( Syed Hussain Al Shahab (duduk, tiga dari kiri) bersama para pemimpin Permas selepas mengadakan pertemuan dengan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam )
KUALA LUMPUR 27 Jun – "Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS)" meminta PAS menarik balik sokongan kepada perhimpunan "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)" yang diterajui Datuk S. Ambiga.
Penasihat Utama PERMAS, "Ayahanda Paduka Khalifah Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (K.M.W,J.P) berkata, sudah terang lagi bersuluh, Ambiga dalam kes Lina Joy, mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada penganut Islam.
“Pas diminta tidak terus "dipergunakan" oleh Ambiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Tiada keuntungan yang diperoleh daripada perhimpunan itu dan hanya memecahkan lagi perpaduan umat Islam.
“Pas juga tidak patut berkompromi dengan Ambiga yang sejarahnya dilihat menyokong amalan murtad.
“Bersih juga dilihat tidak begitu bersih kerana bukankah ada saluran lain boleh dibuat bagi menghantar memorandum atau rasa tidak puas hati mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tambahnya, apa yang dikesali apabila perhimpunan 9 Julai itu majoritinya akan disertai umat Islam yang sepatutnya menyelesaikan sesuatu masalah berlandaskan ajaran Agama Islam.
Sementara itu, Yang Mulia Ayahanda Paduka Khalifah Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (K.M.W,J.P) berharap pihak istana mempertimbangkan supaya gelaran Datuk kepada Ambiga ditarik balik kerana tindakannya yang menjurus ke arah kemudaratan rakyat dan negara.
“Isu murtad, membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A) Perlembagaan sudah cukup menyatakan dia tidak menghormati Islam dan orang Melayu,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment