Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

30 July 2012

Tanda-Tanda Malam Lailatulqadar



Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pada saat terjadinya Lailatul-Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.

Para alim ulama menyebut terdapat beberapa tanda berhubung dengan malam Lailatulqadar.
TANDA-TANDA MALAM LAILATULQADAR

1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat cahaya yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala ceruk yang gelap gelita.

2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon kayu rebah sujud.

4. Ada pula yang berkata doa permohonannya dimakbulkan. 
BILA MALAM LAILATULQADAR TERJADI?

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. 

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Amalan-Amalan Sunat Yang Di Lakukan Pada Bulan Ramadhan



Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Qur'an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

2. solat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

3. memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.


4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun ". (Bukhari Muslim)

5. bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. i'tikaf
Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I'tikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri'tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut I'tikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

7. umrah
Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
"Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."

Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Cara Menentukan Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir


Walaupun orang yang bermusafir diberi keizinan untuk berbuka berpuasa, namun ada juga yang mahu meneruskan puasa seperti biasa. Walaubagaimanapun timbul satu persoalan bagaimanakah kita hendak mengetahui waktu berbuka jika kita sampai ke satu destinasi yang berlainan waktu berbuka. Jom ikuti soal jawab di bawah ini.
Soalan :
Ustaz,
saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam.Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan,saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang.
Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat?
Jawapan :
Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar). Seorang yang bermusafir sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud) : “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah : 187).
Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan Nabi sAW bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat : “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Umar ra).
Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari.Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.
Jika berpuasa menyukarkan bagi orang yang menuju ke Barat, kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Hukum Berjimak Dalam Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan penuh barakah, kita perlu mendidik nafsu agar terpelihara dari sebarang perkara yang dilarang Allah. Nafsu di sini juga termasuk dalam perkara-perkara seperti berjimak dengan suami isteri dalam bulan ramadhan. Sebenarnya tiada larangan untuk suami isteri berjimak dalam bulan ramadhan, akan tetapi ia tidak boleh dilakukan di siang hari ketika sedang menjalani ibadah puasa.
Soal jawab tentang persoalan ini di bawah;
Soalan:
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
Jawapan:
Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Saya telah binasa ya Rasulallah”.
Rasulullah SAW bertanya: “Apa yang membinasakan engkau ?”.
Dia menjawab: “Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan”.
Maka Rasulullah SAW bertanya: “Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan berturut-turut ?”.
Dia menjawab: “Tidak”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apakah engkau sanggup memberi makan 60 orang miskin ?”.
Dia menjawab: “Tidak”.
Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: “Sedekahkanlah kurma ini”.
Orang itu bertanya: “Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami”.
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah Rasulullah SAW: “Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu”. (Riwayat Jamaah)
Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan dengan terlupa ataupun dengan sengaja.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

28 July 2012

Zakat Fitrah


MAKNA


Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .


Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya .


Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .


DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH 


Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin" .


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .


Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .


Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .


Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .




SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH


Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka .


Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .


Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :
1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .


Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .






WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH 


Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .


Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .


NIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH


i.Bagi diri sendiri - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" . 




ii. Bagi diri sendiri dan tanggungan - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
iii. Sebagai wakil - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" . 






GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 


Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan ( asnaf ) :
· Faqir
· Miskin
· Amil
· Muallaf
· Hamba yang hendak merdeka dengan bayaran
· Orang yang berhutang
· Orang yang berjuang pada jalan Allah
· Ibnu sabil ( orang yang sedang musafir bukan untuk maksiat dan mengalami kesengsaraan atau putus perbelanjaan )


GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT 
· Orang kaya - harta , tenaga dan penghasilannya .
· Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya ( majikan ) .
· Keturunan Rasulullah S.A.W ( keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
· Orang kafir · Orang yang dalam tanggungan penjaganya .


HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT 


i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .
ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya .
iii Mengembangkan harta dan mensucikannya .
iii.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya . 





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Maksud “TA’ MELAYU HILANG DI-DUNIA”



“TA’ MELAYU HILANG DI-DUNIA”
“Hendak Tahu Siapa Dirimu, Carilah Agama-mu, Hendak Kenal Siapa Dirimu, Carilah Bangsa-mu.”
Ini singkatan MIM. LAM. ALIF. YA. WAU= MELAYU


MIM: Muhammad
LAM: Laksanakan
ALIF: Ajaran
YA: Yakini
WAU: Wahyu

Jadi ingat.. KITA MELAYU ADALAH UMAT MUHAMAD YANG MELAKSANAKAN AJARAN YAKINI WAHYU (HUKUM ALLAH DALAM QURAN). Jangan pecah belah.

Hai Anak Melayu sekelian!

Kalian merupakan dari bangsa yang besar, bangsa yang hebat. Tidak mengetahui tidak bermakna Melayu itu lemah, Melayu itu mundur. Kaji dan selami sejarah leluhur kalian, dan pasti akan ditemui kekuatan yang tiada tara bandingan.
Melayu bukan lemah, bahkan Melayu itu bangsa penjajah, menjelajah dunia jauh lebih awal dari mana-mana bangsa di dunia ini. Melayu itu bangsa hebat, mencipta ilmu jauh lebih awal dari mana-mana bangsa di dunia ini. Melayu itu tidak malas, melainkan bangsa yang bermaruah dan tidak mahu tunduk kepada penjajah dengan menjadi abdi kepada mereka. Cari, kaji, selami, dalami dan anda pasti akan temuinya.
Kepada golongan pemerintah, ahli politik, ahli akademik dan sesiapa yang rasa bertanggungjawab, marilah sama-sama kita mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini berdasarkan petunjuk Ilahi, bukan kepentingan politik mahupun peribadi semata.

Adakah kita rela bangsa Melayu yang cukup mulia satu ketika dahulu akan berkubur dengan sebab kealpaan dan kelalaian kita?

Bangsa Melayu perlu dimotivasikan dan perlu kenal asal usulnya..dalam diri meningkat dan mendorong kepada keperibadian intelek..
sebagai contoh : dengan mengetahui sejarah tamadun Islam, kita umat islam merasa bangga dan akan cuba dan berusaha mengulangi sejarah kegemilangan tamadun Islam untuk kali ke-2..
Umat melayu sebenarnya telah dtipu penjajah sekian lama, penjajah telah melenyapkan jati diri bangsa melayu dan mengubah sejarah melayu..sehingga generasi sekarang merasakan hina dan mundur lahir sebagai seorang melayu. Kalau tuan2 faham ilmu psikologi insyAllah tuan2 akan faham maksud saya ini..lebih kurang bentuk perang saraf jugalah untuk kesannya.

Jika kita MELAYU bersatu, tiada siapa dapat merobohkan tembok-tembok MELAYU di bumi MALAYSIA. Bersyukurlah MALAYSIA masih aman dan damai tanpa peperangan. Tanpa pertumpahan darah. Hunuskanlah Keris MELAYU jika kita dicabar. Jangan menjadi seperti boneka yang terus menerus menurut kata bangsa-bangsa asing walau mereka berstatus Warganegara. Perkemaskan diri dengan ilmu di dada supaya kita dapat menepis segala fitnah mereka. Isilah rohani kita dengan Iman dan Taqwa kepada Yang Maha Esa

Dulu penjajah kata orang melayu cerdik sungguh dan tak pandai buat senjata.....buat keris pun bengkang bengkok.....mata nye pun senget ke kiri.....dah ler tak tajam.....asah dengan limau nipis aje.....besi nye pulak berkeping2 dan berlipat2.....

tapi sekali kena rodok perut.....nah kau......terburai segala mala isi perut.....

sekali aje kena hiris, dah biru kejung menggelupur macam ayam betina kena langgar lari..... Hebat keris senjata orang melayu!.

HIDUP MELAYU SERUMPUN!! BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH!!
AYUH KITA BERSATU KEMBALI !!



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Bangsa MELAYU Dari Keturunan Bani Jawi?

                                         BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ ‘kaum yang hilang’.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia?.’ Wallahualam

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

26 July 2012

Kelebihan Malam Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:



Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. 

Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.



Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." 

Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : 
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud 
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : 
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda 
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

24 July 2012

Pengertian Dan Keutamaan Ramadhan






RAMADHAN dan Syawal dua daripada bulan-bulan Islam. Ramadhan dan syawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut diwajibkan amalan berpuasa sebulan ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir ramadhan dan menjelang syawal. Kedua bulan tersebut adalah bulan yang istimewa dan mulia disisi Allah dan para hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlu memuliakan dan menghayati ramadhan dan syawal untuk mendapat keberkatannya.

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Ramadhan ertinya bulan imtihan atau bulan ujian. Bulan ramadhan juga disebut bulan puasa kerana pada bulan ramadhan itu diwajibkan berpuasa sebulan ramadhan. Bulan ramadhan ialah bulan beribadah, bulan yang disebut dalam al-quran. Allah memilih bulan ramadhan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hambanya dengan menurunkan Al-quran.

Firman Allah SWT:
Ertinya : “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan sembilan permulaan. Al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk, antara yang benar dan yang batil.” (Al-Baqarah : 185)

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan ramadhan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang banyak. di antara keistimewaan- keistimewaan bulan ramadhan ialah :

1- Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah SWT:
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa.” (Al-Bakarah : 183)

2- Bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malan yang sangat tinggi nilainya, iaitu “Malam Lailatul Qadar” 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah elah menfardhukan atas kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malan yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, An Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3- Bulan yang dipilih untuk sembahyang terawih dimalamnya. Sembahyang terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan ramadhan. Sepanjang malam bulan ramadhan disunatkan mengerjakan sembahyang terawih secara berjemaah.

4- Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca al-quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.

5- Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan Berhala disisi Kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

6- Berlakunya Nuzul Al-quran pada 17 ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-quran. Diturunkan kepada Rasulullah SAW.

7- Dipelihara daripada dosa. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, ramadhan ke ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.” (Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

8- Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.

Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal ramadhan, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW berkata : “Didalam bulan ramadhan dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan.”

Berkata Nabi lagi, “Seorang Malaikat berseru, “Wahai segela orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah diri kamu. “Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan ramadhan.” Riwayat Ahmad dan Nasa’i

9- Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah SWT; 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rasulullah SAW bersabda, Telah diberikan kepada umatku dibulan ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :

a) Dipermulaan bulan ramadhan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah lihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selamanya. 
b) Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
c) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
d) Allah menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya, “Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba- Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.
e) Pada akhir malam bulan ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari Sahabat bertanya : “Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?” nabi menjawab : “Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.” (Riwayat Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)

10- Sejarah berlakunya perang Badar Al Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

11- Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya agama berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

12- Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang dipilih untuk solat terawih pada malamnya. Solat terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada dibulan ramadhan. Sepanjang malam dibulan ramadhan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

13- Hanya dibulan ini dituntut sebanyak-banyak ibadah berbanding dibulan-bulan yang lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca al quran, membanyakkan solat sunat dan sebagainya. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insyallah dimakbulkan Tuhan.

14- Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. 
Pada malam permulaan ramadhan nabi bersabda : “Pada permulaan malam ramadhan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil : “Hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang-orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membahaskan ramai orang dari neraka.”

Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan dibulan ramadhan. Jadi tidak hairanlah para Sahabat dan Salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan ramadhan.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa




Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4) Haid atau nifas.

5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6) Murtad (keluar dari Islam).

7) Gila (hilang akal).


Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.

2) Mengumpat, mengata orang.

3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.

4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.

5) Marah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa



Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
 
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
 
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan, sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Tazkirah Ramadhan : Puasa Dan Kesihatan










BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

· Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

· Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

· Mengulangi makanan sepanjang malam.

· Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

· Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: