Orang terkaya di Malaysia 2013
 : Kami sedikit pun tiada masalah untuk sesiapa untuk menjadi kaya atau 
orang terkaya di Malaysia. Sesiapa berhak untuk menjadi jika seseorang 
itu rajin, tidak cepat berputus asa, komited terhadap usahanya dan 
paling penting menjadi kaya tanpa menindas golongan bawahan.
Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013
- Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
 
- T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
 
- Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
 
- Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
 
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
 
- Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
 
- Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
 
- Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
 
- Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
 
- Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
 
- Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
 
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
 
- Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
 
- Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
 
- Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
 
- Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
 
- Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
 
- Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
 
- Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
 
- Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
 
Terus terang kami tidak  cemburu 
sekalipun dengan mereka-mereka di atas. Tiada sebab untuk kami bertindak
 begitu apatah lagi ada di antara yang tersenarai antara kalangan orang 
terkaya di Malaysia 2013 disebabkan usaha sendiri yang keras selama ini
Tetapi ada juga kalangan taikun di atas 
yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali
 disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini 
sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% 
usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.
Kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.
Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha 
mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan 
rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
- Hak ekslusif perjudian
 
- Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
 
- Hak milik tanah dilanjutkan.
 
- Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
 
- Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB
 harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara 
menindas golongan bawahan patutkah?
 
- Perjanjian berat sebelah
 
- Jaminan bailout, jaminan untung
 
- Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
 
- Tender rundingan terus (direct nego). 
Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan  juga projek tersebut bernilai
 berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat 
sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang 
berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
 
- Ada lagi anda mahu tambah?
 
Jikalau rakyat diberikan subsidi 
dianggap “jelek” oleh pemerintah, tetapi mereka ini telah diberikan 
pelbagai insentif dan bantuan setelah sekian lamanya. Istilah berlainan 
tetapi peranan & faedahnya masih sama.
Sejarah IPP di Malaysia (KLIK SINI)
Kami sedikit pun tidak percaya kekayaan 
negara diagihkan untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia yang “terdekat” 
& “terpilih”. Mana satu lebih baik?
- mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?
 
- atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?
 
Apatah lagi melihatkan beban hutang 
terkumpul mereka yang dijamin oleh kerajaan sekarang sangatlah tinggi. 
Berapa jumlah terkumpul hutang mereka yang diajmin kerajaan? (
KLIK SINI).
 
Mahukah kita melihat senario yang 
disebabkan Tan Sri Halim Saad di bawah Kumpulan Renong sekitar 14-15 
tahun dahulu sehingga meninggalkan liabiliti besar kepada negara 
berulang lagi (
SUMBER? KLIK SINI)?
 
Apa pandangan balas anda pula dengan senarai orang terkaya di Malaysia 2013 kali ini?
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.