Pada pertengahan April 2011, Malaysia dikejutkan dengan penangkapan seorang pelajar pintar yang menggelar dirinya sebagai "Tuan Muda" berikutan penyamarannya sebagai anak angkat kepada KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah sehingga berjaya memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Bak kata pepatah "pisang berbuah dua kali". Kejadian yang sama berlaku sekali lagi dan kali ini ianya berlaku kepada Keluarga Diraja Negeri Perak apabila seorang pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai "Raja Rizwin" telah melakukan penyamaran sebagai anakanda kepada Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah iaitu Paduka Seri Sultan Perak ke 33. Disamping menyamar sebagai anakanda Almarhum, "Raja Rizwin" turut membuat beberapa penghinaan yang lain yang berunsur penghinaan terutama kepada kaum kerabat Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak amnya..
Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah Foto : Fairul Hatim |
Bagi "menyempurnakan" penyamarannya, "Raja Rizwin" (RZ) telah memakai nama palsu ber"ibni"kan Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. Hal ini jelas telah menghina kaum kerabat Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah terutama kesemua paduka anakanda Almarhum. Tindakan RZ yang memakai nama Almarhum sebagai "ayahandanya" adalah satu tindakan terlampau dan dianggap tidak menghormati institusi beraja Perak.
RZ |
Disamping menggunakan nama Almarhum Sultan Perak sebagai nama "ayahandanya". RZ turut
menggelarkan dirinya sebagai "Raja Kechil Bongsu Perak" dengan gelaran
hormatnya sebagai "Yang Teramat Mulia" serta menggelarkan dirinya
sebagai "Dato Seri Raja Rizwin". Ingin HUNKZ jelaskan disini bahawa
jawatan Raja Bergelar "Raja Kechil Bongsu Perak" masih lagi kosong dan
keanggotaan jawatan tersebut hendaklah mendapat perkenan DYMM Paduka
Seri Sultan Perak. Keanggotaannya juga bukanlah dari kalangan rakyat
kebanyakan ataupun rakyat biasa. Tindakan RZ yang menggelarkan
dirinya dengan gelaran tersebut jelas mempermainkan kedaulatan sistem
penggiliran diraja Perak serta mencabar DYMM Paduka Seri Sultan Perak. RZ
juga menggelarkan dirinya sebagai "Dato Seri" dan pada hujung namanya
turut disertakan dengan Darjah dan Bintang Kebesaran yang "diterimanya".
Tindakan RZ ini sekali lagi dianggap mencemarkan ketinggian dan
kehormatan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Perak dan Johor yang mana
penganugerahannya hanya dilakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
dan DYMM Sultan Johor. RZ juga turut menggunakan lambang kebesaran bagi
DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam surat dibawah ini. Penggunaan
tersebut merupakan kesalahan besar kerana lambang tersebut hanya boleh
dipakai oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak sahaja.
PENGHINAAN 3.
Selain daripada mengguna nama Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan menggelarkannya sebagai "Raja Kecil Bongsu" RZ turut meletakkan gambarnya "bersama" Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. Dalam gambarnya, RZ memakai tengkolok dengan ikatan yang hanya dikhaskan untuk Paduka Seri Sultan Perak dan Kerabat Diraja Perak Sahaja.
Apa Komen Anda??.. |
Lantaran kesal dan atas rasa tanggungjawab, anakanda bongsu Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah iaitu YAM Raja Shu'ibah Almarhum Sultan
Idris A'fifullah Shah atau lebih dikenali dengan nama "Ku Ess" telah
mengarahkan pegawai khasnya mengambil tindakan keatas HASHIM BIN AHMAD
ONG yang telah menyamar menjadi anakanda Almarhum ayahandanya bagi
menjaga nama baik dan maruah ayahandanya serta kaum kerabat yang
lain.Tangkapan tersebut telah dilakukan pada 8 Mei 2011 di Hotel
Parkhotel, Kuala Lumpur.
Selepas ditangkap dan dilepaskan. RZ masih belum serik dan sekali lagi melakukan penyamaran dan penipuan untuk kepentingan diri sendiri.RZ kini didakwa berkeliaran dengan penipuannya di negeri Pahang.
Selepas ditangkap dan dilepaskan. RZ masih belum serik dan sekali lagi melakukan penyamaran dan penipuan untuk kepentingan diri sendiri.RZ kini didakwa berkeliaran dengan penipuannya di negeri Pahang.
Hal seumpama ini tidak sewajarnya dilakukan oleh mana mana pihak terutamanya oleh seseorang individu yang lahirnya adalah dari bangsa Melayu. Sebagai bangsa Melayu kita seharusnya mempertahankan dan membela kedaulatan sistem beraja yang berdaulat ini. Raja Raja Melayu merupakan identiti utama yang melambangkan bangsa Melayu itu sendiri. Apabila bangsa Melayu sendiri yang mempermainkan apatah lagi menghina rajanya, apakah ini Melayu namanya?.
Diharapkan agar hal seumpama ini tidak berlaku lagi dan diharapkan Encik Hashim bin Ahmad Ong menyesali akan tindakannya dan tiada lagi RZ yang kedua ketiga dan keseterusnya.......
........................................
Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) & Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT) ingin menjunjung kasih kepada anakanda Almarhum Sultan Idris A'fifullah iaitu YAM Raja Shu'ibah diatas perkenannya mengizinkan pihak Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia untuk berkongsi cerita ini yang terjadi kepada keluarga YAM.
YAM Ku Ess merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Sultan
Idris A'fifullah bersama permaisuri Almarhum iaitu YTM Dato Seri Cik
Puan Norizan binti Haji Hamzah. YAM Ku Ess mempunyai seorang kekanda
iatu YAM Raja Mardiah binti Almarhum Sultan Idris A'fifullah.
Kepada sesiapa yang ingin mengenali YAM, bolehlah ke page YAM di Facebook iaitu "KuEss Idris"
Sama samalah kita sedekahkan "Al Fatihah" kepada ayahanda dan bonda YAM...
credit to-> http://theadmirehunkz.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment