Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

27 June 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER






surah-surah  ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air.

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser.

InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

ADAKAH ANDA SELALU MENGANTUK SELEPAS MAKAN TENGAHARI?


Mengantuk selepas makan adalah masalah biasa yang dialami kebanyakan orang selepas tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengahari. Akan tetapi masih ramai yang tidak tahu, masalah biasa ini sebenarnya merupakan PETANDA PENTING badan kita KEKURANGAN AIR. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan jumlah oksigen untuk sampai ke otak berkurangan dan inilah puncanya kita berasa mengantuk sehingga sukar untuk memberi tumpuan selepas makan.

FUNGSI AIR UNTUK BADAN.
Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.

Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.

Kita digalakkan minum air 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Kekurangan air dalam badan akan mencetus pelbagai implikasi. Antaranya:

✔ Badan cepat letih
✔ Dahaga
✔ Ketegangan otot
✔ Mulut kering
✔ Mengantuk
✔ Air kencing sedikit dan pekat
✔ Sakit kepala/migrain
✔ Kulit menjadi kurang kenyal
✔ Sembelit
✔ Masalah buah pinggang

Pastikan anda minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral atau air yang ditapis. Air yang bersih membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

pssstt : Terlebih makan tengahari pun mengantuk jugakkan...tambah-tambah kalau kerja tengah banyak...hehehehe

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

21 June 2013

Bahaya Fitnah & Mengumpat


Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?
(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.
(Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)
jangan mengumpat Bahaya Fitnah Dan Mengumpat Dalam HidupDirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.ha berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera RasulAllah SAW berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!” Telah bersabda RasulAllah SAW;
Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.
WANITA sangat sinonim dengan feel ini. Walaupun bergelar ustazah sekalipun. Alasan yang diberi adalah ‘dah cerita betul, bukan tipu pun, bukan fitnah pun.” SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat. Namun terdapat adab- adab yang harus dijaga dalam keadaan sedang berinteraksi.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia. Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain. Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191) Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
jangan kita mengumpat Bahaya Fitnah Dan Mengumpat Dalam HidupOleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima. Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuktabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang. Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh. Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat. Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”. Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya. Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a. Sejarah Islam sejak awal-awal lagi telah mencorakkan pentas ini. Justeru itu diakhir zaman  bertambahlah lagi permainan mazmumah dikalangan ummah.  Jarum fitnah ini pernah dimainkan oleh Abdullah bin Ubai yangmana bersembahyang jamaah tidak pernah luput dibelakang Rasulullah s.a.w. yang mulia. Namun bilamana diminta mempertahankan Agama Islam untuk berperang dengan kafir quraish dimedan Uhud. Pelbagai tomahan dan telahan diberikan sehingga berusaha bersungguh-sungguh penuh kesumat. Sebahagian berjaya dipengaruhi, manakala mereka para sahabat yang kental keimanannya tetap utuh dan taat akan perintah Baginda saw.
Beginilah perpisahan keimanan dibuktikan oleh Allah sejak dizaman Rasulullah saw. Meskipun mengaku beragama Islam, namun sebaliknya ada yang benar dan ada yang  salah. Lalu Allah Taala mengkategorikan golongan ini sebagai munafikin. Dalam kesempatan nadi masih berdenyut. Nafas masih keluar masuk, Kehidupan berbendang masih ada,masih diberi kesihatan yang baik untuk menuntut lmu ,dikesempatan hayat inilah, perbanyakkanlah bekalan kebajikan. Insya Allah! diakhirat selepas menjejaki alam baqa menjadi mudah untuk tuaian yang lumayan. Guna seluruh jiwa raga dan apa jua yang ada untuk Allah demi meninggikan Agama Islam yang terpilih ini. Jadikan kasih sayang Allah kemuncak keimanan dan baginda Nabi Muhammad saw seluruh jalan pengabdian. Mudah-mudahan mendapat rahmat dan berkat kasih sayang Allah berterusan.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

20 June 2013













Radio
































Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Taubat


LAFAZ TAUBAT :

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمْ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمْ وَأَتُوْبُ إِلَيْهْ

1.       PENGERTIAN TAUBAT :
·         Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

2.       HUKUM TAUBAT :
·         Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa

3.       SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :
·         Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar
·         Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah
·         Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah

4.       SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA
·         Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya
·         Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat
·         Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan
·         Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan

5.       SYARAT-SYARAT TAUBAT :
·         Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
·         Berhenti melakukan maksiat denga segera
·         Berazam tidak akan mengulangi lagi
·         Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

6.       HIKMAH TAUBAT :
·         Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah
·         Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
·         Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
·         Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah

7.       SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MASA TAUBAT :
·         Bertaubat hanya jika sudah tua
·         Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa yang sama pada masa yang lain
·         Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Karaktor Disebalik Bulan Kelahiran (Kajian Dato Fadzilah Kamsah)



JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersikap tenang dan sensitif
- Berfikiran yang mendalam
- Pandai mengambil hati orang lain
- Pendiam kecuali selepas diransang
- Agak pemalu
- Daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplin diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Suka duduk dirumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
- Berfikiran warak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Intelligent ,bijak dan genius
- Berpesonaliti yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam,pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apbila dikongkong
- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
- Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan)
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan mudah memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Kecenderungan pada benda yang tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosinya

MAC
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody

APRIL
- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian (diberi pujian)
- Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.
- Suka adventure
- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)
- Kelam-kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Instint power, gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit disekitar kepada dan dada
- Mudah dan terlalu cemburu

MEI
- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi fizikal dan mental
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros

JUN
- Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
- Mudah tertawan kerana sikap baik
- Berperangai yang lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
- Idea yang terlalu banyak didalam kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menagguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
- Cepat marah tapi cepat sejuk
- Suka bercakap dan berdebat
- Suka buat lawak dan bergurau
- Otaknya cerdas dan berangan-angan
- Mudah dan pandai berkawan
- Orangnya sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Bersikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
- Suka barangan berjenama
- Kedegilan yang tidak terkawal

JULAI
- sangat seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
- agak pendiam kecuali dirangsang
- ada harga dan maruah diri
- tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- mudah dipujuk dan bercakap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
- berjiwa sentimental
- jarang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda yang remeh temeh
- sangat peka, caring, mengasihi sayang
- membimbing cara fizikal dan mental
- layanan yang serupa dengan semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang sangat tajam
- suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
- sensitif tapi lambat untuk pulih
- suka mendiamkan diri
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif, kecuali terpaksa
- lemah dari segi kesihatan perut
- mudah terkena kanser payudara
- mudah gemuk kalau tak kawal diet
- suka duduk di rumah
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja

OGOS
- suka berlawak
- orang yang mudah tertawan kepadanya
- sopan santun dan caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut
- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
- pandai pujuk orang lain
- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
- nilai harga diri yang sangat tinggi
- dahagakan pujian-pujian
- cepat marah dan mudah mengamuk
- mudah marah apabila cakapnya dilawan
- mudah kasihan pada orang lain
- cepat cemburu
- daya pemerhatiannya tajam dan teliti
- fikiran yang mudah berdikari
- suka memimpin dan dipimpin
- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
- cepat sembuh bila ditimpa penyakit
- belajar untuk relaks
- ada sikap kelam kabut juga
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
- cepat berfikir dan teliti

SEPTEMBER
- sangat bersopan santun
- mudah bertolak ansur
- sangat cermat teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tapi pandai bercakap
- sikapnya sangat cool
- sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin dan berperinci
- amanah, setia dan jujur
- kerja yang dilakukan sangat sempurna
- sangat sensitif yang tidak diketahui
- orangnya banyak berfikir tapi pendiam
- daya pentaakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- kawal diri dari terlalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
- simpan rahsia
- suka sukan, hiburan dan melancung
- kurang menunjukkan perasaannya
- terluka hatinya sangat lama disimpan
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- kerja bersistematik

OKTOBER
- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri
- tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- ada kalanya mudah patah semangat

NOVEMBER
- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- dorongan seks yang agak tinggi
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi

DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
- sangat menarik dan seronok didampingi
- suka bercampur dengan orang lain
- suka dipuji
- diberi perhatian dan dibelai
- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- ada kalanya cepat marah
- perangai yang berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- benci kepada kongkongan
- pandai buat lawak dan memikir dengan logik


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: