Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

06 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Kami Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Se Malaysia mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011 " kepada semua pengunjung setia Blog ini dan seluruh saudara seperjuangan kita tidak kira dari majlis dan jemaah mana ... moga kenangan terindah di sekitar tahun 2010 akan membawa seribu makna dan moga azam tahun baru 2011 kita akan tercapai...salam perjuangan Alif...Ba...Ta... dari kami & " SELAMAT TAHUN BARU! "












Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

05 January 2011

Apa itu Fi Sabilillah ?


Situasi sebagai ahli fisabilillah hari ini telah melahirkan pelbagai kontroversi yang rata-ratanya ialah kerana maklumat yang disampaikan seringkali di tokok tambah oleh pihak-pihak yang merasakan diri seolah-olahnya tahu dan arif tentang fisabilillah sedangkan mereka sendiri tidak mengerti apa yang tersirat di sebalik fisabilillah itu sendiri.

Seperti pepatah melayu Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Fisabilillah ini dikenali sebagai satu badan yang bergerak secara berjemaah bersaksikan kalimah keramat “Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.” Dengan memikul tanggungjawab bersama ke arah satu matlamat iaitu berjuang kerana Allah.

Persoalan, mengapa badan fisabilillah ini perlu bergerak secara sulit/rahsia, kenapa ia tidak diperjuangkan secara terbuka sekiranya ia boleh membawa kepada keharmonian sejagat? Berbalik kepada sejarah fisabilillah itu sendiri. Rasulullah S.A.W juga tidak menjadi kan semua umatnya sebagai tentera fisabilillah sebaliknya Rasulullah hanya membaiahkan hanya 313 orang saja untuk tujuan tersebut. Bukan semua orang mempunyai perjalanan hidup yang sama, setiap insan ada perjalanan yang berbeza, hanya mereka yang dibukakan jalan dengan izin Allah, maka jadilah mereka sebagai ahli fisabilillah Begitulah sifat Allah yang Maha Kuasa, berhak memlilih SESIAPA SAJA yang dikehendakiNya untuk berada di jalan ini tanpa bersebab. Sekiranya saudara-saudara yang arif sekalian mempersoalkan tentang fisabilillah maka persoalan lain pula, siapakah yang saudara persoalkan sebenarnya?

Persoalan, bagaimana badan ini mendidik ahli-ahlinya, kerana sering kali hari ini ahli ini terlibat dengan banyak kes keganasan seperti memeras ugut, kegiatan mengutip duit dan banyak lagi aktiviti yang kurang sihat? Bukankah ia bertentangan dengan prinsip sebagai ahli fisabilillah ? Pertama sekali, badan ini tidak pernah pun dalam sejarah membuka sekolah untuk tujuan mendidik. Segala bentuk pedidikan adalah bermula dari rumah. Tiada piagam dalam badan ini yang menyuruh ahli-ahlinya untuk terlibat dalam kegiatan kurang sihat seperti yang dinyatakan. Apa yang saudara lihat hanyalah satu ilusi yang bukan bersifat hakikat. Untuk menjadikan pemahaman saudara lebih mudah dan jelas kami ambil satu analogi untuk menjelaskan maksud tersebut.

ISLAM sebagai Agama Ad Din. Itu kita tidak pernah pertikaikan. Islam menerapkan nilai-nilai murni untuk keharmonian sejagat. Betul! Itu hakikat. Itu juga kita tidak pernah pertikaikan. Islam sebagai cara hidup juga kita tidak pertikaikan. Persoalan, adakah apabila seseorang itu menjadi Islam, atau di kad pengenalan di tulis Agama: Islam akan menjamin bahawa saudara akan sentiasa mengamalkan segala nilai-nilai murni dalam Islam? Jawapannya, tentu tidak. Kerana kita adalah manusia biasa yang fitrahnya membuat kesilapan. Berbaiah sebagai ahli fisabilillah tidak menjadikan seorang itu Nabi/Rasul yang mana terpelihara dari membuat kesilapan. Berbalik kepada dunia Islam, kita lihat dunia di peringkat global, mereka melabelkan orang Islam sebagai apa? Terrorist? Adakah saudara seorang terrorist?

Sedar! Bangkit! wahai saudaraku sekalian, jangan lah kita bertikam sesama sendiri, janganlah kita mendengki dan bermusuhan sesama sendiri, kerana kita semua adalah bersaudara dalam Islam.

Kepada ahli fisabilillah yang masih tidur lena dibuai mimpi indah, bangunlah dari tidurmu. Kita semua perlu bersatu, hari sudah subuh, kita dah kena bangun, laksanakan tanggungjawab! Sudah sampai masanya kita bersama-sama berusaha kearah kejayaan! Kita ini ibarat cubit peha kiri,peha kanan pun terasa. Rajin lah berhubung dengan adik beradik dan bersama-sama lah bergerak membina kejayaan.

Akhir sekali, kami terima emel yang sangat banyak dari mereka yang menyatakan hasrat hati berminat untuk menjadi ahli fisabilillah untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Carilah Amir yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, minta petunjuk dari Allah, insyaAllah anda akan jumpa.

Kami bukan berjuang kerana ekonomi, kerana perjuangan berasaskan ekonomi /duit adalah satu alat yang boleh memecah belahkan umat Islam apabila sifat tamak merasuk ke dalam diri, bukan kerana untuk mendapat pahala kerana perjuangan ini adalah satu perjuangan berasaskan keikhlasan, bukan juga untuk mendapat syurga kerana syurga atau neraka itu adalah milik mutlak Allah.

KAMI BERJUANG HANYA KERANA ALLAH!
SEGALANYA DATANG DARI ALLAH DAN AKAN KEMBALI PADA ALLAH!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...