Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

29 April 2011

RAHSIA WUDHU'

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

Penghulu Segala Hari
--------------------------

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Kelebihan Hari Jumaat
---------------------------

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia

tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun,
sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin,
gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada
hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Kelebihan Solat Jumaat
----------------------------

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.


Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Malaikat Turun ke Bumi
-----------------------------

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan
dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


Kesimpulan
--------------

* Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
* Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut
mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu
seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di
dalam buku kehadiran malaikat.
* Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

KELEBIHAN2 SURAH

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
------------------------------
--------------------------------------------

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
------------------------------
---------------------------------------------

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)
------------------------------
----------------------------------------

Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:

“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
------------------------------
----------------------------------------------

Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
------------------------------
---------------------------------------------

Rasulullah saw bersabda:

” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
------------------------------
-----------------------------------------

-Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:

“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”

Dan Nabi saw bersabda:

“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
------------------------------
-------------------------------------------
Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

28 April 2011

JANGAN MEMBERI SALAM MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"   بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??   Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".   Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)   baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...   Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.   Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.   Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”   Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”   dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”   Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,   saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.   Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;   “WAALAI KUM SALAM”   Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata   “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…   Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”   Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!   Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.   Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.   Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.   Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.   Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.   * Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”   * Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.   * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”   Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..   Sekian, semoga ada manfaatnya

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.



Pengertian Syahadah
--------------------------

Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pengabdian yang tulus murni lagi benar menjadi tuntutan bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Untuk itu, setiap hamba Allah perlu mempunyai akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih dan akhlak yang terpuji. Aspek akidah adalah teras kepada semua itu. Manakala teras kepada perbahasan akidah pula ialah pengertian dan tuntutan syahadah. Syahadah yang dimaksudkan ialah pengakuan dan penyaksian seorang hamba bahawa ‘Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah’.

Ungkapan syahadah ini sering dilaungkan oleh muazzin setiap kali azan dan dilafazkan oleh setiap orang yang solat. Ia sangat penting dalam hidup setiap manusia yang beriman. Selain itu, kepentingan syahadah dilihat dalam 2 keadaan:

Pertama : Islam dibina di atas beberapa rukun dan salah satu rukunnya ialah kalimah syahadah ini. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al- Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :

“Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.”

Kedua : Setiap orang yang ingin memeluk Islam hendaklah mengucapkan kalimah syahadah ini. Inilah yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW, cantohnya ketika Islamnya Abdullah Bin Salam yang asalnya seorang pendeta Yahudi. (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Rasulullah SAW telah menjanjikan banyak kelebihan yang terdapat pada penyaksian agung ini. Sabda baginda SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.”

Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang bermasud:

“Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan ba­hawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya neraka.”

Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap den­gan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta tuntutannya. Justeru, Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu. Sabda rasul SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :

“Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.” 

Syahadah atau penyaksian

لا إله إلا الله محمد رسول الله

membawa maksud: suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada tuhan yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. 


Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang pertama iaitu “Tiada Tuhan Melainkan Allah” adalah seperti berikut:

1. Menuturkan kalimah dalam keadaan mengetahui dan memahami maksudnya sebagaimana firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 19 :

Maksudnya:

“Ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah…”

2. Beramal dengan maksud kandungan kalimah itu. la adalah asas pengutusan para rasul, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 25, yang bermaksud :

“Dan tidak Kami utuskan seorang rasul pun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya, bahawa tiada Tuhan me­lainkan Aku, maka abdikaniah diri kepada-Ku”

3. Menyerah diri kepada Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 128, yang bermaksud:

“Tuhan kami! Jadikanlah kami ber- dua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) menyerah diri kepada-Mu dan juga dari zuriat kami satu umatyang menyerah diri kepada-Mu…”

4. Membenarkan segala yang datang daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nisa’, ayat 87, yang bermaksud :

“…dan siapakah yang lebih benar percakapannya daripada Allah?”

5. Ikhlas dalam melakukan pengabdian dan berlepas diri daripada sebarang bentuk syirik dan khurafat. Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 11, yang bermaksud :

“Katakanlah wahai Muhammad! Sesungguhnya aku diper- intahkan untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan ikhlas beragama kepada-Nya…”

6. Mengasihi Allah melebihi segala yang lain, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 165, yang bermaksud :

“…dan orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.”

Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang kedua iaitu “Nabi Muham­mad hamba dan pesuruh Allah” adalah seperti berikut:

1. Meyakini bahawa Rasulullah adalah manusia pilihan Allah. Baginda juga bukan sekutu bagi Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat 110, yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad)! bahawasanya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu yang diwahyukan kepadaku. Bahawa­sanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu”.

2. Meyakini bahawa baginda Rasulullah dipelihara oleh Allah daripada terjebak dalam sebarang bentuk dosa. Baginda juga dipelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah Allah.

3. Mentaati segala perintah Rasulullah dan menjauhi segala larangarinya. Firman Allah dalam surah Al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud :

“Dan ара yang dibawa datang kepada kamu oleh Rasulullah hendaklah kamu ambil dan ара yang baginda larang, maka hendaklah kamu tinggalkan.” 

4. Membenarkan setiap yang baginda sampaikan. Ini kerana baginda tidak berkata-kata sebarangan, sebaliknya ia adalah panduan daripada Allah. Firman Allah dalam surah An-Najmi, ayat 3 dan 4, yang bermaksud :

“Dan dia yakni Nabi Muhammad tidak bertutur dengan hawa nafsu, sebaliknya ia adalah wahyu yang diutuskan oleh Allah.” 

5. Mencintai Nabi melebihi makhluk yang lain. Sabda rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari:

Maksudnya:

“Tidak beriman seorang daripada kamu hinggalah dia menjadikan aku yang paling dicintai melebihi bapanya dan anaknya serta semua manusia.”

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

HARI KIAMAT



*Pengertian Hari Kiamat, Tanda/Ciri Dan Macam/Jenis Kiamat *

A. Pengertian / Arti Definisi Hari Kiamat (Hari Akhir)

Hari Kiamat adalah peristiwa di mana alam semesta beserta isinya hancur luluh yang membunuh semua makhluk di dalamnya tanpa terkecuali. Hari kiamat ditandai dengan bunyi terompet sangkakala oleh Malaikan Israfil atas perintah dari Allah SWT.

Setelah semua makhuk yang hidup mati maka Allah SWT akan membali memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniup terompet untuk yang kedua kali guna membangunkan orang semua yang telah mati untuk bangkit kembali mulai dari manusia pertama zaman Nabi Adam hingga manusia yang terakhir saat kiamat tiba untuk melaksanakan hari pembalasan.

B. Macam-Macam / Jenis-Jenis Kiamat

Kiamat ada dua macam, yakni :

1. Kiamat Sughra/Sughro (Kiamat Kecil)

Kiamat Sughra adalah kiamat kecil yang sering terjadi dalam kehidupan manusia yaitu kematian. Setelah mati roh seseorang akan berada di alam barzah atau alam kubur yang merupakan alam antara dunia dan akhirat.

Kiamat sughra sudah sering terjadi dan bersifat umum atau biasa terjadi di lingkungan sekitar kita yang merupakan suatu teguran Allah SWT pada manusia yang masih hidup untuk kembali ke jalan yang lurus dengan taubat.

2. Kiamat Kubra/Kubro (Kiamat Besar)

Kiamat kubra adalah kiamat yang mengakhiri kehidupan di dunia ini karena hancurnya alam semesta beserta isinya. Setelah kiamat besar maka manusia akan menjalani alam setelah alam barzah / alam kubur. Lihat Di Sini untuk melihat lebih rinci.

Kiamat kubra akan terjadi satu kali dan itu belum pernah terjadi dengan kejadian yang benar-benar luar biasa di luar bayangan manusia dengan tanda-tanda yang jelas dan pada saat itu segala amal perbuatan tidak akan diterima karena telah tertutup rapat.

C. Tanda-Tanda Hari Kiamat Akan Tiba

Kapan akan datang hari kiamat, tidak seorang pun tahu termasuk Nabi Muhammad SAW. Namun kita dapat mengetahuinya dengan memperhatikan tanda-tanda di mana hari kiamat akan datang, yaitu antara lain :

1. Asap di Timur dan Barat
2. Munculnya Dajjal
3. Muncul binatang melata di bumi (Dabatul Ard)
4. Terbit matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa AS
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman yang menghalau manusia ke tempat pengiringannya

Tambahan :
Persiapkan diri kita sebaik mungkin untuk menghadapi kiamat kecil dan kiamat besar karena itu pasti akan terjadi. Jadilah orang yang beriman dan bertakwa untuk selamat dari siksa neraka dan mendapat surga dari Allah SWT.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

HARAMNYA ARAK



Kenapa Arak Haram?

ALLAH SWT berfirman: "dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". " hai orang² yang beriman, sesungguhnya arak, permainnan judi, berhala-berhala, tenung(sihir), adalah perbuatan syaitan, maka jauhilah, mudah-mudahan kamu sekalian berbahagia". Surah Al Maidah:90 

Diriwayatkan Nabi Nuh as ketika menanam pokok anggur, pohon itu tidak subur, maka datanglah iblis yang terkutuk berkata: "Hai utusan Allah, apabila engkau mengkehendaki pohon itu subur, makaizinkanlah saya menyembelih tujuh ekor binatang untuk dijadikan baja bagi pohon itu." Kata Nabi Nuh: "kerjakanlah." Maka Iblis menyembelih harimau, beruang, serigala, anjing, ayam jantan, harimau belang, dan musang. Setelah itu diperahkan daging binatang² yg disembelihnya tuangkan pada pangkal pohon anggur itu. Di saat itu juga pohon tersebut tumbuh subur dan berbuah tujuh jenis warna. Sebelum itu hanya sejenis saja yg berbuah . oleh kerana itulah orang yg meminum arak menjadi garang seperti harimau, kuat seperti beruang, pemarah seperti harimau belang suka bercakap seperti serigala, suka gaduh seperti anjing, suka dendam seperti beruang, dan suka bersuara seperti ayam jantan. KITAB HAYATUL QULUB. 

Abu Lais (ahli fekah) berkata: "jauhilah meminum khamar (arak) kerana di dalamnya terdapat 10 perbuatan yang tercela: 

•1. Apabila seseorang meminum arak, makan kedudukannya menjadi seperti orang gila dan akhirnya menjadi bahan ketawa dan dia tergolong orang yg tercela. 

•2. Hilang akal dan menabur-naburkan wang ringgit. 

•3. menimbulkan pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain. 

•4. menjadi penghalang seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan lain². 

•5. Mendorong melakukan perbuatan zina dan juga berkemungkinan menceraikanisterinya tanpa sedar kerana mabuk. 

•6. merupakan kunci semua kejahatan kerana orang yg meminum arak itu mudah melakukan perbuatan derhaka kepada tuhan dan manusia. 

•7. Mengakiti para malaikat Hafadhoh kerana dia memasukannya ke dalam golongan longan orang yg fasik. 

•8. Peminum arak wajib dirotan sebanyak 80 kali. Sekiranya terlepas di dunia maka dia akan dihukum rotan di akhirat kelak daripada neraka dengan disaksikan orang ramai dan ibu bapanya serta kawan²nya 

•9. Menyebabkan pintu² langit tertutup dan semua amal perbuatan baiknya turut berdoa tidak diterima selama 40 hari. 

•10.Membahayakan diri kerana dikhuatiri dicabut nyawanya dengan tidak membawa iman, aku berlindung pada allah atas perbuatan tersebut. Semua akibat seksaan ini adalah merupakan seksaan di dunia sahaja belum menghadapi menghadapi seksaan di akhirat kelak.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

27 April 2011

Mesyuarat MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA Cawangan Bangi,Selangor

Pada pertengahan April baru-baru ini telah berlangsung Mesyuarat Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia Cawangan Bangi,Selangor yang dihadhiri oleh Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe,Kekanda Paduka Cikgu Syukor,Tuan Ustaz Amzar ( Mewakili PDRM IPD Baling,Kedah) , Cikgu Wanji & Cikgu Jeff (dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor )


( Dari kiri Cikgu Wanji , Kekanda Paduka Cikgu Syukor , Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe & Tuan Ustaz Amzar ( PDRM IPD Baling,Kedah )

( Dari kiri - Cikgu Jeff , Kekanda Paduka Cikgu Syukor ,Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe & Tuan Ustaz Amzar ( PDRM IPD Baling,Kedah )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

TENTERA FI SABIL LILLAH TERUSKAN PERJUANGAN



Wahai para mujahid maralah kehadapan,kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran,korbankan lah hartamu sekalipun jiwa raga,teguhkan keyakinan teruskan perjuangan....
wahai para mujahid jgn lah terpengaruh,ujian nikmat hidup duniawi,biarpun ianya begitu indah,namun hanya sementara...
memang berjuang itu terkorban,kerana kita berjuang untuk terkorban,itulah asam garam perjuangan,syarat untuk mendapat cinta Allah...
wahai para pejuang kebenaran,suburkanlah semangat juangmu,setiap masa sepanjanghayat mu,dengan irama hiburan ini...
tempuhilah penderitaan didalam perjuangan,kerana itu adalah penghapus dosa mu,berjuang kerana ilahi,walaupun sedikit tetap dinilai sebagai amalan mu yang solleh.....///

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

WASIAT UNTUK ANAK BANGSAKU





TUJUH WASIAT BUAT ORANG MELAYU



Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).


KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.


KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak) Wasiat tersebut diamanatkan menjelang kemerdekaan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, mengekalkan kedaulatan dan kuasa serta kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja- Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi. Dengan itu, Perlembagaan Persekutuan yang digubal telah memaktubkan fasal-fasal tertentu yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja sebelum sebarang pindaan Perlembagaan dibenarkan berkuat kuasa.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

KELEBIHAN AYAT AL-QURSI

KELEBIHAN AYAT QURSI : 
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Salam/// dimaklumkan kepada Ahli Jemaah A.L.P ,,Ayahanda Pengasas A.L.P. (Ayahanda Lan Perikanan) kini sedang mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim sungai petani, Akibat lumpuh sebelah badan,,Doa Ahli2 Jemaah A.L.P dan Semua Jemaah Seperjuangan diharapkan semoga Ayahanda cepat sembuh..///
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

TERUSKAN PERJUANGAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR



Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..? Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur


Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

26 April 2011

MESYUARAT BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA NEGERI MELAKA (24/4/2011)

Pada 24.4.2011 (Ahad) telah berlangsung "Mesyuarat Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia Negeri Melaka" di bawah kepimpinan Abang Long Boy Melaka,Abang Ngah Fizi Melaka.Syabas diucapkan kepada Majlis BAHTERA SAMUDERA Malaysia Negeri Melaka kerana berjaya menjalankan Mesyuarat tersebut.Berikut ialah gambar wakil dari Melaka yang sempat di rakamkan.
( Klik 2x pada gambar  untuk paparan yang lebih jelas )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

25 April 2011

Reunion Majlis BAHTERA SAMUDERA Family di Times Square Bukit Bintang,Kuala Lumpur (24/4/2011)

Gambar-gambar BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA Happy Family Reunion dari Melaka,Terengganu,Kedah,Petaling Jaya & Shah Alam di Times Square Bukit Bintang , Kuala Lumpur 24.4.2011 jam 5 Petang.Terima kasih kepada semua yang menyerikan majlis ini.Terima kasih juga buat Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B.S),Tiger Long Kai Petaling Jaya,Abang Long Boy Melaka,Abang Ngah Fizi Melaka,Srikandi Adlyn Terengganu dan semua wakil wakil dari Melaka,Terengganu,Kedah dan Selangor yang hadhir!

(Untuk Paparan yang lebih jelas klik 2X pada gambar)



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

19 April 2011

Apa Itu Amar Makruf Nahi Mungkar?


Amar makruf nahi mungkar merupakan salah satu ciri yang hanya boleh dijumpai pada kaum Muslimin, tidak ada pada umat-umat yang lain. Bahkan keistimewaan umat Islam banyak dicirikan dan dikaitkan dengan adanya sifat amar makruf nahi mungkar. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amar makruf nahi mungkar dan menggandingkannya serta mengaitkannya dengan sifat-sifat sebagai seorang Muslim, contohnya dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Menurut ahli tafsir al-Qasimi dalam kitabnya Mukhtasar min Mahasini at-Ta’wil, sifat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ ini menjadi keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam dan tidak diberikan kepada mana-mana umat yang lain.

Yang disebut sebagai makruf menurut timbangan syariat adalah setiap ‘iktikad (keyakinan), perbuatan (amal), perkataan (qaul), atau isyarat yang telah diperakui oleh asy-Syari’ (Allah) yang Maha Bijaksana dan diperintahkan sebagai bentuk kewajiban (wujub) ataupun suatu dorongan (nadb).’ (Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Amar Makruf Nahi Munkar, hlm. 19, Darul Furqan).

Oleh yang demikian, beriman kepada Allah SWT dan RasulNya, pada Hari Qiamat, syurga dan neraka, dan lain-lain adalah dianggap sebagai perkara yang makruf dan diperintahkan. Ia juga berkaitan dengan iktikad (keyakinan/keimanan). Perlaksanaan solat, puasa, zakat, haji, sedekah, berjihad fi sabilillah dan yang seumpama dengannya pula adalah tercakup dalam perbuatan-perbuatan (amal) yang makruf. Mengucapkan/melafazkan kata-kata yang haq (benar), memerintahkan untuk menjalankan kewajiban agama, dan melarang terjerumus dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dosa, juga tergolong dalam perkara yang makruf.

Jadi makruf di sini bererti al-khair (kebaikan). Oleh itu, amar makruf bermaksud perintah atau dorongan untuk menjalankan perkara-perkara yang makruf (kebaikan) yang dituntut atau dorongan oleh akidah dan syariat Islam.

Sebaliknya yang dinamakan dengan mungkar menurut timbangan syariat Islam adalah ‘setiap iktikad (keyakinan/keimanan), perbuatan (amal), ucapan (qaul) yang diingkari oleh as-Syari’ (Allah) Yang Maha Bijaksana dan wajib dijauhi.’ (Abu Faris, hlm. 20, Darul Furqan).

Oleh yang demikian, syirik kepada Allah, percaya kepada ramalan bintang dan dukun, menyandarkan nasib pada mentera-mentera dan tangkal dan yang sejenis dengannya, adalah keyakinan yang mungkar. Begitu juga dengan meminum arak, berzina, mencuri, mengumpat, berdusta, bersaksi palsu, korupsi, rasuah, membunuh tanpa hak, meminta bantuan ketenteraan negara kafir untuk memerangi sekumpulan umat Islam, mengabaikan urusan rakyat, mengambil harta milik masyarakat (milik umum) tanpa kebenaran syariat, menjalankan hukum taghut (selain hukum Islam) adalah termasuk tindakan-tindakan mungkar. 






 Jadi mungkar di sini bererti ash-syarr (keburukan). Oleh kerana itu, nahi mungkar bererti perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang mungkar (keburukan), yang dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Amar makruf nahi mungkar adalah diwajibkan oleh syariat Islam sepertimana dalam firmanNya dalam surah Ali-‘Imran, ayat 104 yang bermaksud; “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

Adapun taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran), ia juga diwajibkan ke atas setiap Muslim. Caranya juga telah ditentukan oleh Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW (yang bermaksud):

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).

Menurut Qadhi Iyadh, hadis ini adalah berkaitan dengan sifat-sifat seseorang yang mahu mengubah kemungkaran. Orang yang hendak mengubah kemungkaran berhak mengubahnya dengan pelbagai cara yang dapat melenyapkan kemungkaran tersebut, baik melalui perkataan mahupun perbuatan (tangan). Jika seseorang memiliki dugaan/syak yang kuat (yakni jika diubah dengan tangan akan muncul kemungkaran yang lebih besar lagi seperti menyebabkan risiko akan dibunuh atau orang lain bakal terbunuh disebabkan perbuatannya), cukuplah ia mengubah kemungkaran itu dengan lisannya. Jika ia merasa khuatir bahawa ucapannya itu juga boleh mengakibatkan risiko yang sama, cukuplah diengkari dengan hati. Itulah maksud hadis tersebut (Imam An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim).

Yang dimaksudkan dengan mengubah kemungkaran melalui hati pula adalah dengan menasihati pelaku kemungkaran tersebut (secara persendirian/personal). Tetapi apabila difikirkan jika hal itu dilakukan atau tidak mampu dilakukan kerana adanya risiko kemungkaran yang lebih besar, maka ia hendaklah membenci di dalam hati di samping memutuskan hubungan dengan kemungkaran dan para pelakunya melalui tindakan-tindakan seperti berikut: tidak duduk bersama mereka ketika mereka melakukan kezaliman/kemungkaran/kemaksiatan , tidak makan minum bersama mereka, tidak melayani kehendak mereka, tidak menyediakan sebarang kemudahan yang dapat membantu atau mendorong mereka melakukan kemungkaran dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, perlu dijelaskan dan diingatkan di sini bahawa tindakan-tindakan sebegini adalah hanya bagi individu atau sekolompok atau sekumpulan umat Islam (Pertubuhan/Persatuan/Parti) yang tidak berautoriti. Tetapi lain pula halnya bagi pemerintah atau ketua negara, tindakan memerangi kemungkaran adalah suatu tanggungjawab dan wajib dilakukan dalam semua keadaan dan perkara tanpa perlu melihat siapakah yang terlibat dan apakah kesannya kepada kerajaan. Meraka adalah pihak yang berkuasa penuh dan mempunyai segala macam kemudahan untuk mengatasinya dan meleyapkannya dengan ‘tangan’. Mereka perlu melaksanakan amar makruf nahi mungkar dengan sepenuh kudrat yang ada. Mereka tidak boleh serta tidak layak untuk memberi sebarang alasan untuk lari daripada tujuan tersebut.

Masalah utama sekarang, pemerintahan yang sedang berjalan di tengah-tengah kaum Muslimin pada ketika ini adalah pemerintahan dan negara yang telah berubah menjadi Darul Kufur, syariat dan perlembagaan Islam (al-Quran dan as-Sunnah) digantikan dengan sistem hukum taghut (Perlembagaan Persekutuan, English Common Law dan sebagainya). Sekularisme dijadikan dasar negara, kedaulatan negara bukan lagi berada di tangan Allah SWT tetapi di tangan manusia (rakyat), kekufuran bermaharajalela dalam segenap lapisan masyarakat, dari dasar akar umbi sehingglah ke cabang-cabangnya. Sistem dan ideologi kufur berkuasa penuh (Sosialisme, Kapitalisme-Demokrasi) serta menjadi akidah dan pegangan umat yang mengaku dirinya sebagai Islam, bahkan dibelanya bermati-matian. Ini dengan terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa negara itu sendiri telah menjadi pelaku dan juga pemelihara kemungkaran. Jadi apakah yang harus kita lakukan sekarang sebagai seorang yang mengaku Muslim?

Jawapannya adalah, kaum Muslimin pada saat ini perlu melibatkan diri dalam proses taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran) secara global dan juga inqilabi (perubahan yang mendasar dan menyeluruh). Caranya adalah dengan mengembalikan semula sistem hukum Islam melalui kewujudan Negara Islam (Daulah Islam) dan pada masa yang sama mempropagandakan akidah serta syariat Islam iaitu melalui Negara Khilafah yang merujuk kepada manhaj Nabi SAW. Semua ini haruslah melalui tahap dan juga sistem yang berlandaskan perjalanan Rasulullah SAW dalam membangunkan Negara Islam Madinah, dan bukannya melalui kaedah atau metod lain.

Jika di kalangan kaum Muslimin hari ini tidak mempunyai sebarang usaha untuk mengubahnya, bahkan dengan hati pun jauh sekali ingin melakukannya di samping langsung tidak mengambil peduli tentang keadaan umat Islam di seluruh dunia, ini bererti imannya sudah pun hilang di dalam dirinya dan kemungkaran akan tumbuh subur menyelimuti seluruh umat manusia. Dan akhirnya, pintu azab Allah SWT yang sangat pedih akan terbuka. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak, Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi) 
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

MEMORANDOM SOKONGAN TERBUKA KEPADA SPRM BERKAITAN PERANGI RASUAH HABIS HABISAN DI MALAYSIA ANJURAN MAJLIS AYAHANDA MALAYSIA

Majlis Jemaah "BAHTERA SAMUDERA Malaysia" telah menyertai "Perhimpunan Aman Menghantar Memorandam Sokongan Terbuka kepada Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan ISU "Perangi Rasuah Habis - Habisan di Malaysia" anjuran "PERTUBUHAN PERMUAFAKATAN MAJLIS AYAHANDA MALAYSIA (PERMAS)" pada jam 2.30 petang - 4.30 petang (18/4/2011 ).Berikut ialah gambar - gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perhimpunan awam tersebut berlangsung.

(KLIK 2X PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS)


( Saudara Wanji  & Jeff BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA bergambar Penasihat Utama Majlis Ayahanda Malaysia )


(Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe M.J.B.S)




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: