Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

19 December 2011

Bukti Kristian semakin beraksi

Gereja terbesar Asia Tenggara bakal siap di Bukit Jalil



HAIRAN bin ajaib, majoriti rakyat negara ini adalah umat Islam, bilangan rakyat yang menganut Agama Kristian tidaklah terlalu banyak di negara ini.

Bilangan penganut agama Kristian di negara lain di Asia Tenggara lebih banyak bilangannya, seperti di Indonesia, dan Philipina.

Namun, gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bakal bertapak di Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa [Sumber]

Apa tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini? Kerajaan yang memerintah sudah hilang akal atau sudah kenyang menerima habuan?


Sejarah pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaannya [Calvary Church].


ReJaM© bukan nak menghalang kebebasan beragama di negara ini. Tapi apa perlunya gereja terbesar Asia Tenggara dan antara yang tercanggih di dunia dibina di negara majoriti umat Islam? Siapa yang luluskan projek ini?

ReJaM© "Bila nak bina masjid terbesar di Asia Tenggara?"

Click Here


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

16 December 2011

Syarat untuk buat Maksiat ?

Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
“Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
“Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukanmaksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
“Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,
“Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim,
kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya,
“Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,
Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
“Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

15 December 2011

Tahniah Abang Long Azam Trafik Polis



Majlis Perkhahwinan Abang Long Azam Trafik Polis yang berlangsung di Taiping,Perak baru-baru ini yang dihadhiri oleh Yang Mulia Ayahanda Ayong , Kekanda - Kekanda dan adinda-adinda BAHTERA SAMUDERA Malaysia.. Selamat pengantin baru Along Azam ...moga berbahagia dunia dan akhirat bersama pasangan tercinta
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

09 December 2011

KONGSI Gelap VS Kongsi Terang?


Perlukah Budaya Kongsi Gelap Mengikis Keturunan Asal Kamu...??????" Salam perpaduan, salam kaseh sayang buat tuan-tuan yang bijaksana khususnya kepada bangsa Melayu yang kaya dengan ilmu kongsi gelap cina..... "Tak perlulah jiwa menjadi cina, cukuplah nama/bahasa/pakaian dan fahaman kamu dijajah cina...." Setelah mengikuti perkembangan anak-anak Melayu dari jarak yang lebih dekat (intipan dan penyamaran di lokasi suspek), rupa-rupanya maseh ada belia-belia Melayu yang maseh TAKSUB dan ANGKUH dalam menguasai budaya kongsi gelap cina yang maseh menular di jiwa muda anak-anak bangsa Melayu. Artikel ini saya "kongsi" kan kepada semua bangsa Melayu yang baharu tumbuh taring dan kuku di dalam dunia kongsi gelap dan berasakan diri mereka sudah hebat dalam segala segi termasuk soal hukum hakam di dalam berugama. Baguslah pabila anak-anak muda "bersatu" dan "menguasai" sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada bangsa, ugama dan negara serta dapat menggerunkan pehak musoh yang boleh menggugat keharmonian negara NAMUN apa yang saya perhatikan, jiwa dan semangat KEMELAYUAN itu kian hancur dan terhakis dek pegangan dan fahaman kongsi gelap cina yang tiada sempadan dan batasan dalam adab dan kesopanan Melayu yang telah sekian lama diamalkan oleh ibu bapa mereka sejak zaman berzaman. Ada dikalangan kita sendiri pernah bergaul dan mengharungi pahit getir di dalam dunia kongsi gelap bersama bangsa asing di suatu masa lampau namun apa yang dapat kita perhatikan terdapat jurang perbezaan yang sangat ketara di antara pembawakan kongsi gelap dahulu dengan cara pembawakan kongsi gelap sekarang. Dahulu, walau sepayah manapun seseorang Melayu itu bergelumang di dalam dunia kongsi gelap, mereka masih berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati di kalangan masyarakat terutama kepada sesama bangsa Melayu dengan tidak mengira peringkat (hirarki) DAN sangat menghormati senioriti bangsanya dari aspek usia, pengalaman dan ketokohannya. Ini yang membuatkan bangsa asing gerun dan goyah pabila ada di antara bangsa Melayu yang maseh menjaga adab dan ketuanan Melayu di dalam Tanah Melayu ini.... Biarpun kehidupan tunggang langgang, ekonomi turun naik dan ancaman silih berganti, namun kesopanan dan adab Kemelayuan tidak pernah terhakis dan luntur di dalam diri dan jiwa seorang Melayu yang menganggotai Kongsi Gelap Cina di suatu masa dahulu. Ramai di antara mereka yang telah gugur dan ada juga di antara mereka (saki-baki) yang maseh berjuang di dalam dunia kongsi gelap hingga kini namun maseh steady kerana apa...????? Kerana mereka maseh mengamalkan kecintaan dan kedaulatan nama MELAYU yang tidak pernah luntur di dalam perjuangan mereka walaupun mereka terpaksa makan menggunakan "dua batang kayu buluh" dan minum di dalam "mangkuk berukiran naga" sekalipun..... Inilah kunci utama kejayaan seseorang Melayu yang akhirnya dihormati dan disegani oleh bangsa lain kerana mereka orang-orang Melayu "YANG KENANG ASAL-USUL" ini sedaya upaya mempertahankan kedaulatan Melayu dengan tidak menanggalkan budaya, semangat dan jiwa Melayu nya walau tubuhnya dicacah tatu sekalipun namun, nama nak memadamkan kehebatan Melayu di bawah telapak kaki cina, jauh sekali!!! Inilah yang digelar "KONGSI TERANG DI DALAM GELAP...." Perhatikan anak-anak kamu!! Perhatikan adik-adik kamu!! Perhatikan ahli keluarga kamu!! Perhatikan baik-baik...... Ada di antara mereka yang dah minum darah bercampur arak.... Ada di antara mereka yang dah memegang tiga batang colok menyembah dewa/nenek moyang cina.... Ada di antara mereka yang dah bersumpah taat setia mati di dalam satu pintu bersama-sama dengan cina, india dan Melayu yang bangsat.... Jangan kata tiada.... Bukak mata besar-besar!!! Maseh ada budaya dan upacara sebegini di dalam ritual atau "bai'ah" pengambilan ahli baru geng-geng kongsi gelap yang rata-ratanya dianggotai oleh bangsa Melayu yang berpendidikan, berjawatan dan berlatar-belakangkan keugamaan.... Bukanlah semua bangsa Melayu yang bodoh..... hanya segelintir sahaja yang berpura-pura cerdik menjalankan kumpulan sebegini demi mahukan rangking sesaing dengan kaum cina dan india serta diiktiraf sebagai "Kongsi Gelap Antarabangsa" ?????? Hebat lagi Bukit Aman...... Tiada siapa lagi yang mampu menjatuhkan empayar Bukit Aman hingga kini betul tak...?????? Jadi kepada mereka yang tidak tau-tau lagi di mana kehebatan Melayu, masuklah ke pejabat Bukit Aman.... Di situ kamu akan tahu kekuatan Melayu itu di atas atau di bawah kongsi gelap cina atau india. Hentikanlah membangga-banggakan budaya kongsi... Belajar takpa.... Ceduk ilmu cina takpa.... Tapi janganlah sampai maruah dan muka hangpa sebagai orang Melayu senang-senang dibeli serta diperlekeh bangsa lain.... Lambat laun, berpuas hatikah kamu dengan bangsa lain jika Tanah Melayu menjadi seperti Tanah Singapura...????? Di situ baru hangpa termenung dan terbiol selama 7 hari 7 malam akibat terlebih menjadi cina dari cina. Semoga tuan-tuan semua lebih berhati-hati lagi selepas ini dalam berurusan di dalam sarang masing-masing kerana setiap masa dan setiap ketika, ada yang meneliti dan memerhati setiap gerak geri..... Barakallah.....





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Bukti Dalang Sebenar Group Facebook "Murtad In Malaysia & Singapore"

Bukti yg telah dijumpai turut menunjukkan Sitt Al Wuzara atau Linda Joy @ Adlin Bt Abdul 




Jalil adalah org yg sama..dia adalah admin kepada group Apostates In Malaysia yg telah diubah 




kepada Murtads In Malaysia And Singapore.Beliau telah mewujudkan "Group" ANTI ISLAM dan 


memperjuangkan MURTAD dari ISLAM dan tempat menghina Islam di Group tersebut


secara terang-terangan .Klik url ini untuk mengetahui apa perjuangan sebenar mereka di 


dalam memurtadkan seramai mungkin orang Islam di Malaysia dan Singapore -> 

http://www.patheos.com/blogs/friendlyatheist/2010/02/20/can-you-help-a-malaysian-atheist/


https://docs.google.com/View?id=dd7xmg4h_34hsc3bffm&pli=1








Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Jemputan ke Majlis Perkhahwinan Abang Long Azam Trafik Polis (10/12/2011)

Assalammualaikum.... di jemput semua barisan Yang Mulia Ayahanda Paduka , Ayahanda , Kekanda , Adinda , Srikandi serta seluruh ahli-ahli seperjuangan ke " Majlis Perkhahwinan Abang Long Azam Trafik Polis BAHTERA SAMUDERA " pada hari sabtu 10/12/2011 jam 12 tengahari -6 petang bersamaan 14 Muharram 1433 di No 44 Kampung Pauh,Bukit Gantang,34850 Changkat Jering


Taiping,Perak.Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh terus berhubung dengan Abang Long Azam Trafik Polis BAHTERA SAMUDERA (0125267597) ...kehadiran anda amatlah diharap-harapkan...minta dipanjangkan jemputan ini... ///



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

MJBSM bersama Timbalan Presiden PEKIDA Selangor

Pada 4 Disember 2011 Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe dan wakil-wakil dari Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia  telah bertemu dan mengadakan sesi muzakarah bersama Yang Mulia Ayahanda Paduka Kapten Alias ( Majlis Jemaah Ampang ) yang merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Selangor Darul Ehsan di rumah Yang Mulia Ayahanda Shahrol Taman Melawati di Ampang,Kuala Lumpur.Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenangan bersama Timbalan Presiden PEKIDA Selangor ini.


Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe bersama Timbalan Presiden PEKIDA Selangor ( Yang Mulia Ayahanda Paduka Kapten Alias Ranting Kg Pandan ( Majlis Jemaah Ampang )


( Wakil dari Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia bergambar bersama Yang Mulia Ayahanda Shahrol Taman Melawati dan Timbalan Presiden PEKIDA Selangor - Yang Mulia Ayahanda Paduka Kapten Alias Ranting Kg Pandan ( Majlis Jemaah Ampang ) 



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

07 December 2011

Lagi Pendedahan Tentang ISU MURTAD di Malaysia

GAMBAR REMAJA MELAYU MURTAD DAN GROUP MALAYSIA MURTAD DI FACEBOOK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sungguh terkejut dengan berita yang diterima ini. Gambar remaja Melayu murtad ini didedahkan di facebook baru-baru ini.
remaja-murtad
          Info yang diterima adalah seperti berikut:
Nama : Tajul Azri
Umur : 19 Tahun
Negeri : Melaka
Status : Murtad selepas SPM


Gambar di bawah ini merupakan perbualan remaja ini dengan ibunya. Dikatakan, keluarganya masih berusaha membantunya kembali kepada Islam.
remaja-murtad2

Lebih mengejutkan apabila info seterusnya yang diterima bukan sahaja seorang remaja ini yang murtad tetapi masih ramai lagi remaja dan rakyat Malaysia yang murtad. Paling menyedihkan umat Islam apabila wujudnya Group golongan murtad ini di facebook. Jumlah member juga mencecah 550 ketika artikel ini ditulis. Tidak hairanlah jika jumlah member group ini semakin meningkat pada masa akan datang. Untuk melihat bukti group ini betul-betul wujud KLIK SINI.
Untitled

Berikut adalah sedikit penerangan mengenai Group Murtad di facebook itu:

Murtad di Malaysia
Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain.


Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org/. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat. Oleh itu, demi menjamin keselamatan rakyat-rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka yang murtad dari Islam tidak galakkan menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara seperti tertulis di kad pengenalan warganegara apabila ingin melibatkan diri dalam perbincangan murtad di kumpulan Facebook ini.

Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami krisis peribadi yang merisaukan keselamatan dan hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Shariah Islam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

29 November 2011

Salam Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433)

Salam Menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada 

tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.


Pengertian AWAL MUHARRAM 
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Peristiwa-peristiwa penting :
~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 
~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. 


Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
~ Hari pertama Allah menciptakan alam. 
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
~ Allah menjadikan 'Arasy. 
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
~ Allah menjadikan alam. 
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril. 
~ Nabi Isa diangkat ke langit. 


Doa Akhir Tahun 
Doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Akhir Tahun ialah :
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3x selepas Solat Maghrib (waktu maghrib) pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 

Doa Awal Tahun ialah :
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Amalan-Amalan Sunat :
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-

~ Berpuasa. 
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

Semoga dapat kita berkongsi kepada semua. InsyaAllah.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011 dari MJBSM



Andainya ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi menurut perintah ALLAH,
Aku mengharap itulah aku dalam berkorban membentuk anakku nanti agar menurut perintah ALLAH...

Andainya ismail sanggup mengorbankan diri demi mematuhi ayahnya menurut perintah ALLAH..
Aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban demi mematuhi ayahku mahukan aku menurut perintah ALLAH...
...
Andainya khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan perintah ALLAH..
Aku mengharapkan itulah aku dalam bekorban menginfakkan hartaku demi perintah ALLAH...

Andainya fatimah sanggup mengorbankan dirinya demi mematuhi ayahnya menerima cinta ali atas perintah ALLAH..
Aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keinginanku demi cintaku pada suami atas takdir jodoh dari ALLAH...

Andainya umar sanggup mengorbankan anaknya demi menegakkan keadilan siyasah islam atas perintah ALLAH..
Aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan pemikiran sempitku demi menegakkan keadilan siasah negara atas perintah ALLAH..

Andainya hasan sanggup mengorbankan jawatan khilafahnya demi menegakkan persaudaraan islam kerana keredhaan ALLAH...
Aku mengharap itulah aku sanggup mengorbankan keegoanku demi menegakkan silaturrahim antara kita kerana keredhaan ALLAH..

Andainya husein sanggup mengorbankan jiwa dan kepalanya di karbala demi menentang kezaliman tirani menyahut seruan ALLAH..
Aku mengharap itulah aku sanggup mengorbankan masa dan ruang waktuku demi menentang kezaliman siapa sahaja justeru seruan ALLAH..

Andainya masyitah menggadaikan nyawanya didalam minyak yang panas demi kebenaran membenarkan ALLAH dihadapan firaun yang zalim..
Aku berharap itulah aku dapat berpegang teguh atas keyakinan kepada ALLAH ketika diancam..

Andainya kambing menjadi korban sebagai pertaruhan galang ganti ismail atas pengabdian suci kepada ALLAH..
Aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan harta atau lembu untuk diperbuat korban saban tahun adanya..

Yakinlah ......
ALLAH sentiasa bersamamu...





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...