Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

31 July 2011

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan Al - Mubarak


Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka

Assalamualaikum dan salam 1 Perjuangan, bulan Rahmatbulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka datang lagi. Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita.
Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.


Selamat berpuasa
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitrah

    • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
    • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
    • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
        (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
    •  
        (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
    • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
    • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
    • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
      • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
      • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
      • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
      • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
    • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
    • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
    • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
    • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
    • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
      • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
      • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
      • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
      • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
      • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
      • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
      • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
    • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
      • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
      • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
      • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
      • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
      • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
        • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
        • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
      • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
      •  
      • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
      • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
      • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
    • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
    • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
    • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
    • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
    • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
    .
Semoga Ramadhan Al-Mubarak yang diimarohkan sebaik mungkin, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hambah ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.
Mari kita berdoa semuga ALLAH SWT beri hidayah kepada mereka yang rasa terseksa dengan kedatangan Ramadhan tak kiralah yang tua atau remaja Islam yang lansung tidak berpuasa di bulan ramadhan.
Kami Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia pohon ampun dan maaf jika ada kata-kata yang salah, tulisan yang menyentuh hati,  janji yang terlupa, prasangka buruk antara kita dan apa sahaja yang menyebabkan kemarahan keluarga dan rakan yang jauh dan dekat. Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka ini kita tidak menjadi orang rugi.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Hari Keluarga Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia & Majlis Jamuan Makan Malam (BBQ)

Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh mulia.Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia telah menganjurkan Majlis bersempena kehadiran bulan yang penuh mulia ini untuk ahli-ahli seperjuangan di dalam Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia.Pada 30.7.2011 jam 8.40 malam - 12.30 pagi telah berlangsung Hari Keluarga Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia & Majlis Jamuan Makan Malam (BBQ) bertempat di Pandan Court,Pandan Mewah Ampang Kuala Lumpur.Majlis ini telah dihadhiri oleh seluruh ahli-ahli Jemaah BAHTERA SAMUDERA yang berhampiran.Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis diadakan



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

28 July 2011

Ahli-Ahli Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia di Majlis Pentauliahan Watikah & Selempang Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia

Gambar-gambar ahli-ahli Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia di Majlis Pentauliahan Watikah & Selempang Pertubuhan Kebajikan Al - Ehsan Islamiah Malaysia bertempat di KK CLUB , Taman Melawati , Kuala Lumpur pada 30.7.2011



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

20 July 2011

KEMUNCULAN IMAM MAHDI YANG SENTIASA DINANTIKAN DI DUNIA AKHIR ZAMAN INI



Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.
Nama Imam Mahdi
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Ciri-ciri Imam Mahdi
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.
Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:
Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji
Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.
Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.
Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.
Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.
Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).
Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)
Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran.[perlu rujukan]
Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:
yaitu orang-orang yang memecah belas agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada gologan mereka
Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjaya dipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.[perlu rujukan]
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)
Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)
Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri. Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya. [perlu rujukan]
Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)
Kepemimpinan Imam Mahdi
Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.
Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.
Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

16 July 2011

Sejarah Baiah Tentera Fisabilillah


Sejarah ringkas baiah tentera fisabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.1) BAI’AH ‘AQABAHSebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRATiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

10 July 2011

Bagaimanakah Cara Islam dapat dibangkitkan semula supaya gah di mata dunia


Setiap orang yang mengaku beragama Islam, mahu tidak mahu pasti inginkan Islam
memerintah negara ini khususnya, dan dunia ini amnya. Namun ramai yang masih tidak mengetahui
bagaimanakah caranya Islam dapat naik semula untuk memerintah dunia ini. Masih ramai yang
tertanya-tanya bagaimanakah caranya Islam boleh muncul sebagai kuasa baru dunia itu. Dan masih
terlalu ramai yang tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam naik. Selain itu, masih ramai
yang keliru dengan kaedah kemunculan semula Islam pada kali ini.
Akibat daripada itu, ramailah yang mengikut-ikut sahaja cara yang sedia ada. Ramailah yang
taklid buta dan yang mentaklidbutakan orang, sedangkan pada masa yang sama mereka sibuk
mengajak orang ramai supaya jangan bertaklid buta, kononnya tidak akan maju sampai bila-bila.
Masing-masing masih tidak jelas apa itu pemerintahan Islam yang sebenar, dan jika dikatakan
kepadanya bahawa Islam naik tidak melalui kaedah politik yang digunakan pada hari ini, tiba-tiba
sahaja mereka akan garu kepala yang tidak gatal. Tidak kurang pula yang terus menolak tanpa berfikir
lagi dan sebagainya.
Setelah itu, timbul pula beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab dengan penuh
saksama dan tepat menurut kehendak ajaran Islam yang tulen. Antara persoalan utama yang selalu
diajukan jika diberitahu kepadanya bahawa Islam tidak naik melalui sistem yang sedia ada ialah,
apakah kaedah itu adalah;
1. Kaedah politik Barat, yang menekankan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi yang
diasaskan oleh Barat, sistem politik ala-Barat atau menggunakan gabungan antara sistem
demokrasi yang disesuaikan dengan Islam ( ½ demokrasi dan ½ lagi Islam )?
2. Kaedah rampasan kuasa seperti yang pernah digunakan di Pakistan, Afghanistan, Libya dan
Iran?
3. Kaedah jihad terhadap yang berlainan agama seperti mengebom gereja-gereja, menyerang
kuil-kuil dan membunuh pengikut-pengikut mereka seperti oleh KMM, Al-Ma’unah, GAM, JEMAAH ISLAMIYYAH. TALIBAN
dan MILF?
4. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu pengetahuan seperti yang sering dilaung-laungkan
oleh para sarjana dan cendekiawan Islam di hampir setiap puncak menara gading?
5. Kaedah penguasaan ekonomi seperti yang dicanang dan dipraktikkan oleh para usahawan
dan koperat Islam?
6. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam yang menekankan penghayatan secara tebuk-tebuk seperti
yang pernah cuba diterapkan ke dalam sistem pentadbiran dan perbankan kita suatu ketika
dahulu?
7. Atau adakah cara lain lagi, selain daripada yang di atas, yang boleh digunakan untuk
membolehkan Islam naik semula memerintah dunia ini? Jika ada, apakah nama cara itu?
Siapa pengasasnya? Di mana tempatnya? Apakah orang itu sudah ada pada masa kita ini?
Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmunya? Apa nama partinya jika dia orang politik? Jika dia
bukan orang politik, apakah nama gerakannya? Militankah dia?
Islam tidak akan dan tidak pernah berjaya jika dinaikkan menggunakan kaedah yang lain
daripada kaedah Islam itu sendiri. Diumpamakan kita membasuh kain yang terkena tahi ayam dengan
menggunakan arak. Itulah umpamanya orang yang cuba menegakkan Islam dengan menggunakan
kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu sendiri. Ada yang berkata, kita naik dahulu dengan
cara Barat, dan selepas mendapat kuasa nanti, kita tukarlah sistem Barat itu dengan sistem Islam. Cara
ini juga tidak betul kerana apabila kita menggunakan kaedah yang selain dari Islam, pastilah hasilnya
akan melencong pula dari yang disasarkan.
Kaedah rampasan kuasa tidak akan berjaya kerana bukti-bukti sejarah yang terang jelas
menunjukkan bahawa kaedah ini sentiasa gagal membawa keamanan kepada sesebuah negara itu,
malah rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang didirikan secara kekerasan dan rampasan
kuasa. Kaedah jihad seperti yang cuba dilaksanakan oleh beberapa pihak sebenarnya bukanlah bentuk
jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ada banyak bentuk jihad yang lain yang lebih sesuai diterapkan
kepada orang ramai, sama ada kepada yang beragama Islam sendiri, mahupun kepada orang yang
bukan Islam. Jihad dengan senjata bukanlah kaedah yang pertama dan utama yang patut kita gunakan.
Lagipun kaedah ini tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis mengenai
peristiwa akhir zaman.
Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu seperti yang selalu disebut-sebut di hampir setiap
forum dan seminar sebenarnya bukanlah kaedah yang terbaik untuk membangunkan Islam. Ilmu
yang tidak disertakan tauhid, roh Islam dan amalan hati pasti akan gagal juga. Apatah lagi jika guru
yang mengajar agama Islam itu adalah orang yang tidak tentu akidahnya, orangnya fasik ataupun
orang kafir. Jika benar dengan memperkasakan ilmu-ilmu agama dapat membangunkan ummah,
kenapa sehingga kini universiti masih gagal menunjukkan bahawa merekalah pelopor terhadap
kebangkitan semula Islam di rantau sebelah sini? Setakat buku ini ditulis, tidak pernah lagi ada orang
yang berkata bahawa kebangkitan semula Islam pada zaman ini di Timur ini, bermula di universiti,
dibangkitkan oleh para pensyarahnya. Kaedah penguasaan ekonomi juga menunjukkan hasil yang
hampir sama jika dilihat secara umum, menurut kaca mata orang ramai.
Kaedah penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan perbankan juga tidak
menunjukkan bahawa kaedah ini mampu menjadi peneraju kebangkitan semula Islam pada zaman ini.
Malah sebenarnya kaedah ini lebih banyak menghasilkan orang-orang yang berpura-pura dan bersikap
berketrampilan (serba boleh). Maksudnya, orang itu akan mempermain-mainkan Islam sama ada
secara sedar atau tidak. Misalnya mereka berpakaian biasa yang terdedah sana dan sini pada hari-hari
biasa, manakala pada hari Jumaat, bertudung litup. Kemudian pada hari lain, buka semula seperti
biasa. Atau contoh lain ialah orang itu boleh menjadi imam sembahyang pada satu masa, manakala
pada masa yang lain, dia juga mampu menjadi imam semasa berjudi atau minum arak.
Memang persoalan seperti ini pernah ditimbulkan oleh orang ramai. Pada hari ini, umat
Islam sudah mula frust dan fed up terhadap sistem politik yang ada dan digunakan pada hari ini.
Mereka bukan tidak mahukan Islam itu naik, tetapi jemaah-jemaah yang kononnya mendukung
perjuangan menegakkan sebuah negara Islam masih belum juga menampakkan sebarang persediaan
untuk menyambut tugas yang maha besar itu. Mereka masih lagi sibuk dengan cara dahulu juga iaitu
bertempik dengan penuh semangat sambil mencerca pihak lawan yang kononnya tidak mahukan
Islam, tidak nampak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari mereka, yang menjurus ke arah itu,
sedangkan canangannya sudah begitu lama diuar-uarkan.
Sebenarnya memang benar bahawa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini,
dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeza
daripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini mahupun pada masa lalu. Kaedah yang kita
amalkan pada hari ini bukanlah kaedah Islam atau kaedah yang sesuai dengan Islam. Untuk
memudahkan pemahaman tentang masalah ini, berikut diperturunkan beberapa ciri khusus yang perlu
diperhatikan semasa menilai seseorang itu, sama ada layak kita jadikan pemimpin Islam kita atau
tidak. Jika tidak ada, maka tidak layaklah dia memperkatakan negara Islam, apatah lagi mahu
memerintahnya.
1. Mula-mula sekali Allah SWT turunkan pemimpin berkenaan. Ini adalah perlu kerana pada diri
pemimpin berkenaanlah Allah wakilkan pentadbiran-Nya untuk menguruskan sekalian
manusia. Hanya dengan orang yang telah Allah SWT sendiri pilih secara khusus untuk
menjadi wakil-Nya mentadbir manusia, barulah Islam akan turut sama naik, bersama-sama
dengan naiknya pemimpin berkenaan sebagai pemerintah manusia. Hal ini tidaklah perlu
dihairankan sangat, atau dipertikaikan lagi, kerana contohnya sudah amat jelas. Contohnya
Rasulullah SAW dilantik sebagai pemimpin manusia melalui firman-Nya:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu sekaliannya.”
(Al-Aa’raf : 158)
Orang yang menjadi rasul adalah juga pemimpin bagi umatnya, kerana salah satu tugas rasul
itu adalah memimpin umatnya melaksanakan syariat Allah, dan sekali gus menjadi ketua bagi
umat masing-masing. Begitu juga dengan Bani Israel yang Allah datangkan Talut sebagai
pemimpin mereka. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud,
“Dan nabi mereka (Nabi Samuel AS) berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat
untuk kamu semua Talut sebagai raja…”
(Al-Baqarah : 247)
Begitu juga semasa Allah SWT melantik Nabi Musa AS sebagai pemimpin mereka, seperti
firman-Nya yang bermaksud,
“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah kepada
kamu semua ketika Dia melantik di kalangan kamu nabi-nabi dan dijadikannya kamu raja-raja.”
(Al-Maidah : 20)
Orang itu dan kepemimpinannya mestilah bertaraf Khalifah. Ini sesuai dengan firman Allah
SWT yang bermaksud,
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
seorang khalifah di atas muka bumi…”
(Al-Baqarah : 30)
2. Disesuaikan dengan zaman munculnya. Pemimpin seperti ini tidak diturunkan secara semberono
sahaja, malah ditentukan pada setiap zaman, bentuk-bentuk kepemimpinan yang perlu
dilakukannya. Misalnya untuk zaman ini, pemimpin itu mestilah berusaha menghidupkan
kembali sistem pemerintahan Islam sepusat (Centralized Islamic World) yang negara-negara
Islam lain tumpang bernaung di bawahnya dan dia juga berusaha menghidupkan kembali
sistem khalifah. Pemimpin itu perlu berjuang ke arah ini pada zaman ini kerana sistem
khalifah sudah lama dipadamkan dari dunia Islam oleh kuasa-kuasa Barat. Kalau pemimpin
berkenaan hanya pandai berkokok tentang Islam di bawah tempurung sahaja, dan tidak pernah
cuba menghidupkan sistem khalifah seperti dahulu, maknanya dia bukan pemimpin Islam
sejati, malah dia adalah pemimpin yang mencari kepentingan peribadi. Kalau pemimpin itu
tidak pernah berusaha membawa pentadbiran Islamnya keluar dari sempadan negaranya,
maka dia juga bukanlah seorang pemimpin sejati yang ditunjuk oleh Allah untuk kita. Dia
sebenarnya hanyalah seorang pemimpin biasa yang apabila tiba masanya, pasti akan turun
juga dari pemerintahannya (sama ada secara sukarela atau terpaksa) untuk memberi laluan
kepada pemimpin sejati itu naik memerintah.
3. Diberikan sifat-sifat khusus yang jauh berbeza daripada pemimpin lain untuk memudahkan
orang ramai mengenalinya. Pada satu-satu masa, yakni pada setiap seratus tahun, hanya dia
seorang sahaja yang diberikan sifat-sifat khusus begini, yang sebenarnya bukanlah suatu
yang asing dalam Islam. Hanya dikeranakan umat Islam sudah terlalu lama tidak
mengamalkannya atau melihat Islam secara realiti, maka apa yang dibawanya itu dilihat
sebagai sesuatu yang baru. Itulah salah satu sifat utama seorang pemimpin yang ditunjuk oleh
Allah, mampu membawa perubahan yang menyeluruh kepada seluruh umat, tanpa mengira
sempadan negara dan bangsa. Apa yang dibawanya itu amat asing bagi, bukan sahaja orangorang
kafir malah umat Islam sendiri, termasuk kalangan ulamanya. Ini sesuai dengan sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti
permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”
Muslim
4. Dikhususkan ilmu, penghayatan dan kefahaman kepadanya yang bersesuaian dengan zaman itu. Ini
amatlah penting kerana dengan pemberian sifat-sifat khusus seperti inilah mereka diberi
kemampuan untuk membawa seluruh manusia kepada Allah, sedangkan sebelumnya mereka
begitu hanyut dengan pelbagai bentuk keduniaan yang melalaikan. Dengan ilmu mereka yang
sentiasa hidup itulah, umat Islam akan tertarik hatinya untuk kembali mengamalkan ajaran
Islam, bertaubat dari perangai lamanya dan bertukar menjadi orang yang saleh. Ini tidak perlu
dihairankan kerana Rasulullah SAW pernah berbuat demikian terhadap para sahabat baginda
seperti yang banyak diriwayatkan, baik di dalam buku-buku sejarah Islam mahupun di dalam
buku-buku sejarah umat Islam. Hal ini tidak akan Allah berikan kepada mana-mana
pemimpin pun pada sesuatu zaman itu. Jika ciri-ciri ini ada pada seseorang, maka orang
itulah pemimpin sejati kita, tidak akan ada dua atau tiganya lagi. Jika hendak terjumpa pun
orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama, kenalah tunggu hingga seratus tahun lagi. Itupun
jika umur kita masih panjang atau dunia ini masih belum dikiamatkan lagi.
5. Pemimpin umat Islam adalah orang yang paling bertakwa di kalangan manusia. Mereka bukan
sahaja orang Islam, malah dia beriman kepada Allah. Dia membesarkan sembahyang bagi
dirinya dan memerintahkan pengikutnya membesarkan sama sembahyang. Allah SWT sangat
dibesarkan, ditakuti dan dicintai melebihi dari segala-galanya. Segala ungkapan cinta dan
asyik, tertuju khusus kepada Allah. Apabila pemimpinnya sendiri mencintai Allah, pastilah
rakyatnya akan turut sama mencintai Allah. Sunnah Rasul SAW sangat dibesarkan dalam
setiap aspek kehidupan sehingga perkara yang kecil-kecil pun dibesarkan sama, kerana
kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW terzahir dalam setiap tindak tanduk mereka.
Semua ini sudah diterangkan oleh Allah SWT sendiri seperti firman-Nya yang mafhumnya,
“Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang sentiasa
mendirikan sembahyang, yang mengeluarkan zakat dan adalah mereka itu orang-orang yang rukuk.”
(Al-Maidah : 55)
6. Ditentukan tempat munculnya. Rasulullah SAW sudah menjelaskan tempat munculnya
pemimpin akhir zaman. Untuk akhir zaman ini, tempat munculnya juga sudah dijelaskan oleh
Nabi SAW dengan menyatakan, yang maksudnya,
“Seorang lelaki dari anak cucu Al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke
arah gunung, akan dipukulnya sampai rata, sehingga mereka berjaya melaluinya.”
Orang yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah IMAM MAHDI a.s., datang dari
keturunan Sayidina Hasan bin Ali RA iaitu keturunan Ahlulbait dan tempat munculnya
adalah di Timur. Timur yang dimaksudkan itu adalah di Asia Tenggara ini, iaitu kawasan
tempat tinggal kita sekarang.
7. Ditentukan pengikut-pengikutnya. Pada zaman Rasulullah SAW, ditentukan bahawa pengikutpengikut
baginda disebut sebagai Sahabat, ditentukan pula bahawa Allah SWT telah meredai
mereka semuanya dengan firman-Nya yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang mukmin (para sahabat) semasa mereka berbaiat
kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah
turunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang
hampir.” (Al-Fath : 18)
Manakala untuk umat akhir zaman iaitu zaman kita ini, para pengikutnya juga adalah khusus
seperti yang pernah disebutkan oleh Sayidina Ali KMW,
“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan
para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim
luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal
yang datang daripada penduduk Syam.”
Selain mereka ini, ada sekumpulan lagi pengikut khususnya yang bilangannya lebih besar,
yang merangkumi para Rufaqak itu tadi dan disebut sebagai Ikhwan. Ini dijelaskan oleh
sabda Nabi SAW yang maksudnya,
“Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.” Maka bertanyalah para sahabat, “Ya
Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?” Rasulullah SAW menjawab, “Bukan,
malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku
walaupun mereka tidak pernah melihatku.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA
dengan matan yang sedikit berlainan.
Ikhwan inilah golongan yang memperkembangkan Islam pada akhir zaman, menggantikan
para sahabat RA yang telah memperkembangkan Islam pada awal Islam dahulu. Mereka ini
juga telah Allah redhai kepada mereka seperti yang disebutkan oleh sebuah lagi hadis, riwayat
Imam Muslim.
Dari Nawas bin Sam’an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW menyebutkan hal Dajjal.
“… (Hadisnya panjang… dipendekkan) … Isa AS mengejar Dajjal itu sampai ditemuinya di
Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian, suatu kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara
Allah daripada tipuan Dajjal, datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya
muka mereka dan diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka di dalam syurga.
Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mewahyukan kepada Isa AS: …”
Muslim
8. Diuji dengan cabaran-cabaran khusus untuk memantapkannya. Cabaran dan dugaan ini cukup berat,
sekira-kira tidak tertanggung oleh mana-mana pemimpin lain pun di dunia ini pada masa itu.
Ini adalah suatu yang amat perlu supaya beliau akan lebih bersih hatinya, lebih tahan
menerima ujian, cukup sabar menghadapi cubaan, lebih bersedia menghadapi tugas dan
cabaran lebih besar pada masa-masa hadapan, memantapkan hatinya, menghapuskan dosadosa
dan kesalahannya, dosa-dosa ahli dan jemaahnya dan lebih kuat imannya kepada Allah.
Ini sesuai dengan sebuah hadis yang terjemahannya berbunyi kira-kira begini,
“…Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan
menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh
kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam
yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa
Panji-panji yang mendapat hidayah…” (At-Tarmizi, Al-Hakim, Abu
Daud)
9. Diuji dan ditapis pengikut-pengikutnya untuk menguji kekuatan iman dan keikhlasan hatinya. Hal ini
amat perlu kerana dengan melalui ujian dan tapisan demi tapisan itulah baru diketahui siapa
yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah, dan sesiapa yang banyak dosanya pasti
tertinggal. Ingat, walau berapa ramai pun yang tertinggal, IMAM MAHDI a.s. tetap
bergerak ke hadapan dan langkahannya tetap laju mara menuju ke matlamat yang telah
