Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

26 March 2012

Agenda sebenar Ambiga

Melayu Islam di bawah tapak kaki Ambiga!

Ambigia kuat menentang Syariah Islamiah di Malaysia
“Ramai orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini.Dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu”.

KEDEGILAN
 dan keangkuhan Ambiga Srevenasan yang tetap mahu meneruskan demonstrasi haram yang diberi nama BERSIH 2.0 walaupun telah diberikan kata dua oleh pihak polis membuktikan bahawa bekas Presiden Majlis Peguam ini menyiratkan agenda yang di kalangan ahli Jawatankuasa mereka sahaja yang tahu.

Ambiga dilihat begitu nekad.bersedia untuk bertempur dengan polis,Perkasa,Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia,Pemuda UMNO dan sekian ramai lagi rakyat jelata yang sememangnya menentang demonstrasi yang memungkinkan akan menimbulkan mudarat kepada Negara. Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.
Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,
Malah lebih malang lagi apabila kesungguhan Ambiga untuk melakukan kerosakan terhadap Negara ini didokong secara membuta tuli oleh orang-orang Melayu yang diperalatkan.
Latar belakang Ambiga ini cukup memual dan meloyakan.Sakastiknya terhadap bangsa melayu dan agama Islam begitu menyerlah.Kebencian beliau terhadap agama rasmi Malaysia ini dilihat menjadi agenda yang cukup penting dalam perjuangannya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul dan bukannya turun di jalanan menghasut rakyat.
Tindakan tanduk Ambiga ini boleh dilihat dengan jelas niatnya hanyalah untuk melindungi kekotoran pembangkang dan melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.
Banyak orang Islam yang tidak tahu perjuangan Ambiga ini di sebalik demontarsi haram Bersih 2.0 ini dan hari ini orang-orang Islam yang mengaku cerdik pandai sedang diperbodohkan oleh wanita Hindu ini.Melalui Suruhanjaya Antara Agama,Ambiga sedang berusaha dengan gigih untuk menunut 14 lagi tuntutan dan bukan sekadar lapan tuntutan melalui gerakan BERSIH yang mahu diadakan itu.
ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA
Apa itu IFC(Inter Faith Commission)
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.
Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.
Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.
Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.
Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.
Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.
Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1.
Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.
Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3.
Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4.
Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara. 
Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam di dalam Negara kita hari ini.kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
Nota:
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. (11hb April 2008)

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Gerakan memurtadkan Orang Islam di Malaysia

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.
Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah.
Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.
Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2).
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre.
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.
Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.
Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.
Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w. Sabdanya:
“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”
Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.
Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) . Firman Allah:
“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” (Surah Ash Saf: 8)
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, “The Herald”, yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.
Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.
Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.
Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)
Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

M.J.B.S.M di Majlis Waris Beradat Pentauliahan Kekanda-Kekanda M.J.W

Pada malam 24.3.2012 ...wakil-wakil dari Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) yang diketuai oleh YM Paduka Ayahanda Cikgu Joe Al-Yafie Starhill & YM Ayahanda Cikgu Syukor Bangi telah menghadiri ke Majlis Waris Beradat Pentauliahan Kekanda-Kekanda & Abang-Abang seperjuangan Majlis Jemaah Wawasan l | l yang disempurnakan oleh pengasasnya YM Paduka Ayahanda Mohd Fitri @ Along JPJ (M.J.W) .Moga ikatan ukhwah silaturrahim antara M.J.B.S.M & M.J.W sentiasa kekal mekar mewangi selamanya.Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung untuk dijadikan kenangan bersama .  






dari kiri YM Ayahanda Cikgu Syukor Bangi , YM Paduka Ayahanda Shahrulnizam Melawati , YM Paduka Ayahanda Along JPJ Wawasan ,Paduka Bonda , YM Paduka Ayahanda Cikgu Joe Al-Yafie Starhill & YM Ayahanda Rafik Dragon Kajang.




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

18 March 2012

Pertubuhan Belia Peneraju Muafakat Sejagat (MUAFAKAT)

"Pertubuhan Belia Peneraju Muafakat Sejagat" (MUAFAKAT) adalah dibawah naungan "Yang Mulia Paduka Ayahanda Cikgu Joe Al-Yafie (M.J.B.S.M) " Presiden / Penasihat Utama "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" dan dengan ini dimaklumkan bahawa beliau merupakan Presiden "Pertubuhan Belia Peneraju Muafakat Sejagat" (MUAFAKAT).Berikut merupakan maklumat terperinci berkaitan (MUAFAKAT) :





LATARBELAKANG / PENGENALAN "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT)

              PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT (MUAFAKAT) TELAH DIDAFTARKAN DI BAWAH "PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA" (ROY).

-  NO PENDAFTARAN  : PPBM 7904/12 

- "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT)  DARI SEGI BAHASA BERMAKSUD :

 * BELIA = (GENERASI MUDA) 

*  PENERAJU =  (PEMANGKIN / PEMIMPIN / MEMIMPIN) 

* MUAFAKAT = (Kemuafakatan perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan)

* SEJAGAT = (KESELURUHAN/SEKALIAN) 

- JUSTERU ITU "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT) DAPATLAH DIDEFINISIKAN SEBAGAI :

 " GENERASI MUDA PEMANGKIN KESEPAKATAN,PERPADUAN,PERGABUNGAN SELURUH UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU" DI MALAYSIA.

- SEBAB-SEBAB TERTUBUHNYA "PERTUBUHAN BELIA PENERAJU MUAFAKAT SEJAGAT" (MUAFAKAT) IALAH KERANA :

 (1) MELIHAT TERLALU BANYAKNYA PERPECAHAN DI KALANGAN ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM  YANG BERMULA DARI GOLONGAN MUDA (BELIA). 

(2) MELINDUNGI HAK-HAK GENERASI MUDA UNTUK BERGIAT AKTIF DALAM BIDANG AGAMA,KEBAJIKAN, SUKAN,PERMAINAN, PERSILATAN,AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA.

(3) MENGAMBIL ALTERNATIF UNTUK MEMULIHKAN GOLONGAN MUDA YANG JAUH TERPESONG DARI GAYA KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT.

(4) INGIN MELIHAT GOLONGAN MUDA TERUS MENJALANKAN AKTIVITI YANG  LEBIH BERFAEDAH BELANDASKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PEGANGAN UTAMA.

(5) MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DI KALANGAN GENERASI MUDA YANG KIAN BERLELUASA KEBELAKANGAN INI.

(6) MENGEKALKAN KONSEP "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" DALAM JIWA GENERASI MUDA (BELIA).

(7) MEMBENDUNG KEGIATAN MAKSIAT SEPERTI JUDI,ARAK,ZINA YANG SEMAKIN BERLELUASA DI KALANGAN BELIA HARI INI. 

(8) INGIN MENHIDUPKAN RUMPUN MELAYU ISLAM YANG HARMONI,SEJAHTERA,BERSATU PADU DAN BERKERJASAMA.


(9) MENGAMALKAN KONSEP "BERAT SAMA DIPIKUL SERTA RINGAN SAMA DIJINJING" DI KALANGAN GENERASI MUDA DAN VETERAN.


(10) MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA KEKUATAN,KEHARMONIAN DAN KEAMANAN AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA BERSESUAIAN DENGAN PEPATAH "PEMUDA HARAPAN BANGSA , PEMUDI TIANG NEGARA".

                                    MOTO :  "MUAFAKAT ASAS PERPADUAN UMMAH" 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia First Version Video

Klik "Play" untuk melihat video ini dengan jelas 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Dakwah Amar Maaruf Nahi Mungkar: Penyelesaian kemelut sosial umat hari ini

Nyawa mesti dibalas dengan nyawa. Inilah sahaja perkataan yang boleh dihamburkan kepada pembunuh kejam adik Nurul Nadirah dan kanak-kanak lain yang tidak berdosa, menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia yang berhati binatang.

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; Kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.” (Al-Maidah 5:32)
Ayat ini jelas menunjukkan perumpamaan orang yang membunuh satu jiwa yang tidak berdosa seperti dia membunuh kesemua manusia, dan mereka yang menyelamatkan seorang manusia seolah-olah menyelamatkan semua manusia yang lain.
Sebagai seorang Muslim, kita percaya dan menyakini janji Allah Taala kepada semua mangsa pembunuhan kejam dan zalim ini.
Melihat kepada suspek-suspek kes pembunuhan adik Nurul Nadirah, mereka disahkan terlibat dengan dadah jenis metamphetamine dan ice. Methamphetamine dan ice adalah nama saintifik bagi syabu. Ice juga diberi nama Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon dan Baby Ice. Ice akan menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak dan menjadi perangsang kepada sistem saraf pusat. Ia merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.
Pendedahan ini menunjukkan bahayanya penagihan dadah kepada seseorang apabila ia mempengaruhi sistem saraf manusia dan mampu ‘menanggalkan’ sifat belas kasihan serta kewarasan pada diri penagih.
Ucapan ‘zaman kini tidak seselamat zaman dahulu’ kini meniti dari bibir ke bibir kebanyakkan daripada kita. Dengan meningkatnya jumlah penagih dadah di negara kita, semakin ‘tipisnya’ keselamatan persekitaran kita dan keluarga kita. Keadaan ini pastinya amat membimbangkan setiap ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak.
Pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku kepada kanak-kanak malang seumpama ini bukan sahaja perlu dilihat daripada aspek penjagaan keselamatan pihak ibu bapa, malah usaha berterusan pihak berwajib memerangi penagihan dadah dalam kalangan rakyat perlu dipertingkatkan.
Dari sudut yang lain, kita dapat lihat melalui permasalahan sosial ini, semakin terhakisnya nilai kasih sayang dalam diri dan jiwa manusia itu. Apabila manusia semakin hilang nilai kasih sayang dan kewarasan, kehidupan menjadi tidak selamat serta merupakan risiko bagi masyarakat sekeliling yang tidak berdosa. Hari-hari manusia akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.
Anak-anak sudah tidak selamat dibiarkan bermain di luar rumah tanpa pengawasan orang tua. Ibu bapa merasa bimbang dan risau setiap kali anak-anak keluar rumah walaupun ke sekolah. Suasana seumpama ini boleh menjadi bertambah serius, apabila kehidupan dihiasi dengan curiga dan keraguan yang tinggi terhadap orang lain.
Dalam hal ini, Islam mengajak manusia agar kembali ke pangkal jalan dan menggesa semua orang yang berfikir dan beriman kepada Allah Taala agar melaksanakan perintahNya dengan mengajak manusia meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.
Usaha dakwah Islamiah antara jalan penyelesaian kepada kemelut sosial umat hari ini. Tanggungjawab berdakwah perlu dipikul oleh semua orang Islam yang sayang tentang agamanya, sayang terhadap bangsa dan negaranya.
Ini sahaja yang boleh menyelesaikan masalah umat hari ini. Tidak salah untuk kita ‘menjaga tepi kain orang’ demi kebaikan kita bersama. Perasaan dendam, benci dan curiga hanya menambahparahkan penyakit umat dan isu masyarakat yang tidak berkesudahan.
Masyarakat Islam perlu bangkit menyebarkan Islam dan ajarannya yang penuh kasih sayang kepada mereka yang hilang pedoman hidup, hilang hala tuju, hilang jati diri dan nilai-nilai murni.
Mencegah itu lebih baik daripada membanteras.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

04 March 2012

CARTA RASMI ORGANISASI MJBSM 2012

TERTAKLUK KEPADA PERATURAN DAN KEPUTUSAN JEMAAH M.J.B.S.M 2012.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

03 March 2012

Program Maulidur Rasul M.J.B.S.M 17/2/2012


Pada 17 Febuari 2012 baru-baru ini "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia" telah menganjurkan "Program Sambutan Maulidur Rasul" bertempat di sebuah sekolah di Jalan Peel , Kuala Lumpur di bawah pimpinan YM Paduka Ayahanda Cikgu Joe Al-Yafie (M.J.B.S.M).Antara aktiviti yang diadakan ialah "Sesi Perarakan & Berselawat  bersama-sama yang diketuai oleh YM Paduka Ayahanda Cikgu Joe Al-Yafie (M.J.B.S.M) sendiri,sesi tazkirah dan ceramah Nabi bertajuk "Rasul Junjungan" serta Forum & Sesi Soal Jawab "Kemuskilan Agama".Tetamu jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Anas Yusuff dari "Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI)"   serta sesi persembahan sempena "Maulidur Rasul".Alhamdulillah moga ukhwah fillah sentiasa kekal mewangi bersama selamanya dan semangat jihad Rasulullah S.A.W akan terus mewangi selamanya.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...