Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 February 2011

Sedikit INFO tentang "Tentera Merah"



"Tentera Merah" sebenarnya adalah satu ideologi. Jika ditanya kepada saya, apa beza diantara perjuangan fisabilillah dan tentera merah, tentu sekali dengan mudah saya akan menjawab perjuangan fisabillillah itu adalah jihad yang telah diwajibkan ke atas setiap orang Islam, manakala perjuangan tentera merah adalah sebuah doktrin bagi penyatuan bangsa.

Bila disebut mengenai perjuangan, tentu sekali akan ada misi yang diperjuangkan, dan sudah pasti akan ada pihak yang akan ditentang. Contoh yang paling mudah ialah Jihad. Bagi kita sebagai orang Islam, Jihad adalah suci.Semangat jihad itu sangat ditakuti musuh kerana kesanggupan para pejuang untuk syahid dalam perjuangan mereka. Sama seperti kesanggupan pejuang Kamikaze Jepun yang sanggup mati demi mempertahankan negara mereka. Tetapi pihak musuh yang menentang Islam menggelar Tentera Jihad sebagai pengganas. Pelbagai propaganda dilakukan dengan memperlekehkan kitab suci Al-Quran seperti membakar, mewujudkan surah palsu, mengubah maksud terjemahan seperti yang berlaku di Thailand dimana pihak berkuasa telah bertindak menukarkan makna jihad dari "perjuangan menentang musuh islam" kepada "perjuangan menentang hawa nafsu". Begitulah antara usaha propaganda yang telah dilakukan oleh musuh Islam untuk melumpuhkan gerakan jihad.

Berbalik kepada perjuangan tentera merah. Mereka menentang pemerintahan Dinasti Qing. Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, selain mempunyai kekuatan bala tentera sendiri, kerajaan Dinasti Ming turut di bantu institusi Shao-Lin. Oleh itu, sesudah Dinasti Ming digulingkan, institusi Shao-Lin diharamkan kerana kerajaan menganggap mereka merupakan ancaman yang mampu menggugat kestabilan kerajaan.

Sejarah mencatatkan perjuangan tentera merah ini berlaku setelah tokong Shao-Lin yang dihuni oleh 108 orang sami dibakar. Daripada pada jumlah hanya 5 yang terselamat. 5 orang sami yang terselamat ini sudah berjanji untuk menuntut bela dan akan memastikan kebangkitan semula institusi shao-lin mereka untuk menentang kerajaan pemerintah. Maka 5 orang sami yang terselamat itu membawa haluan masing-masing ke Fu Kien, Kwang Tung, Yunnan, Hunan dan Kiang Si dengan misi untuk merekrut sebanyak mungkin ahli untuk berjuang bersama-sama mereka dan akan kembali untuk bertemu di Red Flower Pavillion pada tempoh masa yang di tetapkan.

Akhirnya ideologi "jatuhkan Qing, kembalikan Ming" yang mereka bawa ini telah berkembang dengan pesat sekali. Tentangan yang diterima dari pihak kerajaan juga meningkat sehingga memaksa kerajaan mewajibkan rakyatnya menyimpan rambut tocang untuk membuktikan bahawa mereka bukan sami atau ahli tentera merah yang perlu membotakkan kepala. Pergerakan kumpulan juga sangat dirahsiakan ketika itu. Sehinggakan Pesta kuih bulan/pesta tanglung pada masa itu di sambut adalah semata-mata untuk mengaburi mata kerajaan. Perjumpaan ahli tentera merah dibuat pada setiap malam sambutan pesta kiuh bulan. Maklumat mengenai lokasi pertemuan tidak diberitahu secara lisan sebaliknya ditulis di atas kertas dan kertas itu diselitkan didalam ketulan kuih bulan dan diedarkan kepada orang ramai. Akhirnya perbuatan tersebut mula dihidu oleh pihak berkuasa dan tentera merah ini mula menggunakan bahasa isyarat(pantun) dan isyarat tangan sulit (buah) untuk berkomunikasi yang menjadi kegilaan khususnya muda-mudi kini.

Hari silih berganti maka penularan doktrin tentera merah ini sukar dibendung lagi. Sehinggalah di era pemerintahan British di Tanah Melayu ketika itu. Pada zaman pemerintahan penjajahan British, pihak penjajah British telah menggalakkan secara aktif kedatangan orang-orang keturunan Cina ke Malaya seperti mana negara disebutkan pada masa itu.
Pendatang-pendatang orang Cina adalah terlibat terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti perlombongan timah dan perdagangan. Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Hakka yang berasal dari pendalaman Kwangtung, Kantonis berasal dari Canton, Hokkien berasal dari Daerah Amoy di Selatan Fukien dan suku-suku lain yang mempunyai perbezaan dailek, kebudayaan dan fungsi ekonominya. Kita jangan lupa bahawa ideologi perjuangan tentera merah berleluasa di situ. Semasa berada di Tanah Melayu, mereka telah membentuk perkumpulan yang dikenali sebagai "Huay Kuan" dan ”Kongsi". Di dalam bahasa Hokkien, ‘kongsi’ itu bermaksud syarikat.
Dari segi keahlian "Huay Kuan" dihadkan kepada mereka yang datang dari wilayah yang sama dan persamaan dailek di negeri China, manakala keahlian ”Kongsi” dibuka kepada mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama. Ada juga perkumpulan yang dibentuk berasaskan kepada persamaan pekerjaan dipanggil ”Shay-Hui” dan pertubuhan lain yang bercorak kebajikan, keagamaan, sosio-budaya dan hiburan. Tujuan utama penubuhan "Huay Kuan", ”Kongsi” dan ”Shay-Hui” adalah untuk bertindak sebagai badan kerjasama untuk faedah bersama dan menyemaikan perasaan kekitaan serta memberi perlindungan di kalangan ahli-ahlinya. Pada amnya, badan-badan ini berorientasikan kebajikan dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang baru sampai dari China untuk mencari pekerjaan dan memberi tempat tinggal.
Di samping badan-badan yang disebutkan di atas, terdapat juga kongsi-kongsi gelap (disebutkan dalam Akta sebagai "Triad Societies") yang menjalankan aktiviti-aktiviti anti-sosial dengan cara menggunakan keganasan yang mengancam struktur pentadbiran penjajahan British. Akibatnya, secara berperingkat, pentadbiran penjajahan British telah mengawal keadaan dengan mengambil pelbagai langkah seperti berikut:
 Menubuhkan jawatan "Secretary For Chinese Affairs" (SCA) yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal dan mengawal kegiatan yang tidak diingini dan masalah jenayah di kalangan orang-orang Cina.
 Membentuk Societies Enactment 1899 di Negeri-Negeri Bersekutu yang bertujuan membendung aktiviti-aktiviti orang-orang Cina yang semakin ramai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
 Meminda Enakmen 1899 pada tahun 1913 dengan memperuntukkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab ialah "Registrar of Society" dengan memberi perhatian khusus dalam soal mengendalikan persatuan yang wujud pada masa itu. Di sinilah bermulanya fungsi Pendaftar Pertubuhan terhadap pengawalan aktiviti-aktiviti pertubuhan yang wujud pada masa itu. Enakmen ini dipinda dari masa ke semasa iaitu pada tahun 1927, 1947 dan 1949.
 Enakmen Pertubuhan yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran ke atas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Sehingga 31 Disember 1949 sebanyak 1,590 pertubuhan telah didaftarkan. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957.

Daripada hujah di atas jelas menunjukkan bahawa Kongsi ini sebenarnya adalah sebuah organisasi yang BERDAFTAR. Ketaksuban mereka kepada kesatuan yang mereka anggotai itu dengan semangat perpaduan sesama ahli telah menyukarkan majikan mereka ketika itu iaitu pihak British untuk mengawal mereka maka usaha untuk mengawal dan memantau aktiviti mereka telah dimulakan sejak dulu lagi. Hasil propaganda mereka telah berjaya dengan memperlihatkan bahawa pertubuhan yang mereka anggotai itu adalah salah disisi undang-undang.
Contoh yang mudah. Ada yang mempertikaian pembawakan ahli tentera fisabillillah yang menyimpang. Yang salah itu tetap salah. Cuma yang salah itu bukan merangkumi keseluruhan dan kerajaan tidak mengharamkan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan NGO yang berasaskan perjuangan fisabilillah ini. Jika diharamkan, tentu sekali statu pertubuhan ini adalah sama seperti kongsi yang diharamkan oleh pihak berkuasa.
Rasanya cukuplah untuk kali ini dengan mendefinisikan apa itu yang kita panggil sebagai ‘kongsi’… InsyaAllah jika diizinkan Allah, akan saya kupaskan mengenai perbezaan diantara ahli kongsi, gangster dan golongan yang perasan kononnya di kalangan melayu merekalah ahli kongsi yang diterima oleh masyarakat cina namun hakikatnya mereka berkhayal dan syok sendiri.

Waallahuaklam Bissowab !!~

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

4 comments:

  1. Salam....

    Kesimpulan daripada apa yang telah dihurai dan diperjelaskan dengan panjang lebar menerusi beberapa siri komen sebelum ini ialah kita janganlah mudah mengikut secara taklid membuta-tuli dan terpesona dengan apa yang kita lihat dan diperlihatkan di hadapan mata kita tanpa menyelidiki asal-usul dan sejauh kebenarannya dan tidak pula kita menolak mentah-mentah apa yang datang seperti kata pepatah, "buang yang keruh, ambil yang jernih".

    Realiti yang terjadi pada hari ini ialah "ideologi merah" ini sememangnya sudah menular dan dicari-cari oleh kebanyakan kita, malah ada yang meletakkan ideologi tersebut lebih tinggi dan mulia kedudukannya daripada apa yang sebenarnya telah diwajibkan ke atas kita iaitu jihad fisabilillah.


    Jika ada yang bertanya kepada saya, adakah "ideologi merah" itu SALAH? Sebagai seorang yang berpegang kepada fakta dan logik akal, sudah tentu saya akan mengatakan bahawa ideologi merah itu TIDAK SALAH malah kita sepatutnya belajar daripada ideologi tersebut. Jika digoogle dan dihuraikan ke atas apa yang terkandung di dalam “36 oaths of Chinese secret society” (36 sumpah pertubuhan sulit masyarakat cina) sama seperti yang telah dikupas dengan panjang lebar di dalam beberapa judul jurnal seperti Primitive Revolutionaries of China: A Study of Secret Societies in the Late Nineteenth Century oleh Fei-Ling Davis terbitan tahun 1971, The Triads: Chinese Secret Societies in 1950’s Malaya and Singapore oleh Leon Chamber terbitan tahun 2009, The Origins of Tiandihui: The Chinese triads in Legend and History oleh Dian Murray dan Qin Baoqi terbitan tahun 1994 dan juga Ritual and Mythology of the Chinese Triads: Creating an identity oleh B.J Ter Haar terbitan tahun 1998, tidak ada satupun kandungan ikrar tersebut yang membawa keburukan kepada setiap ahlinya malah ia digubal untuk memastikan setiap ahlinya mendapat kesejahteraan.

    Harus diingat bahawa hujah saya diatas adalah untuk menyokong “ideologi merah” yang diperkenalkan pada tahun 1760 dan saya sama sekali tidak bersetuju dengan “perjalanan merah” yang dibawa dan diagung-agungkan oleh kebanyakan kita pada hari ini kerana secara peribadi saya menganggap bahawa apa yang dikatakan “perjalanan merah” pada hari ini tidak ubah seperti budaya gangsterisme yang sama sekali telah jauh menyimpang dari tujuan sebenar ideologi merah ini diperkenalkan.

    Secara logiknya, adakah kita akan menyukai sesuatu yang tidak mendatangkan keberuntungan kepada kita? Tentu sekali tidak, bukan? Kita bercakap mengenai satu ideologi yang mula diperkenalkan pada tahun 1760 dan kita sekarang berada di tahun 2011. Bagaimana boleh sekiranya ideologi itu memudaratkan tetapi masih bertahan dan diterima oleh pengikutnya sehingga kini? Sedangkan kerajaan yang kejam dan menindas mereka pun mereka boleh gulingkan, mengapa tidak pula mereka boleh berpaling tadah kepada ketua-ketua mereka sekiranya ideologi ini juga menganiaya mereka? Malah dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan kepada pertubuhan yang mereka sertai, ia jelas menunjukkan bahawa mereka selesa dengan ideologi yang mereka lalui.

    Saya sendiri hairan bagaimana ada dikalangan kita yang tanpa segan-silu mendabik dada dikhalayak ramai mengatakan dan mendakwa bahawa mereka adalah ahli tentera merah / ahli kongsi sedangkan menurut “36 oaths of Chinese secret society”, mendedahkan keahlian itu adalah salah satu kesalahan serius dengan hukuman yang berat. Secara peribadi, saya belum pernah bertemu dengan mana-mana individu berbangsa cina yang dengan bangga mendabik dada dikhalayak ramai dengan mengatakan bahawa mereka adalah ahli dari mana-mana pertubuhan kongsi tetapi saya sudah cukup loya dan memualkan melihat gelagat bangsa sendiri memperbodohkan dan menelanjangkan diri sendiri dikhalayak ramai dengan bercerita di kedai-kedai mamak dan warung makan mengenai sesuatu yang mereka sendiripun tidak mengetahuinya.

    *bersambung di komen seterusnya

    ReplyDelete
  2. *sambungan


    Kita lihat pada satu contoh perbandingan yang mudah. Perjuangan jihad fisabilillah dan Ideologi Tentera Merah. Kita namakan si “F” sebagai fisabilillah yang mana pejuangan tersebut diwarisi daripada perjuangan jujungan besar kita, Rasulullah s.a.w dan si “M” adalah tentera merah yang mewarisi perjuangan tersebut daripada nenek-moyangnya. Untuk mempermudahkan perbandingan tersebut, kita anggapkan pula F adalah polis, dan M adalah tentera.

    F = polis
    M = tentera

    Persoalan pertama: Bolehkah si F menghuraikan sejarah penubuhannya kepada F yang lain? Sudah tentu tiada masalah. Begitu juga dengan M. tiada masalah baginya untuk menceritakan kepada M yang lain mengenai sejarah penubuhannya.

    Persoalan kedua: Bolehkah si F menceritakan kepada F yang lain mengenai penubuhan M ataupun bolehkan si M menceritakan kepada M yang lain? Bagi saya tiada masalah kerana sejarah itu tidak boleh diubah.

    Persoalan ketiga: Bolehkah si F menjadi ketua M dan si M menjadi ketua F? Tidak boleh sama sekali kerana F dan M adalah dua organisasi yang berbeza. Anda memasuki F sebagai rekrut F… anda akan dinaikkan pangkat sebagai lans koperal dalam F. Bagaimana boleh anda terus dinaikkan pangkat sebagai koperal atau sarjan didalam M? sudah pasti anda akan tetap menjadi koperal dan sarjan di F.

    Persoalan keempat: Bolehkah si F iaitu seorang polis, menceritakan kepada semua orang mengenai inventori / jumlah terkini kereta kebal, jet pejuang, bilangan senapang, meriam dan peluru didalam gudang simpanan milik M iaitu angkatan tentera? Boleh kerana bukan semua orang mempunyai rujukan atau sumber maklumat untuk mempertikaikan kesahihan apa yang diberitahu oleh F. Dan F dengan mudah boleh memberikan angka anggaran bagi jumlah inentori tersebut. Begitulah sebaliknya dengan M. Masih boleh memberikan anggaran kasar mengenai bilangan kereta peronda dan kuda putih milik F iaitu polis.

    Persoalan kelima: Bolehkah si F iaitu si polis memberitahu kepada orang ramai nombor siri setiap senapang dan peluru yang dimiliki oleh angkatan tentera? Ataupun bolehkah si M iaitu tentera memberitahu nombor pendaftaran bagi setiap kenderaan yang dimiliki oleh F iaitu polis? Tidak boleh sama sekali. Malah seorang tentera berpangkat biasa mahupun pegawai pun belum tentu boleh memberikan maklumat tersebut walhal kesemua peluru dan senapang itu adalah harta mereka. Maklumat tersebut masih boleh diperolehi, Cuma bukan daripada semua orang, mungkin hanya di pihak pemerintah tertinggi ataupun kuartermaster yang ditugaskan menjaga gudang persenjataan tersebut. Sama juga keadaan Polis. Tidak semua polis yang tahu nombor pendaftaran semua kenderaan milik mereka kerana maklumat tersebut berada pada simpanan unit pengangkutan. Ketua balai sekalipun belum tentu menghafal kesemua nombor pendaftaran kenderaan dib alai yang beliau ketuai.

