Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

15 March 2013

GEMPAR : 50sen Malaysia di hadapan rumah Jamalul Kiram III



Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat




Pastinyer mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia.


Ini bermakna ada rakyat Malaysia yang berada depan rumah Jamalul Kiram III & Jamalul Kiram III sedang di perhatikan. Mungkin bila-bila masa mereka ini boleh menculik Kiram ataupun membunuh Kiram.Awas!!~

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

12 March 2013

Gambar terkini OPS DAULAT di Sabah


JASAMU DIKENANG-AL-FATIHAH


Operasi di Tanjung Batu.

Operasi di Tanduo selesai kini fokus di Tanjung Batu.


Pakaian tentera Sulu.

Tangkal tentera Sulu.

Lokasi persembunyian pengganas

Di laut turut dikawal oleh anggota komando.

KETUA Kampung Simunul, Ramlee Saraman (kanan) menunjukkan beberapa buah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas Sulu dalam tinjauan ke kampung itu, di Semporna, Sabah hari ini

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

10 March 2013

Gambar gambar tragedi ngeri akibat serangan pengganas Sulu di Semporna

Foto (Uncensored) Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna.

Foto berikutnya ini agak mengerikan..Susah mau cakap.Nak tengok juga?Baiklah.AMARAN : VIEWER DISCRETION IS STRONGLY ADVISE!
(Sebelum ini foto ini telah dikeluarkan daripada blog ini.Tetapi memandangkan foto tersebut telah pun tersebar meluas di internet, jadi makanya, kami letak ajalah balik.Sekali lagi amaran, viewer discretion is strongly advise.Kalau terbawa-bawa dalam mimpi, tanggung sendiri)



Terkini : Royal Malaysian Airforce bersama dengan ATM & PDRM telah memulakan operasi untuk mengempur habis-habisan kedudukan pengganas Sulu di Kg. Tanduo Lahad Datu.Bersama kita panjatkan doa agar pejuang-pejuang kita sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan semoga krisis pencerobohan ini akan cepat berakhir.
Penduduk Kampung Sungai Merah, Lahad Datu meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

2 anggota keselamatan cedera parah diserang

Dua polis cedera dalam pertempuran malam tadi


 
Dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia cedera parah akibat tembakan dalam pertempuran dengan penceroboh Sulu pada jam 8 malam tadi – yang berlarutan selama lapan jam.
Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam satu sidang media hari ini berkata seorang anggota berkenaan cedera parah ditembak di betis dan seorang lagi di peha.

Anggota berkenaan dihatar ke Hospital Sandakan selepas menerima rawatan di lapangan oleh medik tentera, katanya.

Kedua-dua anggota berkenaan, dari pasukan gerakan am, berusia 25 tahun dari Miri,Sarawak.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Gambar gambar kronologi serangan pengganas Sulu


Tragedi Pencerobohan Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah terkini : Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh Lahad Datu Sabah bersenjata dari selatan Filipina (pengikut SULTAN SULU) maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu  pada 1 Mac 2013.
Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera berdasarkan laporan berita terkini Bernama.
Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah.
Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Lahad Datu Sabah, insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah yang merupakan pengikut Sultan Sulu itu berlanjutan selama 20 minit.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah (SULU) yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.
“Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak,” kata Hamza. [Sumber : Malaysiakini BM]

Koleksi 17 Gambar Terkini Pencerobohan Lahad Datu Sabah

Gambar Tentera di Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Lahad Datu Sulu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Askar di Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Komando Lahad Datu Sabah Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!! Gambar Perang di Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Polis Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar VAT69 Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!

Gambar Krisis di Lahad Datu Sabah

Gambar Lahad Datu Darurat Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Komando Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Komando Zulkifli Mamat Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Mesej terakhir arwah Inspektor Zulkifli Mamat
Gambar Terkini Lahad Datu Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar terakhir arwah Inspektor Zulkifli Mamat (paling depan, kiri)

Gambar Penceroboh di Lahad Datu Sabah (SULU) : Kedudukan Kubu Mereka

Krisis Pencerobohan di Sabah Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar Kubu Penceroboh Lahad Datu Sabah

Gambar Pencerobohan di Lahad Datu Sabah : Senjata Dirampas

Bom Mortar Lahad Datu Sabah Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Gambar senjata yang berjaya dirampas
Gambar Komando Terkorban  Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!

Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah : Komando PDRM Terkorban)

1) Gambar Allahyarham Koperal 113088 Sabarudin Bin Daud (terkorban)
Koperal Sabarudin Daud Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
2) Gambar Allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli Bin Mamat (Terkorban)
Inspektor Zulkifli Mamat Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!
Takziah kepada keluarga Allahyarham. Mari sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada pejuang dan wira negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah kali ini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

KPN - Seorang remaja mati dalam Ops Daulat, jumlah kematian kini 62


TERKINI @ 07:32:53 PM 10-03-2013
March 10, 2013
Gambar fail Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.KUALA LUMPUR, 10 Mac — Seorang remaja tidak dikenali ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia pagi ini, dan meningkatkan jumlah kematian kepada 62, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengesahkannya hari ini. Remaja tersebut, yang dipercayai berusia 12 hingga 15, terbunuh apabila anggota keselamatan berhenti dan bertanya soalan kepada lima individu, tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Sungai Bilis ketika Ops Daulat sedang dijalankan jam 9.45 pagi ini.
Menurut The Star Online, pasukan keselamatan melihat pergerakan berhampiran semak dan menembak, sebagai reaksi kemungkinan ia datang dari penceroboh Sulu.
Kemudian pasukan mendapati seorang remaja terbunuh dan seorang lelaki berusia 30an cedera pada kaki.
Dalam laporan Malaysiakini mengenai insiden tersebut, Ismail berkata polis sedang cuba menyiasat identiti dua lelaki tersebut, termasuk lima individu yang disoal siasat pada awalnya.
"Mereka tidak mempunyai dokumen jadi kita menyiasat dari mereka datang dan apa mereka buat di sini," katanya yang dipetik dari portal berita tersebut.
"Selepas kita diberitahu mengenai insiden tersebut, pusat arahan taktikal kami terus menghantar pasukan kecemasan dalam kenderaan berperisai ke lokasi di mana tujuh orang tersebut, termasuk yang cedera dan mati berjaya dikeluarkan.
Seramai 62 orang terbunuh sejak Jumaat lalu, termasuk 53 militan Sulu, lapan anggota polis Sulu dan seorang remaja yang tidak dikenali.
Hari ini ialah hari keenam Ops Daulat sejak Selasa lalu, dan hari ke 29 sejak sekumpulan bersenjata seramai 200 orang dari Sulu di Filipina mendarat di Lahad Datu untuk menuntut Sabah.
Kumpulan yang mendakwa mereka sebagai “tentera diraja” Kesultanan Sulu dan pengikut kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, seorang tua berusia 74 tahun yang tinggal di Taguig City, Filipina.
Kumpulan yang diketuai adik Jamalul, Agbimuddin Kiram bertempur dengan pasukan keselamatan sejak Jumaat lalu dan menyaksikan lapan anggota polis terkorban dan 20 militan Filipina terbunuh.
Awal hari ini, polis mengesahkan sejumlah 85 individu ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Sulu ini di Sabah. KPN Ismail berkata pada tengah hari ini, lima orang ditahan di Semporna, dua jam dari Lahad Datu, menurut laporan Malaysiakini.
Lima orang tersebut ditahan kerana terlibat dengan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan Malaysia pada minggu lalu, yang menyebabkan enam orang polis terkorban. Mereka akan disoalsiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) dan Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan keganasan, menurut laporan Malaysiakini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.









Radio






























Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

PEMBUNUHAN KEJAM TENTERA SULU

KEJAM...Pengganas Sulu seksa polis hidup-hidup dan dipenggal kepala - Saksikan




Dipenggal kepala?
Dicerai2kan badan.
Dicampak ke laut.
Dipotong tangan.
Dikorek keluar mata mereka.


Sejujurnya, bukan la malaysia mahu sangat membunuh kumpulan penceroboh.
Mereka bunuh rakyat kita, maka bunuhla yang mereka akan dapat kembali. Kami rakyat malaysia bersatu ahti agar pasukan keselamatan negara tembak mati saja pengganas2 ini. Jangan sesekali diberi muka waima sesaat sekalipun.




Baca bawah ;


Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di KampungSri Jaya, Simunul, Semporna. Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala. -UM

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

TRAGEDI NGERI DI SEMPORNA

DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA....

DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA: 19 ANGGOTA PDRM TERPERANGKAP DIKELUARKAN...


Mula-mula kejadian di LAHAD DATU penceroboh berpura-pura menyerah diri dan angkat bendera putih tapi kawan-kawan penceroboh sudah standby dan lepaskan tembakan RPG..

Di Semporna pula.. Penceroboh mengunakan strategi sama,Tembak anggota bertugas dari belakang ketika pihak berkuasa tidak bersedia..


Detik cemas apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Pihak Polis mendapat maklumat bahawa pembenrontak sudah berada di Kampung Sri Jaya Simanul, Semporna dan terus membuat intipan.

Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut mengorbankan enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini sejak Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini

Terdapat enam mayat lagi yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan pemberontak.




PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) ~ Sumber Gambar

Lanun yang menyerang di semporna dapat ditangkap semalam...? 
Sumber Gambar


WEB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau



Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

ANGGOTA polis menguruskan tiga dari enam wiranegara di Surau As Salam, IPD Tawau yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan bersenjata yang mendakwa tentera Sultan Sulu di Semporna.

MAKLUMAT YANG BELEGAR DI MEDIA BARU:  

 WASSAP DR POLIS SENDIRI 

Salam, setakat ni ok..yg sy nampak tn ibrahim gugur, sjn bahrin ( barry ) gugur dan satu pga tiada kepala, pastu beberapa mayat bergelimpangan...cepatlaa pasukan bantuan..

MSG individual yang terperangkap

Salam YDH Tuan..

Utk maklumam, update terkini
A. Peg/anggota terselamat : 32 org
- 7 pegawai
- 25 anggota

B. Peg/ anggota masih terperangkap - 8 pegawai
1. supt ibrahim lebar, E1 b.aman (mati)
2. asp michael, kckd (status tidak diketahui - dijangka mati)
3. insp asanal, ei b.aman (parah dipercayai meninggal)
4. insp aswad, e1 b.aman
5. insp azrah, e1 b.aman
6. insp khairul nizam, sb semporna
7. insp pengiran mohd zamri, kbsjkd SPA
8. insp mohd ramdan, kbld SPA

- 17 anggota

1. Sjn waris - nakotik
2. Sjn Ibrahim - nakotik
3. Sjn aziz - pga
4. Kpl alfian - trafik
5. Kpl mustapa - sb ipk
6. Kpl zulhalip - trafik
7. Kpl johansah - nakotik
8. Kpl mohammad - balai
9. Kpl kamarul - sb
10. Kpl salam - sb
11. Kpl salmi - sb
12. L/kpl azrul - pga
13. Konst ismail - sb
14. Konst yusri - sb
15. Konst sabri- sb
16. Konst Suhaimi - sb
17. Sjn baharin - sb

C. Orang awam cedera
- seha bt ghani, p/50 tjm, bajau, kg sri jaya.
- kecederaan: tembakan di lutut kali lanan belakang.
- telah dihantar ke hospital tawau dan keadaan stabil.
Sehingga kini, perbincangan masih berjalan utk menyelamat yh terperangkap dipengerusikan oleh KCK bersama vat 69, tentera, PASKAL, pga dan lain-lain. Sjn barry muka telah pecah.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...