LATARBELAKANG / PENGENALAN "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT)
PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT (MUAFAKAT) TELAH DIDAFTARKAN DI BAWAH "PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA" (ROY).
- NO PENDAFTARAN : PPBM 7904/12
- "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT) DARI SEGI BAHASA BERMAKSUD :
* BELIA = (GENERASI MUDA)
* PENERAJU = (PEMANGKIN / PEMIMPIN / MEMIMPIN)
* MUAFAKAT = (Kemuafakatan perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan)
* SEJAGAT = (KESELURUHAN/SEKALIAN)
- JUSTERU ITU "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT) DAPATLAH DIDEFINISIKAN SEBAGAI :
" GENERASI MUDA PEMANGKIN KESEPAKATAN,PERPADUAN,PERGABUNGAN SELURUH UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU" DI MALAYSIA.
- SEBAB-SEBAB TERTUBUHNYA "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT) IALAH KERANA :
(1) MELIHAT TERLALU BANYAKNYA PERPECAHAN DI KALANGAN ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM YANG BERMULA DARI GOLONGAN MUDA (BELIA).
(2) MELINDUNGI HAK-HAK GENERASI MUDA UNTUK BERGIAT AKTIF DALAM BIDANG AGAMA,KEBAJIKAN, SUKAN,PERMAINAN, PERSILATAN,AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA.
(3) MENGAMBIL ALTERNATIF UNTUK MEMULIHKAN GOLONGAN MUDA YANG JAUH TERPESONG DARI GAYA KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT.
(4) INGIN MELIHAT GOLONGAN MUDA TERUS MENJALANKAN AKTIVITI YANG LEBIH BERFAEDAH BELANDASKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PEGANGAN UTAMA.
(5) MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DI KALANGAN GENERASI MUDA YANG KIAN BERLELUASA KEBELAKANGAN INI.
(6) MENGEKALKAN KONSEP "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" DALAM JIWA GENERASI MUDA (BELIA).
(7) MEMBENDUNG KEGIATAN MAKSIAT SEPERTI JUDI,ARAK,ZINA YANG SEMAKIN BERLELUASA DI KALANGAN BELIA HARI INI.
(8) INGIN MENHIDUPKAN RUMPUN MELAYU ISLAM YANG HARMONI,SEJAHTERA,BERSATU PADU DAN BERKERJASAMA.
(9) MENGAMALKAN KONSEP "BERAT SAMA DIPIKUL SERTA RINGAN SAMA DIJINJING" DI KALANGAN GENERASI MUDA DAN VETERAN.
(10) MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA KEKUATAN,KEHARMONIAN DAN KEAMANAN AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA BERSESUAIAN DENGAN PEPATAH "PEMUDA HARAPAN BANGSA , PEMUDI TIANG NEGARA".
(9) MENGAMALKAN KONSEP "BERAT SAMA DIPIKUL SERTA RINGAN SAMA DIJINJING" DI KALANGAN GENERASI MUDA DAN VETERAN.
(10) MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA KEKUATAN,KEHARMONIAN DAN KEAMANAN AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA BERSESUAIAN DENGAN PEPATAH "PEMUDA HARAPAN BANGSA , PEMUDI TIANG NEGARA".
MOTO : "MUAFAKAT ASAS PERPADUAN UMMAH"
0 comments:
Post a Comment