Hasan Ali: Maklumat murtad dari ‘mubaligh berjubah’
Datuk Hasan Ali berkata umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.
“(Maklumat) daripada mereka itu kita petik… Kenyataan mereka kita petik. Saya tidak boleh menyatakan siapa dan bila, atas sebab-sebab keselamatan mereka.
“Cukuplah saya menyatakan apa yang disebut hasil daripada pendengaran yang kita dapat daripada teman-teman terbabit,” katanya dalam sidang media di Shah Alam.
Dr Hasan berkata, ketika ini seramai 56 orang yang berada dalam unit itu dan masih memberi maklumat bagaimana mereka terbabit dengan gejala murtad.
“Dalam hati mereka masih ada keimanan dan nak balik kepada Islam. Kita memberi kaunseling serta memberi gambar tentang kehidupan dalam Islam dan hati sebagai seorang Muslim,” katanya.
Beliau dilapor sebagai berkata ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.
Hasan dalam jelajahnya dilapor berkata, sasaran utama golongan itu ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, lemah akidah, berhutang, menghadapi masalah keluarga.
Golongan berfikiran liberal, terbuka dan tidak mengamalkan cara hidup Islam juga termasuk dalam senarai itu.
0 comments:
Post a Comment