Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

10 March 2013

KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA













Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb ..






Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna

SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.
Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN





 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ."Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu."Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya. Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.
Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut. Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan. Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.
BERNAMA


3 Mac - Polis berjaya menahan tiga ahli kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo yang cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa di sini malam tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ketiga-tiga lelaki yang tentera Diraja Kesultanan Sulu dan bersenjatakan parang itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.Dalam pada itu, menurut beliau, seramai 10 individu berpakaian celoreng yang dipercayai ada kaitan dengan tentera penceroboh terbabit dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis percaya tiga daripada mereka mempunyai senjata," katanya di sini hari ini. - UTUSAN



Penduduk Semporna pukul penceroboh sampai mati
Gambar penduduk memukul sehingga mati penceroboh di Semporna.

UPDATE 3 MAC 11.30 MALAM:
Senarai anggota polis yan terkorban lokasi Semporna dan Lahad Datu...
1)Supt ibrahim - SB Bkt aman
2)Asp michael - KCKD semporna
3)Sjn baharin - SB
4)Sjn aziz - PGA semporna
5)Kpl salam - SB Tawau
6)L/kpl azrul -PGA semporna
7)INS zulkifli - vAT69 KOMANDO
8)sarjan sabarudin - VAT69 KOMANDO
Al-Fatihah

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Foto Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna Sabah

Foto (Uncensored) Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna.

Foto berikutnya ini agak mengerikan..Susah mau cakap.Nak tengok juga?Baiklah.AMARAN : VIEWER DISCRETION IS STRONGLY ADVISE!
(Sebelum ini foto ini telah dikeluarkan daripada blog ini.Tetapi memandangkan foto tersebut telah pun tersebar meluas di internet, jadi makanya, gua letak ajalah balik.Sekali lagi amaran, viewer discretion is strongly advise.Kalau terbawa-bawa dalam mimpi, tanggung sendiri)



Terkini : Royal Malaysian Airforce bersama dengan ATM & PDRM telah memulakan operasi untuk mengempur habis-habisan kedudukan pengganas Sulu di Kg. Tanduo Lahad Datu.Bersama kita panjatkan doa agar pejuang-pejuang kita sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan semoga krisis pencerobohan ini akan cepat berakhir.
Penduduk Kampung Sungai Merah, Lahad Datu meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

DALANG PEMBUNUHAN DI SEMPORNA DI KENALPASTI

PEMBUNUHAN 6 RAKAN SETUGAS DI SEMPORNA KINI BERADA DALAM TAHANAN!!!



Sedang kecoh di Facebook berhubung penangkapan seorang anggota polis bernama Hasan Basri yang berpangkat Koperal Menurut maklumat, anggota polis ini telah memberi maklumat kepada lanun-lanun Sulu di Semporna yang menyebabkan kematian enam orang anggota polis dalam satu serangan hendap. (BACA DI SINI)

Bagaimanapun, pengumuman rasmi daripada PDRM masih belum diterima. Sebaliknya polis telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih."
Dalam perkembangan yang berkaitan, empat orang lelaki yang disyaki lanun Sulu telah ditahan di Kampung Airport termasuklah salah seorang daripada mereka disyaki terbabit secara langsung dengan kejadian sernagan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul.
Empat lelaki berketurunan Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu telah ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat IPK Sabah.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Kronologi Pencerobohan di Lahad Datu , Sabah

20130301-232539.jpg
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

22 February 2013

Sumpah Pendekar Melayu


 ( SUMPAH PENDEKAR  )

Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan gelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun  Dato’ Laksamana

DI MANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Sumpah pendekar…
Pantang undur walau setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris dipinggang kalau tidak berani mati
Berdentum guruh di langit
Merkah bumi dipijak,

“PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK”

Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sireh pada gagangnya
Pulangkan mahkota pada tahtanya
Pulangkan cokmar pada laksamana
Pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan Bangsa pada Martabat
Sumpah bukan Cuma dibibir

“GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG”

Bumi warisan ini
“TANAH TUMPAH DARAH KITA”
Masih menuntut semangat yang belum tertunai
Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir di tubuh kita
Semerah darah si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
Semerah darah Si Jebat yang terlekat di Taming Sari
Semerah darah Si Jebat yang tercalit di kening Si Tuah
Semerah darah Hang Nadim yang terhumban ke lautan Temasik
Dan kita masih di sini
Mendepani hari-hari yang semakin mencabar
Keutuhan tekat yang kental
Sumpah keramat seorang pendekar

“TAK MELAYU HILANG DI DUNIA”

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!

Senarai Orang Paling Kaya 2013 Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!
Orang terkaya di Malaysia 2013 : Kami sedikit pun tiada masalah untuk sesiapa untuk menjadi kaya atau orang terkaya di Malaysia. Sesiapa berhak untuk menjadi jika seseorang itu rajin, tidak cepat berputus asa, komited terhadap usahanya dan paling penting menjadi kaya tanpa menindas golongan bawahan.

Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013

  1. Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
  2. T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
  4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
  10. Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
  11. Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
  12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
  14. Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
  15. Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
  16. Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
  17. Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
  18. Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
  19. Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
  20. Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
Terus terang kami tidak  cemburu sekalipun dengan mereka-mereka di atas. Tiada sebab untuk kami bertindak begitu apatah lagi ada di antara yang tersenarai antara kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 disebabkan usaha sendiri yang keras selama ini
Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.
Kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.
Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
  1. Hak ekslusif perjudian
  2. Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
  3. Hak milik tanah dilanjutkan.
  4. Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
  5. Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
  6. Perjanjian berat sebelah
  7. Jaminan bailout, jaminan untung
  8. Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
  9. Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan  juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
  10. Ada lagi anda mahu tambah?
Jikalau rakyat diberikan subsidi dianggap “jelek” oleh pemerintah, tetapi mereka ini telah diberikan pelbagai insentif dan bantuan setelah sekian lamanya. Istilah berlainan tetapi peranan & faedahnya masih sama.
Individu Kaya Malaysia Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!
Sejarah IPP di Malaysia (KLIK SINI)
Kami sedikit pun tidak percaya kekayaan negara diagihkan untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia yang “terdekat” & “terpilih”. Mana satu lebih baik?
  1. mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?
  2. atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?
Apatah lagi melihatkan beban hutang terkumpul mereka yang dijamin oleh kerajaan sekarang sangatlah tinggi. Berapa jumlah terkumpul hutang mereka yang diajmin kerajaan? (KLIK SINI).
Mahukah kita melihat senario yang disebabkan Tan Sri Halim Saad di bawah Kumpulan Renong sekitar 14-15 tahun dahulu sehingga meninggalkan liabiliti besar kepada negara berulang lagi (SUMBER? KLIK SINI)?
Apa pandangan balas anda pula dengan senarai orang terkaya di Malaysia 2013 kali ini?

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Pencerobohan Lahad Datu, apa kata penduduk?

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

17 February 2013

Reunion BAHTERA SAMUDERA & MUAFAKAT 10.2.2013


Tarikh :  10.2.2013 ( Ahad )
Tempat : Masjid Terapung Assalam Puchong Perdana , Selangor
Jam    : 1petang - 5 petang.
Kehadiran : Wakil wakil Ayahanda , Paduka Kekanda , Kekanda , Penolong Kekanda ,Srikandi & Ahli setiap kawasan


Gambar penuh boleh lihat di sini --> GAMBAR PENUH SEPANJANG MESYUARAT AGONG 2013 "MJBSM" & "MUAFAKAT" ADAKAN
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...