Melayu Islam di bawah tapak kaki Ambiga!
 “Ramai orang Islam yang  tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0  ini.Dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang  diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara  Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan  dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu  diadakan itu”.
KEDEGILAN dan keangkuhan Ambiga Srevenasan yang tetap mahu meneruskan demonstrasi haram yang diberi nama BERSIH 2.0 walaupun telah diberikan kata dua oleh pihak polis membuktikan bahawa bekas Presiden Majlis Peguam ini menyiratkan agenda yang di kalangan ahli Jawatankuasa mereka sahaja yang tahu.
KEDEGILAN dan keangkuhan Ambiga Srevenasan yang tetap mahu meneruskan demonstrasi haram yang diberi nama BERSIH 2.0 walaupun telah diberikan kata dua oleh pihak polis membuktikan bahawa bekas Presiden Majlis Peguam ini menyiratkan agenda yang di kalangan ahli Jawatankuasa mereka sahaja yang tahu.
Ambiga  dilihat begitu nekad.bersedia untuk bertempur dengan  polis,Perkasa,Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia,Pemuda UMNO dan  sekian ramai lagi rakyat jelata yang sememangnya menentang demonstrasi  yang memungkinkan akan menimbulkan mudarat kepada Negara. Tindak tanduk  Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati  undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya  harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai  yang diketuai oleh Ambiga.
Ambiga  tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit  daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita  tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu  walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,
Malah  lebih malang lagi apabila kesungguhan Ambiga untuk melakukan kerosakan  terhadap Negara ini didokong secara membuta tuli oleh orang-orang Melayu yang diperalatkan.
Latar  belakang Ambiga ini cukup memual dan meloyakan.Sakastiknya terhadap  bangsa melayu dan agama Islam begitu menyerlah.Kebencian beliau terhadap  agama rasmi Malaysia ini dilihat menjadi agenda yang cukup penting  dalam perjuangannya.
Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21  Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut  pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan  Perlembagaan Persekutuan.
Dalam  kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan  menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut  agama Islam.
Beliau  turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008  yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A).  Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang  diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Keperluan  menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika  penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul dan  bukannya turun di jalanan menghasut rakyat.
Tindakan  tanduk Ambiga ini boleh dilihat dengan jelas niatnya hanyalah untuk  melindungi kekotoran pembangkang dan melahirkan keadaan kacau bilau,  huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di  mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang  menghadapi huru-hara,” katanya.
Banyak  orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi  haram Bersih 2.0 ini dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik  pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya  Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi  tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang  mahu diadakan itu.
Apa itu IFC(Inter Faith Commission)
IFC  berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya  Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang  mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah  agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi  seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas  Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak  kepada orang bukan Islam.Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
| 1. |  Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. | 
| 2. |  Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. | 
| 3. |  Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. | 
| 4. |  Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam | 
| 5. |  Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang. | 
| 6. |  Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak. | 
| 7. |  Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.. | 
| 8. |  Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. | 
| 9. |  Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. | 
| 10. |  Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka. | 
| 11. |  Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. | 
| 12. |  Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. | 
| 13. |  Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam. | 
| 14. |  Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. | 
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
| 1. |  Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam. | 
| 2. |  Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah. | 
| 3. |  Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan. | 
| 4. |  Orang-orang Islam bebas untuk murtad. | 
| 5. |  IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang. | 
 Sebagai  umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan  oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya  penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima  campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya  akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat  keselamatan negara. 
Inilah  perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di  dalam Negara kita hari ini.kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita  menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah  Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
Nota:
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam  isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar  perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang  menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat  kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah,  semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib,  supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas  mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di  M`sia. (11hb April 2008)



































