dan permohonan yang penuh sopan, maka wajib membarengkannya dengan nasihat dan permohonan yang penuh sopan. Demikian juga jika diketahui akan dapat berkesan dengan permohonan yang sopan saja (tanpa ada ucapan amar dan nahi) maka wajib melakukan hal itu.Jika diketahui atau diberi kemungkinan bahwa Amar dan Nahi akan dapat berkesan jika diadakan berulang-ulang maka wajib diulang-ulang. Maksud dari berkeinginan dalam berbuat dosa - yang disebut sebagai syarat ketiga diatas-, bukan melakukan perbuatan dosa itu sekali lagi atau mengulangnya pelaksanaan perbuatan dosa itu sendiri, walaupun satu kali berikutnya ia ingin lakukan, seperti jika seseorang telah meninggal satu kali shalat wajib, dan pada kali berikutnya ia hendak meninggalkannya lagi maka wajib melaksanakan Amar Makruf terhadapnya.Dalam pelaksanaan Amar makruf Nahi mungkar tidak diperbolehkan melukai dan melakukan pembunuhan terhadap pelaku maksiat tanpa izin hakim syar’i, kecuali kemungkaran yang dibuatnya sebagai perkara yang sangat penting (urgen) menurut Islam; seperti seseorang hendak membunuh orang yang tidak berdosa, untuk mencegahinya tidak mungkin tampa melukainya.Dalam pelaksanaan Amar makruf Nahi mungkar tidak disyaratkan dengan niat qurbat (untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah swt), namun maksud dari kewajiban ini adalah terlaksananya makruf dan tertinggalkannya kemungkaran, tetapi kalaupun dibarengi dengan niat qurbat maka akan mendapat dua pahala.Dalam menegakan kewajiban Amar makruf dan Nahi mungkar tidak ada perbedaan antara dosa besar dan dosa kecil, jadi terhadap pelaku dosa kecil juga wajib melasanakan Nahi mungkar.Jika seseorang berniat melakukan pekerjaan haram, lalu dia memulainya dengan melakukan perkara-perkara pengantarnya (pendahuluan sebelum tindakan asli: munkar), maka jika mukalaf:*.
Mengetahui perkara-perkara pengantar itu dapat terlaksanakannya pekerjaan haram, maka wajib mencegahnya.*.
Mengetahui dengan perkara-perkara pengantar itu pelaku munkar tidak dapat melakukan pekerjaan haram, maka tidak wajib Nahi terhadapnya, kecuali perkara-perkara pengantar itu sebagai kemungkaran juga, atau keberanian melakukan haram berupa maksiat, maka wajib dihalang.*. Tidak mengetahui dengan melakukan perkara-perkara pengantar itu ia akan berhasil melakukan pekerjaan haram atau tidak, maka tidak wajib Nahi terhadapnya, kecuali perkara-perkara pengantar itu sebagai kemungkaran juga, atau keberanian melakukan haram berupa maksiat, maka wajib dihalang.Jika mukalaf mengetahui atau memberikan kemungkinan bahwa pelaksanaan Amar makruf Nahi mungkarnya akan dapat berpengaruh jika dilaksanakannya secara berkelompok (bukan sendirian) dan jika sipenjenayah melakukan jenayah secara nyata didepan umum, maka boleh bahkan wajib melaksanakan Nahi terhadapnya secara berkelompok, dan jika tidak terang-terangan maka berdasarkan ikhtiat wajib tidak diperbolehkan melakukan Nahi secara berkelompok. Jika mukalaf mengetahui pelaksanaan Amar makruf nahi mungkar terhadap sipelaku dosa dapat berkesan melalui seseorang yang lain, maka wajib meminta orang itu untuk melakukannya. Jika kesan Amar makruf Nahi mungkar bergantung pada melakukan keharaman atau meninggalkan kewajiban, maka tidak diperbolehkan melakukan Amar makruf nahi mungkar, kecuali objek Amar makruf nahi mungkar itu berupa perkara yang sangat penting yang Allah swt tidak ridho jika tidak melanggarinya, tetapi untuk mencegahnya menyebabkan terlaksananya perkara yang tidak seberapa penting seperti untuk mencegah terbunuhnya seseorang yang tidak berdosa memerlukan masuk kerumah orang tampa izin.
ADAB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Selayaknya orang yang akan mengajak kepada makruf dan mencegah dari mungkar memiliki adab-adab sbb:Ikhlas dalam niat melakukannya hanya untuk keredhaan Allah swt dan bersih dari segala mencari kelebihan diri.Seperti seorang dokter yang penuh kasih-sayang dan sebagai bapak yang penyayang.Tidak juga merasa (dirinya) suci,karena mungkin orang yang sekarang melakukan kesalahan itu, mempunyai sifat yang baik yang menyebabkan kasih Allah padanya, walaupun amal yang tengah dilakukannya itu menyebabkan kemarahan Allah swt.
Artikel Ahkam Amar Makruf Nahi Mungkar ini dinukil dari kitab: “Pelajaran Ahkam” sesuai dengan fatwa Al-Imam Al-Khumaini ra dan fatwa para marja besar Islam lainnya.[IM/SI]
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

ERTI JIHAD DAN PERJUANGAN KITA



DALAM kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.
Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah. Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan. Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum."Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan. Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini. "Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai. Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa. "Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan. Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...