Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

30 March 2010

Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA ( Di Bawah Pimpinan YM Ayahanda Cikgu Joe )


(KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS )
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Majlis Pertauliahan Ayahanda Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia ( PAPIM ) WILAYAH & SELANGOR

(KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS )





















Tanggal 16 Ogos 2009 Ahad Jam 2.00 petang di Adamson Hotel,Jalan Raja muda Kuala Lumpur, Majlis Pentauliahan Ayahanda Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) Wilayah persekutuan. di rasmikan oleh YM Imam Khalifah Ayahanda Paduka Haji Daud Presiden PAPIM Malaysia, Turut serta Timbalan Presiden PAPIM, YM Ayahanda Paduka Tuan Syed Husain Al Shahab, Setiausaha PAPIM, Kekanda Nata dan Bendahari PAPIM , YM Ayahanda Zulkifli Shaari. Ramai lagi yang turut bersama dalam majlis ini meraikan dengan penuh gilang gemilang.Jutaan terima kasih kepada yang terlibat mejayakan majlis ini dan tetamu jemputan serta Tahniah kepada Yang Mulia Ayahanda-Ayahanda Yang di Tauliahkan sebagai Ayahanda PAPIM dan pada detik bersejarah ini jugalah YM Ayahanda Cikgu Joe @ Faiz telah ditauliahkan dan di lantik sebagai YM Ayahanda yang sah !..Tahniah dan syabas di ucapkan..moga perjuangan membela Agama,Bangsa dan Tanahair akan diteruskan hingga ke titisan darah terakhir..Takbir!!~
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Mesyuarat Agong PAPIM Kali ke-2

(KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS )



















Sabtu,7 Oktober 2009 - Bertempat di Dewan IKIM,Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) yang telah dirasmikan oleh YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Majlis dihadiri Ayahanda PAPIM seluruh negeri diiringi anak jemaah masing-masing memenuhi luar dewan untuk menyambut kedatangan YB Datuk diiringi Presiden PAPIM, Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab. Majlis bermula dengan perucapan pengacara majlis iaitu Kekanda Zul Kembara (Majlis Jemaah Cochrane) yang menjemput Ayahanda Hj Yaakob bin Salleh (Ayahanda Besut/Setiu, Terengganu) untuk bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, Kekanda Zul menjemput Presiden PAPIM, iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud untuk memberi ucapan. Paduka Ayahanda Hj Daud membuka bicara dengan banyak menekankan tentang peripentingnya "Badan Adik-Beradik" ini berdiri teguh dilandasanya sendiri dan menyeru agar sesama jemaah bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab yang suci murni ini. Setelah Paduka Ayahanda Hj Daud selesai memberi amanat yang begitu beharga, tiba giliran tetamu kehormat majlis ini iaitu YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2 ini. Banyak sekali penekanan YB Datuk mengenai Ukhuwah Islamiyyah ini dipelihara dari anasir jahat terutama pihak luar yang ingin melihat perpaduan terutama orang Islam ini longgar dan berpecah belah. Diselangi dengan cerita dan jenaka, ucapan YB Datuk mengingatkan DPR tentang Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah YB Datuk seringkali menjadi ahli panel rancangan tersebut. Selesai ucapan perasmian, Kekanda Zul K mengumumkan nama-nama Ayahanda untuk mendapatkan sijil PAPIM dari YB Datuk seterusnya bergambar kenang-kenangan di atas pentas dewan IKIM yang pada hari ini mencatat sejarah saksi pertemuan Ayahanda PAPIM seluruh Malaysia. Syabas & Tahniah kepada semua anakanda-anakanda Jemaah BAHTERA SAMUDERA di bawah pimpinan YM Ayahanda Cikgu Joe yang hadhir ke majlis yang julung-julung kalinya ini.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Gambar-Gambar Kenangan

(KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS )





















Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Official LOGO BAHTERA SAMUDERA ///









( Sticker & Key Chain BAHTERA SAMUDERA motosikal dan kereta ini boleh di dapati daripada Kekanda Abg Long Asrar ( 012-4694140 )
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Penaung BAHTERA SAMUDERA



YM Ayahanda Cikgu Joe menerima watikah Pelantikkan Sebagai Ayahanda PAPIM daripada YM Ayahanda Paduka Haji Awang Daud ( Presiden PAPIM )


Pengertian BAHTERA SAMUDERA : -


BAHTERA bermaksud = Kapal Besar Yang Berlayar

SAMUDERA pula bermaksud = Lautan Gelora Yang Penuh Ombak dan Halangan

( Kesemua adinda dan anakanda YM Ayahanda Cikgu Joe dulu,kini dan selamanya merupakan ahli Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA yang sah )
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...