    Kesimpulan dari perbandingan di atas ialah kita jangan mudah terpesona dengan dakwaan segelintir individu yang mendakwa diri mereka adalah ketua atau kepala dalam pergerakan kongsi ini. Berbalik kepada soal logik akal, bagaimana seorang melayu boleh sebegitu arif akan satu perjuangan yang asalnya dimulakan oleh bangsa lain iaitu cina? Bolehkah seorang yang bukan islam, yang bukan berbangsa melayu diangkat menjadi pemimpin kepada gerakan perjuangan jihad fisabilillah? Sudah tentu tidak, bukan? Samalah situasinya dengan pertubuhan kongsi. Sudikah mereka menerima dan mengangkat seseorang yang berlainan agama dan jauh sekali sebangsa dengan mereka untuk mengetuai pergerakan yang asalnya diasaskan oleh nenek moyang mereka sendiri?


    *bersambung

    ReplyDelete
  3. *sambungan


    Persoalan terakhir disini ialah dakwaan sesetengah individu yang kononnya mereka memegang kedudukan yang tinggi dalam sesebuah pertubuhan kongsi cina. Bagi saya isu ini sungguh mudah. Kita lihat struktur hierarki pemimpin fisabilillah adalah bermuttawatir dan berkesinambungan. Jika dilihat pada sirah dan salasilah baiah itu sendiri akan membuatkan kita sampai kepada permulaan perjuangan fisabilillah ini sendiri iaitu Rasulullah s.a.w. Sama juga halnya kepada ketua-ketua tentera merah ini. Jika disingkap perjalanan sejarah dan salasilah mereka, tentu kita akan menemui salah seorang daripada pengasas perjuangan ini. Pendek kata kepada mereka yang masih megah mendakwa kononnya mereka ini berjawatan tinggi di dalam kongsi, mudah sahaja bagi saya.
    Kita berbalik kepada F dan M didalam perbandingan saya tadi.

    Kita lihat pada perjalanan karier seorang anggota polis dan tentera daripada peringkat rekrut sehinggalah mereka menjadi ketua polis Negara ataupun panglima angkatan tentera,

    Seseorang itu tentu akan melalui kursus asas sebagai polis atau tentera. Tamat sahaja kursus asas ,baru seseorang itu akan diiktiraf sebagai seorang anggota dengan diadakan ISTIADAT tamat latihan dan dikurniakan SIJIL dan KAD KUASA beserta UNIFORM yang tertera NO. PENDAFTARAN mereka. Untuk kenaikan pangkat, mereka perlu menjalani KURSUS tertentu sebagai SYARAT kenaikan pangkat mereka. SENIORITI memang merupakan salah satu kriteria dalam kenaikan pangkat. Ini bermakna mereka perlu menjangkaui TEMPOH MASA tertentu sebelum DIPERTIMBANGKAN untuk kenaikan pangkat. Tetapi senioriti BUKAN HAK MUTLAK seseorang anggota itu untuk menuntut kenaikan pangkat mereka kerana mereka akan dinilai oleh sebuah JAWATANKUASA PENILAI yang tentu sekali dianggotai lebih dari seorang. Bermakna keputusan penilaian untuk menaikkan pangkat seseorang anggota itu dibuat secara PERBINCANGAN dan BUKAN INDIVIDU tertentu yang mengawalnya. Sesudah seseorang itu disahkan layak untuk dinaikkan pangkat, mereka akan dikurniakan SIJIL yang DITANDATANGANI oleh PIHAK ATASAN dan dikurniakan PANGKAT pada UNIFORM mereka di satu istiadat KHAS. Begitulah seterusnya untuk PANGKAT yang seterusnya dan setiap pangkat yang ada dalam organisasi polis/tentera juga bukan hak setiap anggota. Pemilihan tentu dibuat berdasarkan latar belakang seseorang itu. Mana mungkin seseorang yang mempunyai latar belakang perubatan dilantik menerajui jabatan jenayah perdagangan komersial dan seseorang yang berlatarbelakangkan ekonomi menerajui jabatan forensik ? Sudah tentu jawatan tensebut akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja.
    Kita lihat pula pada jawatan tertinggi iaitu Ketua Polis Negara/ Panglima Angkatan Tentera. Bagi jawatan tertinggi sekalipun bukan lah boleh untuk melantik diri sendiri. Tanpa perkenan Yang Dipertuan Agong, adalah mustahil untuk seseorang itu menjawat jawatan tertinggi tersebut. Kita lihat pula pada siapa yang melantik jawatan tersebut. Yang Dipertuan Agong. Untuk menjadi Yang Dipertuan Agong pun perlu dibuat lantikan atas persetujuan Majlis Raja-Raja.


    *bersambung

    ReplyDelete
  4. *sambungan


    Berbalik kepada contoh F dan M tadi. F boleh mereka-reka cerita F yang lain atau kepada mereka yang baru mahu menganggotai F mengenai M. Jika M mengetahui mengenai apa yang F ceritakan itu, sekiranya yang diceritakan itu betul, si M tidak akan pergi berterima kasih kepada si F kerana menceritakan kebenaran mengenai M kepada pengikut F. Dan sekiranya apa yang F itu ceritakan kepada F yang lain mengenai M itu adalah salah, si M takkan melantun dengan segera dan terhegeh-hegeh berjumpa si F untuk memarahinya ataupun memberikan fakta yang sebenar mengenai M yang patut si F ceritakan kepada pengikutnya kerana si M sangat berpegang pada prinsip kerahsiaan dan bagi M, melantun dan mempertikaikan si F itu adalah perbuatan bodoh kerana telah membuka rahsia mereka yang telah mereka pertahankan selama ini dengan percuma.


    Kesimpulannya, tidak susah untuk mengakui atau pun meragui jawatan-jawatan yang disandang oleh golongan ini seperti mana yang mereka dakwa sekiranya mereka boleh menceritakan dan membuktikan sirah perjalanan mereka dalam perjalanan “merah” yang kononnya mereka perjuangkan. Sekiranya betul mereka adalah ketua atau berpangkat di dalam kongsi, teruskanlah mendabik dada dan lena dengan pangkat mereka mencanang di sana sini tanpa melihat orang di sekeliling mereka kerana mata-mata gelap berada di mana-mana bersama Ordinan Darurat 5/69 . Mengikut seksyen 3 Ordinan Darurat mereka boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari tanpa waran manakala di bawah seksyen 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor selama 2 tahun ataupun didakwa di bawah seksyen 4A (1) Ordinan yang sama yang mana mereka boleh diperintahkan kediaman terhad di sesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun. Secara peribadi saya terfikir, begitu lemahkah sumber perisikan PDRM sehinggakan nama-nama mereka yang begitu popular meniti di bibir setiap orang namun sehingga sekarang tidak pernah dikenakan sebarang tindakan di bawah Ordinan tersebut. Ataupun mungkin juga pihak berkuasa tidak pernah mengklasifikan pergerakan mereka sebagai sebuah pertubuhan kongsi gelap yang boleh mengancam keselamatan Negara dan tidak lebih hanyalah sebagai sebuah kumpulan gangster melayu sahaja walaupun mereka beriya-iya mendakwa mereka adalah sebuah pertubuhan kongsi? Hihihihihi…. Wallahualam….

    Rasanya cukuplah komentar dan pendapat yang saya berikan di sini kerana kita sememangnya digalakkan untuk berkongsi ilmu. Kita juga disarankan untuk menyampaikan sesuatu walaupun dengan hanya sepotong ayat. Tujuan saya menulis sebegitu panjang ini tidak lebih cuma sekadar untuk membuka minda kebanyakan daripada kita yang mengikut dengan membuta-tuli malahan menjadi taksub kepada perkara-perkara bida’ah yang di tokok tambah tanpa menyelidik sejauh mana kebenarannya.
    Kepada sesiapa yang sudi bermuzakarah bersama saya, ataupun yang merasakan pendapat atau hujah saya telah jauh terpesong dan perlu diperbetulkan bolehlah kita lanjutkan sesi perkongsian ilmu di e-mel/YM/fb di alamat dizzysky2@yahoo.com
    Wassalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...