Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

01 April 2014

Syiah di Malaysia : Satu Ancaman Keselamatan Negara Dan Akidah Islam

Gambar puak syiah di Malaysia

Syiah di Malaysia & Kesannya Kepada Umat Islam
Berkenaan dengan Syiah di Malaysia dan kesannya kepada umat Islam, dapatlah dibahagikan jawapan kepada beberapa fasa seperti berikut:

Fasa pertama; Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah?

Menjadi kebiasaan para ulama, apabila membicarakan perihal sesuatu perkara, mereka akan meletakkan definisi atau pengertiannya dari dua sudut utama iaitu Bahasa Arab dan Istilah. Tujuannya adalah supaya perbahasan dan perbincangan menjadi jelas dan terarah.
Di dalam Bahasa Arab, Shi’ah bererti penolong dan pembantu.
Manakala dari sudut Istilah pula, dapatlah dirumuskan bahawa Shi’ah adalah satu kumpulan manusia yang dinisbahkan kepada umat Islam, mengutamakan Ali r.a. terhadap para Sahabat yang lain dan mengutamakan keluarga Rasulullah s.a.w. yang terpilih sahaja di samping membawa kepercayaan yang menyeleweng dan terpesong berkenaan perkara-perkara asasi dalam Islam seperti ketuhanan, kenabian, al-Imamah (pemerintahan), pendirian berkenaan para sahabat, dan juga para isteri Rasulullah s.a.w. (Definisi secara terperinci dapatlah dirujuk dalam: Hukum Ulamak2 Islam Terhadap Shiah Dahulu dan Sekarang, karangan Ibnu Umar. Kuala Lumpur: Virtue Publications. Cetakan 1987. Halaman 9.)


Golongan Shi’ah terbahagi pula kepada beberapa kelompok iaitu kelompok yang melampau, pertengahan dan ikut-ikutan.
Kelompok yang melampau adalah kelompok yang menyeleweng dan mempertikaikan perkara-perkara dasar dalam Islam seperti mengatakan bahawa al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a., Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w., ‘Aishah isteri Rasulullah adalah penzina, Abu Bakr dan Umar adalah penjenayah, mencerca para Sahabat dan menganggap kebanyakan mereka fasiq atau murtad. Cendekiawan di kalangan kelompok inilah yang dihukum sesat dan kufur oleh ulama muktabar dalam Islam. Kelompok ini dikenali sebagai, al-Imamiyyah @ al-Ithna ‘Asyariyyah @ al-Ja‘fariyyah.
Kelompok yang pertengahan pula adalah kelompok yang dikenali sebagai Zaidiyyah yang walaupun berbeza dengan Umat Islam tetapi tidak melampau seperti kelompok pertama.
Adapun kelompok ikut-ikutan pula, mereka adalah yang mengaku Shi’ah tetapi tidak mengetahui ajaran-ajaran Shi’ah.

Fasa kedua; Adakah wujud perbezaan antara Shi’ah dan Ahlus Sunnah?

Sebelum meneruskan perbincangan, perlu rasanya dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Ahlus Sunnah. Perkataan ‘Ahl’ dari sudut Bahasa Arab bererti ahli manakalah perkataan ‘Sunnah’ dari sudut Bahasa Arab bererti jalan dan cara. Melihat kepada sudut Istilah, Ahlus Sunnah membawa erti orang yang berpegang dengan manhaj dan cara pelaksanaan Islam yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w.
Sememangnya daripada penjelasan ringkas di atas, kita sudah dapat melihat perbezaan di antara Shi’ah dan Ahlus Sunnah. Akan tetapi untuk menjadikannya lebih nyata dan terang, marilah sama-sama kita melihat jadual berikut yang menjelaskan sebahagian pegangan Syiah yang sesat dan menyeleweng:

Syi’ah

Ahlus Sunnah

Al-Qur’an telahpun diselewengkan oleh para Sahabat r.a.Al-Qur’an terpelihara daripada sebarang penyelewengan
Ali lebih hebat daripada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w. lebih hebat daripada sekelian makhluk
‘Aishah isteri Rasulullah adalah penzina‘Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan Ibu kepada orang-orang yang beriman
Abu Bakr dan Umar adalah penjenayahAbu Bakr dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul
Mencerca kebanyakan para Sahabat dan menghukum mereka adalah fasiq dan murtadMenghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah Ta’ala

Fasa ketiga; Apakah Syiah bahaya?

Melihat kepada perkataan ‘bahaya’, sebenarnya kita boleh bahagikan kepada dua situasi. Pertama, bahaya terhadap agama dan kedua, bahaya terhadap keselamatan.
Berkenaan bahaya Syiah terhadap agama, berdasarkan sedikit maklumat yang telahpun saya utarakan sebentar tadi, kita dapat merumuskan bahawa Syiah memang merbahaya dan menjadi antara ancaman utama yang menggugat kesucian Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah al-Sahihah. “Bahaya” dari sudut ini jauh lebih besar daripada bahaya dari sudut keselamatan. Bahaya dari sudut keagamaan inilah yang menuntut pihak berwajib untuk bangkit menjelaskan penyelewengan yang ada pada aliran Syiah ini samada dalam bentuk seminar, wacana, forum mahupun debat atau muzakarah antara Ahlus Sunnah dan Syiah. Jika perkara ini dapat direalisasikan, masyarakat akan mendapat maklumat seimbang di antara kebenaran dan kebatilan, seterusnya dapat membuat penilaian dan pilihan yang sewajarnya.
Manakala bahaya Syiah terhadap keselamatan pula, perkara ini sebenarnya merujuk kepada kadar ketaksuban mereka yang beraliran Syiah. Setakat ini, menurut pandangan saya, Syiah di Malaysia masih belum menimbulkan apa-apa kekacauan. Ini mungkin dapat dilihat dari sudut sifat masyarakat Malaysia yang sememangnya lemah-lembut. Ertinya, “Bahaya kepada keselamatan” adalah perkara yang cukup subjektif. Mana-mana kumpulan dan aliran pun berpotensi menjadi bahaya apabila sebahagian daripada mereka yang kurang ilmu bertindak menjangkau ajaran dan garis panduan pemimpin mereka. Jika ini berlaku, perlulah dibezakan antara individu yang tersilap dengan doktrin ajaran yang dijunjung. Ketelanjuran yang mungkin berlaku tidak semestinya menggambarkan kepincangan doktrin, sebaliknya hanyalah menunjukkan kelemahan kawalan semangat dan emosi si pengikut.
Sebagai penutup, ingin saya tekankan bahawa segala bentuk penyelewengan dalam kepercayaan dan pegangan Islam perlulah ditangani dan dibanteras secara berhemah dan penuh ilmiah. Umat Islam harus dididik atas dasar “Basirah” iaitu kekuatan hujjah yang yang nyata. Allah Ta’ala telah berfirman (Yusuf 12:108):
Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada termasuk orang-orang yang musyrik.
Justeru, umat Islam haruslah memulakan proses pemantapan Aqidah dengan menyelami ayat-ayat al-Quran berpandukan tafsiran absah para ulama muktabar, seiringan dengan pengamatan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. berdasarkan huraian tepat ulama Ahlus Sunnah yang menitik beratkan kesahihan fakta dan kesucian ajaran Islam. Seterusnya, harus wujud sekumpulan cendekiawan atau ilmuan yang dapat menjelaskan kepada masyarakat dan membezakan antara kesucian ajaran Islam dan kedurjanaan penyimpangan doktrin menyeleweng. Semoga Allah Ta’ala memperlihatkan kepada kita kebenaran dan memudahkan kita melaksanakannya, juga memperlihatkan kepada kita kebatilan dan memudahkan kita menjauhinya. Aamiin

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami

Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan
baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.
 



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Tragedi MH30: Pencarian MH370 Hari Ini Tertumpu Di Kawasan 120,000 Km Persegi


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sepuluh pesawat dan sembilan kapal membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang awal 8 Mac lepas.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata kawasan pencarian operasi pada hari ini menjangkau 120,000 km persegi, ke barat Perth.

Ia berkata cuaca di kawasan pencarian dijangka buruk, dengan jarak penglihatan yang terhad.

Sepuluh pesawat yang terlibat pada Selasa ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, dua C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, sebuah Ilyushin IL-76 China, sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah jet Gulfstream Jepun, masing-masing sebuah P3 Orion dari Korea Selatan, Tentera Udara Diraja New Zealand dan Jepun.

"Sembilan kapal telah ditugaskan mencari di empat kawasan. Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield berlepas dari HMAS Stirling malam Isnin , dengan pengesan bunyi 'ping'," kata AMSA dalam satu kenyataan dari laman sesawangnya hari ini.

Isnin lepas, Australia telah menubuhkan Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang diketuai oleh Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, bekas Panglima Pasukan Pertahanan Australia, di Perth untuk menyampaikan dengan berkesan aktviti-aktiviti kerajaan Australia berkaitan operasi mencari.

JACC juga akan memastikan orang awam dan mereka yang berkepentingan, terutamanya keluarga penumpang dan anak kapal mengetahui perkembangan penyiasatan ke atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Rupanya Ini Dialog Sebenar Juruterbang MH370 Sebelum Hilang Dari Radar

Pakar industri penerbangan kini mahukan pusat kawalan trafik udara Malaysia mendedahkan respons awal mereka ketika pesawat MH370 hilang pada 8 Mac selepas pihak berkuasa malam tadi akhirnya berkata juruterbang pesawat berkata "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" (“Good night Malaysian Three Seven Zero” dan bukannya "Baiklah, Selamat Malam" ("All right, Good Night").

Perubahan transkrip perbualan itu adalah pendedahan terbaru dalam perubahan maklumat berkenaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing sejak 24 hari lalu.

"Pusat Kawalan Trafik (ATC) Subang tidak menjelaskan tindakan awal mereka ketika pesawat itu hilang selepas keluar dari ruang udara Malaysia. Adakah mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta-merta?

"Sekiranya kekurangan respons ketenteraan, ia mengundang pelbagai persoalan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) ATC," kata pakar penerbangan kepada The Malaysian Insider, memetik peruntukan undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menuntut respons serta-merta bagi unit mencari dan menyelamat.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri pada 26 Mac berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan pesawat yang tidak dikenali melakukan pusingan namun menganggap tindakan itu dilakukan atas araahan menara kawalan udara.

"Kami mengesan 'pusingan' namun tidak menganggap itu sebagai ancaman dan ia hanya pesawat 'rakan'. Kami menganggap pesawat menerima arahan daripada menara kawalan namun kami kemudian sedar pesawat itu hilang daripada radar di Laut Andaman atau utara Selat Melaka.

"Untuk makluman, keupayaan radar kita hanyalah seluas 250 batu nautika," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen minggu lalu.

Abdul Rahim menukar kenyataannya sehari kemudian dan berkata kenyataannya di Parlimen sebagai "tidak tepat."

Juruterbang yang ditemui The Malaysian Insider berkata pengetahuan Abdul Rahim berkenaan istilah penerbangan berkemungkinan selepas diberikan taklimat oleh Agensi Penerbangan Awam (DCA) berhubung kehilangan MH370.

"Pesawat membuat pusingan (Air turn backs) sering berlaku dan anggapan timbalan menteri bermakna ATC atau DCA tidak memaklumkan kepada pihak tentera pesawat itu hilang.

"Menjadi tanggungjawab DCA untuk menjelaskan tindakan mereka," kata juruterbang yang enggan mendedahkan identitinya.

Wall Street Journal minggu lalu melaporkan pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata Boeing tidak begitu gembira dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia memaklumkan kepada wakil syarikat berkenaan kehilangan pesawat selepas lebih tiga jam.

Pasukan Boeing "agak kecewa dan tidak mempercayai proses" berkenaan, menurut pihak yang rapat dengan syarikat tersebut.

Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, MAS berkata mereka "mengesahkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi, hari ini (8 Mac 2014).

"MH370, menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Luala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014. MH370 dianggarkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pesawat membawa sejumlah 227 penumpang (termasuk dua orang bayi) dan 12 anak kapal.

"MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang kini mengaktifkan pasukan Mencari dan Menyelamat untuk mengesan pesawat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7.43 pagi, 8 Mac lalu.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun melakukan pembetulan terhadap kenyataan mereka dan berkata kali terakhir pesawat dihubungi adalah pada 1.19 pagi, dan bukannya 2.40 pagi waktu Malaysia.

Malam tadi, DCA berkata "Kami ingin memaklumkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pusat kawalan udara dan kokpit adalah pada 0119 (Waktu Malaysia) dan ia adalah "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong."

"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk mengenalpasti kata-kata terakhir itu daripada juruterbang atau pembantu juruterbang.

"Menteri mengarahkan pasukan penyiasat untuk mendedahkan transkrip penuh yang akan dibuat ketika pertemuan dengan saudara mara," katanya.

Pada 12 Mac, pegawai kerajaan Malaysia mendedahkan "Baiklah, selamat malam" adalah kata-kata terakhir daripada pesawat MH370 ketika memberikan taklimat kepada keluarga penumpang China di Beijing.

Akhbar Britain Daily Telegraph mendedahkan transkrip itu pada 22 Mac, dan melaporkan perkataan itu dikeluarkan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.

The Malaysian Insider melaporkan pada Jumaat, pegawai daripada industri penerbangan masih lagi kurang jelas tindakan ATC Subang ketika menyedari kehilangan pesawat berkenaan.

"Tidak jelas apa tindakan ATC. Kita tahu MAS sedar kehilangan pesawat mereka namun adakah tentera mengetahuinya?

"Malah, adakah ATC lain di rantau ini sedar MH370 hilang? Mereka berupaya mengesannya jika menerima maklumat lebih awal," kata seorang pegawai penerbangan kepada The Malaysian Insider.

Turut difahamkan, penyiasat Malaysia menemui kesukaran untuk mendapatkan data radar daripada negara jiran ekoran tentera di rantau ini enggan mendedahkan keupayaan mereka.

Laman berita Australia, news.com.au memetik laporan Straits Times minggu lalu berkata, pihak berkuasa Malaysia menimbulkan kemarahan keluarga penumpang apabila berkata terdapat "bukti yang tidak boleh didedahkan" berkenaan kehilangan pesawat.

"Data berkenaan termasuk transkrip pusat kawalan udara, data radar, dan rakaman keselamatan lapangan terbang," lapor akhbar berkenaan.

Kenyataan pihak berkuasa Malaysia yang dikeluarkan di Metropark Lido Hotel in Beijing tidak dilaporkan kebanyakan akhbar, sebaliknya dikongsi di laman-laman sosial, lapor news.com.au.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa agar penyiasatan dilakukan agar dapat memberikan penjelasan terhadap kehilangan misteri pesawat dan menjelaskan terlalu banyak persoalan menyelubungi kehilangan pesawat yang tiada kaitan dengan kotak hitam.

Kerajaan hanya berkata mereka akan mengadakan inkuiri sejurus kotak hitam pesawat itu ditemui.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.















Radio







































Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...