Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

25 August 2011

PENTING : Pengakuan BEKAS Paderi Kristian



Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup 2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA 'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......maha suci Allah.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

20 August 2011

Malam inikah Lailatul Qadar ?



Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Tips


Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Cubaan memurtadkan murid sekolah yang beragama Islam




Murid Melayu Islam; " Ya, Saya Tahu Nabi Isa Sayangkan Saya… ”
PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini…”“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua…?
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

16 August 2011

Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS






Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, Isnin.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu akan berakhir lewat petang ini.

Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.

Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.

Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis yang majlis murtad dianjurkan di gereja berkenaan.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

12 August 2011

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM?



'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang panjangkan maklumat ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

saudara saudari yang dikasihi, tolong panjangkan maklumat  ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah

Statistik Permohonan Murtad Di Malaysia :



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 August 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.  Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:  · Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).  · Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.  · Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.  · Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.  · Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.  · Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..  · Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh  Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.  Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.  Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)  Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).  Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di  antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).  Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..  Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)  Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)  Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.  Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah  1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.  2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.  3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.  4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.  Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.  SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...