Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

28 June 2011

PAS DI MINTA OLEH "MAJLIS AYAHANDA MALAYSIA" SUPAYA TIDAK DIJADIKAN BONEKA DALANG SEBENAR PERHIMPUNAN HARAM "BERSIH"

Syed Hussain Al Shahab (duduk, tiga dari kiri) bersama para pemimpin Permas selepas mengadakan pertemuan dengan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam )

KUALA LUMPUR 27 Jun – "Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS)" meminta PAS menarik balik sokongan kepada perhimpunan "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)" yang diterajui Datuk S. Ambiga.
Penasihat Utama PERMAS, "Ayahanda Paduka Khalifah Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (K.M.W,J.P) berkata, sudah terang lagi bersuluh, Ambiga dalam kes Lina Joy, mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada penganut Islam.
“Pas diminta tidak terus "dipergunakan" oleh Ambiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Tiada keuntungan yang diperoleh daripada perhimpunan itu dan hanya memecahkan lagi perpaduan umat Islam.
“Pas juga tidak patut berkompromi dengan Ambiga yang sejarahnya dilihat menyokong amalan murtad.
“Bersih juga dilihat tidak begitu bersih kerana bukankah ada saluran lain boleh dibuat bagi menghantar memorandum atau rasa tidak puas hati mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tambahnya, apa yang dikesali apabila perhimpunan 9 Julai itu majoritinya akan disertai umat Islam yang sepatutnya menyelesaikan sesuatu masalah berlandaskan ajaran Agama Islam.
Sementara itu, Yang Mulia Ayahanda Paduka Khalifah Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (K.M.W,J.P)  berharap pihak istana mempertimbangkan supaya gelaran Datuk kepada Ambiga ditarik balik kerana tindakannya yang menjurus ke arah kemudaratan rakyat dan negara.
“Isu murtad, membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A) Perlembagaan sudah cukup menyatakan dia tidak menghormati Islam dan orang Melayu,” jelasnya.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

MAJLIS "SILATURRAHIM" ANTARA JEMAAH BAHTERA SAMUDERA,WAWASAN,PANDAN INDAH & PUTRA PERDANA DI HULU LANGAT SELANGOR 25/6/2011

( Majlis Gabungan Jemaah BAHTERA SAMUDERA , WAWASAN , PANDAN INDAH  & PUTERA PERDANA - Ayahanda Cikgu Ayong & Ayahanda Cikgu Joe (BAHTERA SAMUDERA),Ayahanda Along JPJ (WAWASAN) ,Ayahanda ONN (Pandan Indah) & Ayahanda Hanis Imegresyen (Putra Perdana)
( BAHTERA SAMUDERA Bergambar Bersama Manusia Paling Tinggi di Dunia dari Pakistan )
( BAHTERA SAMUDERA Bergambar Bersama Manusia Paling Tinggi di Dunia dari Pakistan - Book Of Record )
( Dari kiri Ayah Cikgu Ayong PJ , Ayah Along JPJ Wawasan & Ayah Cikgu Joe M.J.B.S )
( Brother Jepkong & adik-adik)
( Along Shah Kosas dan adinda - Jemaah BAHTERA SAMUDERA Ampang )
( Angah Castello Pandan & adik-adik )


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

27 June 2011

BAHTERA SAMUDERA di Majlis Kekanda Fikri Rawang(Kekanda Tunggak Tmn Melawati) ( 26/06/2011 )

Pada 26/06/2011 Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia Telah Di Jemput Menghadiri Majlis Kesyukuran Kekanda Fikri Di Bukit Sentosa, Rawang. Antara Ayahanda-Ayahanda Yang Hadir Di Majlis Tersebut Ialah Ayahanda Mail , Ayahanda Zul , Ayahanda Shahrul Dan Ayahanda Rashid Fadzil.

Sekalung Penghargaan Kepada Ahli Jemaah Yang Hadir Menghadiri Majlis Kesyukuran Tersebut. Antara Ahli Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia Yang Terlibat Ialah Along Shah Kosas , Along Bami UIAM , Adinda Syed Murthaza , Adinda Zarul Zaquan , Adinda Amir , Dan Adinda Shukur.

Berikut Adalah Gambar-Gambar Yang Di Ambil :-














Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

17 June 2011

BAHTERA SAMUDERA Cawangan Kuantan , Pahang


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

MEMAHAMI KONSEP BAI'AH - PERJALANAN DAN SEJARAHNYA


  • Ada yang bertanya tentang "nilai-nilai orang yang berbaiah" Walaupun anda yang bertanya, pertanyaan anda sebenarnya "mewakili semua umat Islam yang menganggap dirinya berada di dalam sebuah negara," di antara salah satu negara yang terdapat di peta dunia iaitu Malaysia.

    Moral atau nilai-nilai yang mesti ada pada orang-orang yang telah berbaiah adalah seperti sabda Rasulullah S.A.W:

    "Marilah, berbaiahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak, (tidak minum arak, tidak membawa cerita-cerita fitnah, berbohong di hadapan atau di belakang kamu, dan tidak mendurhakaiku dalam kebajikan.)"

    Barang siapa yang 'terlanggar' sesuatu daripadanya lalu "dihukum semasa di dunia", maka itu adalah sebagai 'penebusnya'(kiffarah).

    Baiah ada peristiwa dan kisahnya. Baiah secara ringkasnya, ia merupakan: "Perjanjian damai atau sumpah setia yang berlaku di antara Nabi Muhammad S.A.W dengan beberapa orang penduduk Yatrib (nama lama Madinah Al-Munawarrah) yang datang menemui baginda di sebuah tempat atau bukit bernama Aqabah". Bukit itu terletak beberapa kilometer di utara Kota Mekah, iaitu berdekatan dengan Mina.

    Kita jangan keliru, kerana terdapat sebuah perkampungan di Timur Laut Tebing Barat Palestin, juga dikenali sebagai Aqabah yang telah dirampas daripada penduduk Palestin untuk dijadikan sebuah kem tentera besar oleh rejim Israel.

    Sebuah bandar di selatan Jordan juga bernama Aqabah. Di samping kita menyebut Aqabah iaitu perbuatan ibadah haji: "Melontar batu di Jamrah yang ketiga iaitu 'Jamrah Al-Aqabah'".

    "PERJANJIAN AQABAH", merupakan perjanjian pertama antara baginda dengan mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahupun luar Kota Mekah. Ia melibatkan "satu persefahaman untuk memberi ketaatan kepada Rasulullah".

    Namun dari aspek sosial dan politik penduduk Arab, "melakukan perjanjian damai antara kabilah dan sebagainya" adalah biasa dilakukan. Telah menjadi adat dan tradisi, mereka saling menyatakan "sumpah setia kawan" atau "bersahabat baik bagi mencapai pelbagai tujuan dan matlamat tertentu."

    Namun yang paling penting...Kedua-dua belah pihak yang membuat 'perjanjian' ini, "ikhlas untuk berbaiah", iaitu bukan kerana "dipaksa atau sebagainya".

    Saudaraku pembaca!..

    Namun apapun "perjalanan sejarah" atau "sirah Nabi Muhammad S.A.W", sama ada sukar atau mudah untuk diikut, amat penting untuk kita ketahui. Malah kalau dapat didalami dan dikaji dengan lebih mendalam dan dihayati... Itu adalah lebih baik.

    "PERISTIWA PERJANJIAN AQABAH"

    Perjanjian Aqabah merupakan susulan selepas "enam orang penduduk Yatrib memeluk Islam pada musim Haji tahun ke 11 Kenabian". Mereka berjanji kepada baginda untuk menyampaikan... risalah Islam di kalangan kaum mereka apabila pulang semula ke Yatrib.

    Hasilnya, pada musim Haji berikutnya , iaitu pada musim "Haji Tahun Ke 12 Kenabian", bersamaan Julai 621(M). Datanglah seramai 12 orang lelaki, termasuk 'lima' orang yang menemui baginda sebelum ini.

    'Lima' daripada 'tujuh' orang muka baru yang menemui baginda itu terdiri daripada 'suku' atau 'kabilah Al-Khazraj', manakala yang 'dua' lagi 'suku Aus'. Mereka bertemu dengan baginda di 'Bukit Aqabah', bagi "memeterai satu perjanjian" yang dikenali sebagai "PERJANJIAN AQABAH" iaitu, "Baiah Aqabah".

    Bahawa Rasulullah bersabda:

    "Marilah! 'berbaiahlah kepadaku', bahawa kamu tidak "mensyirikkan Allah" dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak minum arak, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan dari belakang kamu, dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan."

    "Barang siapa yang 'terlanggar' sesuatu daripadanya, lalu dihukum sewaktu di dunia lagi, maka itu adalah sebagai 'penebusnya' (kiffarah)."

    Namun, jika sesiapa yang "terlanggar akan perjanjian ini" dengan melakukan perkara yang kita sama-sama "berjanji untuk tidak melakukannya", tetapi "ditutupkan oleh Allah" daripada pengetahuan manusia, maka urusannya "terserah kepada Allah". "Jika 'Dia' mahu, 'Dia' akan menyeksakannya, dan jika 'Dia' mahu, 'Dia' akan mengampunkannya".

    Ubadah pun berkata:
    "Lalu kami pun membaiahnya atas perkara yang disebutkan oleh Rasulullah itu."

    Di antara 'dalil naqli' mengenai 'baiah' yang termaktub di dalam Al-Quran, surah 'Al-Fath, ayat 10', yang berbunyi:

    "Sesungguhnya orang-orang yang 'baiah' (berjanji setia, patuh) kepada engkau ya Muhammad, hanya sebenarnya "mereka BAIAH KEPADA ALLAH." Tangan Allah di atas tangan mereka. Barangsiapa yang melanggar baiah itu, maka pelanggarannya itu atas dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menyempurnakan (menepati) apa yang telah dijanjikan kepada Allah, maka Allah akan memberikan pahala yang besar kepadanya."

    'Baiah' atau "perjanjian taat setia" adalah merupakan "Perjanjian Aqabah", iaitu "Perjanjian Pertama" antara baginda dengan mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahu pun luar 'Kota Mekah'. Ia melibatkan satu persefahaman untuk memberi ketaatan kepada Rasulullah."

    Namun, yang paling penting, kedua-dua belah pihak yang membuat perjanjian itu mestilah 'IKHLAS' untuk berbaiah, iaitu "bukan kerana 'dipaksa' atau sebagainya."

    "Ketaatan adalah terikat dengan hukum syar'i", membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang," seperti firmanNya dalam surah Ali-Imran, ayat 104:

    "Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik), dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah orang yang menang."

    FirmanNya lagi, surah Ali-Imran, ayat 110:

    "Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, kamu disuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah."

    Riwayat daripada Abdullah bin Omar:
    Ertinya:
    "Kami dahulu ketika "membaiah Rasulullah" untuk mendengar dan membaiahnya. Selalu beliau mengatakan kepada kami, FIIMASTATHA (Dalam hal yang dapat kamu kerjakan)".

    Riwayat Jarir bin Abdullah:
    Ertinya:
    "Aku membaiah Nabi S.A.W. Untuk mendengar dan mentaati, seraya beliau menuntutku mengucapkan, FIIMASTATHA'TU (Dalam hal yang dapat aku kerjakan). Juga agar selalu memberi nasihat kepada setiap muslim."

    Hadis: H.r. Ahmad:

    "Tidak ada (kewajipan) taat dalam melakukan kemaksiatan kepada Yang Maha Pencipta (Allah)".

    "Orang-orang yang telah membaiah adalah orang-orang yang memegang amanah dan rahsia."

    Seperti firman, Surah Al-Anfal, ayat 27:
    Ertinya:
    "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengkhianati (AMANAH) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu. Sedangkan kamu mengetahui (salahnya)."

    FirmanNya lagi, Surah An-Nahl, ayat 125:
    Ertinya:
    "Ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu, dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bermujahadahlah dengan mereka, dengan cara yang baik."

    Demikian, sedikit ulasan untuk direnungkan bersama, dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang 'baiah' (janji setia) itu. Jika dipetik dan dipanjanglebarkan, akan hanya jadi bahan bacaan, bukannya amalan.

    Kerana pada asas dan dasarnya, "sesiapa saja yang mengaku dirinya Islam secara tulen" dan "setiap kali mereka membaca Al-Quran seluruhnya atau surah Al-Fatihah setiap kali sembahyang, pasti ia terasa sumpah dan janji setianya kepada Allah dan Rasul, sama ada ia berbohong atau sebagainya."

    "Di universe ini, benua Islamlah yang paling banyak" (rujuk peta), "mana pergi janji setianya kepada Allah dan Rasul?" Setiap lima waktu, semua umat Islam seluruh dunia menunaikan solat lima waktu, bertakbir ALLAHUAKBAR!.. Allah Maha Besar!.. Itu semua hanya di bibir.

    Begitu juga di negara kita yang kecil ini, bergelar Malaysia, lokasinya hanya di penjuru alam. Masjid, surau bertaburan di sana sini. Apa pun di mana pun lokasi masjid atau surau itu berada, ianya mesti menuju ke arah... 'SATU KIBLAT', 'SATU WAKTU', 'TUHAN YANG SATU'. "Bacaan yang sama, tingkah laku yang sama, dalam sembahyang." Di dalam masjid saja "kita merapatkan 'saf', tubuh badan nampak bersatu!... Hati kita tidak pernah hendak bersatu." Ayat-ayat Al-Quran yang diceramah, dikhutbahkan, dingajikan, hanya dikitar-kitar semula... 'parrot like'.

    Sidang pembaca yang dikasihi!

    "Siapakah yang berani menafikan tulisan saya ini?.." Kecuali 'orang buta' dan 'pekak' saja akan berani mengatakan:

    "Bahawa di dunia ini tidak pernah wujud 'cahaya matahari'" (buta).
    "Bahawa di dunia ini tidak pernah terdengar wujudnya 'irama' atau 'melodi' menyeru ke 'arah penyatuan'" (pekak).

    Tahukah saudaraku yang budiman?

    "Apakah yang sedang berlaku terhadap 'umat Islam' di tanah air kita sendiri yang tidak sebesar mana, yang boleh kita banggakan? Apakah yang sedang digelutkan oleh "orang-orang Melayu yang menggelarkan dirinya Islam?" Tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, tomahan, membuka pekung sesama sendiri, cucuk-mencucuk, iri hati, hasad dengki, cemburu, jatuh-menjatuh, tindas-menindas, tamak-haloba, pecah amanah, bercakap bohong, pendusta, tipu-menipu, tidak amanah, mementingkan diri, masalah sosial semakin menjadi-jadi, Melayu semakin miskin dan terpinggir?"

    Bukankah mereka itu semua, apabila sampai waktu, akan masuk ke dalam masjid dan bersembahyang, berzikir, bertasbih dan bertahmid?
    "Bukankah bertahmid, bertakbir itu suatu janji kita kepada Yang Maha Suci?..." Tetapi mengapakah berlaku sebaliknya?...

    Ada kata-kata yang sangat tua mengatakan:

    "Di dalam sebuah universe, jika tiada 'Kiblat', maka tidak akan ada Tuhan. Di dalam sebuah benua yang punya negara, negeri, daerah, kampung, jika tiada masjid atau surau, kita boleh gambarkan sosio-masyarakatnya. Sedangkan seluruh negara kita, setiap kampung, bandar, daerah, negeri dan negara, penuh dengan masjid; tetapi semua 'Melayu Islam', keadaan pegangan agamanya 'sudah berkisar', walaupun pangkal tempat bertolak masih tetap di situ juga."

    Bagi menjawab soalan seterusnya, daripada Bumi Nan Basah, seperti di bawah:

    "Mengapakah Perkara-Perkara Negatif Berlaku Setelah Berbaiah?"

    "Apakah Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Mengatasi Tersebut?"

    "Apakah Pengisiannya Bagi Orang-Orang Yang Telah Mengaku Dirinya Dibaiah?"

    Untuk makluman Saudara Bumi Nan Basah;

    Ini saya perturunkan, "RUKUN BAIAH DAN SASARANNYA", yang sebanyak sedikit dapat menjawab kemusykilan yang terpaku di hati masing-masing.

    "SALAM" - "AKAD JANJI SETIA (BAIAH)"

    1. "Kehormatan dan maruah sebenar antara kita ahli baiah," terletak dalam genggaman kita masing-masing, iaitu 'bersalam'.

    2. Kita "mesti mengharung kegembiraan dan malapetaka bersama." Kita memang saling memerlukan antara satu sama lain, di mana kita boleh saling berkomunikasi "perasaan dan Hati."

    3. Sakit pening, kedukaan dan kegembiraan, "janji setia dalam persahabatan," akan membuat kita selalu di samping masing-masing untuk menempuh jalan keras dan sukar yang menanti kita di hadapan.

    4. "Sasaran Baiah" adalah "Ke Lubuk Hati", ertinya: "Dari Hati Ke Hati". "Baiah mesti terikat dan diikat di antara 'Dua Hati'" dan memberi kesan yang sangat baik untuk faedah bersama.

    5. Apa jua yang akan terhalang, akan dihadapi bersama; Suka duka, untung rugi, "tetap utuh dan teguh dalam apa jua keadaan".

    6. Saling tegur-menegur, nasihat-menasihati, sanggup menerima kritikan dan komen, antara satu sama lain, dan juga daripada "orang luar".

    7. "Memperbaiki dan ingin memperelok sesuatu", "mesti bermula daripada Diri Sendiri". Teguran dan nasihat mesti terus saja mengalir untuk memperbaiki keadaan.

    8. Sentisa saja "berhati-hati dan berwaspada, jangan ada di antara kita tergelincir dari sifat-sifat "ketaatan dan kesetiaan".

    9. Mengelak dari"tabiat buruk", suka mementingkan diri, dan mempunyai "niat yang terselindung", yang mempunyai unsur-unsur jahat, seperti "ingin memecah-belahkan jemaah."

    10. Saling "memegang amanah", dan meletakkan "pergantungan kasih sayang antara satu sama lain."

    11. Tahu menghormati "setia kawan", dan menjaga maruah kawan, emosi dan mentalnya.

    12. "Menjauhi perasaan angkuh dan sombong", senda gurau yang melampau dan menyakitkan hati.

    13. Ahli 'baiah' bukanlah sebarang kawan yang berkaitan dengan sosial dan status kewangan. Ikatan 'baiah' adalah "Ikatan Dalaman Kerohanian".

    14. Perasaan orang-orang yang "telah baiah", dalam janjinya "mesti meresap, dan berfungsi masuk ke pembuluh dan saraf, di setiap sel darah, lalu mampu menyucikan setiap gelombang perasaan."

    15. "Tidak ada niat menipu", untuk "orang yang telah berjanji setia" dalam mengangkat martabat persahabatan. Malah "kemuliaan taat setialah" yang dijunjung tinggi.

    "MENGAPAKAH RAMAI ORANG-ORANG DI LUAR SANA BERKELAKUAN BURUK SETELAH MENGANGKAT BAIAH?"

    Untuk pengetahuan saudara Bumi Nan Basah, bagi 'memahami' definisi 'BAI'AH', adalah merupakan "AKAD PERJANJIAN":

    "Sama ada dengan menghulurkan tangan 'bersalam', melalui surat, melalui percakapan, atau sebagainya."

    Tetapi 'baiah' yang tidak berlandaskan ajaran Al-Quran atau sunnah dan mengikut sirah; Semuanya adalah "hampa dan terbatal".

    Seperti kumpulan-kumpulan samseng juga punya jenamanya tersendiri. Tetapi "apakah asas dan tujuannya?"

    Kalau yang 'berbaiah' dan 'membaiah', mempunyai ilmu pengetahuan seperti yang disarankan oleh firman Tuhan di dalam surah Al-Fath, ayat 10:

    "Mengapa mereka menggelarkan diri atau kumpulan mereka yang tidak termaktub pun di dalam Al-Quran dan Al-Hadis?.." Cuba fikirkan!!!...

    Orang-orang yang 'berbaiah' adalah "orang yang ditugaskan" seperti firman Tuhan; Ali-Imran, ayat 104:

    "Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung."