ditetapkan oleh Jadual Allah. Sesiapa yang mahu mengikutnya perlulah bersabar dan tahan
menerima ujian, biar seberat mana pun ujian yang terpaksa diterima itu. Jika Al-MAHDI terpaksa melalui tujuh tahap ujian berat seperti di atas, maka pengikut-pengikutnya
terpaksa juga menerima ketujuh-tujuh ujian itu, tidak dapat tidak. Cuma bezanya, setinggi
mana pun ujian yang diterima oleh si pengikut, tetap tidak lebih berat daripada ujian yang
ditanggung oleh IMAM MAHDI a.s. itu sendiri. Beliau terpaksa menanggung segala ujian
itu yang jauh lebih berat dan sukar daripada apa yang diterima oleh pengikutnya.
10. Dinaikkan secara yang tidak zalim. Bolehkah Islam ditegakkan setelah kerajaan yang sedia ada
ditumbangkan secara zalim? Ertinya, kita menegakkan keadilan dengan cara yang zalim?
Talut dinaikkan sebagai raja dengan cara yang tidak zalim. Dia tidak merampas kuasa dan
tidak pula dengan melobi rakyat supaya menyokongnya. Kemunculannya adalah hasil doa
dan rintihan rakyat dari kalangan Bani Israel kepada Allah. Nabi Musa AS juga menjadi
pemerintah bagi Bani Israel secara semula jadi, tidak ada pengaruh-mempengaruhi dan tidak
pernah pula menabur janji-janji manis kepada rakyat. Nabi Muhammad SAW juga tidak
pernah menjadi pemimpin dengan menjatuhkan pemimpin Quraisy di Makkah, tidak pernah
juga mempengaruhi penduduk Makkah supaya menyokong baginda, tidak pernah menabur
janji-janji manis atau janji-janji politik, tidak juga melalui undi dan sokongan rakyat. Malah
jauh sekali daripada mencerca peribadi-peribadi pemimpin Quraisy di kota Makkah itu
biarpun mereka itu amat nyata kafirnya, malah sudah dimaktubkan kekafiran mereka di
dalam Al-Quran. Setiap pemimpin yang zalim dijatuhkan oleh Allah kerana mereka
menentang rasul-rasul dan wali-wali Allah dan dalam konteks akhir zaman, pemerintah itu
dijatuhkan kerana mereka menentang pemimpin sejati akhir zaman. Mereka juga dijatuhkan
oleh Allah kerana dosa-dosa mereka sendiri yang sudah terlalu banyak dan kerana terlalu
zalim terhadap Orang-orang Allah, bukannya oleh kuasa rakyat atau melalui sistem
demokrasi.
Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa pemerintah (dan rakyat) yang zalim itu akan Dia
binasakan kerana kezaliman mereka pada waktu yang telah Dia tetapkan sendiri seperti dalam
firman-Nya yang bermaksud kira-kira begini,
“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan apabila mereka berbuat zalim, dan Kami jadikan bagi
mereka itu kebinasaannya pada waktu yang telah dijanjikan.”
(Al-Kahfi : 59)
Pemimpin akhir zaman juga tidak pernah melobi rakyat supaya menyokongnya. Sokongan
rakyat kepadanya datang dengan sendiri, melalui hati yang sangat rapat dengan Allah.
Sokongan rakyat adalah dengan melaksanakan setiap perintahnya dengan sepenuh taat, tidak
berbuat jahat walaupun berada jauh daripada pemimpinnya itu atau tanpa pengetahuan
pemimpinnya. Malah setelah pemimpinnya mati sekalipun, mereka tetap tidak akan berbuat
jahat kerana mereka taatkan pemerintah mereka tidak mengira sama ada pemimpin mereka
itu ada di hadapan atau jauh ataupun setelah matinya. Itulah pemimpin sejati, pemimpin yang
sentiasa berada di hati, bukan di jari.
11. Diangkat sebagai pemimpin pada masa yang bersesuaian. Lazimnya pada awal setiap kurun Hijrah.
Ulama yang zahir bukan pada masanya yang tepat, tidak sekali-kali boleh dikatakan sebagai
mujaddid walaupun ilmunya sangat luas, jasanya sangat besar terhadap umat Islam,
pemahamannya dikagumi, tulisan-tulisannya sangat banyak dan matinya pun sebagai seorang
syahid. Seorang mujaddid mestilah zahir pada awal kurun Hijrah, bukan di tengah-tengah
kurun. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya,
“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada awal setiap seratus tahun orang yang akan
memperbaharui urusan agamanya.” (Abu Daud,
At-Tabari, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Ertinya, apabila tiba sahaja pada setiap awal kurun Hijrah, maka umat Islam mestilah
menumpukan perhatian mereka untuk mencari siapakah dia pemimpin yang Allah utuskan
untuk kurun berkenaan. Hal ini telah Allah wajibkan kepada kita, semua umat Islam, untuk
mencarinya, mengisytiharkan nikmat ini ke seluruh dunia dan kemudian bersama-sama
melantiknya sebagai pemimpin seluruh umat Islam, tanpa mengira sempadan mazhab,
pendidikan, geografi atau sebagainya lagi. Hanya dengan inilah sahaja caranya Islam akan
menjadi tinggi dan nasib umat Islam akan terbela sepenuhnya daripada segala macam
kesukaran dan penderitaan yang sedang kita tanggung pada hari ini. Nasib kita di akhirat sana
pun akan lebih terbela dengan keberadaan orang pilihan Allah ini di tengah-tengah kita.
12. Diberi keupayaan menghapuskan khurafat-khurafat dan bidaah yang sedang berleluasa. Ini
sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud,
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah supaya agama (Islam yang satu) itu hanyalah
untuk Allah semata-mata…”
(Al-Anfal : 39)
13. Diberi keupayaan menghapuskan sistem-sistem yang tidak Islamik dan menggantikannya dengan
kaedah Islam tulen, seperti firman-Nya yang bermaksud,
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk dan agama yang benar untuk
dimenangkan oleh-Nya atas segala agama yang lain keseluruhannya, walaupun orang-orang musyrik itu
tidak menyukai.” (At-Taubah : 33)
14. Diberi keupayaan membawa keadilan yang merata, yang sesuai dengan tuntutan syarak. Adil yang
dimaksudkan adalah adil menurut Al-Quran, bukannya adil menurut kaca mata Barat.
Keadilan yang hakiki tidak akan mampu ditegakkan melainkan oleh seorang pemimpin yang
ditunjuk dan didatangkan khusus oleh Allah untuk manusia. Hal ini barang kali agak jelas dan
mudah, menurut kefahaman masing-masing. Oleh itu, tidak perlulah diperpanjangkan lagi di
sini.
15. Pemimpin sejati adalah orang yang ditaat zahir dan batin. Pada hari ini, ramai pemimpin yang sudah
tidak dihormati lagi oleh rakyatnya. Malah orang bawahannya juga sudah tidak tahu lagi
menghormati pemimpin mereka. Hal ini sebenarnya adalah disebabkan pengaruh sistem
Yahudi yang menyusup masuk ke dalam budaya dan hati kita secara yang amat halus
sehingga tidak kita sedari. Memang orang-orang Yahudi tidak pernah mahu menghormati
sesiapa pun. Usahkan orang yang bertaraf pemimpin atau raja di kalangan mereka, malah
orang yang bertaraf rasul pun tidak pernah mereka hormati. Lihatlah bagaimana Al-Quran
merakamkan cara mereka memanggil nabi mereka. Disebutkan di dalam beberapa banyak
ayat Al-Quran, mereka memanggil Nabi Musa AS itu dengan sebutan, “Wahai Musa!…”
sahaja. Tidak ada disebutkan mereka memanggilnya dengan Alaihissalam atau Rasulullah.
Begitulah biadabnya mereka terhadap rasul-rasul mereka sendiri.
Pemimpin yang sejati ditaati perintahnya zahir dan batin. Beliau mestilah berusaha membina
peribadinya dahulu dengan ajaran-ajaran Islam, kemudian membina keluarganya dengan
persekitaran Islam, kemudian barulah beliau mendirikan sebuah jemaah untuk memulakan
kepemimpinannya ke tahap yang lebih luas. Ahli-ahli jemaah ini sentiasa taat kepada beliau
kerana meyakini kepemimpinan beliau. Itulah bentuk kepemimpinan yang dikehendaki
seperti dalam sabda Nabi SAW yang maksudnya,
“Tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan
tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan.”
Begitu juga sabda Nabi SAW yang menyebutkan, maksudnya,
“Sesiapa yang mentaatiku maka bererti dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang
menderhakaiku maka bererti dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati Amirku maka
bererti dia mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai Amirku maka bererti dia telah
menderhakaiku.”
Untuk mendapatkan pengesahan seseorang itu sebagai pemimpin umat, perlu berlaku
baiat antara si pemimpin dengan si rakyat yang dipimpin. Orang yang tidak berbaiat
kepada pemimpin, mendapat dosa yang besar dan dianggap penderhaka, sehinggalah
dia membaiat pemimpin berkenaan. Ini telah digambarkan oleh baginda SAW dalam
hadisnya yang bermaksud,
“Sesiapa yang mati sedangkan pada lehernya tiada tanggungan baiat, maka matinya adalah mati
dalam keadaan jahiliyah.”
(Muslim)
Selain itu, sesebuah jemaah atau parti yang memperjuangkan kebenaran seharusnya mampu
melakukan yang berikut, sebagai tanda merekalah golongan yang dimaksudkan oleh hadis-hadis dan
patut disokong sepenuhnya.
1. Ahli yang memasukinya mampu melakukan perubahan hati. Perubahan ini berbentuk
membersihkan hati mereka daripada dosa dan titik-titik hitam. Jemaah menggalakkan mereka
banyak-banyak bertaubat.
2. Ahli-ahlinya mampu menyelaraskan pemahaman terhadap hampir seluruh aspek perjuangan.
Hal ini hanya mampu dilakukan oleh sebuah jemaah sahaja dalam setiap seratus tahun atau
pemimpinnya itu seorang yang bertaraf mujaddid atau sekurang-kurangnya bertaraf imam
mujtahid mutlak.
3. Ahli-ahlinya mampu melakukan perubahan fizikal. Pakaian mereka semakin kemas menurut
syarak dan sentiasa dipatuhi sepanjang masa, walau di mana sahaja mereka berada, bukan
sahaja semasa di hadapan para pengikut mereka.
4. Ahli-ahlinya mampu mempertingkatkan iman dari semasa ke semasa. Jika ini dapat
dilakukan, itulah juga tandanya jemaah itu adalah jemaah kebenaran.
5. Ahli-ahlinya mampu memperkemaskan ibadat-ibadat wajib dan istiqamah dengan ibadat yang
sunat-sunat. Salah satu tanda orang yang dikasihi oleh Allah SWT ialah mereka sentiasa
memperkemaskah ibadat yang wajib dan istiqamah dengan ibadat yang sunat-sunat. Hanya
jemaah kebenaran sahaja yang mampu menitikberatkan ibadat sunat ini di kalangan ahlinya.
Jika selain jemaah kebenaran, pengikut imam mujtahid mutlak juga boleh berbuat demikian.
Yang selain dari itu, semuanya pasti gagal.
6. Ahli-ahlinya mampu memimpin zaman kerana pemimpin mereka bertaraf Sahibul Zaman,
bukannya dipimpin oleh zaman. Kepemimpinan mereka mendahului zamannya dan tidak
terkejar oleh jemaah lain, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa yang terdekat. Kaedah
perjuangan mereka tepat menurut keperluan zaman.
7. Ahli-ahlinya tidak menggunakan kaedah semasa, baik dalam bidang politik, ekonomi,
pendidikan, keilmuan dan sebagainya. Kaedah mereka adalah kaedah lama, kaedah yang
sudah tidak diketahui lagi oleh kalangan ilmuwan, walau yang paling cerdik sekalipun.
8. Mengajak ahli-ahlinya menghisab dosa-dosa dan kesalahan sendiri, tidak memperkatakan
dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan orang lain. Lidah mereka bersih daripada menipu,
mengata-ngata orang, memfitnah, membuka aib/kesalahan orang lain atau memperkatakan
dosa orang lain.
9. Ahli-ahlinya menganggap tugas kepemimpinan adalah suatu tanggungjawab yang amat berat
untuk dipikul dan akan dihisab dengan teliti di akhirat kelak. Kerana itu, setiap tugas yang
diamanahkan kepada mereka akan dijalankan dengan penuh tanggungjawab walaupun tiada
yang mengawasi pekerjaannya.
10. Ahli-ahlinya tidak meminta sebarang jawatan untuk memimpin dan tidak berhasrat untuk
meminta jawatan. Hal ini amatlah sukar kerana lazimnya setiap parti politik akan meminta
orang ramai menyokongnya untuk mendapatkan jawatan dalam sesebuah parti dan
seterusnya dalam pentadbiran negara.
11. Ahli-ahlinya diajak sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap masa dan ketika. Hanya
dengan hati yang sentiasa mengingati Allah sahajalah pertolongan-Nya akan tiba dan
perjuangan mereka sentiasa dibantu.
12. Ahli-ahlinya diajak sangat-sangat mencintai Allah SWT dan merindui Rasulullah SAW
sepenuh hati.
13. Jemaahnya mampu membangunkan menurut sunnah sehingga mereka mampu berdikari
tanpa bantuan dan sokongan mana-mana pihak.
14. Ahli-ahlinya tidak terjejas oleh sebarang perubahan duniawi yang merosak dan melalaikan.
Jemaah-jemaah lain tidak akan mampu menjaga ahli-ahlinya daripada terikut-ikut dengan
pengaruh semasa yang merosakkan.
15. Ahli-ahlinya tidak dibiarkan begitu sahaja kerana setiap ahlinya adalah ahli-ahli yang
terpimpin dan sentiasa dipimpin. Itulah sikap pemimpin yang benar-benar
bertanggungjawab. Kebajikan mereka sentiasa diisi.
16. Keluarga ahli mereka juga diperhatikan dan turut diasuh dengan keperluan yang sesuai
dengan kehendak jemaah. Keluarga ahli mendapat kefahaman yang sama dengan kefahaman
pemimpin.
17. Setiap ahli yakin dengan perjuangan mereka dan yakin mereka akan mendapat bantuan
daripada Allah SWT. Kerana itu mereka sentiasa memperbaiki diri dan mengikis dosa-dosa
dengan harapan doa mereka tidak lagi terhijab akibat dosa-dosa berkenaan.
18. Mereka ditakuti oleh kawan dan lawan. Musuh amat gerun terhadap mereka. Yang sealiran
dengan mereka amat sayang dengan mereka ini dan sentiasa bergantung harap kepada
mereka.
19. Mampu membawa perubahan yang besar kepada corak dan aliran politik semasa dengan
hanya sepatah kata, atau dengan satu ungkapan yang pendek sahaja. Betapalah besar
perubahan yang akan mampu dibawanya jika mereka dibenarkan bercakap dengan panjang
lebar.
Jika ciri-ciri di atas ada pada sesebuah jemaah, jangan tangguh-tangguh lagi. Itulah
dia jemaah yang memperjuangkan kebenaran seperti yang telah dijanjikan akan muncul
pada akhir zaman. Beramai-ramailah kita mengikutinya dengan hati yang ikhlas dan keyakinan yang
penuh. Semoga kita akan mendapat salah satu tempat sebagai salah seorang yang berbahagia di dunia
ini dan lebih-lebih lagi bahagianya di akhirat kelak.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: