Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

05 February 2011

Perbezaan Ahli Fisabilillah & Ahli Kongsi Gelap



Kita lihat pada 2 senario yang berbeza...

Pertama: Ahli fisabillillah yang bersumpah dgn kalimah Allah dan Al-quran sebagai saksi. Bermula di zaman Rasullullah s.a.w. Mempunyai undang2 dan peraturan khusus sbg seorang pejuang berlandaskan al-quran dan al-hadis. Misi dan visi perjuangan juga jelas -Agama, Bangsa dan Tanah Air.. Pergerakan bawah tanah.

Kedua: Ahli kongsi yang bersumpah dihadapan dewa bersaksikan langit dan darah mereka. Bermula pada tahun 1760 semasa dinasti Qing. Mempunyai 36 peraturan dan 21 perlembagaan yang wajib diikuti oleh setiap ahli. Misi dan visi perjuangan juga jelas - Bangsa, Kuasa dan Jajahan. Pergerakan bawah tanah.

Rujukan: Primitive Revolutionaries of China: A Study of Secret Societies in the Late Nineteenth Century oleh Fei-Ling Davis terbitan tahun 1971

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang jelas, kedua-duanya adalah satu perjuangan. Tentera Fisabillillah bersumpah menegakkan Islam, Tentera Merah bersumpah mengembalikan kegemilangan Shao-Lin mereka. Kedua-duanya juga mementingkan ikhwanul insan iaitu perhubungan sesama insan.

Isu yang nyata sekarang ialah sejauh kekuatan ahli berpegang pada sumpah yang dilafaz? Sekuat mana ruh ikrar yang diucapkan? Apa pencapaian kita berbanding mereka? Dimana letaknya nilai ukhwah apabila semakin ramai berpuak2? Mmmg kita boleh katakan setiap yg beragama islam itu bersaudara. Tetapi realitinya? Adakah kita tetap bersatuhati jika masing2 masih berbangga dan fanatikkan asal-usul sendiri dan mempertikaikan yg lain?

Saya dgn mudah boleh tunjukkan seratus ahli Fisabillillah yang telah bersumpah menjaga rahsia tetapi saya belum tentu boleh tunjukkan ahli kongsi yang sebenar2 ahli (saya tidak merujuk kepada mereka2 yg mendakwa kononnya merekalah ahli kongsi). Maksudnya disini,kerahsiaan perjuangan itu sudah tiada apabila pemimpin2 dgn mudah boleh digoogle.

Jika ada yang bertanya, sejauh mana kejayaan tentera Fisabilillah? Itu adalah satu soalan yg sukar bagi saya. Politik? itu mungkin... Ekonomi? Jauh sekali... Moral? Mungkin... Adakah kejayaan itu diukur mengikut bilangan ahli yang direkrut? kalau begitu, ramai yang telah berjaya.

Kalau digooglekan, Chinatown terdapat dimana2 diseluruh dunia. Mereka telah berjaya dlm perjuangan mereka meluaskan kuasa dan jajahan. Apa rahsianya? Wallahualam....

Namun,tidak semua ahli begitu. Dalam setandan mustahil semuanya gred A belaka... Siapa tahu, mungkin drpd senarai 20 orang terkaya di Malaysia, mereka adalah terdiri drpd ahli-ahli kongsi gelap?

Yang baik diikut, yang buruk ditinggalkan... mungkin sebab ini Rasullullah SAW menyuruh umatnya tuntutlah ilmu smpi ke China... Kalau nak suruh jadi doktor atau ahli matematik mahupun saudagar, rasanya tokoh2 Islam lagi advanced zaman dulu. Wallahualam Bissowab !!~


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

7 comments:

  1. Salam....

    Terima kasih kerana sudi menjadikan komen awalan saya sebagai post di blog ini. Bagi saya, tajuk yang sesuai bagi post di atas ialah "PERBEZAAN AHLI FISABILILLAH, AHLI KONGSI DAN GANGSTER".Rasanya, tak perlu bagi saya untuk huraikan disini apa itu ahli fisabillillah kerana ia sudah diterangkan dengan panjang lebar oleh admin blog ini pada post yang terdahulu.

    "Tentera Merah" sebenarnya adalah satu ideologi. Jika ditanya kepada saya, apa beza diantara perjuangan fisabilillah dan tentera merah, tentu sekali dengan mudah saya akan menjawab perjuangan fisabillillah itu adalah jihad yang telah diwajibkan ke atas setiap orang Islam, manakala perjuangan tentera merah adalah sebuah doktrin bagi penyatuan bangsa.

    Bila disebut mengenai perjuangan, tentu sekali akan ada misi yang diperjuangkan, dan sudah pasti akan ada pihak yang akan ditentang. Contoh yang paling mudah ialah Jihad. Bagi kita sebagai orang Islam, Jihad adalah suci.Semangat jihad itu sangat ditakuti musuh kerana kesanggupan para pejuang untuk syahid dalam perjuangan mereka. Sama seperti kesanggupan pejuang Kamikaze Jepun yang sanggup mati demi mempertahankan negara mereka. Tetapi pihak musuh yang menentang Islam menggelar Tentera Jihad sebagai pengganas. Pelbagai propaganda dilakukan dengan memperlekehkan kitab suci Al-Quran seperti membakar, mewujudkan surah palsu, mengubah maksud terjemahan seperti yang berlaku di Thailand dimana pihak berkuasa telah bertindak menukarkan makna jihad dari "perjuangan menentang musuh islam" kepada "perjuangan menentang hawa nafsu". Begitulah antara usaha propaganda yang telah dilakukan oleh musuh Islam untuk melumpuhkan gerakan jihad.

    Berbalik kepada perjuangan tentera merah. Mereka menentang pemerintahan Dinasti Qing. Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, selain mempunyai kekuatan bala tentera sendiri, kerajaan Dinasti Ming turut di bantu institusi Shao-Lin. Oleh itu, sesudah Dinasti Ming digulingkan, institusi Shao-Lin diharamkan kerana kerajaan menganggap mereka merupakan ancaman yang mampu menggugat kestabilan kerajaan.

    Sejarah mencatatkan perjuangan tentera merah ini berlaku setelah tokong Shao-Lin yang dihuni oleh 108 orang sami dibakar. Daripada pada jumlah hanya 5 yang terselamat. 5 orang sami yang terselamat ini sudah berjanji untuk menuntut bela dan akan memastikan kebangkitan semula institusi shao-lin mereka untuk menentang kerajaan pemerintah. Maka 5 orang sami yang terselamat itu membawa haluan masing-masing ke Fu Kien, Kwang Tung, Yunnan, Hunan dan Kiang Si dengan misi untuk merekrut sebanyak mungkin ahli untuk berjuang bersama-sama mereka dan akan kembali untuk bertemu di Red Flower Pavillion pada tempoh masa yang di tetapkan.

    Akhirnya ideologi "jatuhkan Qing, kembalikan Ming" yang mereka bawa ini telah berkembang dengan pesat sekali. Tentangan yang diterima dari pihak kerajaan juga meningkat sehingga memaksa kerajaan mewajibkan rakyatnya menyimpan rambut tocang untuk membuktikan bahawa mereka bukan sami atau ahli tentera merah yang perlu membotakkan kepala. Pergerakan kumpulan juga sangat dirahsiakan ketika itu. Sehinggakan Pesta kuih bulan/pesta tanglung pada masa itu di sambut adalah semata-mata untuk mengaburi mata kerajaan. Perjumpaan ahli tentera merah dibuat pada setiap malam sambutan pesta kiuh bulan. Maklumat mengenai lokasi pertemuan tidak diberitahu secara lisan sebaliknya ditulis di atas kertas dan kertas itu diselitkan didalam ketulan kuih bulan dan diedarkan kepada orang ramai. Akhirnya perbuatan tersebut mula dihidu oleh pihak berkuasa dan tentera merah ini mula menggunakan bahasa isyarat(pantun) dan isyarat tangan sulit (buah) untuk berkomunikasi yang menjadi kegilaan khususnya muda-mudi kini.

    *bersambung di komen seterusnya

    ReplyDelete
  2. *Sambungan dari atas

    Hari silih berganti maka penularan doktrin tentera merah ini sukar dibendung lagi. Sehinggalah di era pemerintahan British di Tanah Melayu ketika itu. Pada zaman pemerintahan penjajahan British, pihak penjajah British telah menggalakkan secara aktif kedatangan orang-orang keturunan Cina ke Malaya seperti mana negara disebutkan pada masa itu.
    Pendatang-pendatang orang Cina adalah terlibat terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti perlombongan timah dan perdagangan. Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Hakka yang berasal dari pendalaman Kwangtung, Kantonis berasal dari Canton, Hokkien berasal dari Daerah Amoy di Selatan Fukien dan suku-suku lain yang mempunyai perbezaan dailek, kebudayaan dan fungsi ekonominya. Kita jangan lupa bahawa ideologi perjuangan tentera merah berleluasa di situ. Semasa berada di Tanah Melayu, mereka telah membentuk perkumpulan yang dikenali sebagai "Huay Kuan" dan ”Kongsi". Di dalam bahasa Hokkien, ‘kongsi’ itu bermaksud syarikat.
    Dari segi keahlian "Huay Kuan" dihadkan kepada mereka yang datang dari wilayah yang sama dan persamaan dailek di negeri China, manakala keahlian ”Kongsi” dibuka kepada mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama. Ada juga perkumpulan yang dibentuk berasaskan kepada persamaan pekerjaan dipanggil ”Shay-Hui” dan pertubuhan lain yang bercorak kebajikan, keagamaan, sosio-budaya dan hiburan. Tujuan utama penubuhan "Huay Kuan", ”Kongsi” dan ”Shay-Hui” adalah untuk bertindak sebagai badan kerjasama untuk faedah bersama dan menyemaikan perasaan kekitaan serta memberi perlindungan di kalangan ahli-ahlinya. Pada amnya, badan-badan ini berorientasikan kebajikan dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang baru sampai dari China untuk mencari pekerjaan dan memberi tempat tinggal.
    Di samping badan-badan yang disebutkan di atas, terdapat juga kongsi-kongsi gelap (disebutkan dalam Akta sebagai "Triad Societies") yang menjalankan aktiviti-aktiviti anti-sosial dengan cara menggunakan keganasan yang mengancam struktur pentadbiran penjajahan British. Akibatnya, secara berperingkat, pentadbiran penjajahan British telah mengawal keadaan dengan mengambil pelbagai langkah seperti berikut:
     Menubuhkan jawatan "Secretary For Chinese Affairs" (SCA) yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal dan mengawal kegiatan yang tidak diingini dan masalah jenayah di kalangan orang-orang Cina.
     Membentuk Societies Enactment 1899 di Negeri-Negeri Bersekutu yang bertujuan membendung aktiviti-aktiviti orang-orang Cina yang semakin ramai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
     Meminda Enakmen 1899 pada tahun 1913 dengan memperuntukkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab ialah "Registrar of Society" dengan memberi perhatian khusus dalam soal mengendalikan persatuan yang wujud pada masa itu. Di sinilah bermulanya fungsi Pendaftar Pertubuhan terhadap pengawalan aktiviti-aktiviti pertubuhan yang wujud pada masa itu. Enakmen ini dipinda dari masa ke semasa iaitu pada tahun 1927, 1947 dan 1949.
     Enakmen Pertubuhan yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran ke atas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Sehingga 31 Disember 1949 sebanyak 1,590 pertubuhan telah didaftarkan. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957.

    *bersambung di post seterusnya

    ReplyDelete
  3. *sambungan dari atas


    Daripada hujah di atas jelas menunjukkan bahawa Kongsi ini sebenarnya adalah sebuah organisasi yang BERDAFTAR. Ketaksuban mereka kepada kesatuan yang mereka anggotai itu dengan semangat perpaduan sesama ahli telah menyukarkan majikan mereka ketika itu iaitu pihak British untuk mengawal mereka maka usaha untuk mengawal dan memantau aktiviti mereka telah dimulakan sejak dulu lagi. Hasil propaganda mereka telah berjaya dengan memperlihatkan bahawa pertubuhan yang mereka anggotai itu adalah salah disisi undang-undang.
    Contoh yang mudah. Ada yang mempertikaian pembawakan ahli tentera fisabillillah yang menyimpang. Yang salah itu tetap salah. Cuma yang salah itu bukan merangkumi keseluruhan dan kerajaan tidak mengharamkan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan NGO yang berasaskan perjuangan fisabilillah ini. Jika diharamkan, tentu sekali statu pertubuhan ini adalah sama seperti kongsi yang diharamkan oleh pihak berkuasa.
    Rasanya cukuplah untuk kali ini dengan mendefinisikan apa itu yang kita panggil sebagai ‘kongsi’… InsyaAllah jika diizinkan Allah, akan saya kupaskan mengenai perbezaan diantara ahli kongsi, gangster dan golongan yang perasan kononnya di kalangan melayu merekalah ahli kongsi yang diterima oleh masyarakat cina namun hakikatnya mereka berkhayal dan syok sendiri. InsyaAllah.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Menarik sekali komentar & respond yang diberikan oleh saudara Apat ... moga segala INFO & Maklumat yang saudara berikan dapat dijadikan pengkosian ilmu ke arah memartabatkan perjuangan kita ...

    ( Izinkan saya bawa POST saudara ini untuk dijadikan tatapan pengunjung BLOG ini di main page )

    Terima Kasih Saudara!

    ReplyDelete
  5. Bg saya mmg ada jurang dan langsung tak sama

    ReplyDelete
  6. Maaf .bagi sy pakaian melayu perlulah djadikan priority utama dlm memprjuangkan bangsa.bg sy adalah hipokrit andai mulut brkata ingin prjuangkan islam namun mahukan satu kedudukan.realitinya kbnyakan begitu. masuk fisabillillah tp mau jd gangster.pantang slah sikit perang.apa benda tu.
    BG KAWAN HANYA 30 SHAJA YG ADA UNSUR SEBENAR PEJUANGAN.YANG LAIN HANYALAH PLATFORM UTK BATIL,KEDUNIAAN DAN DIRI SEMATA-MATA.USAH NAK BERDALIG DENGAN ALASAN AGAMA LAH APALAH UNTUK MENARIK AHLI.YG HAK TETAP HAK.
    PEGANGLAH PRINSIP DARI MELAYU UNTUK MELAYU SEBGAI MELAYU.MELAYU ADALAH BANGSA YG LEBIH MULIA DR BANGSA CINA.MENGAPA NAK AMBIL INFLUENCE DR KAUM NI.KAUM KITA DAH CUKUP GAH.KAUM KITA LEBIH CUKUP KUAT DR MEREKA.
    BG KAWAN ,BIAR APA PUN YG DIBERI,PERJUANGAN MEMANG TAK PERLU ADA LANGSUNG INFLUENCE DR KAUM LAIN.KAUM MELAYU DAH ADA SEMUANYA.

    ReplyDelete
  7. Bermula dr influencelah dtgnya taat membabibuta.buang saja influence cina dlm perjuangan.buang YIN YANG.buang KOMUNIS.buang semuanya.baliklah pada baju asal kiai salleh yg pjuangkan melayu dr melayu sbg melayu.buang NAGA gantikan GARUDA.buang KOMUNIS ambil UMNO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...