Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

26 June 2012

Mengapa kita perlu Berjihad?

KEPENTINGAN JIHAD



Surah Al Ankabut : 69

"Dan orang-orang yang berjihad ( untuk mencari keredhaan Kami) benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama-sama dengan para mukhsinin."

Kita perlu berada di atas jalan dakwah dengan istiqamah,intizam, iltizam dan istimroriyah agar terus-menerus dilimpahi hidayah Allah. Kerana Hidayah Allah tidak boleh diwarisi namun setiap hamba Allah amat mendambakannya, justeru itu setiap orang perlu berusaha bagi memastikan supaya sentiasa berada di atas jalan dakwah agar hidayah Allah tidak dicabut dari hati kita.

Sebagai contoh bukti hidayah ini memberi implikasi besar ; Rasulallah saw sendiri berdoa kepada Allah agar diberi hidayah kepada salah seorang di antara dua Omar.

Jangan pula kita termasuk dalam golongan yang sesat setelah diberi petunjuk seperti Firman Allah swt Surah Al A’raf : 175

Tafsir Ibn Kathir Jilid 4 m.s 204-209 ada mengisahkan kisah Bal’am bin Ba’ura.

Diriwayatkan Qatadah menyatakan Bal’am bin Ba’ura dari Al- Balqla’ (sebuah wilayah di Jordan).Dia pernah tinggal di Baitul Muqaddis disamping orang-orang ganas lagi zalim. Malik bin Dinar berkata “ Dia adalah ulama ( ilmuan) keturunan Bani Israel yang doanya sentiasa dimakbulkan Allah swt. Mereka sering minta Bal’am mendoakan untuk mereka setiap kali menghadapi kesulitan.
Ali bin Talhah meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata ,”Apabila Nabi Musa ra beserta tenteranya ke bandar di mana Bal’am tinggal , sepupu Bal’am serta orang-orangnya datang menemui Bal’am dan berkata , “ Musa adalah seorang yang gagah perkasa dan dia disertai tentera-tentera yang ramai. Jika Musa menguasai kita pastilah kita akan musnah.Berdoalah kepada Allah agar Allah menghalang Musa daripada menguasai kita.”

Bal’am menjawab,” Jika aku berdoa kepada Allah sebagaimana yang kamu minta, aku akan berada dalam kerugian di dunia dan juga di akhirat. Mereka terus mendesak. Akhirnya Bal’am menurut kehendak penzalim-penzalim tersebut. Akhirnya Allah mencabut anugerah Allah (berupa ilmu petunjuk)daripadanya. Maka Allah berfirman:

“ Dan bacakanlah Muhammad kepada mereka, berita orang-orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda) , maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.” 

Orang-orang yang tinggi ilmunya juga boleh berlaku fenomina meninggalkan jemaah seperti apa yang berlaku kepada Bal’am.

Untuk memastikan kita tetap berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini memerlukan jihad yang sungguh-sungguh. Perlu kepada kerja keras jihad menentang nafsu.




4 medan jihad menentang hawa nafsu :

1. Jihad menentang hawa nafsu agar tunduk mencari petunjuk dan agama yang benar.
2. Jihad menentang hawa nafsu agar tunduk untuk beramal
3. Jihad menentang hawa nafsu agar tunduk menyebarkan dakwah
4. Jihad menundukkan nafsu agar dapat bersabar menanggung kesusahan melaksanakan dakwah untuk Allah dan segala rintangan musuh.

Empat jenis jihad

1. Jihad mencari petunjuk dan agama yang benar

Ini adalah titik tolak tindakan jihad. Jika tidak bertolak dari titik permulaan ini akan mendedahkan diri kepada kesesatan.

Allah swt sebagai pencipta telah sediakan jalan atau manhajnya dibentang dalam kitabsucinya , dijelaskan oleh sunnah (perjalanan dan amalan) Rasulnya dan para sahabat.
Perlu ikuti manhaj Allah swt. kerana manhaj inilah satu-satunya jalan yang selamat dan sihat ; jauh daripada pelbagai masalah dan penyakit.

Mereka yang berjihad menurut khayalan atau aqal fikiran , walau bagaimana baik sekali pun niat mereka , mereka tetap tergolong dam golongan yang sesat dari jalan Allah yang lurus. 
Allah swt tidak menerima ibadah sesiapa jua yang tidak menurut syariatnya. 

Saripati ilmu ialah yang mengajar ketaatan kepada Allah, yang membuahkan maarifatullah, yang mematuhi perintah dan larangan Allah. Seterusnya membawa kepada makin kenal Allah dan dekat dengan Allah swt.

