Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

01 August 2012

Bukti kekejaman terhadap umat Islam di Myanmar

Dalam rusuhan kaum paling buruk di wilayah Arakan baru-baru ini terlalu banyak peristiwa tidak berperikemanusiaan (luar dari batas perlakuan kewarasan akal manusia) dilakukan oleh masyarakat Rakhine terhadap etnik Rohingya Muslim.  Beribu-ribu dibunuh dengan kejam - tidak kira yang muda atau orang tua, wanita dan kanak-kanak. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol. Lebih 20 buah kampong dan berpuluh masjid dan madrasah dimusnahkan – sama ada dibakar atau diruntuhkan. Harta benda dirampas.

Orang-orang Rohingya bertempiaran lari ke hutan belantara, ke bukit, ke laut untuk berlindung -  ramai saudara mara dan rakan kami lari ke sempadan negara jiran untuk menagih simpati dan mendapat bantuan dan perlindungan  – namun apakan daya mereka dihalang masuk malah diusir balik ke bumi berdarah di Arakan untuk dimamah dan diratah oleh pemangsa yang begitu ganas!

Ramai orang terutama kanak-kanak , orang tua dan mereka yang berpenyakit yang mati; bukan disebabkan pembunuhan tetapi akibat kebuluran, kekurangan ubat dan serangan penyakit. 

Bantuan daripada masyarakat antarabangsa yang tiba melalui pihak pemerintah tidak diagihkan kepada mangsa etnik Rohingya Muslim tetapi dibolot oleh masyarakat Rakhine dan pihak tentera serta polis tempatan yang beragama Buddha!

Mengapakah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya tidak mendapat pembelaan daripada masyarakat antarabangsa – khususnya Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN? Adakah pemerintah junta Myanmar begitu kebal?  Apakah ada agenda geopolitik kuasa besar yang bersekongkol dengan regim militari Myanmar? Adakah disebabkan etnik Rohingya ini beragama Islam?  
Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini adalah testimoni pelbagai bentuk kezaliman dan kekejaman yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya dalam rusuhan kaum baru-baru ini. 

Semoga ada tangan-tangan ‘Ansar’ yang dapat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada ribuan saudara-mara dan rakan kami yang lari sehelai sepinggang! Mereka kehilangan anggota keluarga, rumah dan harta benda dalam tragedi tersebut – begitu ramai yang cedera yang memerlukan ubat dan rawatan kesihatan. Dan, kepada Allah s.w.t kami berdo’a dan berserah semoga masyarakat Rohingya yang dizalimi ini mendapat pertolongan dari Muslimin dan Muslimat yang budiman. Kami (kepimpinan MUR) masih mempunyai rangkaian aktivis dan tokoh-tokoh sukarelawan yang boleh memastikan bantuan kemanusiaan itu benar-benar sampai kepada mangsa masyarakat Rohingya yang masih terperangkap di wilayah Arakan, Myanmar.

BANTUAN & PERTANYAAN

Untuk menyumbang bantuan Fisabilillah dan sebarang pertanyaan sila hubungi:
Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan
Pengerusi, Majlis Ulama Rohingya (MUR)
Mobile phone:  017-354-9311


Pembunuhan Yang Kejam








Harta Benda Yang Dimusnahkan








Tentera Bersekongkol Melakukan Kekejaman Bersama Pengganas Rakhine







Mereka Kehilangan Tempat Tinggal Dan Orang Yang Tersayang








Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...