Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

LATAR BELAKANG

Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) merupakan pertubuhan berdaftar mengikut undang undang negara Malaysia di bawah  " Akta Pertubuhan Malaysia 1966 (Akta 355) " dan di daftarkan secara sah dengan "Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia" Kementerian Dalam Negeri (KDN ) dan diberi nama "Pertubuhan Muafakat Malaysia" (MUAFAKAT)."No Pendaftaran dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Kementerian Dalam Negeri(ROS)" : PPM-013-14-08072013 

Berikut ialah Logo Rasmi : Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) di bawah pucuk pimpinannya " YBhg. Datuk Haji Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie @ Paduka Ayahanda Cikgu Joe (PACJ) " :


                                                 ( Maksud Logo )

* Hijau Kuning Merah : Hijau menggambarkan Agama , Kuning menggambarkan Kedaulatan Raja Raja Melayu Islam dan Merah menggambarkan sanggup bersama sama berjihad untuk membantu mempertahankan kedaulatan tanahair.Ketiga tiga warna ini melambangkan perjuangan suci membela Agama Islam , Kedaulatan Raja Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam dan adat istiadat Melayu serta seiringan berjuang membantu pihak berkuasa untuk mempertahankan  tanahair daripada dipersendakan dan dipermainkan musuh-musuh Agama Islam.

* Bulan dan Bintang : Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia dan sumpah taat setia kepada Kedaulatan dan Institusi Raja-Raja Melayu Islam.

*Kalimah Allah dan Muhammad :  (Al-Quran) dan  Al - Hadis merupakan 2 pegangan utama perjuangan yang sentiasa dijadikan panduan serta halatuju perjuangan.

*Kitab : Kitab Al-Quran merupakan sumber rujukan dan panduan utama perjuangan mujahid mujahid fisabilillah (pada jalan Allah)

*30 : 30 Juzuk yang terkandung di dalam Al-Quran adalah sumber rujukan dan panduan perjuangan membela kesucian Agama Islam 

*114 : Bilangan surah-surah di dalam Al-Quran yang menjadi pedoman serta rujukan para pejuang-pejuang fisabilillah (pada jalan Allah)

*Menara Masjid : Tempat berkumandangnya Azan melambangkan seruan kepada umat Islam menuju "kejayaan" ( Hai Ya Alal Falah )

*Pedang Arab Bersilang : Pedang Arab  adalah lambang perjuangan tentera tentera Islam dari zaman kebangkitan Islam lagi yang digunakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda menentang musuh-musuh Islam.

* Alif Ba Ta : Alif = Agama Islam , Ba = Bangsa (Kedaulatan Raja Raja Melayu Islam) dan Ta = Tanahair.Melambangkan perjuangan membela Agama Islam , Kedaulatan Raja Raja Melayu Islam dan tanahair tercinta daripada dipersendakan dan dipermainkan oleh musuh-musuh Agama Islam.

*Starhill : Kawasan Pentauliahan dari pengiktirafan penasihat utama/pengasas MJBSM/MUAFAKAT Malaysia "Y.Bhg Datuk Haji Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie @ Paduka Ayahanda Cikgu Joe " sebagai " Paduka Ayahanda Penasihat" oleh " Y.Bhg Tok Ayah Paduka Utama Ayahanda Khalifah  Haji Daud Haji Wahab (bkm,pjk)" Penasihat Utama Pertubuhan Ayahanda-Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM)Y.Bhg Paduka Utama Ayahanda Khalifah Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (kmw,jp) selaku  Yang Dipertua "Angkatan Jemaah Ayahanda Semalaysia" (Jemaah Ayahanda) dan  "YBhg. Paduka Utama Ayahanda Diraja Datuk Seri Haji Mohd Rodzi Bin Datuk Haji Ahmad"  Penasihat Utama/Pengasas Pertubuhan Penawar 1 Malaysia (Penawar 30) dan menerima anugerah " Tokoh Paduka Ayahanda Muda peringkat Kebangsaan 2012 " dari "Yang Teramat Mulia  Paduka Utama Ayahanda Diraja Dato' Tengku Zainol Rashid Bin Tengku Yahya, DSDK, AMK".   Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah untuk kawasan :    "Starhill Bukit Bintang  Kuala Lumpur"

*P.A.C.J : Paduka Ayahanda Cikgu Joe ( YBhg. Datuk Haji Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie )

______________________________________________________________________

    Assalammualaikum Warahmatullahiwabarokatuh ... salam perkenalan buat semua barisan Yang Berbahagia Tan Sri,Datuk , Dato', Paduka Ayahanda , Ayahanda , Paduka Kekanda , Abang Long , Abang Ngah , Abang Chik , Kekanda Wanita dan Srikandi serta seluruh ahli-ahli seperjuangan Badan Berbaiah fisabilillah seluruh pelusuk tanahair yang sudi menziarahi blog rasmi  "Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia (MJBSM) dan Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT)" ini.Terima kasih kerana menyerikan blog ini dengan kehadiran anda semua.Salam ukhwah fillah abadan abada pada semua saudara seperjuangan yang menjadi pengunjung setia blog ini.Sesungguhnya "KITA SEMUA ADALAH SAMA DAN 1 PERJUANGAN" dalam membela kesucian Agama Islam ,Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Tanahair kita dari musuh-musuh Islam dan seiringan memperjuangkan konsep "Amal Ma'ruf Nahi Mungkar" ( Menyeru ke arah kebaikkan dan mencegah kemungkaran)...InsyaAllah,Takbir!!! ( Allahuakbar 3x )


 

" Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia 


"MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA" di asaskan oleh "YBhg. Datuk Haji Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie" @  " Paduka Ayahanda Cikgu Joe  "(PACJ)  dikenali sebagai BADAN KELUARGA atau lebih mesra dipanggil BADAN ADIK BERADIK. Ianya seolah-olah dilahirkan dari "SEPERUT-SEIBU" yang mana sama-sama merasai dan bertanggungjawab dalam mengukukuhkan lagi ikatan kekeluargaan atau SEBAGAI SATU BAPA (Ayahanda) yang bertanggungjawab luas di semua bidang perjuangan yang amanahkan sebagai perjanjian awal yang sama-sama diterima dengan kerelaan hati lebih-lebih lagi perjanjian kita dengan ALLAH semasa di Alam Roh dulu, termasuk Roh orang Islam dan Roh Kafir. Semuanya menjawab serentak YA! kamulah Tuhan kami sebenarnya . Menurut segala perintahMU dan Meninggalkan yang dilarang.

Sebenarnya perjuangan membela alif..ba..ta.. ini sudah lama diwujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.

Maksudnya perjuangan ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Perdana Menteri (Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak.

Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU )
mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa BADAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya BADAN ADIK BERADIK ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya BADAN ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asal atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?

a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?

Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM

Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.

Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.

Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:

PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA: MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.

Sekian Terima Kasih . WASSALAM...


( Gambar kenangan Pengasas dan Yang Dipertua "Pertubuhan Muafakat Malaysia" atau "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia" menerima tauliah dan pengiktirafan sebagai "Ayahanda Penasihat" oleh  Yang Dipertua Pertubuhan Ayahanda-Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM): "YBhg. Tok Ayah Paduka Utama Ayahanda Khalifah  Haji Daud Haji Wahab (bkm,pjk)" disaksikan oleh "YBhg. Paduka Utama Ayahanda Khalifah Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (kmw,jp) )
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...