Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

20 February 2011

SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS ANJURAN PSSPGM UNTUK SEMUA AHLI JEMAAH SEPERJUANGAN

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

JEMPUTAN KE MAJLIS GILANG GEMILANG MEMPERTEMUKAN DENGAN PEJUANG-PEJUANG ANGKATAN FISABILILLAH TANAHAIR




PENTING: Semua Paduka Ayahanda,Ayahanda,Kekanda,Srikandi,Adinda & Anakanda serta semua saudara se Agama Islam & Berbangsa Melayu dialu-alukan ke MAJLIS GILANG GEMILANG anjuran "Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PUSAT) Gurun,Kedah" pada TANGGAL " 16hb mac 2011 -RABU " jam 8.30 Malam di " Dewan Maha(MAEPS) UPM,Serdang Selangor".PROGRAM GILANG GEMILANG in bertujuan memberi penghargaan dan meraikan serta mempertemukan anda dengan pejuang-pejuang Agama Islam dan Bangsa kita dari seluruh pelusuk tanahair di Malaysia dan dari seluruh Pertubuhan-Pertubuhan/Majlis-Majlis (NGO ISLAM) yang telah banyak berkorban dan berbakti kepada Agama,Bangsa & Tanahair kita.Selain dari itu program ini juga dapat mewujudkan tali persaudaraan yang erat sesama Islam sejagat. Program ini berkonsepkan penjualan MEJA ( AMAL ) dan bertemakan kebudayaan Melayu.
Berikut adalah butiran pendaftaran program:
PENDAFTARAN : RM 70.00 sahaja PER/INDIVIDU (Makan+Cenderamata+Persembahan (LIVE BAND)+Bergambar dengan PANGLIMA-PANGLIMA seluruh tanahair di Malaysia)
PAKAIAN : BAJU MELAYU BERSAMPIN (LELAKI)
BAJU KURUNG/BAJU KEBAYA LABUH (WANITA)

TARIKH TUTUP PEMBAYARAN : 28 FEBUARI 2011

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Cikgu Joe - 0173087630
Cikgu Adam - 0193777936
Cikgu Khoharullah - 0127313135
Cikgu Mukris - 0175367549

*DATANGLAH BERAMAI RAMAI MEMERIAHKAN PROGRAM "DEMI ISLAM BERSATU , MELAYU MAJU"."TAKKAN AGAMA ISLAM & BANGSA MELAYU HILANG DIDUNIA"

( MINTA TOLONG PANJANGKAN MSG INI )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

17 February 2011

Selamat Meyambut Maulidur Rasul 1432H



Kami Admin Blog Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia mengucapkan " Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H " pada semua pengunjung setia Blog ini.Moga semangat jihad Fi Sabilillah yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita tidak akan terhenti sehingga ke titisan darah terakhir....fahamilah /// !


Sempena kehadiran Hari yang begitu bersejarah ini...marilah kita sama-sama menghayati sedikit info tentang :


BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW – Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG) menurut kaca mata Islam



Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?


Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.


1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.


3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.


4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.


Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.


Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.


Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 February 2011

Jadikan "Konflik Demontrasi di Mesir" sebagai peringatan di Malaysia



Keadaan di Mesir semakin lama semakin parah. Dulu, masa presiden Tunisia diguling rakyat, dunia macam tak ambil kesah pun pasal negara arab tapi lepas satu demi satu revolusi negara arab melanda dan terbaru di Mesir habis semua pihak menantikan setiap masa perkembangan terbaru di negara itu. A new dawn for democracy. Kuasa rakyat katanya untuk mendesak Hosni Mubarak, Presiden Mesir yang memerintah negara itu selama 30 tahun. Katanya, dulu rakyat senyap je. Biarkan segala – galanya kerajaan lakukan. Tapi sekarang tidak lagi. Belia dan golongan muda Mesir bangkit untuk menentang pemerintah.
Memang rakyat ada kuasa. Demokrasi namanya kan memberikan hak kepada rakyat. Tetapi adakah rakyat benar – benar menggunakan kebebasan dan proses demokrasi yang diberikan tu? Kita kena tahu. Adakah kerajaan sekarang tidak menjalankan tugasnya dengan betul, membiarkan rakyat tertindas dan sebagainya? Adakah dengan menjatuhkan kerajaan sekarang ini akan menaikkan kerajaan baru yang jauh lebih baik daripada kerajaan sekarang?

Jadikan sejarah Iraq yang dahulunya gemilang dibawah pemerintahan Saddam Hussien dan kini menjadi padang jarak padang tekukur oleh pemerintah baru Nuri Al – Maliki yang merupakan boneka Amerika Syarikat. Dulu, hidup orang Iraq aman damai diperintah oleh pemerintah yang kejam tapi sekarang ni lihatlah apa yang jadi? Tiap – tiap hari ada pembunuhan disana sini. Negeri mereka tak aman.

Kenapa rakyat Malaysia harus belajar dari sejarah?

Menurut mata pandangan pribadi saya, rakyat Malaysia harus celik dan imbas apa yang berlaku diseluruh dunia dan amalkan di negara kita ni. Demonstrasi bukan cara untuk membuktikan amalan demokrasi di Malaysia. Banyak cara lagi boleh kita lakukan daripada buat demonstrasi yang akhirnya memakan diri kita sendiri.Dengan melakukannya, ia bukannya menyelesaikan masalah tetapi ia lagi membarahkan apa yang sedang terjadi.

Bayangkan, jika pihak A mendesak Kerajaan B untuk turun daripada memerintah takkan pengikut kerajaan B akan duduk diam dan saksikan apa yang pihak A lakukan? Sudah pasti penyokong B akan melakukan perkara yang sama dan pergaduhan antara A dan B akan terjadi. Inilah yang dinamakan perang saudara. Pergaduhan untuk membela dan mempertahankan pemimpin dan warna parti yang akan menyebabkan rakyat jelata yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Siapa susah? Orang kaya pasti akan lari keluar negara kerna tak mahu tinggal dinegara yang tak stabil dan merbahaya. Perniagaan pasti merosot dan pelabur jauh sekali nak datang berniaga ditempat kita.

Jangan ikutkan perasaan dan parti politik. Kita semua dah banyak rugi dan berpecah belah demi pemimpin, ideologi dan warna parti pujaan masing – masing. Susah sangat untuk kita bersatu demi bangsa dan negara. Jadikan iktibar yang terjadi di Mesir dan seluruh dunia untuk hidup pada masa akan datang dan pastikan ia tak terjadi dinegara kita yang tercinta ini.


( Wallahuaklam Bissowab )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Sedikit INFO tentang "Tentera Merah"



"Tentera Merah" sebenarnya adalah satu ideologi. Jika ditanya kepada saya, apa beza diantara perjuangan fisabilillah dan tentera merah, tentu sekali dengan mudah saya akan menjawab perjuangan fisabillillah itu adalah jihad yang telah diwajibkan ke atas setiap orang Islam, manakala perjuangan tentera merah adalah sebuah doktrin bagi penyatuan bangsa.

Bila disebut mengenai perjuangan, tentu sekali akan ada misi yang diperjuangkan, dan sudah pasti akan ada pihak yang akan ditentang. Contoh yang paling mudah ialah Jihad. Bagi kita sebagai orang Islam, Jihad adalah suci.Semangat jihad itu sangat ditakuti musuh kerana kesanggupan para pejuang untuk syahid dalam perjuangan mereka. Sama seperti kesanggupan pejuang Kamikaze Jepun yang sanggup mati demi mempertahankan negara mereka. Tetapi pihak musuh yang menentang Islam menggelar Tentera Jihad sebagai pengganas. Pelbagai propaganda dilakukan dengan memperlekehkan kitab suci Al-Quran seperti membakar, mewujudkan surah palsu, mengubah maksud terjemahan seperti yang berlaku di Thailand dimana pihak berkuasa telah bertindak menukarkan makna jihad dari "perjuangan menentang musuh islam" kepada "perjuangan menentang hawa nafsu". Begitulah antara usaha propaganda yang telah dilakukan oleh musuh Islam untuk melumpuhkan gerakan jihad.

Berbalik kepada perjuangan tentera merah. Mereka menentang pemerintahan Dinasti Qing. Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, selain mempunyai kekuatan bala tentera sendiri, kerajaan Dinasti Ming turut di bantu institusi Shao-Lin. Oleh itu, sesudah Dinasti Ming digulingkan, institusi Shao-Lin diharamkan kerana kerajaan menganggap mereka merupakan ancaman yang mampu menggugat kestabilan kerajaan.

Sejarah mencatatkan perjuangan tentera merah ini berlaku setelah tokong Shao-Lin yang dihuni oleh 108 orang sami dibakar. Daripada pada jumlah hanya 5 yang terselamat. 5 orang sami yang terselamat ini sudah berjanji untuk menuntut bela dan akan memastikan kebangkitan semula institusi shao-lin mereka untuk menentang kerajaan pemerintah. Maka 5 orang sami yang terselamat itu membawa haluan masing-masing ke Fu Kien, Kwang Tung, Yunnan, Hunan dan Kiang Si dengan misi untuk merekrut sebanyak mungkin ahli untuk berjuang bersama-sama mereka dan akan kembali untuk bertemu di Red Flower Pavillion pada tempoh masa yang di tetapkan.

Akhirnya ideologi "jatuhkan Qing, kembalikan Ming" yang mereka bawa ini telah berkembang dengan pesat sekali. Tentangan yang diterima dari pihak kerajaan juga meningkat sehingga memaksa kerajaan mewajibkan rakyatnya menyimpan rambut tocang untuk membuktikan bahawa mereka bukan sami atau ahli tentera merah yang perlu membotakkan kepala. Pergerakan kumpulan juga sangat dirahsiakan ketika itu. Sehinggakan Pesta kuih bulan/pesta tanglung pada masa itu di sambut adalah semata-mata untuk mengaburi mata kerajaan. Perjumpaan ahli tentera merah dibuat pada setiap malam sambutan pesta kiuh bulan. Maklumat mengenai lokasi pertemuan tidak diberitahu secara lisan sebaliknya ditulis di atas kertas dan kertas itu diselitkan didalam ketulan kuih bulan dan diedarkan kepada orang ramai. Akhirnya perbuatan tersebut mula dihidu oleh pihak berkuasa dan tentera merah ini mula menggunakan bahasa isyarat(pantun) dan isyarat tangan sulit (buah) untuk berkomunikasi yang menjadi kegilaan khususnya muda-mudi kini.

Hari silih berganti maka penularan doktrin tentera merah ini sukar dibendung lagi. Sehinggalah di era pemerintahan British di Tanah Melayu ketika itu. Pada zaman pemerintahan penjajahan British, pihak penjajah British telah menggalakkan secara aktif kedatangan orang-orang keturunan Cina ke Malaya seperti mana negara disebutkan pada masa itu.
Pendatang-pendatang orang Cina adalah terlibat terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti perlombongan timah dan perdagangan. Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Hakka yang berasal dari pendalaman Kwangtung, Kantonis berasal dari Canton, Hokkien berasal dari Daerah Amoy di Selatan Fukien dan suku-suku lain yang mempunyai perbezaan dailek, kebudayaan dan fungsi ekonominya. Kita jangan lupa bahawa ideologi perjuangan tentera merah berleluasa di situ. Semasa berada di Tanah Melayu, mereka telah membentuk perkumpulan yang dikenali sebagai "Huay Kuan" dan ”Kongsi". Di dalam bahasa Hokkien, ‘kongsi’ itu bermaksud syarikat.
Dari segi keahlian "Huay Kuan" dihadkan kepada mereka yang datang dari wilayah yang sama dan persamaan dailek di negeri China, manakala keahlian ”Kongsi” dibuka kepada mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama. Ada juga perkumpulan yang dibentuk berasaskan kepada persamaan pekerjaan dipanggil ”Shay-Hui” dan pertubuhan lain yang bercorak kebajikan, keagamaan, sosio-budaya dan hiburan. Tujuan utama penubuhan "Huay Kuan", ”Kongsi” dan ”Shay-Hui” adalah untuk bertindak sebagai badan kerjasama untuk faedah bersama dan menyemaikan perasaan kekitaan serta memberi perlindungan di kalangan ahli-ahlinya. Pada amnya, badan-badan ini berorientasikan kebajikan dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang baru sampai dari China untuk mencari pekerjaan dan memberi tempat tinggal.
Di samping badan-badan yang disebutkan di atas, terdapat juga kongsi-kongsi gelap (disebutkan dalam Akta sebagai "Triad Societies") yang menjalankan aktiviti-aktiviti anti-sosial dengan cara menggunakan keganasan yang mengancam struktur pentadbiran penjajahan British. Akibatnya, secara berperingkat, pentadbiran penjajahan British telah mengawal keadaan dengan mengambil pelbagai langkah seperti berikut:
 Menubuhkan jawatan "Secretary For Chinese Affairs" (SCA) yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal dan mengawal kegiatan yang tidak diingini dan masalah jenayah di kalangan orang-orang Cina.
 Membentuk Societies Enactment 1899 di Negeri-Negeri Bersekutu yang bertujuan membendung aktiviti-aktiviti orang-orang Cina yang semakin ramai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
 Meminda Enakmen 1899 pada tahun 1913 dengan memperuntukkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab ialah "Registrar of Society" dengan memberi perhatian khusus dalam soal mengendalikan persatuan yang wujud pada masa itu. Di sinilah bermulanya fungsi Pendaftar Pertubuhan terhadap pengawalan aktiviti-aktiviti pertubuhan yang wujud pada masa itu. Enakmen ini dipinda dari masa ke semasa iaitu pada tahun 1927, 1947 dan 1949.
 Enakmen Pertubuhan yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran ke atas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Sehingga 31 Disember 1949 sebanyak 1,590 pertubuhan telah didaftarkan. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957.

Daripada hujah di atas jelas menunjukkan bahawa Kongsi ini sebenarnya adalah sebuah organisasi yang BERDAFTAR. Ketaksuban mereka kepada kesatuan yang mereka anggotai itu dengan semangat perpaduan sesama ahli telah menyukarkan majikan mereka ketika itu iaitu pihak British untuk mengawal mereka maka usaha untuk mengawal dan memantau aktiviti mereka telah dimulakan sejak dulu lagi. Hasil propaganda mereka telah berjaya dengan memperlihatkan bahawa pertubuhan yang mereka anggotai itu adalah salah disisi undang-undang.
Contoh yang mudah. Ada yang mempertikaian pembawakan ahli tentera fisabillillah yang menyimpang. Yang salah itu tetap salah. Cuma yang salah itu bukan merangkumi keseluruhan dan kerajaan tidak mengharamkan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan NGO yang berasaskan perjuangan fisabilillah ini. Jika diharamkan, tentu sekali statu pertubuhan ini adalah sama seperti kongsi yang diharamkan oleh pihak berkuasa.
Rasanya cukuplah untuk kali ini dengan mendefinisikan apa itu yang kita panggil sebagai ‘kongsi’… InsyaAllah jika diizinkan Allah, akan saya kupaskan mengenai perbezaan diantara ahli kongsi, gangster dan golongan yang perasan kononnya di kalangan melayu merekalah ahli kongsi yang diterima oleh masyarakat cina namun hakikatnya mereka berkhayal dan syok sendiri.

Waallahuaklam Bissowab !!~

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

07 February 2011

Ng Kian Nam Mohon Maaf kepada Umat Islam



KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam kerana salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Sebelum sidang akhbar itu, Raja Nong Chik mengadakan perbincangan tertutup dengan Kian Nam, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd. Yusof dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Yg. Bhg Ayahanda Zakaria Awang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

05 February 2011

Kebangkitan Ahli Fisabilillah ( ISU : AZAN Dipersoalkan )














































14 jnuary 2011 Jumaat . Masjid Al-Ikhlasiah Pantai dalam.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Zakaria berkata Majlis Ayahanda, NGO dan persatuan penduduk dukacita dan terhiris dengan tindakan peguam itu.Katanya, masjid itu wujud 30 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah kedengaran tohmahan seperti itu.
Semalam, pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah dilaporkan mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.
Zakaria yang juga pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) Lembah Pantai menegaskan bahawa azan adalah sebahagian daripada ibadah umat Islam dan telah lama dipraktikkan. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan termasuk di bawah akta hasutan, atau menggunakan peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mendakwa ia menggugat keharmonian kaum.Zakaria juga menuntut peguam berkenaan memohon maaf, serta mendesak ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyatakan pendiriannya berhubung isu ini.Turut menyertai perhimpunan itu adalah Persatuan Penduduk Kariah Masjid Al-Ikhlasiah, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Sementara itu, ketika ditemui media, wakil Persatuan Penduduk Kariah Masjid Al-Ikhlasiah Fauzi Che Ahmad mempersoalkan tindakan peguam itu yang menurutnya, seolah-oleh "tidak faham sensitiviti" umat Islam di situ. "Islam adalah agama rasmi, sepatutnya beliau menghormati sensitviti orang Melayu dan Islam demi keharmonian satu Malaysia," katanya.Orang ramai yang menyertai demontrasi tersebut turut membawa kain rentang bertulis "Laungan azan, laungan keramat" dan "Kami rela mati demi mempertahankan agama Islam".Manakala beberapa keping poster turut dipamerkan antaranya bertulis "Jangan main api", "Jangan kurang ajar" dan "Ini negara aman, kenapa bikin panas".Perhimpunan selama setengah jam mulai 2 petang itu, berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kira-kira 20 anggota polis mengawal di sekitar masjid tersebut.Sementara itu, dalam satu kenyataan, Nurul Izzah berkata Islam menuntut umatnya mencari kebenaran secara beradab. "Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara," kata naib presiden PKR itu, sambil mengajak pihak yang terbabit untuk bersama dengannya mencari kebenaran dalam isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah.Beliau yang menggesa agar umat Islam mendapatkan penjelasan bertulis daripada pihak berkuasa agama, sama ada wujudnya

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Perbezaan Ahli Fisabilillah & Ahli Kongsi Gelap



Kita lihat pada 2 senario yang berbeza...

Pertama: Ahli fisabillillah yang bersumpah dgn kalimah Allah dan Al-quran sebagai saksi. Bermula di zaman Rasullullah s.a.w. Mempunyai undang2 dan peraturan khusus sbg seorang pejuang berlandaskan al-quran dan al-hadis. Misi dan visi perjuangan juga jelas -Agama, Bangsa dan Tanah Air.. Pergerakan bawah tanah.

Kedua: Ahli kongsi yang bersumpah dihadapan dewa bersaksikan langit dan darah mereka. Bermula pada tahun 1760 semasa dinasti Qing. Mempunyai 36 peraturan dan 21 perlembagaan yang wajib diikuti oleh setiap ahli. Misi dan visi perjuangan juga jelas - Bangsa, Kuasa dan Jajahan. Pergerakan bawah tanah.

Rujukan: Primitive Revolutionaries of China: A Study of Secret Societies in the Late Nineteenth Century oleh Fei-Ling Davis terbitan tahun 1971

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang jelas, kedua-duanya adalah satu perjuangan. Tentera Fisabillillah bersumpah menegakkan Islam, Tentera Merah bersumpah mengembalikan kegemilangan Shao-Lin mereka. Kedua-duanya juga mementingkan ikhwanul insan iaitu perhubungan sesama insan.

Isu yang nyata sekarang ialah sejauh kekuatan ahli berpegang pada sumpah yang dilafaz? Sekuat mana ruh ikrar yang diucapkan? Apa pencapaian kita berbanding mereka? Dimana letaknya nilai ukhwah apabila semakin ramai berpuak2? Mmmg kita boleh katakan setiap yg beragama islam itu bersaudara. Tetapi realitinya? Adakah kita tetap bersatuhati jika masing2 masih berbangga dan fanatikkan asal-usul sendiri dan mempertikaikan yg lain?

Saya dgn mudah boleh tunjukkan seratus ahli Fisabillillah yang telah bersumpah menjaga rahsia tetapi saya belum tentu boleh tunjukkan ahli kongsi yang sebenar2 ahli (saya tidak merujuk kepada mereka2 yg mendakwa kononnya merekalah ahli kongsi). Maksudnya disini,kerahsiaan perjuangan itu sudah tiada apabila pemimpin2 dgn mudah boleh digoogle.

Jika ada yang bertanya, sejauh mana kejayaan tentera Fisabilillah? Itu adalah satu soalan yg sukar bagi saya. Politik? itu mungkin... Ekonomi? Jauh sekali... Moral? Mungkin... Adakah kejayaan itu diukur mengikut bilangan ahli yang direkrut? kalau begitu, ramai yang telah berjaya.

Kalau digooglekan, Chinatown terdapat dimana2 diseluruh dunia. Mereka telah berjaya dlm perjuangan mereka meluaskan kuasa dan jajahan. Apa rahsianya? Wallahualam....

Namun,tidak semua ahli begitu. Dalam setandan mustahil semuanya gred A belaka... Siapa tahu, mungkin drpd senarai 20 orang terkaya di Malaysia, mereka adalah terdiri drpd ahli-ahli kongsi gelap?

Yang baik diikut, yang buruk ditinggalkan... mungkin sebab ini Rasullullah SAW menyuruh umatnya tuntutlah ilmu smpi ke China... Kalau nak suruh jadi doktor atau ahli matematik mahupun saudagar, rasanya tokoh2 Islam lagi advanced zaman dulu. Wallahualam Bissowab !!~


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...