Bulan Ramadhan penuh barakah, kita perlu mendidik nafsu agar terpelihara dari sebarang perkara yang dilarang Allah. Nafsu di sini juga termasuk dalam perkara-perkara seperti berjimak dengan suami isteri dalam bulan ramadhan. Sebenarnya tiada larangan untuk suami isteri berjimak dalam bulan ramadhan, akan tetapi ia tidak boleh dilakukan di siang hari ketika sedang menjalani ibadah puasa.
Soal jawab tentang persoalan ini di bawah;
Soalan:
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
Jawapan:
Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Saya telah binasa ya Rasulallah”.
Rasulullah SAW bertanya: “Apa yang membinasakan engkau ?”.
Dia menjawab: “Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan”.
Maka Rasulullah SAW bertanya: “Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan berturut-turut ?”.
Dia menjawab: “Tidak”.
Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apakah engkau sanggup memberi makan 60 orang miskin ?”.
Dia menjawab: “Tidak”.
Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: “Sedekahkanlah kurma ini”.
Orang itu bertanya: “Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami”.
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah Rasulullah SAW: “Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu”. (Riwayat Jamaah)
Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan dengan terlupa ataupun dengan sengaja.
0 comments:
Post a Comment