2. Berjihad di bidang amal dan bertanggungjawab dengan apa yang dipelajari

Hanya mengenal jalan tidak membawa apa-apa faedah kepada sesiapa pun jika tidak melaluinya. Malahan akan membawa bencana kepada yang empunya diri kerana dengan ilmu itu akan menjadi hujah ke atas dirinya disisi Allah swt kelak.
Kata ulama’ “ Seandainya ilmu itu ada kemuliaannya tanpa taqwa nescaya jadilah iblis itu semulia-mulia makhluk .”

Kata Ibn Tamiyyah riwayat Abdul Rahman As Salami :

Bahawa Othman ibn Affan dan Abdullah Ibn Masood dan para sahabat tidak melangkau bacaan Al Quran sebelum dapat membaca sepuluh ayat, kemudian menghafal, memahami dan melaksanakannya. Para sahabat berkata, “ Kami mempelajari kedua-duanya sekali iaitu ilmu dan amal”



3. Berjihad di bidang dakwah untuk menyebar apa yang telah dipelajari.

Jika tidak laksanakan kerja dakwah dikhuatiri termasuk dalam kalangan mereka yang mrenyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah swt. Menyembunyikan petunjuk dan keterangan – keterangan yang nyata.Golongan ini dimurkai Allah .

Surah Ali ‘Imran :187

Dan (Ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu), “Hendaklah kamu benar-benar menerangkannya (isi kitab itu) kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan (janji itu) ke belakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah. Maka itu seburuk-buruk jual beli yang mereka lakukan.

Ini adalah sepenting-penting jihad kerana realiti kini apabila hukum Allah dikesampingkan dan kemungkaran pula bermaharaja lela.
Ketiadaan jihad menyebar kebenaran membuka jalan kepada seteru Allah dan seteru-seteru kebajikan yang terdiri daripada syaitan, manusia dan jin yang sentiasa berusaha mrenyebarkan kebatilan.

4. Berjihad menanggung sabar dan kesulitan berdakwah.

Kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah pasti berhadapan dengan halangan dan rintangan daripada orang ramai yang berusaha bagi menjaga kepentingan duniawi mereka. Perlu kesabaran yang tinggi agar tidak terperangkap dalam perasaan kecewa dan kekalahan yang membawa kepada cuai dan lari dari tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah.

Al Hajj : 38
Sesungguhnya Allah akan membela orang-orang yang beriman..

Al Hajj : 40
….Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sungguh Allah Mahakuat Maha perkasa.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

AMANAH untuk para pejuang


INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN
Hakikatnya, manusia tidak terlepas dari lalai dan membuat kesilapan. Oleh itu ingat-mengingati sangat penting sesama manusia terutama anda yang duduk dalam badan fisabilillah.Ingatlah bahawa, kita adalah benteng terakhir sekiranya polis dan tentera sudah tidak mampu menyelamatkan negara. Kita harus redha jika diberi kerja tanpa gaji semata-mata untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air kita! Inilah perjuangan Fi Sabilillah di Malaysia.
Duduk dalam badan Fi-Sabilillah, kita perlulah memahami apa yang telah dilafazkan semasa mula-mula naik dulu. Jangan salah guna, nanti kifarah akan diterima. Duduk dalam badan fisabilillah ini sangat istimewa, tapi ia boleh jadi paling teruk jika kamu melanggar apa yang kamu lafazkan dulu. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan ahli seperjuangan sekalian, janganlah sesekali kita membezakan antara adik beradik kita. Tidak kira siapa, atau dari mana asal pun, kita semua satu perjuangan.Jangan sesekali memutuskan hubungan di antara kita, RAHSIA 'dalam' tidak seharusnya dibuka pada yang bukan SEJALAN dengan kita. Ini AMANAH... jika kamu 'buka' kifarah akan menimpa kamu,apatah lagi memutuskan hubungan sesama kita! Jika ada yang berselisih faham sampai ingin memutuskan hubungan sesama kita, hendaklah kita mengingati sesama kita, kadang-kadang kita terlupa hubungan kita ini akan kekal. Walauapapun alasan, TIDAK AKAN SESEKALI hubungan ini boleh diputuskan!
Saya minta, agar kita semua memahami perjuangan sebenar, jumpa Ayahanda atau Kekanda untuk mengaji sampai pandai. Pandai=tahu+faham+aplikasi. Jangan lalai dan lupa. Pihak musuh sentiasa memerhati kita dan sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan kita! Janganlah kita terpengaruh dengan hasutan yang boleh merosakkan tali persaudaraan kita!
Ingatlah dunia ini kita duduk sekejap saja! Semuanya akan musnah dengan kehendak ALLAH. Hanya ALLAH saja yang akan kekal! Apa pun yang kita buat hanya kerana ALLAH! PERJUANGAN FI-SABILILLAH ADALAH KERANA ALLAH!
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin, Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah. Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya. “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin, Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWT berfirman : " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!! Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku... Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ulasan ini harus menjadi pengajaran kepada semua. Dalam badan fisabilillah... sebab tu Agama diletakkan pada awal perjuangan. Iaitu Agama Bangsa Dan Tanah Air. Kerana sesetengah sikap ahli kita diluar sana, ramai yang menganggap kita asabiyah.
Hendaklah kita memahami matlamat asal kita. Dalam negara kita ini, kita mempertahankan Agama (termasuk orang se Agama dengan kita, kemudian Bangsa dan yang terakhir Tanah Air.)
Bersatu dalam Kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah. Hidupkan panji panji hitam dari arah timur... INSYAALLAH!!!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

22 June 2012

BAHTERA SAMUDERA Ranting \\\ Bangi, Selangor ///




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Starhill Brother'shood Family Meeting at Bandar Baru Ampang Kuala Lumpur



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie di Majlis Pentauliahan "Angkatan Majlis Gabungan Majlis Ayahanda Malaysia" (AMAN MALAYSIA) di Butterworth,Penang"

Dari kiri Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Setia Tengku Laksamana Butterworth Penang (Naib Presiden PENAWAR 30), Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Syaifol Cell Selama,Perak (Naib Presiden II ADAT  Malaysia) , Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Lie Parot Kulim (Naib Presiden I ADAT Malaysia , Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Dato' Sri Panglima Mejar Adzhar (B) Balik Pulau,Pulau Pinang - (Presiden POLICTERA MALAYSIA/Timbalan Presiden ADAT Malaysia) & Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Cikgu Joe Al-Yafie Starhill , Kuala Lumpur - (Presiden MUAFAKAT Malaysia / Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia) di Hari Majlis.



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

19 June 2012

Jenis-jenis sihir dan cara merawat Sihir




Sihir Dalam Masyarakat Melayu
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia, Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu, Polong : Bagi menghisap darah mangsa Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir
PATUNG Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.






JENIS-JENIS SIHIR - ( Cara Mengatasinya )
(Cara Mengatasi Gejala Sihir)
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257 3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka ( Keturunan )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 ) 2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 ) 3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Cara mengeluarkan Jin dari tubuh manusia




      (CARA MENGHADAPI JIN YANG BERAGAMA ISLAM DARI TUBUH MANGSA JIN)
Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.


Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.


Bila penyebab maksuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.


Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :


"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."


Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.


CARA MENGHADAPI JIN KAFIR
Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.


Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.


Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.


Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.


Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan jin.....


PERHATIAN !!! DENGAN KELAKUAN JIN


    Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengamcam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.


    Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.


    Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: "Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya."


    Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.


    Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : (Al-Maidah: 72)


    Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam".


    Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)


    Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"


    Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut.


    Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.


    Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya". Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.


    Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.


    Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.


    Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku "Risalatul Jin" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.


PERBUATAN HARAM KETIKA MENGHALAU JIN


    Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.


    Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.


    Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.


    Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.


    Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara - Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu.


    Menyeksa dan membunuh jin pengganggu




    Berakhirlah proses melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya.....Insya' Allah.



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 June 2012

ILMU TEMPUR TANPA "SENJATA"


[Paskal]



[Sebelum memulakan pertunjukan]


[Sketsa dari ATM]

Tempur Tanpa Senjata merupakan salah satu seni beladiri yang diamalkan atau menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan dari pihak musuh. Ianya menerapkan beberapa elemen mempertahankan seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Tempur Tanpa Senjata biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera namun turut diajar kepada orang awam.
Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau Hand to Hand Combat adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera diseluruh dunia. 'Jarak Dekat' bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.

Selain daripada TTS, cabang ilmu pertempuraan jarak dekat yang lain adalah CQC (Close Quater Combat) atau CQB (Close Quater Battle). Bezanya TTS tidak menggunakan senjata api selain daripada benet ('bayonet'), 'dagger' dan cotar atau 'baton'. Manakala CQC/CQB menggunakan senjataapi ringan seperti Sub-Machine Gun AK MP5 dan senjata sisi ('side arm') seperti pistol. CQC/CQB hanya digunakan untuk operasi pasukan khas tentera dan polis seperti Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU), Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando 69 (VAT69). Selalunya operasi utama menggunakan CQC/CQB adalah operasi 'quick enter and exit' seperti menyelamat mangsa percolekan samaada 'domestic' atau 'foreign'.

Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri konvensional, TTS lebih menekankan kepada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. TTS diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri ('combined martial arts') yang dilatih secara intensif. Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khusus asas TTS dijalankan oleh Cawangan TTS, Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) manakala PDRM pula dijalankan oleh PULAPOL (Pusat Latihan Polis). Kursus asas TTS adalah diajar kepada semua anggota tentera dan polis. TTS lanjutan yang lebih khusus terutamanya gerak 'membunuh' hanya di ajar kepada pasukan-pasukan khusus dan khas.

Sejarah TTS tentera dunia sudah bemula pada zaman Dinasti Zhou (1022 Sebelum Masihi) dan mula dipopularkan kembali oleh pihak British sewaktu peperangan dunia kedua oleh pasukan komando mereka terutamanya oleh Special Air Service (SAS). Sejarah TTS di Malaysia pula bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Silat juga diterapkan tetapi hanya bermula pada awal 1970an.


Silat dan Tempur Tanpa Senjata

[Guru Ahmad Ismail (duduk dua dari kanan) bersama pegawai-pegawai tentera dan Allahyarham Dato Paduka Mahaguru Meor Abdul Rahman bersempena kursus tempur tanpa senjata sekitar 70'an.]

Pada tahun 1971, Silat Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Seramai 87 orang anggota pelbagai pangkat dari seluruh negara telah berjaya menamatkan kursus intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan di Kem Tiga Meriam, Taiping. Anggota tentera ini seterusnya ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke merata-rata kem tentera di seluruh negara.
Pada tahun 1973, Silat Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia. Seramai 48 orang anggota polis pangkat rendah telah berjaya menamatkan latihan intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan juga. Anggota-anggota polis ini telah ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke semua pusat latihan polis di seluruh negara.


[Cikgu Awang Daud]

Selain itu, salah satu tokoh Silat Seni Gayong ialah Cikgu Hj Awang Daud, telah diberi tanggungjawab untuk melatih Angkatan Tentera TTS (Tempur Tanpa Senjata) yang berpengkalan di Woodland ketika itu. Pada awal tahun 1970an beliau telah diamanahkan oleh Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu untuk melatih Angkatan Tentera Malaysia TTS, begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia selepas itu. Sehingga kini masih ada Gayong Perang, Tarian Para yang asalnya adalah daripada didikan Cikgu Hj Awang Daud sejak awal tahun 1970an.



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

08 June 2012

Pendedahan Exklusif


(Pendedahan bekas ADUN DAP tentang agenda sebenar DAP seandainya Malaysia milik mereka)

Mengikut pendedahan yang dibuat oleh Mohamed Razali, Bekas ADUN DAP yang keluar daripada Parti DAP setelah lama berjasa di dalam DAP, sebab-sebab beliau keluar dari parti tersebut ialah kerana rancangan besar DAP yang begitu mencabar hak istimewa Melayu Islam di Tanah Melayu ini seperti berikut::-

1. Agama Kristian menjadi agama rasmi di Malaysia.

2. Malaysia akan ditukarkan kepada negara Repulik. Guan Eng mmpunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew dan DAP mendapat dana kewangan yg kukuh dari sana

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada bangsa cina.

4. Sistem Raja Berperlembagaan akan dibubarkan, kerana keturanan raja asal usul lanun mengikut kata Lim Kit Siang.

5. Isu azan hanya test market kesensetifan masyarakat Islam.

6. Pertandingan tilawah Al-Quran akan dihapuskan.

7. NGO melayu akan dihapuskan contohnya seperti PEKIDA dan PERKASA.

8. Perkahwinan campur digalakan, nsentif RM 5 ribu akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik melayu).

9. Bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng ketua parti Komunis Malaya akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh bangsa cina.

14. Di Hotel Palma Penang, Lagu Negaraku yang baru telah dimainkan. Dimana lagu tersebut tiada menyebut tentang raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan atas sebab membunuh bangsa cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada bangsa cina.

17. Kakitangan kerajaan keturunan melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka di M'sia.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Masjlis antara agama akan mengantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh org bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB bonika. Ngeh pernah minta utk guna wang zakat tetapi dihalang oleh mufti.

23. DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteras agama akan dibubarkan termasuk PAS.

Rumusan : Kenapa PAS beriya sangat mahu bersahabat dengan DAP,sedangkan PAS sendiri akan dibubarkan sekiranya DAP berkuasa!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

04 June 2012

Cara merawat "SANTAU"


Pada hari ini kami berpeluang mengikuti sesi kuliah oleh Ust Mokhtar Kasan daripada Darussyifa Bangi yang menceritakan cara-cara merawat santau. Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus. Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.
Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut. 
Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Kami cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua'lam...............

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...