Sekarang ini Malaysia berada dalam
suasana di mana diadakan pelbagai perhimpunan yang dianjurkan oleh
pelbagai pihak atas tujuan-tujuan tertentu. Termasuklah Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah berlalu pada 28 April 2012, dan yang terbaru Perhimpunan Raksasa anjuran Umno pada 11 Mei 2012 ini.
Tahniah kami ucapkan kepada tindakan
“cukup pantas” yang diambil oleh majlis fatwa baru-baru berhubung isu
penganjuran perhimpunan dan demonstrasi di Malaysia. Majlis Fatwa sudah
ada keputusan dan kesimpulannya :
Jawapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Berhubung Perhimpunan & Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan…
- Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara
- Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas
- Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama
- Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda
Sangat betul apa yang diucapkan oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan, jikalau perhimpunan yang bertujuan tidak baik,
melanggar undang-undang serta merosakkan huru-huru dan kekacauan dalam
negara sepatut ditegah untuk diadakan. Tiada cacat celanya kenyataannya
di situ. Yang haram tetaplah haram termasuklah juga
perbuatan memukul & membelasah orang tanpa sebab yang musabab,
menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan sehingga bertindak di luar
kawalan dan kuasa yang telah diberikan, merosakkan harta benda awam dan
macam-macam lagi.
Dan secara logiknya, ramai yang
menyedari perbuatan tersebut adalah salah. Salah tetap salah. Tetapi
masih ramai lagi yang terlepas pandang atau buat-buat tak indah dengan
saranan Majlis Fatwa sebelum-sebelum ini, semuanya datang dan pergi
sahaja. Contohnya:
- Fatwa botox haram, tetapi ada juga VVIP ada berapa ramai yang terjebak dengan perbuatan cucuk mencucuk ini. Tindakan?
- Hisap rokok adalah haram. Berapa ramai yang ikut?
Mungkin selepas ini, Majlis Fatwa
mungkin boleh lebih banyak turun padang bagi membuat semakan keputusan
seterusnya mengenai beberapa persoalan di bawah ini, termasuklah :
- Apakah pandangan majlis fatwa bagi individu yang beragama Islam terlibat dalam memegang jawatan tinggi dalam syarikat perjudian ?
- Apakah pandangan majlis fatwa jika wang rakyat digunakan untuk kepentingan perjuangan parti politik tanpa diketahui ramai ?
- Apakah pandangan majlis fatwa tentang berlakunya skandal penyelewengan membabitkan wang rakyat seperti skandal …………………….?
Cuma kami ada beberapa persoalan yang
bermain di fikiran kami kerana kenyataan Majlis Fatwa ini masih lagi
dilihat samar-samar. Bagaimana caranya untuk rakyat Malaysia yang
beragama Islam untuk mengelakkan perhimpunan yang boleh cetuskan
huru-hara?
- Perhimpunan tiada salahnya
- Tetapi perhimpunan yang cetuskan huru-hara adalah haram seperti apa yang dikatakan oleh majlis fatwa
Jadi bagaimana?
Dalam contoh mudahnya, ada kalangan yang
menonton perlawanan bola sepak. Bunyi tampak aman tetapi disebalik
penyokong pelampau bola sepak yang hilang pertimbangan akhirnya
menyebabkankan ada insiden huru-hura yang berlaku di dalam stadium.
“Angkara nila setitik habis rosak susu sebelanga”
Sehingga adakalanya berlarutan sehingga
ke luar stadium. Ditambah dengan provokasi daripada pihak-pihak
tertentu.
0 comments:
Post a Comment