    Tetapi mengapakah berlaku sebaliknya? Sehingga masyarakat di luar sana memandang serong terhadap orang-orang yang sudah berbaiah - Mereka dianggap 'gengstar', 'pemabuk', 'kaki perempuan', 'penarik kereta', 'suka bergaduh', 'bertelingkah, 'bergaduh sesama sendiri', 'membuang masa', 'menyusahkan kerajaan dan pihak keselamatan'.

    Kalau pembaca hendak tahu kepada persoalan tersebut:
    "Mereka semua telah termakan sumpah oleh sumpahannya sendiri."
    Dalam ertikata lain, ada pepatah mengatakan:

    "Kalau kita beribadah, kita termakan fitnah oleh amal ibadah kita sendiri."

    Mengenai 'kewujudan' yang menggelarkan dirinya; "Ayahanda", "Paduka Ayahanda", di sana sini, macam cendawan tumbuh, tahukah mereka akan fungsi dan natijahnya? Mereka tidak ubah seperti kata pepatah:

    "Dalam sebuah kapal, tidak boleh ada banyak 'Nakhoda' (Keptan), tetapi apa sudah jadi; Di sana sini telah wujud banyak 'Keptan'. Maka apakah akan terjadi kepada kelasi-kelasi di dalam kapal tersebut?"

    Untuk pengetahuan sesiapa saja yang bergelar "Ayahanda" atau "Khalifah", dari apa kumpulan sekalipun. Sebab itu Nabi melarang terlampau banyak "Khalifah" (Keptan). Seperti apa yang berlaku sekarang ini, di merata pelusuk negara, "tanpa memahami sirah atau cara" mengurus urusan umat.

    Oleh itu, Nabi dalam hadisnya, telah menegur untuk umatnya akan datang.
    Ertinya: "Akan muncul banyak "Khalifah" Ayahanda)."

    Memang benar pesanan Nabi tersebut - Kini telah wujud "Ayahanda" di sana sini, yang tidak senada dan tidak sekata:

    Kita umat Islam, kini hanya tinggal pada namanya saja. Bagaikan "umat yang telah mati", tetapi bangkainya masih ada.

    Saya ingin mengingatkan kepada semua "Ayahanda" yang sedia ada, dan yang bakal menjadi "Ayahanda"; "Berhentilah, cukuplah, tidak usah mengeruhkan lagi keadaan umat yang sudah tidak tentu haluan arah perjuangannya. Jadi sajalah umat yang taat kepada hukum dan peraturan."

    Jangan nanti akan timbul masalah:

    "IMAM SAMA JEMAAH AKAN MENJADI SAMA BANYAK."

    Seperti teguran Nabi:
    "Di akhir zaman, akan muncul banyak 'Khalifah'."

    Kalau kita bernama "Khalifah", bolehlah kita umpamakan:

    "Allah telah memberi 'isi', yang 'seumpama telur'. Kalau kita pandai memperkembangkannya, ia akan menjadi orang, dan akan menetaskan 'baka' yang sempurna, dan umat yang baik untuk Agama, Bangsa dan Tanahair."

    Jika tidak, "KITALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB," kita 'melahirkan' "jentik-jentik" yang bakal menjadi nyamuk, 'menyedut darah' dan "meninggalkan penyakit sosial di dalam masyarakat."

    Lahirkanlah mereka umpama "lebah yang menyedut manisan pada bunga,"
    yang boleh bertukar menjadi 'penawar' kepada "setiap penyakit".

    Kini permasalahan yang sedang kita hadapi bagaikan: "mencampuradukkan -'garam dan gula' di dalam 'satu balang' yang sama." Bagaimanakah rasa agaknya?...

    "PERINGATAN KEPADA SEMUA AHLI BAIAH DAN YANG MEMBAIAH"

    Peringatan kepada semua "AYAHANDA" yang "menerima baiah daripada ummat", anda adalah selaku 'IMAM' atau 'RA'IN'. 'IMAM' atau "AYAHANDA" mestilah mempunyai "dalil syarak" (As-Siyadah As-Syar'i) - "Kedaulatan Di Tangan Syarak".

    Apapun aktiviti yang tidak didukung oleh 'dalil syarak' secara langsung, maka ia "tidak dapat diterima sebagai peraturan."

    Untuk menjadi "Ayahanda" (IMAM atau RA'IN), mestilah mempunyai "Tiga Asas Penting". Jika "ketiga-tiga asas" itu "tidak ada pada diri" masing-masing selaku "Ayahanda", "Abang Long", "Abang Ngah", atau "Abang Chik", atau apapun "gelaran Abang"; Maka "struktur jemaah akan hancur", seperti apa yang telah berlaku di hadapan mata kita dewasa ini, yang menggelarkan 'diri mereka' "orang-orang yang telah dibaiah".

    1. Islam mengajar, "Kedaulatan Di Tangan Syarak", BUKAN "Di Tangan Manusia". Dengan kata lain, "manusia diperhambakan oleh manusia lain", hukumnya adalah 'HARAM'. Sebab itu, "yang boleh memperhambakan manusia" hanyalah "ALLAH S.W.T."

    Justeru, 'As-Siyadah As-Syar'i'- yang menjadi 'pengendali' dan 'penguasa' adalah "HUKUM SYARAK" bukan 'AKAL'. Maka seluruh urusan dikembalikan kepada "Hukum Syarak". Oleh itu, "tidak ada satu masalah pun yang terlepas" daripada "Hukum Syarak".

    2. Bahawa sesiapapun akan mempunyai "kedudukan yang sama" di hadapan "Hukum Syarak", sama ada "Khalifah" ataupun 'Ummat', 'Penguasa' (Hakim), mahupun 'rakyatnya' (al-mahkum, dan kerana itu, "tidak ada seseorangpun" yang mempunyai 'Hak Immuniti' (Kekebalan Hukum) dalam "Pentadbiran Islam."

    3. Bahawa 'Ketaatan Kepada "KHALIFAH" (Imam)' adalah "terikat dengan Hukum Syarak", dan BUKAN "ketaatan secara mutlak".
    'Ummat' atau 'ahli baiah' hanya 'diwajibkan' untuk "taat kepada "Khalifah" apabila "ia melaksanakan 'Hukum Syarak'".
    Seperti yang dinyatakan oleh 'Nas berikut':

    'Tidak ada (kewajipan)' 'taat' dalam 'melakukan kemaksiatan' kepada "YANG MAHA PENCIPTA (ALLAH)."

    Diingatkan: Jika terdapat "Ayahanda", "Paduka Ayahanda", "Abang-Abang", yang 'pemabuk', 'tidak sembahyang' 'kaki judi', 'pembuang masa', 'merompak', 'menyamun', 'memeras ugut', 'berantai leher', 'bergelang tangan', atau apa saja 'kemungkaran': Saya menasihatkan 'ahli jemaah' yang bergelar 'adik-beradik', jauhkanlah diri masing-masing agar 'tidak terjebak' di dalam "Kemurkaan Tuhan".

    Seperti Hadis H.R Ahmad:

    "Tidak ada (kewajipan) taat dalam melakukan kemaksiatan kepada "Yang Maha Pencipta (Allah)".

    "SILA PANJANGKAN KEPADA 'SEMUA JEMAAH' DI SELURUH NEGARA, UNTUK RENUNGAN DAN PERINGATAN!!!"..



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

14 June 2011

Siapa yang bersalah hasilkan "KL GENGSTER" ?


"Sekarang Gua Tak Kira Lu Abang Long Ka Lu Ayahanda Ka, Malaysia Gua Pegang"
Satu Dialog Yang Kini Panas di Bibir Rakyat Malaysia.





Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.




Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).




Seharusnya Jangan Salahkan Producer Filem Atau Pembuat Filem Ini, Kerana Lihat Dahulu Pergerakan Mana-mana Pertubuhan Yang Di Katakan Gerak Underground,Perjuangan Rahsia lar, Tetapi Secara Peribadinya Jika Di Tanya Semua Org Di dalam Malaysia Tahu Pergerakan Ini...Masih Ada Rahsiakan Perjuangan yang sepatutnya di bawa.




Kini Kita Lihat Sahaja Dlm Youtube Atau Dalam Internet, Tiada lagi Yang Rahsia. Lihat Sahaja Sticker di Kereta, Sticker di Motor, Sticker Di Helmet, Key Chain, Baju...Etc Yang Digunakan Secara Terang-terangan,Soalan Disini Salah Siapa???


Malah Ada Yg Bercakap Terang2 Di Kedai2 Mamak, Mc Donalds, Padang Bola Tanpa Ada Rasa Ianya Perlu Di Rahsiakan. Bukankah Ini Satu Amanat Dan Tanggungjawab Utk Simpan Rahsia, Tapi Di Bincangkan Secara Terbuka, Siapa Yang Harus Di Persalahkan Bila Tiada Lagi Rahsia.

Kita semua haruslah menghormati PEKIDA,MAJLIS AYAHANDA MALAYSIA (PERMAS),SAHABAT,PEWARIS, PUTRA,AL-EHSAN,BATAS,....ETC, Tetapi Ianya Harus Kembali Kepada Asas Perjuangan Utk Memartabatkan Apa Yang Di Angkat dan Dijunjungkan.

Seharusnya Budaya Yang Ada Kini, Harus Di Kembalikan Kepada Era Sebelum Ini Di Mana Harus Ada Tanggungjawab Utk Simpan Amanah. Yang Lama Harus Menjadi Teladan Yang Baik Pada Yang Baru, Didikan Dan Ajaran Utk Kembali Pada Asas Apa Itu Perjuangan Yang di Bawa Kerana Tanpa Ajaran dan Didikan Akan Tersasar Drpd Apa Yang Wajib Di Perjuangkan.

Rahsia Di Simpan, Biar Sekalipun Di Seksa Sehingga Pecah Perut, Tapi Jangan Pecah Di Mulut. Biarkan Harimau Tidur Tanpa Di Usik, Kerana Bila Di Usik Ianya AKan Di Mengamuk. Biarlah Nama Di Sebut, Sejarah Di Cerita Tapi Siapa Dia Dan Dimana Dia Menjadi Tanda Tanya Ikut Resam Panglima Melayu, Padi Bila Berisi Makin Tunduk ke Bumi.



Semoga Perjuangan Akan Berkekalan, Kembali Kepada Asas Perjuangan. Hayati Apa Yang Di Ucap Dan Kekalkan Sebagai Amanah Dan Amanat Yang Harus Terus Di Simpan




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Menghidupkan Kecintaan kepada Rasulullah SAW

“Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan meredam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, karena aku tahu bahwa engkau pasti akan masuk ke dalam surga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam surga, aku khawatir tak akan bisa lagi melihat wajahmu, karena derajatku jauh lebih rendah dari derajatmu.”


Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi sembarang jawaban sampai malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah berikut: “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; yaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS. 4:69)

Mencintai Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajiban dalam agama Islam, bukan sebuah pilihan yang notabenenya adalah mau atau tidak. Terhadap Muhammad, seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta betapapun kecilnya. Karena cinta merupakan dasar dan landasan yang bisa mengantar seseorang pada pengetahuan dan keikutsertaan. To know Indonesia is to love Indonesia, begitu kata sebuah iklan yang mempromosikan Indonesia. Untuk bisa “tahu” terlebih dahulu harus menyimpan rasa “cinta”.

Cinta memang duduk sebagai sebuah landasan untuk mengetahui siapa Muhammad saw. Karena itu cinta kepada Muhammad bukan hanya sunat, tapi wajib, yang darinya seorang Muslim akan bisa mengenalnya lalu kemudian mencerminkan diri padanya. “Setiap orang akan senantiasa bersama orang yang dicintainya,” begitu pesan Nabi. Cinta memang laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat dan karakter si kekasih kepada yang men-cintainya.

Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk mencintai Nabi Muhammad, maka instruksi tersebut jelas bukan sebuah perintah tanpa tujuan. Karena mustahil Allah akan memerintahkan sesuatu yang sia-sia. Tetapi tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan kembali kepada Allah atau Rasul-Nya, karena Allah Swt Mahakaya dari butuh pada sesuatu; dan Rasul-Nya juga tidak butuh pada interes tertentu. Dengan demikian mencintai Rasulullah adalah sebuah perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia itu sendiri. Lalu, apa manfaat dari mencintai Rasulullah?

Ada manfaat yang instant dan yang jangka panjang. Di antara manfaat yang segera akan kita rasakan adalah terpautnya hati pada pribadi Muhammad saw. Apabila kita jujur dalam mencintai Muhammad, maka hati kita akan merindukan Muhammad; sama persis seperti tokoh kita di atas merindukan Rasulullah. Bedanya adalah dia bisa mengobati rindunya dengan mendatangi Muhammad secara langsung, sementara kita mengobati rindu dengan hanya menye-butnyebut namanya. “Barang siapa mencintai sesuatu maka dia akan menyebut-nyebutnya,” kata Imam `Alî bin Abî Thâlib kw.

Apabila kita jujur dalam mencintai Muhammad saw, maka jiwa kita akan terbentuk dan tercermin pada jiwa Muhammad saw. “Bukti cinta adalah mendahulukan sang kekasih di atas selainnya,” begitu kata Imam Ja’far al-Shadiq as.

Apabila kita jujur mencintai Muhammad, maka kita akan berupaya mencari tahu segala sesuatu tentang dirinya; kehidupan pribadinya, kehidupannya dalam keluarga, dengan sesama saudara, dengan lingkungannya, dan lain sebagainya. Apabila kita ingin mengetahui sejarah Muhammad dan segala sesuatu yang berkaitan dengan pribadi manusia yang agung ini, hendaklah diawali dengan rasa cinta terlebih dahulu. Apabila sudah tertanam rasa cinta, maka akan timbul sikap sungguh-sungguh untuk mengetahuinya secara akurat dan mendalam. Pengetahuan yang tidak dilandasi pada dasar cinta akan berakibat rancu, setengah-setengah dan kurang sempurna. Dari situ kita akan mengetahui mengapa Allah Swt mewajibkan kita untuk mencintai Muhammad saw, bahkan sebelum kita mengetahuinya sekalipun.

Di antara manfaat jangka panjang dari rasa cinta kita pada Muhammad saw adalah seperti yang difirmankan oleh Allah Swt dalam surat yang kita kutip di atas; bahwa dia kelak akan bersama para nabi, shiddiqin, syuhada dan orang-orang saleh. Bahkan dalam sebuah hadis Nabi saw bersabda: “Cinta padaku dan cinta pada Ahli Baitku akan membawa manfaat di tujuh tempat yang sangat mengerikan: di saat wafat, di dalam kubur, ketika dibangkitkan, ketika pembagian buku-buku catatan amal, di saat hisab, di saat penimbangan amal-amal dan di saat penitian shirat al-mustaqim.”

Cinta Murni dan Cinta Semu


Ada jenis kategori cinta. Pertama, cinta yang berakhir dengan kebosanan. Untuk ini kita sebut saja dengan cinta semu. Kita cinta pada dunia, harta, anak-istri dan sebagainya. Cinta kita pada mereka tidak selamanya meluap-luap bak api membara. Ada saatnya cinta kita redup, bahkan kadang-kadang mati sama sekali. Kita mencintai anak kandung kita. Tapi apabila tiba-tiba dia durhaka pada orangtua, maka cinta bisa berbalik murka. Kita cinta pada dunia kita, yang halal tentunya. Tapi kadang-kadang timbul kebosanan sedemikian rupa sehingga kita meninggalkannya secara total. Cinta seperti itu adalah cinta semu, sebuah cinta yang berakhir pada kebosanan.

Kedua, cinta murni. Jenis cinta ini adalah cinta yang senantiasa hangat dan membara. Dengan cinta itu dia mengejar kekasihnya, melakukan sesuatu karena kekasihnya, bahkan mau mati semata-mata karena kekasihnya. Cinta seperti ini adalah cinta yang tidak pernah bosan dan berakhir. Cinta murni adalah sebuah cinta yang terbit untuk Allah Swt. Imam `Alî berkata: “Cinta pada Allah adalah api yang membakar segala sesuatu yang dilewatinya.”

Karena cinta pada Allah, maka orang-orang mukmin mau mati di jalan-Nya. Cinta pada Allah memang bisa membakar setiap usaha yang menghalanginya. Imam al-Shadiq berdoa: “Ya Sayyidi, aku lapar dan tidak pernah kenyang dari mencintaiMu; aku haus dan tidak pernah puas dari mencintai-Mu. Oh. betapa rindunya pada Dia. Yang melihatku tapi aku tidak melihat-Nya.”

Dalam hadis yang lain beliau bersabda: Tentu cinta pada Allah adalah sejenis cinta murni. Tidak terselubung di dalamnya rasa benci, enggan dan murka. Cinta pada Allah adalah cinta pada kemutlakan; cinta yang tidak bertepi dan tidak berujung. Tapi bagaimana dengan cinta pada Muhammad saw? Apakah cinta kepada Muhammad yang diwajibkan Allah kepada kita adalah sejenis cinta semu atau cinta murni. Nabi saw bersabda: “Cintailah Allah karena nikmat yang telah dianugerahkan-Nya pada kalian, cintailah aku karena cinta Allah (padaku) dan cintailah Ahli Baitku karena cintaku.”"Tidak beriman seorang hamba sehingga aku lebih ia cintai daripada dirinya sendiri dan itrah (keluarga)-ku lebih ia cintai ketimbang keluarganya.”

Melihat hadis ini dan hadis-hadis sejenis yang lain terasa bahwa tuntutan untuk mencintai Muhammad dan keluarganya bukan sejenis cinta semu yang kapan pun boleh hilang atau dihilangkan. Secara vertikal, ketika kita mencintai mereka sebenarnya kita juga mencintai Allah dan ketika kita membenci mereka kita pun membenci Allah.

“innama yuridullahu liyudzhibaankum ‘rijsa ‘ahlul bayt wa yuthahirakum tadzhira”


(Sungguh tiada lain Allah berkehendak memelihara kamu dari dosa-dosa, hai Ahlul bayt nabi dan mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya QS.Al-Ahzab 33)
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Detik-detik Terakhir Kehidupan Kekasih Allah.

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


Ajalku hampir tiba, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’la.”


Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli baitku.


Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?


Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”


Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.


Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensholatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kalian dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula sholat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu sekalian.”


Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assholah yarhamukallah.”


Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda sholat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”


Malaikat Maut Datang Bertamu


Pada esoknya, yaitu Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja.


Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Siti Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya,


Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah itu wahai anakku?” Fatimah menjawab: “Seorang lelaki, sepertinya baru sekali ini saya melihatnya,” tutur Fatimah lembut.


Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia, wahai anakku?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan sambil menatap wajah anaknya, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang “Wahai Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut.” Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”


Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika anda izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.


Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal dia di langit dunia” Jawab Malaikat Maut.


Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”


Ketika Sakaratul Maut Tiba


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”


Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”


Rasulullah SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk anda wahai kekasih Allah. Engkaulah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”


Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”


Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau (Muhammad) dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”


Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Imam Ali kw, bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan anda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”


Mendengar ucapan Rasulullah itu, Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”


“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” “peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


“Ummatii,ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”



Fathimah Az-Zahra` a.s. di masa-masa terakhir Kehidupan Rasulullah SAWW


Di akhir-akhir umurnya Rasulullah SAWW, Fathimah a.s. menatap wajah ayahnya yang bercahaya dan mengalirkan keringat dingin. Sambil menangis ia menatap ayahnya. Sang ayah tidak tega melihat putrinya menangis dan gelisah. Akhirnya sang ayah membisikkan sebuah ucapan di telinganya sehingga ia tenang dan tersenyum. Senyumnya pada masa-masa krisis seperti itu terlihat sangat aneh. Mereka bertanya kepadanya: “Rahasia apakah yang telah ia ucapkan?” Ia hanya menjawab: “Selama ayahku hidup aku akan bungkam seribu bahasa”. Setelah Rasulullah SAWW meninggal dunia, ia membongkar rahasia itu. Fathimah a.s. berkata: “Ayahku mengatakan kepadaku bahwa engkau adalah orang pertama dari Ahlul Baytku yang akan menyusulku. Oleh karena itu, aku bahagia”.




Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?


Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa alih wasalam. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: