Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 May 2011

Jangan marah azan subuh kuat

Ayah aku pernah cerita, masa dia pergi sembahyang subuh kat masjid selalu terserempak dengan seorang pakcik dengan 2 orang cucunya. Cucunya berumur 4 dan 6 tahun. Masa orang sembahyang subuh 2 orang cucu ni ikut solat kat belakang.

Selepas habis solat je 2 orang cucunya ni terus pergi mendapatkan datuknya dan letakkan kepala atas paha untuk tidur. Atuknya biarkan saja sambil berzikir dan berdoa dengan imam.

Terharu aku dengar cerita ni. Kecik lagi dah ajar pi solat kat masjid.

Aku cerita ni bukan apa, sedih bila baca artikel kat blog seorang kawan ni. Dia bagitau ada orang Islam macam marah di Facebook bila azan subuh kuat sangat kat rumahnya. Sampai ada seorang pakcik tu tak jadi pi masjid sebab anak dia tersedar sebab azan.

Lebih teruk lagi dia risau dengan pandangan orang bukan Islam yang dengar azan kuat. Padahal orang bukan Islam kebanyakannya bangun lagi awal untuk bersenam. Azan subuh tu bantu mereka untuk bangun awal.

Sepatutnya dia tu bersyukur kalau rumah dekat masjid. Dah dengar azan tu pergilah solat kat masjid. Pakcik tu pulak jangan jadikan alasan anak sebab tak pergi Masjid. Boleh jer mak budak tu jaga. kalau dah besar boleh je bawak ke masjid sama. Jangan nanti dah besar panjang baru nak suruh solat.

Jadi memang tak hairan kalau Islam ditindas sebab memang orang Islam sendiri tak amalkan Islam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: