DAP tentang negara Islam, perjuangkan negara Kristian ?
Paderi-paderi membuat bulatan dan bersumpah untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.
Ini adalah satu Majlis makan malam DAP yang 
telah dianjurkan oleh DAP kawasan Parlimen Jelutong malam tadi (6 Mei 
2011) semalam di Hotel Red Rock, Jln Macalister, Pulau Pinang untuk 
meraikan Pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu 
DAP di PRN Sarawak.
Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri 
daripada petugas pusat khidmat AP Jelutong, para pastor dalam dan luar 
negara dan ADUN Sarawak telah hadir termask Jeff Ooi AP DAP Jelutong, 
dan Chiew Chiu Seng ADUN DAP Kidurong.
Kesemua Pastor yang lebih kurang 35 orang 
telah mengadakan upacara angkat sumpah dgn membuat bulatan dan 
bersentuhan tangan masing2 dan berikrar dalam bahasa inggeris iaitu 
ingin menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara dan Perdana 
Menteri Malaysia adalah dari penganut agama kristian.
Pastor ini samada dari tempatan Sarawak atau luar negara adalah antara mereka yang telah membantu DAP berkempen di Sarawak.
Mereka berada di Pulau Pinang untuk 
Konvensyen di Berjaya Hotel dan perjumpaan khas pada sebelah malam di 
Pusat Kristian Pulau Pinang Jalan Khaw Sim Bee, Pulau Pinang.
Karpal Singh pernah meyuarakan tentangan 
yang begitu hebat menentang Negara Islam atas alasan menegakkan negara 
sekular, tapi majlis ini menunjukkan DAP bersama dengan pastor-pastor 
Kristian yang bertekad untuk menegakkan sebuah negara Kristian di 
Malaysia dengan Perdana Menterinya seorang Kristian.

























0 comments:
Post a Comment