Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

30 August 2012

Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia





PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG M A L A Y S I A
Gelanggang Pusat Seni Silat Pusaka Gayong di Gurun, Kedah Darulaman.

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia(PSSPGM) telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1978. Pengasas-pengasas utamanya ialah Allahyarham Tuan Hj Yusof bin Salleh dan Encik Abd Majid bin Md Isa (PJK). Tuan Hj Yusof bin Salleh adalah Pengerusi pertubuhan ini dan Encik Abd Majid bin Mat Isa adalah Pengarah Guru-guru dan Jurulatih-jurulatih pertubuhan ini. Pertubuhan ini menggunakan Silat Gayung sebagai mata pelajarannya. Kedua-dua pengasas ini telah mempelajari Silat Gayung daripada Mahaguru Daing Uda Hashim dan anak-anaknya Meor Abd Aziz bin Daing Uda Hashim dan Dato' Meor Abd Rahman bin Daing Uda Hashim bermula pada tahun 1956 di Kedah Darulaman .


SALASILAH PEWARISAN PUSAKA GAYONG

Gayong, nama seorang hulubalang melayu yang teragong. Dia berpegang teguh pada amanah dan perintah Allah, seterusnya melahirkan Seni Gayong.
Seni Gayong, Tujuh hulubalang adik beradik belayar di Lautan Tujuh. Mereka berpantun ditengah lautan katanya:

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kita akan kembali bersatu dan tegoh.
Mereka berpecah di seluruh Tanah Besar Melayu. Namanya DaingJalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelonggi dan Daing Kuning.
Daing Kuning mewarisi kepada Long Che Ngah tambah kemudian Long Che Ngah tambah mewarisi kepada Daing Uda Muhamad Hashim, di sinilah tertubuhnya Silat Seni Gayong.
Silat Seni Gayong ditubuhkan pada tahun 1938, dengan usaha Dato' Daeng Uda Mohammad Hashim bersama anak-anaknya iaitu Daeng Meor Abd Aziz dan Daeng Meor Abd Rahman (Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman berpusat di Ayer Kuning, Taiping, Perak.
Pada tahun 1940, Dato' Meor Abd Rahman telah mengembangkan silat di Singapura.
Pada tahun 1950, Dato' Meor Abd Aziz telah mengembangkan Silat Seni Gayong di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pada tahun 1955, Allahyarham Tunku Kassim(Tunku Laksamana) telah membawa Dato' Meor Abdul Rahman dan ahli-ahli Silat Seni Gayong dari Singapura membuat persembahan di Istana Sultan Kedah dan menyertai Gayong.
Pada tahun 1956 Pak Lang Yusuff Salleh dan saudara-saudaranya menyertai Silat Seni Gayong melalui Dato' Meor Abd Aziz.
Pada bulan April 1957, Abd Majid Md Isa menyertai Silat Seni Gayong, berlatih dengan Guru Latih Ismail Mansor selama setahun dan pada tahun 1958 digantikan dengan Cikgu Qamari Melan dari Singapura.
Pada tahun 1959, Dato' Meor Abd Rahman bersama Dato' Oon Jaafar dan ketua-ketua Silat Seni Gayong Singapura dan Johor membuat lawatan ke Kedah, dan membawa Abd Majid Md Isa ke Singapura untuk menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura.
Pada tahun 1960, Abd Majid Md Isa dilantik menjadi Guru Latih, seterusnya menjadi Guru Latih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ramai muda-mudi di Kedah menyertainya iaitu Cikgu Ramli Ibrahim, Awang Daud, Ibrahim Abdullah, Hashim Muhamad, Ismail Chik, Samad Said, Ahmad Lazim serta lain-lain lagi.
Pada tahun 1961, Abd Majid Md Isa sekali lagi dipanggil oleh Dato' Meor Abd Rahman ke Singapura untuk menjalani latihan bermain senjata seperti pisau, keris, sembat, seterusnya dilantik menjadi Guru Latih tertinggi di seluruh Malaysia, ditugaskan mengajar Silat Seni Gayong.
Pada tahun 1962, Abd Majid Mat Isa, Ramli Mat Araff, Ramli Ibrahim dan Kamsiah Rashid telah dibawa oleh Dato' Meor Abd Rahman dari Kedah ke Singapura untuk membuat persembahan silat dan mendapat sambutan dari seluruh masyarakat melayu.
Pada tahun 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia didaftarkan dan diluluskan dengan nombor pendaftarannya 361 di Johor Baharu atas usaha Dato' Oon Jaafar.
Pada tahun 1964, Perdana Gayong Pertama diadakan di Stadium Alor Setar, Kedah. Wang pungutan sebanyak RM 12,000 telah berjaya dipungut atas usaha Cikgu Md Nanyan Saad, Cikgu Othman Hanafiah dan lain-lain lagi.
Pada tahun 1965, Abd Majid Mat Isa melangsungkan perkahwinan dengan Enah bt Yaman, dan pada tahun ini juga Abd Majid Mat Isa bersama-sama Dato' Meor Abd Rahman, Siti Kalsom dan Md Khir Saad pergi ke Trengganu dan Kelantan untuk mengembangkan Silat seni Gayong.
Pada tahun 1976, Abd Majid Mat Isa, bersama-sama 12 orang ahli Seni Silat Gayong telah mengadakan pertunjukan di Medan, Indonesia.
Pada Ogos 1977, Abd majid Mat Isa telah dipecat daripada Guru Latih Tertinggi oleh Dato' Meor Abd Rahman.
Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya.
Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman.
Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah.
Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang.
Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun.
Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.

