Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 May 2011

Syahidkah Osama Bin Laden?

.
Syaikh Ahmad Yassin

Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi

Persoalan aku ialah Syahidkan Osama? Seorang individu yang tidak begitu jelas latar belakangnya dan sejarah hidupnya. Maklumat yang ada pun tidak jelas dan ada percanggahan sumber yang berlainan.
 
Bagi aku Osama (kalau betul wujud) sangat berbeza dengan pejuang Islam yang lain seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi, Hassan Al-Banna malah Tok Janggut sekalipun. Kenapa? Apa yang membezakan mereka?
 
  • Osama latar belakangnya tidak jelas sepertimana mereka yang lain, malah individu yang dekat dengan Osama pun kabur tidak sepertimana yang lain.
  • Gambar, pengebumian dan penglibatan pihak berkuasa tempatan, penduduk tempatan (dekat tempat kejadian) seolah-olah tidak jelas dan tidak wujud bukan seperti mereka yang lain. Lagikan Saddam Hussein pun jelas hukuman dan kematian beliau kenapa Osama amat kabur?
  • Cara pendekatan 'jihad' mereka sangat lain. Osama lebih kepada menyerang orang awam dan aku memang tidak bersetuju. Aku rasa Agama Islam dan Nabi pun tidak ajar benda macam ni. Dan inilah permainan Amerika yang mahu masyarakat dunia anti-Islam.
 
Jadi, sangatlah sedih bila orang menyamakan Osama sebaris dengan pejuang Islam yang lain. Kita sebagai orang Islam sepatutnya jelas dengan permainan musuh Islam. Jangan mudah mengikut rentak mereka.
 
Kalau kita sokong dan yakin dengan kewujudan Osama dan Al-Qaeda maka sepatutnya kita rasa bersalah sebab kita sebenarnya terpengaruh dengan permainan Amerika.

Kalau ada orang tanya aku tentang Osama aku akan jawab:
"Osama tidak wujud!"
 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: