Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

30 November 2010

Sedikit Pengenalan TENTANG "KONGSI GELAP" & Perbezaannya dengan Fi Sabilillah


Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.

Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Justeru itu tepuk dada tanya selera ?.. adakah Angkatan Tentera Fisabilillah yang memperjuangkan Agama,Bangsa & Tanahair & KONGSI GELAP patut DI SAMA kan ?

RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL !!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

29 November 2010

MAJLIS CONFERENCE AYAHANDA & MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

Telah berlangsung Majlis CONFERENCE antara Gabungan YM Ayahanda-Ayahanda Seluruh Malaysia Anjuran ( Gabungan Majlis Ayahanda Penasihat Wilayah & Selangor ) dengan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) SELANGOR DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) ISU Rusuhan Kaum & Perlunya Melayu BERSATU Agar peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali...Hasil kerjasama antara MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) SELANGOR DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) & Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor yang akan bergandingan di dalam memastikan seandainya rusuhan kaum terjadi TENTERA-TENTERA FISABILILLAH sentiasa bersatu & bergandingan "KE DEPAN" agar keamanan yang dikecapi berkekalan hendaknya...Takbir!!

Location
Hotel Holiday Shah Alam ( 13/11/2010 )


Program "SIREH PULANG Ke GANGGANG" Anjuran Kementerian Keselamatan Negara (KDN) khas untuk Gabungan Ayahanda-Ayahanda Seluruh Malaysia


YM AYAHANDA CIKGU JOE (M.J.B) bersama Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor di Majlis Conference bersama Kementerian Keselamatan Dalam Negara ( KDN )


YM Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B) & Ayahanda-Ayahanda yang hadir dari seluruh Malaysia




YM AYAHANDA CIKGU JOE (M.J.B) bersama Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor di Majlis Conference bersama Kementerian Keselamatan Dalam Negara ( KDN )



MAJLIS TERTINGGI ( GABUNGAN AYAHANDA WILAYAH & SELANGOR )



YM Paduka TOK AYAH Pak Lang Leh ( Sik ) ABANG kepada YM Paduka Ayahanda Ayahanda Syed Hussain Syed Mansor Al-Shahab (K.M.W.J.P)


YM Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B) & YM Ayahanda Ustaz Raden Mahad (kiri)





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

25 November 2010

Boleh mencuba.. Subhanallah.. Anda pasti akan mengkaguminya.

Assalamualaikum....


Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 November 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PEKIDA WILAYAH (16/10/2010)

Pada 16/10/2010 bertempat di Bulatan Kg Pandan,Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA WILAYAH).Majlis ini telah berlangsung mulai jam 6 petang - 12.30 malam.Syabas buat PEKIDA WILAYAH yang berjaya mengeratkan silaturrahim antara Ayahanda-ayahanda,kekanda-kekanda dan ahli seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya & Labuan dengan berlangsungnya Majlis ini dengan begitu meriah sekali.Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B) dan jemaah di bawah kepimpinannya juga tidak terlepas dari menghadiri majlis ini bagi mengeratkan ukhwah sesama jemaah-jemaah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya & Labuan.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...