KUALA LUMPUR - Polis meneruskan kecekapannya dalam menangani isu samseng yang menganggotai kumpulan kongsi gelap di seluruh negara apabila dapat menahan lagi seramai 1,709 gengster yang disyaki terlibat dengan jenayah berat menjadikan mereka yang diberkas meningkat kepada 6,515 setakat ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, penahanan tersebut dilakukan sejak polis melancarkan Ops Cantas Khas memerangi gejala samseng pada 17 Ogos lalu.
Katanya, setakat Jumaat lalu, pihaknya telah menahan seramai 4,806 samseng dan merampas sebanyak 221 pelbagai jenis senjata seperti senjata api, senapang angin dan senjata tajam.
0 comments:
Post a Comment