Jamalul Kiram III Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah?
Nampaknya, Kiram III nekad untuk mendapatkan Sabah!! Setelah tidak dilayan oleh Kerajaan Filipina, beliau cuba meraih sokongan pula dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.
Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia di dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.
Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.
Selain itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.
"Walaupun Malaysia negara yang mengamalkan Islam.., tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata sedangkan perbuatan mereka tidak Islam.. Malaysia munafik, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam.." kata Kiram III dalam temuramah berkenaan.
Sebelum ini, Kiram III juga pernah memohon agar Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah tetapi permintaannya ditolak. ~ MPP News
Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri
masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan
tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia
tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif
Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai
timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi
berdarah itu berulang kembali. "Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan
tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang
kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam
ada dalam diri mereka (masyarakat itu). "Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan
tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau
saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu
individu itu," katanya kepada Bernama Khamis. Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini
menembak mati 56 pengganas. Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota
keselamatan Malaysia. Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu
sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah
berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu
itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia
pada masa hadapan. "Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak
mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak
berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam.
Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak
berlaku," katanya. Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama
dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina
bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata
tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu. "Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan
mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya
dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu
dihormati. "Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam
itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan
kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak
dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya. Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada
Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam
menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali
seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia. Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia
supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia
bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau
berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta
Filipina untuk berbuat demikian. "Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh
demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah
sebaiknya. "Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah
dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean
kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun
itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara
kendalikan," katanya. Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan
daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan
pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan
perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. "Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita
serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun
saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil
tindakan perundangan sewajarnya. "Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita
jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita.
Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka
adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid. Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di
zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana
disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun
Keseksaan. Beliau turut ditanya tentang golongan tegar
pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin
pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan
tentang insiden itu. Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di
Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan
negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi
kepentingan pihak tertentu. "Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut
yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan
penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak
positif. "Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis
Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka
kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri.
Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang
tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya
Beliau adalah penganas Sulu yang berhaluan kiri. Sedikit sebanyak mengenai sejarahnya.
Untuk pengetahuan Umum, En. Jamalul III bukanlah keluarga Kiram yang sebenar. Dia tidak layak di panggil Sultan Sulu kerana beberapa faktor yang beliau disahkan bukanlah Sultan Sulu yang ada royal order atau excutive order. Pada tahun 1972, Sultan Muhd Mahakuttah A Kiram telah menaiki takhta sebagai Sultan Sulu yang sah yang mempunyai Royal order atau excutive order No 427. Namun pada masa yang sama En. Jamalul III cuba untuk mengumpul orang-orang kampung untuk melantik dirinya sebagai Sultan. Tentera kerajaan Filipina cuba menangkap Jamalul namun dihalang oleh HM. Sultan Muhd Mahakuttah Kiram kerana masih menganggap saudara. Mereka ini semua berketurunan lanun. Datu punjungan iaitu ayah kepada En. Jamalul III bukanlah dikalangan ahli kerabat diraja Sulu kerana Moranafsa iaitu nenek kepada Jamalul III itu pernah berkahwin dengan seorang panglima Sulu iaitu bernama Imam Amil Hamzah. Namun Amil Hamzah telah berkelana ke Bulungan Indonesia kerana arahan Sultan Mawalil Wasit II pada masa itu. Moranafsa mengandung 4 bulan semasa ditinggalkan oleh Imam Amil Hamzah tanpa diberi nafkah zahir dan batin.kemudianya Moranafsa di pelihara oleh baginda Sultan Mawalil Wassit sebagai perikemanusian, akhirnya Moranafsa melahirkan Punjungan di Istana Sulu yang mana akhirnya punjungan menggunakan nama Kiram. Kekeliruan ini berlarutan apabila punjungan ingin dilantik menjadi Raja Muda Sulu. Namun sultan telah mewasiatkan bahawa anaknya sulung iaitu Sultan Esmail. E Kiram I sebagai yang berhak menduduki takhta Sulu dan diteruskan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Muhd Mahakuttah Kiram.
2. Berikut adalah skrip temu ramah Tuanku Mudarasulail bersama The Star Online mengenai kedudukan Sabah.
Temu Ramah
- apa perlunya kita menuntut negara yang sudah maju, yang ada pembangunan, rakyatnya hidup makmur,
- kenapa kita tidak fikir Sulu , yang menderita .. tidak ada air, tidak ada jalan raya... kenapa tidak itu yg kita fikir?
- kenapa kita fikir SABAH ? kerana sabah sudah maju ? jadi mereka ini ambil kesempatan kemelut atas sabah ..
- SABAH SEBENARNYA ADALAH MILIK MALAYSIA. Rata-rata tahun, dunia tahu bahawa SABAH ADALAH MILIK MALAYSIA.
- Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia masih lagi membayar ufti kepada kerajaan SULU sebanyak RM 5000
- Hanya KIRAM saja berhak bercakap tentang Sabah, orang lain tidak boleh masuk campur.
- Filipina tidak ada hak LANGSUNG dengan Sabah, yang berhak adalah atas Sabah ialah RAKYAT SABAH DAN PEWARIS KESULTANAN SULU.
- Dan beta sendiri, tidak langsung berhak bercakap tentang Sabah
- Sabah sudah maju, ada masjid, ada berbagai-bagai pembangunan ...
- Jadi Beta berasa bangga, NEGARA beta sendiri sudah di majukan Sabah, jadi apa yang kita kecoh-kecoh nak TUNTUT SABAH ??
- Saya masih banyak lagi negara di Jolo, pulau- pulau yang ketinggalan mundur, perlu banyak di majukan.
- Ini hasrat Beta ke sini adalah untuk, nak majukan yang ROSAK, bukan yang dah maju nak ROSAKKAN SEMULA...
- Itu bukan agenda beta, agenda beta ialah membina yang rosak untuk di pulihkan.
- SABAH KETEPI, ITU MILIK ORANG LAIN... MILIK-MILIK MALAYSIA SEBENARNYA..
Sulu in need of development The Star - 27 September 2010
3. Pencerobohan penganas dan lanun Sulu di Sabah adalah tidak kena-mengena dengan pewaris Sultan Sulu, Rumah Bicara Sulu, Ahli Majlis DiRaja Sulu, Kesultanan Sulu dan Kerabat DiRaja Sulu.
Harap maklum.
DYMM Tuanku Mudarasulail Kiram ( Sultan sebenar Sulu )
Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat
Pastinyer mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia.
Ini bermakna ada rakyat Malaysia yang berada depan rumah Jamalul Kiram III & Jamalul Kiram III sedang di perhatikan. Mungkin bila-bila masa mereka ini boleh menculik Kiram ataupun membunuh Kiram.Awas!!~
Operasi di Tanduo selesai kini fokus di Tanjung Batu.
Pakaian tentera Sulu.
Tangkal tentera Sulu.
Lokasi persembunyian pengganas
Di laut turut dikawal oleh anggota komando.
KETUA Kampung Simunul, Ramlee Saraman (kanan) menunjukkan beberapa buah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas Sulu dalam tinjauan ke kampung itu, di Semporna, Sabah hari ini
Foto (Uncensored) Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna.
Foto berikutnya ini agak mengerikan..Susah mau cakap.Nak tengok juga?Baiklah.AMARAN : VIEWER DISCRETION IS STRONGLY ADVISE!
(Sebelum ini foto ini telah dikeluarkan daripada blog ini.Tetapi
memandangkan foto tersebut telah pun tersebar meluas di internet, jadi
makanya, kami letak ajalah balik.Sekali lagi amaran, viewer discretion is
strongly advise.Kalau terbawa-bawa dalam mimpi, tanggung sendiri)
Terkini : Royal Malaysian Airforce bersama dengan ATM & PDRM telah
memulakan operasi untuk mengempur habis-habisan kedudukan pengganas Sulu
di Kg. Tanduo Lahad Datu.Bersama kita panjatkan doa agar
pejuang-pejuang kita sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan
semoga krisis pencerobohan ini akan cepat berakhir.
Penduduk Kampung Sungai Merah, Lahad Datu meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.
Dua
orang anggota pasukan keselamatan Malaysia cedera parah akibat tembakan dalam
pertempuran dengan penceroboh Sulu pada jam 8 malam tadi – yang
berlarutan selama lapan jam. Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib
dalam satu sidang media hari ini berkata seorang anggota berkenaan
cedera parah ditembak di betis dan seorang lagi di peha.
Anggota berkenaan dihatar ke Hospital Sandakan selepas menerima rawatan di lapangan oleh medik tentera, katanya.
Kedua-dua anggota berkenaan, dari pasukan gerakan am, berusia 25 tahun dari Miri,Sarawak.
Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah
terkini : Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala
12 penceroboh Lahad Datu Sabah bersenjata dari selatan Filipina
(pengikut SULTAN SULU) maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua
pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 1 Mac 2013.
Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi
itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera
berdasarkan laporan berita terkini Bernama.
Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang
terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung
pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo Lahad Datu
Sabah.
Mereka cuba keluar daripada kepungan
pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak
dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di
Lahad Datu Sabah, insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan
kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah yang merupakan pengikut Sultan Sulu
itu berlanjutan selama 20 minit.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamza
berkata kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah (SULU) yang terlebih dahulu
melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.
“Pihak komando polis terpaksa melepaskan
tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua
pihak,” kata Hamza. [Sumber : Malaysiakini BM]
Koleksi 17 Gambar Terkini Pencerobohan Lahad Datu Sabah
Gambar Krisis di Lahad Datu Sabah
Mesej terakhir arwah Inspektor Zulkifli Mamat
Gambar terakhir arwah Inspektor Zulkifli Mamat (paling depan, kiri)
Gambar Penceroboh di Lahad Datu Sabah (SULU) : Kedudukan Kubu Mereka
Gambar Kubu Penceroboh Lahad Datu Sabah
Gambar Pencerobohan di Lahad Datu Sabah : Senjata Dirampas
Gambar senjata yang berjaya dirampas
Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah : Komando PDRM Terkorban)
1) Gambar Allahyarham Koperal 113088 Sabarudin Bin Daud (terkorban)
2) Gambar Allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli Bin Mamat (Terkorban)
Takziah kepada keluarga Allahyarham.
Mari sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada pejuang dan wira negara
yang terkorban dalam krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah kali ini.
Gambar fail Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.KUALA
LUMPUR, 10 Mac — Seorang remaja tidak dikenali ditembak mati oleh
pasukan keselamatan Malaysia pagi ini, dan meningkatkan jumlah kematian
kepada 62, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengesahkannya
hari ini.
Remaja tersebut, yang dipercayai berusia 12 hingga 15, terbunuh
apabila anggota keselamatan berhenti dan bertanya soalan kepada lima
individu, tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Sungai Bilis ketika Ops
Daulat sedang dijalankan jam 9.45 pagi ini.
Menurut The Star Online, pasukan keselamatan melihat
pergerakan berhampiran semak dan menembak, sebagai reaksi kemungkinan ia
datang dari penceroboh Sulu.
Kemudian pasukan mendapati seorang remaja terbunuh dan seorang lelaki berusia 30an cedera pada kaki.
Dalam laporan Malaysiakini mengenai insiden tersebut, Ismail
berkata polis sedang cuba menyiasat identiti dua lelaki tersebut,
termasuk lima individu yang disoal siasat pada awalnya.
"Mereka tidak mempunyai dokumen jadi kita menyiasat dari mereka
datang dan apa mereka buat di sini," katanya yang dipetik dari portal
berita tersebut.
"Selepas kita diberitahu mengenai insiden tersebut, pusat arahan
taktikal kami terus menghantar pasukan kecemasan dalam kenderaan
berperisai ke lokasi di mana tujuh orang tersebut, termasuk yang cedera
dan mati berjaya dikeluarkan.
Seramai 62 orang terbunuh sejak Jumaat lalu, termasuk 53 militan
Sulu, lapan anggota polis Sulu dan seorang remaja yang tidak dikenali.
Hari ini ialah hari keenam Ops Daulat sejak Selasa lalu, dan hari ke
29 sejak sekumpulan bersenjata seramai 200 orang dari Sulu di Filipina
mendarat di Lahad Datu untuk menuntut Sabah.
Kumpulan yang mendakwa mereka sebagai “tentera diraja” Kesultanan
Sulu dan pengikut kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai
Sultan Sulu, seorang tua berusia 74 tahun yang tinggal di Taguig City,
Filipina.
Kumpulan yang diketuai adik Jamalul, Agbimuddin Kiram bertempur
dengan pasukan keselamatan sejak Jumaat lalu dan menyaksikan lapan
anggota polis terkorban dan 20 militan Filipina terbunuh.
Awal hari ini, polis mengesahkan sejumlah 85 individu ditahan kerana
terlibat dengan kumpulan Sulu ini di Sabah. KPN Ismail berkata pada
tengah hari ini, lima orang ditahan di Semporna, dua jam dari Lahad
Datu, menurut laporan Malaysiakini.
Lima orang tersebut ditahan kerana terlibat dengan serangan hendap ke
atas pasukan keselamatan Malaysia pada minggu lalu, yang menyebabkan
enam orang polis terkorban. Mereka akan disoalsiasat dibawah Akta
Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) dan Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan
kerana melakukan keganasan, menurut laporan Malaysiakini.
KEJAM...Pengganas Sulu seksa polis hidup-hidup dan dipenggal kepala - Saksikan
Dipenggal kepala? Dicerai2kan badan. Dicampak ke laut. Dipotong tangan. Dikorek keluar mata mereka.
Sejujurnya, bukan la malaysia mahu sangat membunuh
kumpulan penceroboh. Mereka bunuh rakyat kita, maka bunuhla
yang mereka akan dapat kembali. Kami rakyat malaysia bersatu ahti agar
pasukan keselamatan negara tembak mati saja pengganas2 ini. Jangan
sesekali diberi muka waima sesaat sekalipun.
Baca bawah ;
Ditawan
kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara
dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan
itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan
dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya
dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman. Badan
wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan
sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua
biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam. Seorang
lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat
apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya
dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua
wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2
Mac lalu di KampungSri Jaya, Simunul, Semporna. Perbuatan yang sangat
sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah
mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat
dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik
darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu
terhadap anggota keselamatan.
Dalam
pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini
mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69,
mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila
tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh.
Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam
penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis
menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira
kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam
oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya. Dalam
serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar,
Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz
Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua
mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa
serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan
sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu,
pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila
berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum
menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain
di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham
Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46,
yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi
meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala. -UM
DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA: 19 ANGGOTA PDRM TERPERANGKAP DIKELUARKAN...
Mula-mula
kejadian di LAHAD DATU penceroboh berpura-pura menyerah diri dan angkat
bendera putih tapi kawan-kawan penceroboh sudah standby dan lepaskan
tembakan RPG..
Di Semporna pula.. Penceroboh mengunakan strategi
sama,Tembak anggota bertugas dari belakang ketika pihak berkuasa tidak
bersedia..
Detik cemas
apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh
sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika
operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Pihak Polis mendapat maklumat bahawa pembenrontak sudah berada di Kampung Sri Jaya Simanul, Semporna dan terus membuat intipan.
Operasi
yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut mengorbankan enam anggota
kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah
penduduk kampung.
Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang
terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati
ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini
sejak Jumaat lalu.
Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya
yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk
wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan
rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.
Setakat
petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah
pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari
Besut, Terengganu.
Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang
terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati
ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini
Terdapat enam mayat lagi yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan pemberontak.
PUAK
PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK
MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR
RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI
BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG
MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) ~ Sumber Gambar
Lanun yang menyerang di semporna dapat ditangkap semalam...?
WEB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Ketua
Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia
mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM
yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di
Semporna. Mereka yang terkorban adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman. 2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna 3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah 4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau 5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau 6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.
Kepada
ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan
sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.
ANGGOTA polis menguruskan tiga dari enam wiranegara di Surau As Salam,
IPD Tawau yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan
sekumpulan bersenjata yang mendakwa tentera Sultan Sulu di Semporna.
MAKLUMAT YANG BELEGAR DI MEDIA BARU: WASSAP DR POLIS SENDIRI
Salam,
setakat ni ok..yg sy nampak tn ibrahim gugur, sjn bahrin ( barry )
gugur dan satu pga tiada kepala, pastu beberapa mayat
bergelimpangan...cepatlaa pasukan bantuan..
MSG individual yang terperangkap Salam YDH Tuan..
Utk maklumam, update terkini A. Peg/anggota terselamat : 32 org - 7 pegawai - 25 anggota
B. Peg/ anggota masih terperangkap - 8 pegawai
1. supt ibrahim lebar, E1 b.aman (mati) 2. asp michael, kckd (status tidak diketahui - dijangka mati) 3. insp asanal, ei b.aman (parah dipercayai meninggal) 4. insp aswad, e1 b.aman 5. insp azrah, e1 b.aman 6. insp khairul nizam, sb semporna 7. insp pengiran mohd zamri, kbsjkd SPA 8. insp mohd ramdan, kbld SPA
C. Orang awam cedera - seha bt ghani, p/50 tjm, bajau, kg sri jaya. - kecederaan: tembakan di lutut kali lanan belakang. - telah dihantar ke hospital tawau dan keadaan stabil. Sehingga
kini, perbincangan masih berjalan utk menyelamat yh terperangkap
dipengerusikan oleh KCK bersama vat 69, tentera, PASKAL, pga dan
lain-lain. Sjn barry muka telah pecah.