Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

28 April 2011

HARAMNYA ARAK



Kenapa Arak Haram?

ALLAH SWT berfirman: "dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". " hai orang² yang beriman, sesungguhnya arak, permainnan judi, berhala-berhala, tenung(sihir), adalah perbuatan syaitan, maka jauhilah, mudah-mudahan kamu sekalian berbahagia". Surah Al Maidah:90 

Diriwayatkan Nabi Nuh as ketika menanam pokok anggur, pohon itu tidak subur, maka datanglah iblis yang terkutuk berkata: "Hai utusan Allah, apabila engkau mengkehendaki pohon itu subur, makaizinkanlah saya menyembelih tujuh ekor binatang untuk dijadikan baja bagi pohon itu." Kata Nabi Nuh: "kerjakanlah." Maka Iblis menyembelih harimau, beruang, serigala, anjing, ayam jantan, harimau belang, dan musang. Setelah itu diperahkan daging binatang² yg disembelihnya tuangkan pada pangkal pohon anggur itu. Di saat itu juga pohon tersebut tumbuh subur dan berbuah tujuh jenis warna. Sebelum itu hanya sejenis saja yg berbuah . oleh kerana itulah orang yg meminum arak menjadi garang seperti harimau, kuat seperti beruang, pemarah seperti harimau belang suka bercakap seperti serigala, suka gaduh seperti anjing, suka dendam seperti beruang, dan suka bersuara seperti ayam jantan. KITAB HAYATUL QULUB. 

Abu Lais (ahli fekah) berkata: "jauhilah meminum khamar (arak) kerana di dalamnya terdapat 10 perbuatan yang tercela: 

•1. Apabila seseorang meminum arak, makan kedudukannya menjadi seperti orang gila dan akhirnya menjadi bahan ketawa dan dia tergolong orang yg tercela. 

•2. Hilang akal dan menabur-naburkan wang ringgit. 

•3. menimbulkan pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain. 

•4. menjadi penghalang seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan lain². 

•5. Mendorong melakukan perbuatan zina dan juga berkemungkinan menceraikanisterinya tanpa sedar kerana mabuk. 

•6. merupakan kunci semua kejahatan kerana orang yg meminum arak itu mudah melakukan perbuatan derhaka kepada tuhan dan manusia. 

•7. Mengakiti para malaikat Hafadhoh kerana dia memasukannya ke dalam golongan longan orang yg fasik. 

•8. Peminum arak wajib dirotan sebanyak 80 kali. Sekiranya terlepas di dunia maka dia akan dihukum rotan di akhirat kelak daripada neraka dengan disaksikan orang ramai dan ibu bapanya serta kawan²nya 

•9. Menyebabkan pintu² langit tertutup dan semua amal perbuatan baiknya turut berdoa tidak diterima selama 40 hari. 

•10.Membahayakan diri kerana dikhuatiri dicabut nyawanya dengan tidak membawa iman, aku berlindung pada allah atas perbuatan tersebut. Semua akibat seksaan ini adalah merupakan seksaan di dunia sahaja belum menghadapi menghadapi seksaan di akhirat kelak.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

27 April 2011

Mesyuarat MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA Cawangan Bangi,Selangor

Pada pertengahan April baru-baru ini telah berlangsung Mesyuarat Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia Cawangan Bangi,Selangor yang dihadhiri oleh Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe,Kekanda Paduka Cikgu Syukor,Tuan Ustaz Amzar ( Mewakili PDRM IPD Baling,Kedah) , Cikgu Wanji & Cikgu Jeff (dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor )


( Dari kiri Cikgu Wanji , Kekanda Paduka Cikgu Syukor , Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe & Tuan Ustaz Amzar ( PDRM IPD Baling,Kedah )

( Dari kiri - Cikgu Jeff , Kekanda Paduka Cikgu Syukor ,Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe & Tuan Ustaz Amzar ( PDRM IPD Baling,Kedah )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

TENTERA FI SABIL LILLAH TERUSKAN PERJUANGAN



Wahai para mujahid maralah kehadapan,kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran,korbankan lah hartamu sekalipun jiwa raga,teguhkan keyakinan teruskan perjuangan....
wahai para mujahid jgn lah terpengaruh,ujian nikmat hidup duniawi,biarpun ianya begitu indah,namun hanya sementara...
memang berjuang itu terkorban,kerana kita berjuang untuk terkorban,itulah asam garam perjuangan,syarat untuk mendapat cinta Allah...
wahai para pejuang kebenaran,suburkanlah semangat juangmu,setiap masa sepanjanghayat mu,dengan irama hiburan ini...
tempuhilah penderitaan didalam perjuangan,kerana itu adalah penghapus dosa mu,berjuang kerana ilahi,walaupun sedikit tetap dinilai sebagai amalan mu yang solleh.....///

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

WASIAT UNTUK ANAK BANGSAKU





TUJUH WASIAT BUAT ORANG MELAYU



Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).


KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.


KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak) Wasiat tersebut diamanatkan menjelang kemerdekaan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, mengekalkan kedaulatan dan kuasa serta kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja- Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi. Dengan itu, Perlembagaan Persekutuan yang digubal telah memaktubkan fasal-fasal tertentu yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibenarkan berkuat kuasa.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

KELEBIHAN AYAT AL-QURSI

KELEBIHAN AYAT QURSI : 
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Salam/// dimaklumkan kepada Ahli Jemaah A.L.P ,,Ayahanda Pengasas A.L.P. (Ayahanda Lan Perikanan) kini sedang mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim sungai petani, Akibat lumpuh sebelah badan,,Doa Ahli2 Jemaah A.L.P dan Semua Jemaah Seperjuangan diharapkan semoga Ayahanda cepat sembuh..///
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

TERUSKAN PERJUANGAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR



Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..? Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur


Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

26 April 2011

MESYUARAT BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA NEGERI MELAKA (24/4/2011)

Pada 24.4.2011 (Ahad) telah berlangsung "Mesyuarat Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia Negeri Melaka" di bawah kepimpinan Abang Long Boy Melaka,Abang Ngah Fizi Melaka.Syabas diucapkan kepada Majlis BAHTERA SAMUDERA Malaysia Negeri Melaka kerana berjaya menjalankan Mesyuarat tersebut.Berikut ialah gambar wakil dari Melaka yang sempat di rakamkan.
( Klik 2x pada gambar  untuk paparan yang lebih jelas )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

25 April 2011

Reunion Majlis BAHTERA SAMUDERA Family di Times Square Bukit Bintang,Kuala Lumpur (24/4/2011)

Gambar-gambar BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA Happy Family Reunion dari Melaka,Terengganu,Kedah,Petaling Jaya & Shah Alam di Times Square Bukit Bintang , Kuala Lumpur 24.4.2011 jam 5 Petang.Terima kasih kepada semua yang menyerikan majlis ini.Terima kasih juga buat Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B.S),Tiger Long Kai Petaling Jaya,Abang Long Boy Melaka,Abang Ngah Fizi Melaka,Srikandi Adlyn Terengganu dan semua wakil wakil dari Melaka,Terengganu,Kedah dan Selangor yang hadhir!

(Untuk Paparan yang lebih jelas klik 2X pada gambar)



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

19 April 2011

Apa Itu Amar Makruf Nahi Mungkar?


Amar makruf nahi mungkar merupakan salah satu ciri yang hanya boleh dijumpai pada kaum Muslimin, tidak ada pada umat-umat yang lain. Bahkan keistimewaan umat Islam banyak dicirikan dan dikaitkan dengan adanya sifat amar makruf nahi mungkar. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amar makruf nahi mungkar dan menggandingkannya serta mengaitkannya dengan sifat-sifat sebagai seorang Muslim, contohnya dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Menurut ahli tafsir al-Qasimi dalam kitabnya Mukhtasar min Mahasini at-Ta’wil, sifat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ ini menjadi keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam dan tidak diberikan kepada mana-mana umat yang lain.

Yang disebut sebagai makruf menurut timbangan syariat adalah setiap ‘iktikad (keyakinan), perbuatan (amal), perkataan (qaul), atau isyarat yang telah diperakui oleh asy-Syari’ (Allah) yang Maha Bijaksana dan diperintahkan sebagai bentuk kewajiban (wujub) ataupun suatu dorongan (nadb).’ (Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Amar Makruf Nahi Munkar, hlm. 19, Darul Furqan).

Oleh yang demikian, beriman kepada Allah SWT dan RasulNya, pada Hari Qiamat, syurga dan neraka, dan lain-lain adalah dianggap sebagai perkara yang makruf dan diperintahkan. Ia juga berkaitan dengan iktikad (keyakinan/keimanan). Perlaksanaan solat, puasa, zakat, haji, sedekah, berjihad fi sabilillah dan yang seumpama dengannya pula adalah tercakup dalam perbuatan-perbuatan (amal) yang makruf. Mengucapkan/melafazkan kata-kata yang haq (benar), memerintahkan untuk menjalankan kewajiban agama, dan melarang terjerumus dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dosa, juga tergolong dalam perkara yang makruf.

Jadi makruf di sini bererti al-khair (kebaikan). Oleh itu, amar makruf bermaksud perintah atau dorongan untuk menjalankan perkara-perkara yang makruf (kebaikan) yang dituntut atau dorongan oleh akidah dan syariat Islam.

Sebaliknya yang dinamakan dengan mungkar menurut timbangan syariat Islam adalah ‘setiap iktikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qaul) yang diingkari oleh as-Syari’ (Allah) Yang Maha Bijaksana dan wajib dijauhi.’ (Abu Faris, hlm. 20, Darul Furqan).

Oleh yang demikian, syirik kepada Allah, percaya kepada ramalan bintang dan dukun, menyandarkan nasib pada mentera-mentera dan tangkal dan yang sejenis dengannya, adalah keyakinan yang mungkar. Begitu juga dengan meminum arak, berzina, mencuri, mengumpat, berdusta, bersaksi palsu, korupsi, rasuah, membunuh tanpa hak, meminta bantuan ketenteraan negara kafir untuk memerangi sekumpulan umat Islam, mengabaikan urusan rakyat, mengambil harta milik masyarakat (milik umum) tanpa kebenaran syariat, menjalankan hukum taghut (selain hukum Islam) adalah termasuk tindakan-tindakan mungkar. 






 Jadi mungkar di sini bererti ash-syarr (keburukan). Oleh kerana itu, nahi mungkar bererti perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang mungkar (keburukan), yang dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Amar makruf nahi mungkar adalah diwajibkan oleh syariat Islam sepertimana dalam firmanNya dalam surah Ali-‘Imran, ayat 104 yang bermaksud; “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

Adapun taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran), ia juga diwajibkan ke atas setiap Muslim. Caranya juga telah ditentukan oleh Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW (yang bermaksud):

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).

Menurut Qadhi Iyadh, hadis ini adalah berkaitan dengan sifat-sifat seseorang yang mahu mengubah kemungkaran. Orang yang hendak mengubah kemungkaran berhak mengubahnya dengan pelbagai cara yang dapat melenyapkan kemungkaran tersebut, baik melalui perkataan mahupun perbuatan (tangan). Jika seseorang memiliki dugaan/syak yang kuat (yakni jika diubah dengan tangan akan muncul kemungkaran yang lebih besar lagi seperti menyebabkan risiko akan dibunuh atau orang lain bakal terbunuh disebabkan perbuatannya), cukuplah ia mengubah kemungkaran itu dengan lisannya. Jika ia merasa khuatir bahawa ucapannya itu juga boleh mengakibatkan risiko yang sama, cukuplah diengkari dengan hati. Itulah maksud hadis tersebut (Imam An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim).

Yang dimaksudkan dengan mengubah kemungkaran melalui hati pula adalah dengan menasihati pelaku kemungkaran tersebut (secara persendirian/personal). Tetapi apabila difikirkan jika hal itu dilakukan atau tidak mampu dilakukan kerana adanya risiko kemungkaran yang lebih besar, maka ia hendaklah membenci di dalam hati di samping memutuskan hubungan dengan kemungkaran dan para pelakunya melalui tindakan-tindakan seperti berikut: tidak duduk bersama mereka ketika mereka melakukan kezaliman/kemungkaran/kemaksiatan , tidak makan minum bersama mereka, tidak melayani kehendak mereka, tidak menyediakan sebarang kemudahan yang dapat membantu atau mendorong mereka melakukan kemungkaran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, perlu dijelaskan dan diingatkan di sini bahawa tindakan-tindakan sebegini adalah hanya bagi individu atau sekolompok atau sekumpulan umat Islam (Pertubuhan/Persatuan/Parti) yang tidak berautoriti. Tetapi lain pula halnya bagi pemerintah atau ketua negara, tindakan memerangi kemungkaran adalah suatu tanggungjawab dan wajib dilakukan dalam semua keadaan dan perkara tanpa perlu melihat siapakah yang terlibat dan apakah kesannya kepada kerajaan. Meraka adalah pihak yang berkuasa penuh dan mempunyai segala macam kemudahan untuk mengatasinya dan meleyapkannya dengan ‘tangan’. Mereka perlu melaksanakan amar makruf nahi mungkar dengan sepenuh kudrat yang ada. Mereka tidak boleh serta tidak layak untuk memberi sebarang alasan untuk lari daripada tujuan tersebut.

Masalah utama sekarang, pemerintahan yang sedang berjalan di tengah-tengah kaum Muslimin pada ketika ini adalah pemerintahan dan negara yang telah berubah menjadi Darul Kufur, syariat dan perlembagaan Islam (al-Quran dan as-Sunnah) digantikan dengan sistem hukum taghut (Perlembagaan Persekutuan, English Common Law dan sebagainya). Sekularisme dijadikan dasar negara, kedaulatan negara bukan lagi berada di tangan Allah SWT tetapi di tangan manusia (rakyat), kekufuran bermaharajalela dalam segenap lapisan masyarakat, dari dasar akar umbi sehingglah ke cabang-cabangnya. Sistem dan ideologi kufur berkuasa penuh (Sosialisme, Kapitalisme-Demokrasi) serta menjadi akidah dan pegangan umat yang mengaku dirinya sebagai Islam, bahkan dibelanya bermati-matian. Ini dengan terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa negara itu sendiri telah menjadi pelaku dan juga pemelihara kemungkaran. Jadi apakah yang harus kita lakukan sekarang sebagai seorang yang mengaku Muslim?

Jawapannya adalah, kaum Muslimin pada saat ini perlu melibatkan diri dalam proses taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran) secara global dan juga inqilabi (perubahan yang mendasar dan menyeluruh). Caranya adalah dengan mengembalikan semula sistem hukum Islam melalui kewujudan Negara Islam (Daulah Islam) dan pada masa yang sama mempropagandakan akidah serta syariat Islam iaitu melalui Negara Khilafah yang merujuk kepada manhaj Nabi SAW. Semua ini haruslah melalui tahap dan juga sistem yang berlandaskan perjalanan Rasulullah SAW dalam membangunkan Negara Islam Madinah, dan bukannya melalui kaedah atau metod lain.

Jika di kalangan kaum Muslimin hari ini tidak mempunyai sebarang usaha untuk mengubahnya, bahkan dengan hati pun jauh sekali ingin melakukannya di samping langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat Islam di seluruh dunia, ini bererti imannya sudah pun hilang di dalam dirinya dan kemungkaran akan tumbuh subur menyelimuti seluruh umat manusia. Dan akhirnya, pintu azab Allah SWT yang sangat pedih akan terbuka. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak, Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi) 
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...