Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

Misi & Visi

MATLAMAT
# Mewujudkan rumpun Melayu relevan seiring dengan modenisasi dan sentiasa meningkatkan taraf profesionalisme mengikut era globalisasi.

# Memartabatkan hidup yang bertunjangkan kepada peribadi Melayu, ajaran islam, berintegriti, progresif, progresif yang sesuai mengikut arus peradaban.

# Mendaulatkan Institusi pemerintahan, lambang-lambang Yang Dipertuan Agong di peringkat Negara dan Sultan-Sultan di peringkat Negeri.

# Mengumpul dan mengeratkan rangkaian silaturrahim dikalangan ahli melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial yang bermanfaat.

# Mengadakan program-program motivasi, latihan sivik, kursus, seminar bengkel, ceramah, kaunseling, kebajikan atau pertemuan yang dapat mengerakkan usaha merialisasikan penubuhan "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) dan Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT)

# Memberi kerjasama kepada Agensi-Agensi dan Badan-Badan kerajaan bagi membenteras ajaran sesat, penyalahgunaan dadah dan mengawal aktiviti-aktiviti sosial yang menghina martabat dan peradaban Melayu.

# Menyalurkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

# Mengadakan tabung khas bagi membiayai kos dengan cara menerima kutipan derma atau tajaan-tajaan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.


VISI
# Kearah menjadi kumpulan Melayu yang Maju dan berdaya saing.

MISI
# Mengujudkan satu kumpulan Melayu yang maju, dinamik dan berkebolehan tinggi dalam segala aspek kemasyarakatan termasuk berkemampuan menerima teknologi baru serta mampu berdaya saing bersama bangsa-bangsa lain mahu pun di dalam negara dan luar negara, demi untuk memajukan bangsa khasnya dan Negara amnya.

MOTO
#Bahtera Dilayar , Ikrar Disemat... Bahtera Samudera Bersatu Setia!!... "Muafakat Asas Perpaduan Ummah"


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...