Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

12 September 2013

BAHTERA SAMUDERA adalah Pertubuhan Berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 (ROS)

Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) merupakan pertubuhan berdaftar mengikut undang undang negara Malaysia di bawah  Akta Pertubuhan Malaysia 1966 (Akta 355) dan di daftarkan secara sah dengan "Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia" Kementerian Dalam Negeri (KDN ) dan diberi nama "Pertubuhan Muafakat Malaysia" (MUAFAKAT)."No Pendaftaran dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Kementerian Dalam Negeri(ROS)" : PPM-013-14-08072013







( Logo Rasmi  : " PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA " )
klik 2x pada gambar-gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas.
--------------------------------------------------

               
(LATARBELAKANG / PENGENALAN  PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA" (MUAFAKAT) )

- "PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA" (MUAFAKAT) DAPATLAH DIDEFINISIKAN SEBAGAI :

 " PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG BERTUJUAN UNTUK MENYATUPADUKAN SERTA MENJALINKAN HUBUNGAN PERMUAFAKATAN DENGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU SERTA MENJALINKAN HUBUNGAN BERSEKUTU YANG ERAT DENGAN BANGSA BANGSA LAIN WALAU PON BERBEZA IDEOLOGI PEMIKIRAN,POLITIK,ETNIK,KAUM,AGAMA,BUDAYA DAN ADAT DI MALAYSIA INI"

- SEBAB-SEBAB TERTUBUHNYA "PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA" (MUAFAKAT) IALAH KERANA :

 (1) MELIHAT TERLALU BANYAKNYA PERPECAHAN DAN PERGADUHAN  DI KALANGAN RAKYAT-RAKYAT DI MALAYSIA KERANA PERBEZAAN IDEOLOGI POLITIK DAN FAHAMAN SEHINGGA TERJADINYA BUDAYA BERPUAK PUAK. 

(2) MELINDUNGI HAK-HAK BUMIPUTRA UNTUK BERGIAT AKTIF DALAM BIDANG AGAMA,KEBAJIKAN,SUKAN,PERMAINAN, PERSILATAN,AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA DISAMPING MENJALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN BUKAN BUMIPUTRA.

(3) MERUPAKAN SUATU ALTERNATIF DAN LANGKAH UNTUK MEMULIHKAN GOLONGAN YANG SUDAH JAUH TERPESONG DARI GAYA KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERMANFAAT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

(4) INGIN MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM TERUS MENJALANKAN AKTIVITI YANG  LEBIH BERFAEDAH DAN SIHAT BELANDASKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI PEGANGAN UTAMA UMAT ISLAM.

(5) MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DAN JENAYAH DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN .

(6) MENGEKALKAN KONSEP "AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR" DALAM PERJUANGAN MEMBELA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA MEMELIHARA HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ORANG BUKAN ISLAM SELARAS DENGAN TUNTUTAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI " HABLUN MINALLAH WAHABLUN MINANNAS " ( MENJAGA HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ALLAH DAN SESAMA MANUSIA)

(7) MEMBANTU PIHAK BERKUASA BERSAMA SAMA MEMBENDUNG KEGIATAN MAKSIAT DAN JENAYAH SEPERTI JUDI,ARAK,ZINA,DADAH DAN LAIN LAIN LAGI YANG SEMAKIN BERLELUASA DI KALANGAN GENERASI HARI INI. 

(8) INGIN MENHIDUPKAN SUASANA MASYARAKAT MELAYU ISLAM YANG HARMONI,SEJAHTERA,BERSATU PADU DAN HIDUP DENGAN AMAN DAN TENTERAM SERTA BERKERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SEGALA AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA. 

(9) MENGAMALKAN KONSEP "BERAT SAMA DIPIKUL SERTA RINGAN SAMA DIJINJING" DI KALANGAN SEGALA AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA.


(10) MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA KEKUATAN,KEHARMONIAN DAN KEAMANAN AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA.





