Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

18 June 2013

Mekah Ditawan Pengganas Pada 1979

“Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan”
SERANGAN AWAL PAGI
Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyembunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.
Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.

masjidilharam meletup
Masjidil Haram meletup

KEPUNGAN BERMULA
Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.
Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.
Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Perancis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

mekah ditawan
3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”
PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.
mekah ditawan

Kesan selepas pembebasan

mekah ditawan

Pengganas yang berjaya ditangkap

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.
juhaiman ibn muhammad ibn saif al utaibi

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara.
KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yup. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.
Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2013 Di Malaysia

Tarikh malam Nisfu Syaaban 2013 di Malaysia mengikut kalendar islam. Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan  atau 15 Syaaban dalam kalender Hijrah. Dalam Kaledar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.

Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013
1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

17 June 2013

RADIO












Radio

































Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

7 SUNNAH NABI

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

SOLAT BERJEMAAH


Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith: 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

17 May 2013

Riwayat Al-Bukhari (Dajjal)

Riwayat Al-Bukhari

001. Dari 'Aisyah r.ha : Rasulullah saw di dalam solat membaca do'a:

'ALLAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MIN 'ADZAABIL QABRI, WA A'UUDZU BIKA MIN FITNATIL MASIIHID DAJJAAL, WA A'UUDZU BIKA MIN FITNATIL MAHYAA WA FITNATIL MAMAAT. ALLAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MINAL MA'TSAMI WAL MAGHRAM

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنْ الْمَغْرَمِ

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masihid Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan hutang).

Tiba-tiba ada seseorang berkata kepada beliau, "Kenapa tuan banyak meminta perlindungan dari hutang?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya." [789]

Tambahan : Saat membacanya selepas tasyahud akhir dan sebelum salam.

002. Dari Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, "Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, kerana tidak ada satu pintu masuk pun dari pintu-pintu gerbangnya kecuali ada para malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali sehingga Allah mengeluarkan orang-orang kafir dan munafik daripadanya". [1748]

003. Dari Abu Sa'id Al Khudriy r.a : Telah menceritakan kepada kami Rasulullah saw dengan pembicaraan yang panjang tentang Dajjal. Diantara yang Beliau ceritakan tentangnya adalah;

Beliau berkata: "Dajjal akan datang pada suatu tanah yang tandus di Madinah (untuk memasuki Madinah) padahal dia diharamkan untuk memasuki pintu-pintu gerbang Madinah.

Maka pada hari itu keluarlah seorang laki-laki yang merupakan manusia terbaik atau salah seorang dari manusia terbaik menghadangnya seraya berkata; Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang pernah diceritakan oleh Rasulullah saw.

Maka Dajjal berkata; Bagaimana sikap kalian jika aku membunuh orang ini lalu aku menghidupkannya kembali, apakah kalian masih meragukan kemampuanku?

Mereka menjawab: "Tidak". Maka Dajjal membunuh laki-laki terbaik itu lalu menghidupkannya kembali. Laki-laki itu berkata, ketika Dajjal menghidupkannya kembali; "Demi Allah, hari aku tidak akan lebih waspada kecuali terhadap diriku sendiri. Maka Dajjal berkata; "Aku akan membunuhnya lagi". Maka Dajjal tidak sanggup (tidak mampu) untuk menguasainya". [1749]

004. Ibnu 'Umar r.a berkata : "Kemudian Nabi saw berdiri di hadapan manusia, lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji kemudian Beliau menyebutkan masalah ad-Dajjal dan bersabda:

"Sungguh aku mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh 'Alaihissalam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah mengatakannya, iaitu bahwa ad-Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya) dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah". [2829]

005. Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda, "Mahukah kalian aku ceritakan tentang ad-Dajjal yang belum pernah diceritakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu bahwa dia itu buta sebelah matanya dan dia datang dengan perumpamaan syurga dan neraka. Maka yang dikatakanya sebagai syurga sesungguhnya adalah nereka dan aku ceritakan kepada kalian sebagaimna Nabi Nuh Alaihissalam menceritakannya kepada kaumnya". [3090]

006. Dari Hudzaifah r.a berkata : "Sungguh aku pernah mendengar Beliau bersabda: "Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai api sebenarnya adalah air yang dingin, dan yang dilihat manusia sebagai air sesungguhnya dia adalah api yang membakar. Maka siapa di antara kalian yang berjumpa dengannya hendaklah mengambil yang di tangannya yang nampak seperti api kerana itu adalah air yang segar lagi dingin".... [3194]

007. ....Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga ada dua kelompok yang saling berperang, ketika itu para korban yang terbunuh sangat banyak padahal keduanya mengaku satu agama (Islam) dan tidak akan terjadi hari kiamat hingga timbul para ‘dajjal pendusta’ yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluh orang (dan) semuanya mengaku dirinya Rasul Allah". [3340]

008. ... Ibnu Abbas r.a mengatakan : "Sesungguhnya di antara kedua mata Dajjal tertulis "Kafir" (dalam hadis lain Kaf, Fa’ Ro’), Ibnu Abbas mengatakan; "Namun saya belum pernah mendengar beliau (secara langsung) mengatakan hal itu.... [5458]

009. Dari Anas r.a mengatakan : Nabi saw bersabda, "Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah dan pendusta, ketahuilah bahawasanya dajjal itu buta sebelah, sedang Rabb kalian tidak buta sebelah, tertulis diantara kedua matanya KAFIR (mata Dajjal)." [6598]

Tambahan : Hadis ini membenarkan kata-kata Ibnu Abbas r.a pada hadis nombor 008.

010. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Jalan-jalan Madinah dijaga oleh para malaikat, sehingga kota itu tidak akan dimasuki wabak taun ataupun dajjal." [6600]

ADMIN: KAI

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Peristiwa Akhir Zaman

Peristiwa Akhir Zaman

001. Dari Irbadh bin Sariyah r.a, katanya : Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, ‘Ya Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.

Lalu Baginda saw bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu sesat.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Sentiasa bertakwa kepada Allah yang Maha Agung iaitu, beriman dan beramal soleh. Mengerjakan segala yang diperintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

[b]. Mentaati pemerintah walaupun ia dari keturunan hamba.

[c]. Perselisihan yang banyak akan terjadi selepas kewafatan Nabi saw dan hendaklah kita tetap berpegang pada sunnah Nabi saw dan para sahabatnya walaupun bersendirian.

[d]. Menjauhi perkara-perkara ibadah yang direka-reka kerana ia membawa kepada kesesatan. Maksudnya; mengandaikan penyampaian Nabi saw tidak sempurna lalu dibuat ibadah yang tiada sumbernya dari Rasulullah saw.


002. Dari Zainab binti Jahsy r.a (isteri Rasulullah saw), katanya : Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil bersabda, “La ilaa ha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (bencana) yang sudah hampir menimpa mereka.

Pada hari ini telah terbuka dinding Ya’juj dan Ma’juj,” dan Baginda saw menemukan ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan.

Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang soleh?’ Lalu Nabi saw bersabda, “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Rasulullah saw berasa cemas akan malapetaka akibat keluarnya Ya’juj dan Ma’juj. Perlu diingat, perkara yang membuatkan Rasulullah saw sendiri cemas, maka apalagi kita. Bersamalah kita berdoa agar terselamat dari huru-hara itu.

b. Walaupun disebutkan bangsa Arab secara khusus namun lafaznya adalah umum kepada umat manusia.

c. Kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku hendaklah segera dibasmikan kerana bencana yang berlaku pada sesuatu kaum yang jahat, turut menimpa penduduk yang berada di sekitar mereka.


003. Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Sepertimana kita lihat umat Islam pada ketika ini berjumlah lebih kurang 1.6 billion seluruh dunia tetapi kita dijadikan seperti ‘lauk di dalam talam’ oleh orang kafir. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya.

b. Hadis ini merupakan motivasi kepada seluruh umat Islam agar bangkit dan kembali dengan sebenar-benar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya hanya menyerah dan lembik kepada orang kafir.

c. Allah yang Maha Agung akan mencabut kemuliaan orang Islam apabila umat Islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan takut berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).


004.Dari Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Bahawasanya Allah Subhana wa Ta’ala (SWT) tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.

Maka apabila sudah tiada alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” [Riwayat Muslim]

Penjelasan dan Pengajaran :
Pelbagai usaha perlu dilakukan agar mengembalikan semula atau mengganti semula para alim ulama yang sudah tiada. Ketiadaan para alim ulama akan menyebabkan manusia berada dalam kebingungan hingga tidak mengenal yang mana benar dan yang mana bathil.


005. Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?’ Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.” [Riwayat Muslim]

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Umat Islam akan mengikut cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam pelbagai keadaan, baik dari segi pemerintahan mahupun yang lebih parah lagi; dari segi pemikiran dan kerohanian.

b. Umat Islam perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dari semua aspek kehidupan, iaitu menghidupkan kerohanian keIslaman (rasa cinta pada Islam atas dasar tauhid), pemerintahan Islam, pendidikan Islam, perundangan Islam, ekonomi Islam dan sistem kemasyarakatan berasaskan Islam.


006. Dari Miqdam bin Ma’dikariba r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba di suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadis ku (Hadis Nabi saw),
Maka ia (golongan anti hadis) berkata, ‘Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah
Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan; dan apa yang diharamkan, kami haramkan.’

Kemudian bersabda Nabi saw), “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Telah ada golongan anti hadis ini merosakkan akidah umat Islam, oleh itu kita perlu berhati-hati dan peka serta membasmi pemikiran mereka ini sedaya-upaya.





007. Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.” Sahabat bertanya, ‘Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?’

Nabi saw menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah : (1). Terlalu banyak (ber)seronok, (2).Terlalu mewah, (3). Menghimpun harta sebanyak mungkin, (4). Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5). Saling memarahi, (6). Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi.” (Riwayat Hakim)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Penyakit-penyakit tersebut jelas terpampang di depan mata kita sekarang ini. Penyakit tersebut adalah penyakit rohani yang melanda umat Islam kini.

b. Jika diperhatikan, kesemua penyakit di atas adalah kerana hilangnya nilai-nilai akhlak murni. Hilangnya nilai-nilai akhlak tersebut kerana sistem pendidikan yang hanya mementingkan nilai akademik semata-mata tanpa menghiraukan pendidikan agama dan moral.

c. Krisis kerohanian ini hanya boleh diselesaikan apabila umat Islam kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap aspek kehidupan, pendidikan terutamanya.


008. Dari Ali bin Abi Thalib r.a : Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.

Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya, Baginda saw menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu; dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (dalam kemiskinan sebagai seorang Muhajirin dan meninggalkan segala kemewahan).

Kemudian Nabi saw bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula (dalam sehari bertukar-tukar pakaian).

Dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain (mewah dengan makanan). Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka’bah?”

Maka jawab sahabat, ‘Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik dari hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah (perlu) mencari rezeki.’

Lalu Nabi saw bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih daripada keadaan kamu di hari itu.” (Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Kemewahan hidup membuatkan kita terleka untuk beribadat kepada Allah SWT. Maksud kemewahan adalah, melebihi apa yang diperlukan.

b. Perbezaan besar antara sahabat Rasulullah saw dengan umat Islam sekarang. Para sahabat sentiasa berfikir bagaimana hendak menambahkan ibadat, sebaliknya umat Islam sekarang sibuk berfikir bagaimana hendak menambah harta.

Para sahabat sanggup meninggalkan kemewahan demi agama, umat Islam sekarang sanggup meninggalkan agama demi kemewahan. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya.

c. Sepatutnya umat Islam kini perlu lebih beribadat kerana segala kemudahan berada di depan mata. Sumber air, elektrik, masjid, jalan, kenderaan dan pelbagai lagi kemudahan sudah tersedia, tetapi sayangnya umat Islam sekarang telah kufur pada nikmat Allah yang Maha Agung.


009. Dari Muadz bin Jabal r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama, maka kamu jangan mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut (menjadi) fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya. (Riwayat At-Thabrani dan Abu Nuaim)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Di akhir zaman, rasuah akan menjadi-jadi. Wang menjadi kuasa untuk membeli pangkat atau jawatan dalam sesuatu organisasi atau pertubuhan; dan pelbagai lagi punca kepada rasuah.

b. Punca kepada rasuah adalah kerana penyakit ‘wahan’.

c. Akhir zaman, manusia tidak peduli lagi yang mana halal atau haram. Apa yang penting bagi mereka, hajat hawa nafsu mereka terlaksana.


010. Dari ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehingga;

(1). anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan
(2). hujan akan menjadi panas (hujan berkurangan dan cuaca menjadi semakin panas) dan (3). akan bertambah ramai orang yang tercela dan
(4). akan berkurangan orang yang baik dan
(5). anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan
(6). orang yang jahat berani melawan orang-orang baik (tidak malu berbuat kemungkaran).” (Riwayat Thabrani)

Penjelasan dan Pengajaran :
Adakah salah satu dari enam perkara di atas masih belum terjadi kepada kita pada hari ini?


011. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram.” (Riwayat Muslim)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Manusia zaman akhir telah lupa tujuan hidup mereka atau tujuan mereka diciptakan di muka bumi ini. Mereka salah faham erti kehidupan dan berpegang pada materialisme.

b. Mereka sanggup berbunuhan, memutuskan hubungan kekeluargaan, menipu, menindas, menolak hukum dan pelbagai lagi kemungkaran demi mendapatkan harta.

c. Mereka menganggap harta adalah segala-galanya.


012. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak makan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran :
Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita lihat saja diri sendiri. Di mana kita menyimpan wang, saluran gaji, hutang rumah, kereta dan sebagainya.


013. Dari Abu Malik Al-Asy’ari r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama lain (Tiger, Anchor dan sebagainya).

(Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah subhana wa ta’ala akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah subhana wa ta’ala akan merubah mereka menjadi kera dan babi.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Para penyedia atau pengeluar khamar ini merekacipta nama lain bagi khamar dan kononnya mempunyai khasiat, seperti untuk kesihatan dan kesegaran badan.

b. Sudah begitu banyak kelab malam, disko dan seumpamanya yang menghidangkan arak dan diikuti pula dengan nyanyian tidak kira lelaki atau wanita.

c. Penukaran rupa mereka ke dalam bentuk kera atau babi belum lagi terjadi, namun sifat, sikap dan cara hidup mereka sudah menyerupai kera dan babi. Wallahu ‘alam. Manakala kejadian yang menenggelamkan mereka ke dalam bumi sudah banyak terjadi seperti gempa bumi dan lain-lain.


014. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh perempuan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Kejahilan dan perzinaan sudah biasa benar terjadi seperti yang kita lihat sekarang ini.

b. Nisbah lelaki dan wanita akan sangat ketara pada masa akan datang. Ulama mengatakan, ia akibat dari peperangan yang berlaku dan banyak lelaki yang terbunuh serta Allah yang Maha Agung menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan.


015. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang pada agamanya laksana menggenggam bara api.” (Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Orang yang berpegang pada ajaran Islam (mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah) akan dipandang hina, jumud dan lain-lain.

b. Mereka tersepit dan cuba dipengaruhi oleh keadaan sekeliling agar meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah, baik dari orang kafir dan lebih teruk lagi dari orang yang mengaku Islam.

c. Akhir zaman juga orang Islam akan menghadapi tentangan yang hebat, sekiranya leka maka terlepaslah Islam dari tangan mereka.


Golongan Ruwaibidhoh
016. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus.

(a). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

(b). Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat.

(c). Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhoh’.”
Sahabat bertanya, ‘Apakah Ruwaibidhoh itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran :
Zaman yang tandus tersebut bermaksud zaman orang-orang yang ketandusan ilmu dan pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dijadikan idola.

Orang yang berilmu dan berada pada kebenaran tidak dibenarkan bercakap dan dituduh pula dengan berbagai-bagai tohmahan. Orang yang dibenarkan bercakap pula adalah orang-orang yang hina dan tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengelirukan.

Maha Benar Allah. Melalui hadis ini juga kita lihat zaman ini berapa ramai ahli ilmu yang dibiarkan sepi tanpa mengambil peduli pada apa yang disampaikan oleh mereka. Malah mereka dituduh pula sebagai pengkhianat agama. Wallahu’alam.



Peperangan Demi Peperangan
017. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’.”

Sahabat bertanya, ‘Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran :
(a). Harta benda melimpah ruah - Kita boleh melihat pada hari ini betapa banyaknya dan mudahnya kita mendapatkan harta. Termasuk harta benda ini adalah dari segi kediaman, pengangkutan, perhiasan dan segala macam bentuk kemudahan serta kekayaan lagi.

(b). Timbul fitnah - Tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana zaman kita ini fitnah terlampau banyak dan berleluasa. Fitnah ini begitu luas maknanya, tetapi secara umum ia adalah sebagai satu ujian kepada keimanan atau satu bencana besar kepada umat Islam.

(c). Peperangan demi peperangan - Pembunuhan dan peperangan seolah-olah telah lali dengan telinga dan mata kita hari ini.

ADMIN : KAI
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

14 May 2013

Demi ISLAM UMNO DAN PAS PERLU BERSATU




Kini kelihatan UMNO dan PAS sudah boleh berganding bersama di atas rintihan rasa sebagai umat Islam yang cintakan Rasulullah SAW. Filem murahan, Innocence of Muslims yang begitu biadab terhadap kemuliaan Rasulullah SAW telah ditentang hebat oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Jika dulunya ajakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada PAS supaya meninggalkan pakatan pembangkang dan bersatu bersama UMNO demi mempertahankan kuasa umat Islam, kini kelihatan ukhwahnya semakin positif. Kenangan berpeluknya dua Presiden parti Melayu yang menjadi teras umat Islam di negara ini, UMNO dan PAS, Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kempen pilihan raya Sarawak harus dijadikan sandaran membina ‘doktrin silaturahim’ seagama dan seMelayu.

Kini pencemaran sejarah dalam usaha menghina Rasulullah SAW yang dilakukan penduduk di Barat, harus dijadikan pedoman untuk umat Islam negara ini berpadu dan tidak sesekali terjebak dengan perangkap musuh yang mahu memusnahkan satu persatu kerajaan di negara Islam berdaulat. Silaturahim yang terbina ketika saling cuba mempertahankan maruah Rasulullah SAW ini seharusnya sentiasa mekar dalam kehidupan berpolitik negara. 

UMNO, PAS parti umat Islam

UMNO dan PAS harus ingat mereka adalah parti dominasi sokongan umat Melayu dan tidak salah jika memperjuangkan nasib Melayu, di bumi Melayu itu sendiri. Lihat saja definisi Melayu yang tercatat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sejak 1957 yang mana Melayu dikanunkan satu cirinya sebagai ‘seseorang yang menganut agama Islam’. Ertinya secara kanun dan akidahnya, Perkara 160 meletakkan Melayu sebagai bangsa teras Islam yang dilindungi Perlembagaan Negara, dan inilah yang diperjuangkan UMNO sehinggakan Islam berjaya dikanunkan dan dilindungi secara khusus.

Soal kekukuhan Islam di negara ini tidak boleh dinafikan daripada dikaitkan dengan kehadiran umat Melayu dalam persada politik negara. Namun, jika enam juta undi Melayu yang merangkumi 51 peratus ini berpecah dan ada daripada kalangan umat ini sanggup pula menjadi ejen dan jentera kepada parti bukan Melayu yang kelihatan ‘memusuhi’ perjuangan dan perpaduan Melayu, maka nilai undi Melayu sudah tidak penting.

Bahkan mereka yang sanggup menjadi jentera kepada politikus anti-Melayu dan anti-Islam mampu disifatkan sebagai liabiliti kepada perjuangan Melayu dan Islam. Apa guna jika ada parti yang katanya berteraskan Islam tetapi padahnya membawa permusuhan sesama umat?
Apakah ertinya perjuangan politik jika agama serta bangsa tertindas dan tanah air pula akhirnya jatuh kepada golongan yang anti-Melayu dan anti-Islam. UMNO dan PAS sudah sekian lama ‘bermusuh’ dalam politik, kini tiba masanya untuk dua parti sokongan teras Melayu ini berbaik sangka serta duduk semeja berunding dalam hal strategik orang Melayu.

Fokus kepada survival Melayu perlu dibincangkan bersama. Mungkinkah sayangnya kita kepada Nabi SAW yang terpapar menerusi perarakan demi perarakan membantah filem itu membantu sesama Islam bersatu di negara kita.

Hilang kuasa

Alangkah bagusnya jika UMNO yang kini menjadi teras Barisan Nasional (BN), dicontohi PAS dengan bertindak atas kapasiti sama menjadi teras dan dominan dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika ini berlaku, ia akan menyejukkan suasana semasa yang kian kritikal, khususnya soal susutan bukan saja suara, malah kuasa Melayu dalam aspek kehidupan bernegara. Sudahlah ekonomi dikuasai komuniti bukan Melayu, bangsa Melayu pula terjerat gejala sosial dan ramai belia leka daripada perbincangan survival bangsa, kuasa politik yang ada pula dilihat semakin runtuh dan mula dikuasai anasir asing.

Penulis khuatir mungkin untuk mendapatkan undi semata-mata, UMNO dan PAS hilang kuasa akibat pertembungan sesama Melayu dan Islam, yang akhirnya memenangkan DAP sebagai jaguh baru politik negara. Jika UMNO dan PAS mampu berkompromi, maka agenda strategik Melayu dalam berpolitik akan mampu dibina sebagai ‘doktrin silaturahim Melayu’ demi memastikan agenda umat diletakkan di hadapan politik kepartian.

Secara strategik jangka panjangnya, kini tiba masa untuk kita selami nasib umat Islam yang terasnya Melayu di Malaysia. Harus umat Islam berfikir bahawa bentuk penjajahan alaf ini adalah menerusi kertas undi dan mainan politik, pensil yang digunakan untuk mengundi boleh menjadi alat pembinasa bangsa jika undi itu tidak lagi memberikan kuasa kepada bangsa untuk memerintah negara. UMNO dan PAS harus meletakkan doktrin silaturahim seagama dan sebangsa sebagai satu galakan untuk bersetia kepada agenda Islam dan Melayu sebagai teras tindakan politik masing-masing.

Sudah tiba masa untuk Melayu bersatu demi mempertahankan kelestarian agama dan bangsa di tanah air tercinta ini seperti ketika berlakunya pencemaran maruah umat Islam dengan tayangan Innocence of Muslims yang biadab itu


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Bukti Umat Islam berpecah kerana politik dari dulu lagi


( Bukti perpecahan umat Islam kerana politik di Zaman Para Sahabat Rasulullah S.A.W lagi )
Titik asal perpaduan Umat Islam adalah pegangan Akidah dalam diri sendiri. Apabila seseorang tidak lagi berpegang pada akidah yang tepat, maka dia tergelincir atau keluar dari ‘dua jalan’. Dua jalan yang dimaksudkan ini adalah dua kalimah syahadah yang menjadi asas pembentukan akidah kita. Sejarah telah terukir di mana umat Islam telah berpecah di zaman para sahabat memerintah lagi. Apa puncanya? Kita tahu Islam sekarang berpecah-pecah kepada beberapa puak. Puak Syiah, puak Sunnah dan bermacam-macam lagi. Malah ada juga yang terlampau taksub dengan mazhab atau imam-imam besar tertentu.

Jika difikirkan balik, bagaimana terpecahnya Islam sampai sebegini rupa sedangkan Islam itu datangnya dari Tuhan yang satu, disampaikan oleh Rasul Allah yang satu, melalui kitab yang satu? Tetapi ada sebahagian lebih taksub kepada sesuatu pergerakan yang didakwa mereka pergerakan yang mengamalkan Islam lebih dari orang lain. Di Malaysia ada berbagai-bagai kumpulan, ada yang menamakan kumpulan mereka al-Arqam, Ikhwan, dan banyak lagi. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam telah berpecah di zaman para sahabat lagi disebabkan mereka menamakan kumpulan mereka dengan nama yang lain lebih dari mereka menamakan kumpulan mereka dengan nama yang Allah berikan kepada mereka.

Dalam Surah al-Hajj, Allah berfirman melalui ayat 78;

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Ayat di atas menunjukkan Allah menamakan umat Islam itu adalah “Orang-orang Muslim”. Atau dalam Arabnya “MUSLIMIN”. Mana mungkin puak-puak yang menamakan diri mereka dengan sesuatu yang lain kita boleh anggap mereka benar. Islam tidak melarang umatnya daripada menubuhkan sesuatu kumpulan atau persatuan. Tetapi, janganlah sampai kepentingan kumpulan tersebut melebihi kepentingan Islam. Inilah yang terjadi ketika pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Umat Islam berpecah kerana kumpulan. Umat Islam berpecah kerana ‘politik’. Apabila politik diletakkan di atas Islam, maka sebahagian umat Islam ketika itu hilang pertimbangan dalam tingkah laku mereka.

Selepas kewafatan Baginda Rasul, Khulafa’ arRasyidin di bawah pimpinan Saidina Abu Bakar mengambil alih pemerintahan negara umat Islam ketika itu. Kemudian diganti oleh Saidina Umar. Corak pemerintahan Saidina Umar ketika itu berbeza dengan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar memerintah dalam nada yang tegas dalam setiap perkara. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah rakyat terhadap kepimpinan Saidina Umar. Maka ketidakpuasan hati ini berlarutan sehinggalah tercetusnya pembunuh Saidina Umar.

Saidina Uthman kemudiannya terpaksa mengambil alih pemerintahan dalam keadaan kucar-kacir. Saidina Uthman pada ketika itu bakal berdepan situasi yang sukar. Pemerintahan Saidina Uthman pula berbeza dengan Saidina Umar. Saidina Uthman memerintah dalam keadaan yang amat lembut berbeza dengan Saidina Umar yang begitu tegas. Sehinggakan ada yang mengambil kesempatan terhadap Saidina Uthman. Hal ini membawa kepada satu peristiwa di mana Saidina Uthaman dikepung oleh puak-puak pelampau yang mahu menjatuhkan Saidina Uthman. Oleh kerana kelembutan Saidina Uthman, beliau sanggup mengarahkan sahabat-sahabatnya supaya jangan menyerang atau mempertahankan Saidina Uthman kerana bimbang berlakunya pertumpahan darah.

Lalu puak pelampau ini masuk menyerang dan membunuh Saidina Uthman ketika beliau sedang membaca al-Qur’an. Suasana umat Islam ketika itu kembali kucar-kacir. Sahabat Saidina Uthman berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah membunuh Saidina Uthman. Umat Islam pada ketika itu tiada pemimpin. Maka mahu atau tidak mahu, Saidina Ali terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pengganti kepada Saidina Uthman yang mati dibunuh. Keadaan pada waktu itu lebih teruk berbanding ketika Saidina Uthman mengambil alih pemerintahan.

Sahabat-sahabat Saidina Uthman yang begitu pro kepada pemerintahan Saidina Uthman menuntut supaya Saidina Ali menghukum pembunuh Saidina Uthman. Ada pula yang tidak bersetuju dan menentang Saidina Ali menjadi pemerintah kerana di bawah pemerintahan Saidina Ali terdapat orang yang mempunyai kaitan dengan pembunuh Saidina Uthman. Apakan daya, Saidina Ali terpaksa juga mengambil alih pemerintahan ini memandangkan dunia umat Islam sekian hari tiada pemimpin.

Di kala umat Islam dalam keadaan kucar kacir, para sahabat merujuk kepada Saidatina Aisyah yang merupakan Ummul Mukminin. Mereka mendesak Aisyah menegakkan kebenaran dengan menghukum pembunuh Saidina Uthman. Maka Aisyah bersama tentera-tentera para sahabat keluar berperang mencari pembunuh Saidina Uthman. Melihat kepada keadaaan itu, Saidina Ali lantas bertindak dengan menghantar tentera-tenteranya untuk berunding dengan Aisyah dan berdamai.

Dikalangan tentera-tentera Saidina Ali ini terdapat golongan munafik yang berniat untuk menghalang perpaduan dikalangan tentera Aisyah dan tentera Saidina Ali. Mereka bimbang sekiranya tentera Saidina Ali dan Aisyah berdamai, maka wujud kuasa yang besar dan tidak mustahil golongan munafik ini akan diambil tindakan. Lalu di tengah malam, golongan munafik ini menyerang tentera Aisyah secara sembunyi. Aisyah menyangka tentera Saidina Ali telah melakukan khianat. Lalu Aisyah mengarahkan serangan balas terhadap tentera Saidina Ali. Saidina Ali pula menyangka tentera Aisyah menyerang tenteranya.

Di sinilah bermulanya tercetus Perang Jamal di antara Aisyah dan Saidina Ali. Perang antara umat Islam yang sepatutnya tidak berlaku. Peperangan inilah yang membawa kepada lahirnya puak yang dinamakan Syiah dan Khawarij. Beginilah apabila kita lihat bagaimana ‘politik’ dapat memecahbelahkan umat Islam. Isu yang bermula ketika Saidina Ali mengambil alih pemerintahan umat Islam. Ada golongan yang menentang dan ada juga golongan yang pro kepada Saidina Ali. Pro Saidina Ali mendakwa bahawa Rasulullah telah bersabda bahawa Saidina Ali wajib dilantik sebagai pemerintah.

Golongan pro Saidina Ali ini sanggup mengeluarkan hadith-hadith palsu menyokong pelantikan Saidina Ali. Mereka telah mengagung-agungkan Saidina Ali. Mereka memberikan alasan bahawa ahlul bait iaitu keluarga atau keturunan Rasulullah perlu diangkat menjadi pemimpin. Layak berbanding orang lain. Mereka memandang keturunan berbanding kebolehan memimpin yang ada pada Saidina Ali. Padahal Rasulullah dalam sejarah kepimpinan Baginda, Baginda melantik mereka yang benar-benar berkemahiran untuk memimpin. Bukannya keturunan ataupun pengetahuannya dalam agama. Walaupun mereka adalah alim ulamak, Baginda tidak melantik mereka sebagai pemimpin kerana mereka tidak tangkas dalam politik.

Inilah realiti yang berlaku apabila umat Islam menyalahgunakan politik dalam agama. Inilah bahayanya mencampurkan politik dengan Islam dengan cara yang tidak betul. Setelah lahirnya golongan Syiah, mereka yang menentang Saidina Ali ini keluar dan mewujudkan kefahaman baru dalam Islam. Mereka menentang sesiapa yang melakukan dosa besar, yang tidak memerintah secara adil. Sehinggakan mereka mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri iaitu “sesiapa yang melakukan dosa besar mereka dianggap menentang Tuhan dan sesiapa yang menetang Tuhan adalah Kafir” Maka lahirlah satu lagi golongan besar yang menetang Saidina Ali yang dinamakan puak Khawarij.

Inilah bahayanya apabila isu politik ditukar menjadi isu agama. Maka wujudlah perbalahan di mana puak Khawarij sering kafir-mengkafirkan puak yang mereka anggap salah. Inilah akibatnya pegangan akidah yang lemah. Mereka telah meletakkan Islam di bawah politik. Ditambah pula pasukan-pasukan Yahudi dengan angkuhnya memisahkan Islam dengan politik, memisahkan Islam dengan ekonomi dan memisahkan Islam dengan sosial.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...