"GAYUNG BERGAYUT KATA BERSAHUT"

BIODATA GURU LATIH KANAN SILAT PUSAKA GAYUNG MALAYSIA
Abd Majid Bin Md Isa, dilahirkan pada 55 tahun yang lalu. Berasal dari Kg Kepala Bukit, Gurun, Kedah Darulaman. Mula bergiat dalam Seni Silat Gayung pada 1956, melalui Mahaguru Meor Abd Aziz, Daing Uda Mohd Hashim (Bapa) serta Tuan Guru Haji Hussain Dol (seorang alim ulama).

Beliau telah diarahkan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman (adik Mahaguru Abd Aziz) dan Allahyarham Dato' Oon Jaafar mendalami ilmu persilatan ini di pusat latihan Seni Silat Gayung School Wood Land Singapura pada tahun 1959, selama setahun. Setelah segalanya selesai beliau pulang ke Kedah dan menjadi jurulatih di sana sebagai Guru Tertinggi pada tahun 1960.
Pada penghujung tahun 1961 sekali lagi beliau ke Singapura mendalami ilmu bermain senjata (keris) dan paada pertengahan 1962, beliau pulang semula ke Kedah dan di sini beliau melatih murid-murid bermain senjata sehingga kini.
Tempat-tempat yang pernah beliau ajar seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Trengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang dan Medan Indonesia. Beliau mempunyai anak seramai 10 orang (7 lelaki dan 3 perempuan)

Seni Belian



Pelajaran ini diajar kepada orang tertentu sahaja, sebab ia menggunakan ilmu kebatinan. Orang yang mempelajari Seni Belian ini hendaklah beramal Qulhuallah 70 ribu dan ayat sembilan 17 kali sehari semalam. Apabila kita dalam keadaan terdesak atau terpaksa, kita akan mendapat pertolongan dari Allah dan permainan kita bertukar bermain seperti harimau.



SASARAN MAUT BAHAGIAN DEPAN




SARAN MAUT BAHAGIAN BELAKANG




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

28 August 2012

Yang Amat Mulia Raja Shuibah - Puteri Sultan berjiwa rakyat



Mengenali seorang yang bernama "Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" ini amat bermakna bagi kami di "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" dan "Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT) ini. Peribadi beliau yang begitu mudah mesra, tidak membangga diri sebagai salah seorang Anakanda Puteri Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, membuatkan "Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" mudah didekati oleh rakyat jelata. Lebih dikenali dengan panggilan 'Ku Ess' , "Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" merupakan anakanda puteri bongsu kepada Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ke- 33, "Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" bersama permaisurinya "Allayarhamah Dato Seri Che Puan Norizan Bt Haji Hamzah".


( "Yang Amat Mulia Raja Syuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" bersama Penasihat Utama "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) / Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA) : Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie (T.P.A) dan Ayahanda-Ayahanda Penasihat "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) / Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA)" di "Majlis Pemasyuran Waris Mutlak Ayahanda-Ayahanda,Paduka-Paduka Kekanda,Kekanda-Kekanda,Penolong-Penolong Kekanda,Abang-Abang Kawasan,Abang Chik-Abang Chik dan Srikandi-Srikandi "Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA) dan Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" )




Selepas kemangkatan Paduka Ayahandanya, "Yang Amat Mulia Raja Shuibah" telah dipelihara dan dibesarkan oleh Bonda beliau sendiri iaitu, "Dato Seri Cik Puan Norizan Bt Haji Hamzah". Bonda beliau dikenali sebagai seorang yang  begitu menitik beratkan nilai-nilai agama dan kebajikan seiring dengan penyuburan nilai tradisi, adat dan budaya Melayu. Lantaran itu, semenjak kecil lagi Yang Amat Mulia Raja Shuibah telah diasuh untuk menjadi seorang yang berdikari, tidak bergantung harap pada kedua orang tuanya sehinggalah kemangkatan Bonda beliau pada tahun 2006.

Memiliki paras rupa yang jelita tidak menjadi penghalang kepada Yang Amat Mulia Raja Shuibah untuk mendekatkan diri dalam sukan seni bela diri yang diminati beliau iaitu Muay Thai. Pencapaian yang begitu memberangsangkan setelah memenangi tempat pertama dalam Selangor Muay Thai Charity Challenge telah membuka mata ramai pihak sehingga beliau dilantik menjadi Penasihat Diraja Elite Boxing Malaysia.

Peranan sebagai Penasihat DiRaja Elite Boxing Malaysia.

Bercerita tentang sukan Muay Thai, pastinya sudah terbayang aksi lasak dua seteru. Namun sebagai destinasi kedua Pertandingan Berprestij Thailand VS Chalangger yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2012 akan datang, Yang Amat Mulia Raja Shuibah punya idea tersendiri bagi mempromosikan Malaysia terutamanya dalam Sukan Muay Thai ini. Menggabungkan ketangkasan peserta serta elemen fesyen melambangkan budaya negara. Titahnya,

Menggabungkan Muay Thai dengan fesyen adalah idea dari saya sendiri. Bila disebut Muay Thai, ia pastinya mengenai Thailand, jadi apa pula tentang Malaysia. Jadi dengan berfikiran positif, kenapa tidak kita masukkan elemen batik khususnya untuk Malaysia dan dalam masa yang sama kita mempromosi negara Malaysia.


 YAM Raja Shuibah ketika ditemu ramah sebagai Penasihat Diraja Elite Boxing Malaysia yang menjadi Penganjur Thailand Vs Asia.
Acara yang bakal berlangsung pastinya membawa kelainan kerana Pertandingan ini menggabungkan Pertunjukan Fesyen bertema kan Batik hasil sentuhan Pereka Fesyen Terkenal, Amir Luqman. Bagi acara yang bakal berlangsung ini, Malaysia bakal diwakili oleh Peninju Muay Thai Malaysia iaitu Faizal Ramli dan Ali Yaakob.


 Sidang Media Thailand Vs Asia yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, Kuala Lumpur.
Pertandingan Muay Thai yang diselitkan dengan Pertunjukkan Fesyen ini akan berlangsung pada 9 Oktober 2012 bertempat Sunway Pyramid Convenction Centre. Harga tiket yang dijual bermula dari RM 88. Bagi mereka yang berminat boleh lah melayari Laman Facebok Elite Boxing Malaysia di https://www.facebook.com/ebmalaysia.

Dalam memartabatkan Sukan Muay Thai, Yang Amat Mulia Raja Shuibah telah berusaha sedaya upaya membawa nama Malaysia lebih tinggi di persada dunia sambil menggabungkan elemen Fesyen yang menjadi minat beliau sejak dulu lagi. Menjadi Ahli Perniagaan yang berusaha untuk berjaya dan merupakan Kerabat Diraja dari Istana pertama menceburkan diri dalam dunia Muay Thai ini membuatkan beliau amat dikenali ramai.

Sikap dan pekerti mulia yang ditunjukkan beliau melayakkan Yang Amat Mulia Raja Shuibah menjadi salah seorang Personaliti Regalia untuk entry kali ini. Diharapkan beliau sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian.




Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Sultan Idris Shah
( Ku Ess)


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H/2012 M ..Maaf Zahir dan Batin

KAMI WARGA "MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA" (M.J.B.S.M) dan "PERTUBUHAN BELIA MUAFAKAT" (MUAFAKAT MALAYSIA) INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN"  KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SETIA BLOG INI ...SALAM LEBARAN & KEMERIAHAN AIDILFITRI
                                                                      1433 H / 2012 M





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

06 August 2012

Sejarah Nuzul Al-Quran

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:
“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)
Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara,  diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatul dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

5 Ogos 2012 - Majlis Berbuka Puasa Anjuran Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia & Pertubuhan Belia Muafakat Malaysia ( Cawangan Kedah Darul Aman ) Bertempat Di Restoran Burger Post Kepala Batas, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pada 5 Ogos 2012, Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia & Pertubuhan Belia Muafakat Malaysia ( Negeri Kedah Darul Aman ) Telah Menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Silaturrahim Bertempat Di Restoran Burger Post Kepala Batas Alor Star, Kedah Darul Aman. Majlis Tersebut telah diketuai oleh  "Yang Berbahagia Ayahanda Ahmad Pisor ( Ayahanda Zon Utara Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia ) , Paduka Kekanda Neo ( Penolong Bendahari Kehormat Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia ),Paduka Kekanda Naim Alor Star Dan Barisan Kepimpinan Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia & Pertubuhan Belia Muafakat Malaysia ( Negeri Kedah Darul Aman )


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis.Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas:
































































Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia & Pertubuhan Belia Muafakat Malaysia Induk Mengucapkan Tahniah kepada "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malayia (M.J.B.S.M) dan Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT) Zon Utara Diatas Kejayaan Menganjurkan Majlis Ini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...