        MOTO :  "MUAFAKAT ASAS PERPADUAN UMMAH" 

Penasihat Utama / Yang Dipertua : "
Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie (dmp,amp,pad,tpamk)"

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.















Radio








































Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Bukti ajaran Syiah menghalalkan pembunuhan ahli sunnah wal jamaah


‘Jika diteliti kitab2 karangan ulamak Syiah, mereka memang menganggap golongan sunni adalah kafir dan darahnya halal untuk dibunuh.. terbukti di negara2 spt Pakistan, malah di Iraq sendiri berlaku pembunuhan orang orang Islam yang berpegang teguh pada Ahli Sunnah Wal Jamaag (sunni) (selepas kejatuhan Iraq)

1. Mullah Baqir Majlisi (dianggap penutup kepada Ulamak Hadis.. kira alim besar Syiah la ni) berkata : ““Ketahuilah, ungkapan lafaz syirik dan kufur kepada orang yang tidak beritikad dengan keimaman Ali dan para imam dari anak cucunya a.s. dan kelebihan mereka mengatasi orang lain menunjukkan mereka itu kekal di dalam neraka.” (Bihar al-Anwar jilid 23 halaman 390)
Ahlus Sunnah tidak beri’tiqad bahawa Imam itu adalah salah satu rukun Islam.. sebaliknya Syiah menganggap ianya daripada rukun Islam.. maka, sudah tentu Ahlus Sunnah mengingkari pendapat mereka.. maka jatuhlah syirik dan kufur (spt mana kenyataan ulamak besar mereka itu)
2. beliau menjelaskan lagi dalam halaman 391 kitab yg sama, jilid yg sama : ““Syi`ah Imamiyah sepakat tentang orang yang mengingkari imamah salah seorang imam dan membantah ketaatan yang diwajibkan Allah kepadanya (imam) sebagai kafir sesat yang selayaknya kekal di dalam neraka”.
3. “Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.” (`Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf)
Ini antara kenyataan yg menghalalkan darah ahlus sunnah..
4. “Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307)
Ini kenyataan Ulamak Syiah bernama Nikmatullah Al-Jazairi… Bahkan ada lagi kenyataan2 yg sangat mengenjutkan terhadap ahlus sunnah :
5. ““Penjelasan tentang al-Nasibi (ahlus sunnah) dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306)
Mereka menganggap ahlus sunnah sebagai najis? Sedangkan ahlus sunnah pun tak pernah menganggap org bukan Islam sebagai najis…
6. ““Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita.” (ar-Raudhah : 431)
Ini kenyataan daripada Ulamak Besar Syiah juga iaitu al-Kulayni..
Ini adalah gambar peristiwa pembunuhan ulamak sunni di Pakistan.. dipercayai oleh puak Syiah :
Walaupun mungkin ianya dilakukan oleh ekstrimis Syiah (pelampau), namun, kalau tidak ada fatwa kekafiran sunni dan halalnya darah sunni oleh Ulamak Besar Syiah, maka memang tak boleh disabitkan kepada Syiah… ini dah jelas2 Ulamak Besar mereka menyatakan sunni itu kafir dan darah serta harta mereka halal untuk dibunuh syiah.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Siapakah Syiah itu sebenarnya?

Syiah terbahagi kepada berpuluh-puluh puak, bahkan ada yang mengatakan sehingga 300 puak. Terdapat Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah, Syiah Zaidiyyah, Syiah Ismailiyyah, Syiah Kaisaniyyah dan banyak lagi. Tulisan kali ini hanya akan membicarakan tentang Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah atau Syiah Jaafariyyah yang penganutnya agak ramai di Malaysia ketika ini.

Dr. Ali Ahmad As Salus dalam bukunya yang bertajuk Ma'a Al Ithna Asyariyyah fi Ushul wal Furugtelah memulakan dengan petikan ini:

"Syiah Ithna Asyariyyah tidak semuanya sama, sebahagian mereka yang melampau yang kita lihat apa yang mereka tulis mengandungi perkara kufur dan zindiq, sebahagian yang lain menyeru kepada pandangan yang lebih sederhana dan ada juga yang mencampurkan antara pandangan yang melampau dan sederhana."

Rujukan Syiah

Tafsir Hasan Al Askari,Tafsir Al I'yasyi dan Tafsir Al Qummi.

Ketiga-tiga tafsir ini muncul pada kurun ketiga hijrah. Penulisnya mengkafirkan para sahabat khususnya Khulafa' Ar Rasyidin sebelum Saidina Ali dan semua yang membai'ah mereka. Penulisnya juga beriktikad Al Quran ada yang telah diselewengkan secara nas dan makna. Mereka beriktikad tentang Imamah 12 orang imam sehingga ke peringkat syirik. 

Al Kafi, karya Al Kulani

Kitab ini kitab hadis yang terbesar. Mengandungi 8 juzuk, 2 juzuk yang pertama dikenali dengan nama Al Usul Min Al Kafi, juzuk 3 hingga 7 dikenali dengan nama Al Furu' min Al Kafi, dan juzuk terakhir dikenali dengan nama nama Ar Raudhah min Al Kafi. Pada Syiah, kitab ini menyamai taraf kitab Sahih Bukhari. Kitab ini ditulis oleh Muhammad bin Yaakob Al Kulaini yang merupakan murid Al Qummi, pemilik Tafsir Al Qummi. Buku ini mempunyai kedudukan yang sangat tinggi pada penganut Syiah dan telah disyarahkan oleh lebih 50 ulama Syiah yang lain. 

Kitab Tafsir Al Tibyan, karya Al Tusi

Penulis kitab ini ialah Al Tusi, seorang ulama besar Syiah Ithna Asyariyyah. Beliau menulis kitab ini dengan membawa pandangan yang sederhana dan cuba menentang kesesatan yang dibawa oleh orang-orang sebelumnya. Walau bagaimanapun, beliau terpengaruh dengan sebahagian akidah yang menyeleweng ketika menghuraikan tafsir ayat-ayat Al Quran.

Kitab Al Murajaat

Karya Abdul Hussein Syarafuddin Al Musawa "Hamba Hussein" ini merupakan sebuah kitab yang isi kandungannya dipetik daripada ulama Syiah yang melampau sahaja. Bahkan penulisnya menambah isi kandungannya menjadikan ia lebih syirik, lebih kufur dan lebih sesat. Beliau tidak memetik dari Kitab At Tibyan, karangan At Tusi. Penulis kitab ini dianggap sebagai Syiah Rafidhah yang paling melampau, zindiq dan kufur.

Kitab Lillah Summa Littarikh / Kenapa Aku Meninggalkan Syiah

Buku ini berjaya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh beberapa orang penuntut Al Azhar. Penulis buku ini ialah As Sayyid Hussein Al Musawi. Beliau cuba memperbetulkan fahaman yang melampau dalam Syiah Ithna Asyariyyah. Buku ini adalah contoh Syiah yang sederhana dan tidak melampau. Mereka menyanjung tinggi kedudukan para sahabat dan memuliakan ahlul bait sama seperti Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kedudukan ulama ahlul bait yang dianggap imam dibersihkan daripada iktikad yang syirik.

As Syiah Wal Tashih: As Sira' Baina As Syiah wal Tasyayyu'

Buku ini ditulis oleh Dr Musa Al Musawi. Buku ini juga antara buku Syiah yang sederhana. Penulisnya cuba mengajak penganut Syiah supaya tidak melampau dalam ajaran Syiah dan mengajak mereka kembali kepada ajaran imam-imam mereka yang sebenar.

Asal Usul Syiah

Perkataan 'Syiah' disebut beberapa kali dalam Al Quran. Antaranya:

"Kemudian pasti akan Kami tarik dari tiap-tiap golongan siapan di antara mereka yang sangat durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah." (Maryam: 69)

"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; seorang  daripada golongannya (Bani Israel) dan seorang (lagi) daripada musuhnya (kaum Fira'un). Maka orang yang daripada golongannya meminta tolong kepadanya untuk mengalahkan orang daripada musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuh itu. Musa berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya)." (Al Qasas: 15)

"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (Nuh)." (As Shoffat: 83)

Golongan Syiah sering berhujjah dengan mengatakan perkataan 'Syiah' disebut dalam Al Quran untuk mempertahankan kebenaran aqidah mereka. Tidak semestinya apabila disebut dalam Al Quran menandakan aqidah ajaran itu sahih. Fira'un, Namrud dan Haaman juga disebut di dalam Al Quran biarpun mereka sesat serta kufur. 

Perkataan 'Syiah' di dalam Al Quran membawa maksud pengikut. Syiah Ithna Asyariyyah ialah salah satu puak Syiah Imamiyyah yang dikategorikan oleh para ulama sebagai melampau. Mereka juga menggelarkan diri mereka dengan nama Syiah Ja'fariyyah, iaitu salah seorang yang mereka anggap sebagai imam mereka. Perkataan Itha Asyariyyah bermaksud dua belas, ataupun merujuk kepada 12 orang imam mereka. Khomeini dan Kerajaan Iran adalah pendokong kepada aliran ini. Mereka mendakwa sebagai umat Islam yang mempercayai 12 imam setelah kewafatan Rasulullah SAW dengan Saidina Ali sebagai imam yang pertama. Mereka juga mendakwa sebagai golongan yang mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW serta melebihkan mereka daripada sahabat-sahabat yang lain.

Perlu dijelaskan di sini, Syiah ini bukan seperti golongan Syiah yang ada di kalangan sahabat dan tabi'in yang menyebelahi Ali R.A. ketika berlaku persengketaan dengan Muawiyyah.

Tulisan ini dipetik daripada buku bertajuk, "Siapa Syiah Sebenarnya" karangan Ustaz Abdullah Din dan Ustaz Azfar Abdullah.


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Perbezaan Aqidah Ahli Sunnah dan Syiah

BIL
AHLI SUNNAHSYIAH
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan.Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
2
Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi SAW.Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.Beriktiqad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir.Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah SAW . Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum.
5
Syariat Islam adalah sempurna.Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai).Menolak periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain.Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah pegangan mereka.
8
Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam.Tidak percaya kepada Ijmak sama ada dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu.Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja atau tidak.
10
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah satu bukti kebenaran.Mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT.Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.

Berdasarkan perbezaan-perbezaan pegangan dan sumbernya antara Sunni dan Syiah, maka tiada jalan untuk mencapai perpaduan dan mempererat hubungan keduanya dengan menggunakan pendekatan aqidah ataupun sumber pegangan melainkan salah satu pihak meninggalkan sumber pegangan mereka dan mengiktirafkan sumber yang lain. Walaupun ada titik pertemuan antara kedua pihak, tetapi banyak perselisihan pada akar umbi yang mewujudkan jurang pemisah yang dalam dan jauh sejauh timur dan barat.

Dakwah ke arah perpaduan bermakna menimbus lubang dan mengecilkan jarak pemisah tersebut. Ini bermakna salah satu pihak melangkah masuk ke pihak yang lain dengan menerima aqidah dan prinsip pihak yang satu lagi. Pihak mana yang bakal memihak kepada pihak yang satu lagi untuk merealisasikan perpaduan dengan meninggalkan aqidah serta prinsip-prinsip dasarnya? Apakah hukum bagi mereka yang mendakwa bahawa Rasulullah SAW menyembunyikan sebahagian yang diturunkan kepadanya? Bagaimana boleh berlaku perpaduan pada permasalahan sahabat yang telah hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, menyaksikan bersama turunnya Al-Quran kepada mereka dan dibacakan ke atas mereka. serta Allah SWT telah redha akan mereka, dijanjikan mereka dengan syurga, sedangkan satu pihak mencaci, memfitnah, mengkafirkan dan menjanjikan kepada mereka balasan neraka.

Bagaimana perpaduan akan terlaksana sekiranya umat tanpa ada imam yang memimpin mereka memperbaik urusan-urusan mereka disebabkan imam itu telah hilang selama 12 kurun, meninggalkan mereka dalam kesesatan serta tidak tentu hala tujuan menyebabkan segala urusan-urusan mereka sia-sia tanpa kewujudan imam di kalangan mereka. Adalah menjadi satu kewajipan kepada mereka yang mengangkat syiar perpaduan untuk benar-benar ikhlas pada dakwah mereka dan meninggalkan iktiqad yang terdahulu, serta memperkuat hubungan dengan jumhur muslimin ( majoriti umat Islam), membersihkan sumber-sumber maklumat yang terdahulu daripada kebathilan untuk kembali kepada yang hak dengan kebenaran.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Siapa itu Imam Mahdi dan tenteranya?

Dalam sebuah hadis Nabi saw mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan memerangi penguasa yang zalim dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya, dan akan menegakkan kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj dan sistem Islam.
Mafhum Hadis:
“Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku, namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435).
Hadis lain:
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa bumi. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Info mengenai Tentera Panji-Panji Hitam:
Tentera Panji Hitam dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak dikalahkan kerana mendapat perlindungan Allah.
Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini
akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah.
Hadis-hadis tentang Panji-panji Hitam Dari Timur
Sabda Nabi SAW:
1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah)
2. “Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi”
3. “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis”.
4. “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
5. “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
6. “Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya”. (HR Nuaim bin Hammad)
7. “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.”(HR At-Tarmizi)

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Apa itu Ops Cantas Khas?

Sejak beberapa hari ini, Ops Cantas adalah antara topik yang paling banyak diperbualkan sama ada di kedai-kedai kopi atau di media sosial terutama selepas 5 pembunuh upahan ditumpaskan polis di Pulau Pinang beberapa hari lepas.

Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah itu Ops Cantas Khas yang dimulakan sejak 17 Ogos lalu.

Antara matlamat Ops berkenaan adalah untuk mengesan kembali bekas banduan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam aktiviti jenayah.

Mana-mana individu yang dikesan dalam Ops Cantas akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah untuk tempoh 24 jam.

Jika tambahan masa diperlukan untuk siasatan lanjut, suspek akan direman selepas mendapat perintah mahkamah.

Tumpuan Ops berkenaan banyak kepada individu yang terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.

Selain mengesan kembali bekas tahanan OD, ia juga memberikan penumpuan kepada aktiviti sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman.

Menurut kenyataan pihak PDRM, pelancaran Ops Cantas adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa pencegahan jenayah adalah peranan dan fungsi Pasukan Polis sebagaimana termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967.

Pencegahan Jenayah dilaksanakan melalui 2 cara, iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas berlakunya jenayah.

Walaupun terdapat penurunan kadar jenayah ini tidak bermakna masyarakat di negara ini boleh berasa selesa dan selamat, sebaliknya kita semua perlu terus bekerjasama mengembelingkan usaha bagi membendung jenayah.

Tindakan pencegahan jenayah sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama oleh masyarakat dan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Polis.

Justeru itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memulakan operasi bagi mencegah jenayah dengan menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan Ops Cantas Khas, di bawah tanggungjawab ACP Kamarulzaman Mamat, Penolong Pengarah Tahanan/Sekatan D7B, Jabatan Siasatan Jenayah dan dibantu oleh Supt. Amir Rasid Derani, Superintendan Pencegahan D7A, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Buat permulaan, tumpuan diberikan kepada Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan juga Negeri Sembilan dan ia akan berterusan di semua kontinjen-kontinjen.

Usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah yang dibantu dengan kekuatan pegawai dan anggota dari daerah-daerah yang terlibat ini adalah sebahagian daripada pencegahan jenayah.

Walaupun ia seolah-olah menyusahkan pengguna jalanraya di sekitar ibu kota dan Selangor, matlamatnya adalah baik, iaitu dapat membanteras penjenayah melalui pemeriksaan terhadap kenderaan dan individu di sekatan jalanraya

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Penangan Ops Cantas !

"Ketua gangster sekarang bukan macam dulu. Kelihatan ganas dan bertubuh besar, kebanyakkan mereka, macai," ujar anggota polis bertugas lebih 27 tahun dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM.

"Mereka ditahan mengikut Ordinan Darurat sebelum ini, lazimnya terbabit dalam kes apa?," soal saya.

"Antaranya, gangsterism, mereka mengutip wang perlindungan dari pusat hiburan dan menjad dalangsindiket pegedaran dadah. Manakala anak buah mereka ditugaskan menjaga parkir, menjadi bouncer dan 'menjaga' pusat pelacuran dan perjudian. Terdapat juga orang kaya menggajikan mereka sebagai pengawal keselamatan. Masalah selalunya timbul apabila satu kumpulan, 'melanggar' kawasan dijaga oleh kumpulan lain," balasnya.

Masyarakat marhaen barangkali tidak begitu menyedari mengenai kegiatan gangster kerana mereka tidak beroperasi secara terlalu terbuka. Cuma sekali sekali, kita terdengar dan membaca kes dua kumpulan gangster bergaduh kerana berebut kawasan untuk 'dijaga'. Akibatnya, sebilangan ahli kumpulan mengalami cedera parah dalam pertempuran membabitkan senjata tajam.

Klik di sini.

Pada penghujung bulan Julai tahun lalu, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, kecoh. Dua kumpulan kongsi gelap bergaduh menggunakan senjata tajam. Saya hadir di lokasi selepas polis berjaya mengawal keadaan. Saya nukilkan secebis daripada senario kejadian di lokasi membabitkan ahli kongsi gelap itu, klik di sini.

Kita semua harus menerima hakikat, Ops Cantas Khas dilancarkan pada 17 Ogos lalu amat berkesan. Justeru, tidak hairan jika sebilangan ahli kongsi gelap cuba melarikan diri dan membolosi sempadan negara. Mereka bak cacing kepanasan, cuba bersembunyi agar tidak diberkas oleh pihak berkuasa.

BERNAMA melaporkan, 4 September lalu polis telah menangkap 4,777 individu dipercayai terbabit dalam pelbagai kes jenayah.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri, KDN dan PDRM mengumumkan senarai nama 49 kongsi gelap berstatus aktif di media tempatan, satu langkah bijak. Kini, apabila masyarakat melihat tembok batu diconteng '04'  di tempat mereka bermastautin, secara automatik mereka mengetahui akan kewujudan kumpulan kongsi gelap di kawasan didiami.

Dua hari lalu, polis Kuala Lumpur memberkas 34 individu dipercayai ahli kongsi gelap dan merampas pelbagai jenis senjata api di Damansara Damai, klik di sini. Pasukan polis sama juga berjaya menangkap individu, ahli kumpulan 69 bergelar 'ayahanda' di Wangsa Maju dan merampas 4 pucuk pistol tiruan, klik di sini. Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad  Salleh berkata, suspek disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Pengalaman mengikuti banyak operasi sewaktu mengendalikan program 999, terbitan TV3 menunjukkan kemahiran pegawai dan anggota PDRM bukan calang-calang, majoriti mereka kelihatan tenang tetapi amat cekap mengumpulkan maklumat dan bertindak mencegah atau menangani kes jenayah. Tidak ramai antara mereka bertubuh sasa seperti tubuh pegawai polis di negara barat tetapi kemahiran mereka menangani kes jenayah sukar disangkal.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7QHb2m6T4CjGh_l6O3-HS1eEf9F6GCuQkZAp8hAWZJpQ2vt1-mXPLLvFiW2XQ8p9QKJ8xmoilxU7g48iMVAhkD947JKF_2sa4Acv2t9rpcNh_eqUL2Ml3ItDi05b-wF5DZThyz_WYYXGt/s400/1.jpg

Sepengetahuan saya, selama ini, PDRM dan KDN tidak pernah mengistiharkan  perang habis-habisan untuk membanteras kegiatan dan menahan ahli kumpulan kongsi gelap di Malaysia sebesar skala Ops Cantas Khas.

Kini nama kumpulan terbabit bukan lagi taboo sekaligus menjadi sebutan masyarakat.

Biar apapun persepsi negatif dilontarkan oleh pihak tidak berpuas hati  terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, saya tetap memuji tindakan berani beliau. Tindakan selama ini tidak pernah diimplementasikan oleh Menteri Dalam Negeri terdahulu.

Jika Datuk Seri atau anak buah terbaca kandungan entri ini, saya mohon, operasi menangani kes ini dapat disegerakan.

Saya percaya, tiada pengeculian dalam tindakan undang-undang dan undang-undang sedang dilacurkan di depan mata kita semua.

Kepada pihak ingin memejamkan mata, pejamlah. Barangkali mata hati juga tertutup rapat sekali.

( Petikkan dari website Mazidul Sidek)


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

6,515 penjenayah di tahan sehingga kini dalam Ops Cantas


ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan sempena Ops Cantas Khas di Jalan Alor, Bukit Bintang baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Polis meneruskan kecekapannya dalam menangani isu samseng yang menganggotai kumpulan kongsi gelap di seluruh negara apabila dapat menahan lagi seramai 1,709 gengster yang disyaki terlibat dengan jenayah berat menjadikan mereka yang diberkas meningkat kepada 6,515 setakat ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, penahanan tersebut dilakukan sejak polis melancarkan Ops Cantas Khas memerangi gejala samseng pada 17 Ogos lalu.
Katanya, setakat Jumaat lalu, pihaknya telah menahan seramai 4,806 samseng dan merampas sebanyak 221 pelbagai jenis senjata seperti senjata api, senapang angin dan senjata tajam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 September 2013

Rahsia Misi Dajjal dan perjuangan fisabilillah



Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.


  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?


Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.




Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.




Kesimpulannya

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur....

Wallahu’alam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

10 September 2013

Perjuangan sebenar yang diredhai Agama Islam

Memperjuangkan Islam bukan sekadar memberitahu halal dan haram

Membangunkan Islam bukan cukup hanya mengecap seseorang itu bidaah, sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau



Memperjuangkan Islam bagaimana menyuburkan tauhid dalam fikiran

Siapa yang takutkan Tuhan dan mencintai serta menghayati Tuhan

Agar Tuhan jadi tempat rujuk dan tempat menaruh harapan



Tuhan dibesarkan, diagungkan bahkan tempat sandaran insan

Hingga Tuhan diingati di mana-mana dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya



Dari sini barulah orang ingin bersyariat sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan

Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan

Orang akan bersatu padu, rasa bersama dan bekerja sama, lahir timbang rasa, mengutamakan orang lain, khidmat sesama manusia kerana Tuhannya

Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk, yang miskin sabar di dalam hidupnya



Begitu juga berjuang itu sebenarnya menunjuk jalan 

bagaimana mengutamakan akhirat

Menggunakan apa yang ada pada diri manusia

Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam

Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam

Bermasyarakat secara Islam



Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka ada role model untuk diikut

Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya, ekonominya, keluarganya, kebersihannya, kasih sayangnya, kerjasamanya dan lain-lainnya

Inilah PERJUANGAN ISLAM SEBENARNYA

Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan



Yang lebih awal daripada itu semua

Para pemimpin ada ilmu untuk disarankan

Untuk pimpinan dan didikan

Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan



Bukan sekadar slogan, gesaan, dan semangat-semangat yang tidak ada panduan

Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan

Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan



Para pejuang mestilah CUKUP PERSIAPAN

Persiapan ilmu, ROLE MODEL kepada manusia yang hendak disedarkan

Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar

Bukan seperti makan minum dan berpakaian serta hiasan


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: