Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

15 January 2013

Berapa ramai yang dah dimurtadkan di Malaysia


Anda pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Mungkin generasi sekarang kian lupa akan kejadian dan peristiwa ini yang berlaku kira-kira 13 tahun dahulu. Mungkin pembaca sekarang masih dibangku sekolah lagi pada waktu itu dan ketiadaan media elektronik (internet) seperti sekarang. Isu Murtad ini sudah lama berlaku dan terus berlaku sehingga sekarang tanpa disiarkan di akhbar. Hanya pihak yang bekerja di pejabat agama yang tahu dengan terperinci kes murtad orang Melayu yang sangat mencemaskan masyarakat kita terutama orang Islam yang berbangsa Melayu.

Selepas kisah Masitah Zaini di facebook yang begitu panas! Mari sama-sama baca kisah lama yang mungkin anda sudah lupa. Sama-sama kita renung dan fikir dengan kejadian yang lepas supaya menjadi pengajaran kepada kita pada masa akan datang.

Dalam posting ini ada 2 perkara yang anda mesti baca:-

1. Paderi Melayu baru tiba dari Singapura berada di sini sekarang - sumber Blog Bujang Susah.

2. Kisah murtad Aisyah Bukhari dan Hartina Hj Kamarudin - sumber Berita Harian 1997.

Cerita yang akan admin bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan posting ini menggunakan blog atau facebook anda kepada saudara kita yang tidak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Paderi Melayu baru tiba dari Singapura.


Benar atau tidak saya tidak pasti, tetapi artikel inilah yang masuk ke dalam Mailbox saya. Mudah2an menjadi peringatan buat kita semua. Please forward this message to other Muslims. Sekarang pendakwah Kristian sedang aktif di Seremban lebih kurang 1900 orang paderi Melayu yang baru tiba dari Singapura berada di sini sekarang. Mereka menggunakan air sihir. Berhati-hati dengan air mineral jenama ini:-

1. Al- Baramkah.
2. Al- Mansori.
3. Al- Bistaria.

P/S: Sama ada diperolehi secara percuma atau dijual murah semua air-air ini telah dicampur dengan"Holy Water". Tolong sebarkan message ini kepada semua umat Islam/Sahabat/Sahabiah dan lain-lain.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN .. SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT.

LINA JOY YANG TELAH MURTAD PADA TAHUN 1998

Kisah Murtad orang Melayu (Aisyah Bukhari, Hartina Hj Kamarudin dll)
Surat khabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang. Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Contoh kes Aisyah Bukhari.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad.

2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.

Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan. Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.

Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6,bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil,undang-undang syara’ akan terbatal.. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

Article 4 pula

Menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yangtak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Contoh kes Yusof bin Abdullah.Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh.

Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Contoh kes Suzie Teoh.Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. “Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie

Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.” Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ” Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.” Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Lain-lain kes.Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka.. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung.Mampu berkata “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya,mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.

Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang..

Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis Agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan:
“Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”.
Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ”
“Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.. Petang Islam, pagi kafir balik.” Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah? ”
Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.” Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya “International Jew” (tak Silap saya).. Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: “Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.”

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G.. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian..

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah “garam dan ragi”. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu.. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi”. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. “Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, Sebarkan kepada pembaca dengan blog anda supaya semua saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, copy dan email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Kawan-kawan yang dikasihi, tolong copy dan forwardkan ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan ini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Bukti Gerakkan "Kristianisasi" di Malaysia

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.
Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah.
Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.
Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2).
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre.
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.
Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.
Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.
Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w. Sabdanya:
“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”
Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.
Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) . Firman Allah:
“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” (Surah Ash Saf: 8)
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, “The Herald”, yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.
Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.
Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.
Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)
Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa.
Sekian, wallahu a’lam
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

09 January 2013

Selamat tahun Baru 2013 & Maal Hijrah 1434 H


Sempena Maal Hijrah dan tahun baru 2013 ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam , selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1434 dan tahun baru 2013 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.
Sesungguhnya Allah telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya di kalangan hamba-hambaNya. Menjadikan dunia ini sekadar persinggahan, tempat beramal dan berusaha yang akan dituai hasilnya di akhirat kelak.
Benarlah firman Allah yang bermaksud :
“ Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh , berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Namun jika kita melihat kepada realiti umat hari ini, hati kita akan menjadi resah. Kemungkaran, maksiat, jenayah dan seumpamanya masih lagi berlaku di mana-mana. Ayat-ayat Allah semakin dilupakan , demikian juga sabdaan RAsulullah SAW.
Kita yakin bahawa semua orang mendambakan syurga, ingin mengecapi segala nikmat di dalamnya. Alhamdulillah agak ramai yang telah berpeluang mendapat pendidikan agama Islam, belajar fardhu ain dan tak kurang juga yang menghadiri kuliah serta pengajian di surau-surau dan masjid. Namun pada masa yang sama, jauh lebih ramai lagi bilangan mereka yang sering melakukan perbuatan yang seolah-olah mahu mencampakkan dirinya ke dalam neraka.
Lihatlah di dataran-dataran, konsert dan karnival hiburan. Biasanya akan dibanjiri oleh ribuan manusia dari pelbagai lapisan termasuk bayi dan anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa yang dibawa oleh kedua ibu bapanya yang rockers suka melepak bersantai atau mendakwanya sebagai reakreasi keluarga..!! Tidak menunaikan solat apatah lagi untuk menyentuh Al Quran. Ada yang sudah lali dengan teguran dan nasihat. Menghampiri judi, dadah dan arak malahan bergelumang dengan dosa perzinaan. Astaghfirullahul azim..!!
Amatlah menyedihkan para pelaku dosa dan maksiat ini yang tidak merasa berdosa, hanyut tenggelam dengan dunia dan nafsu. Menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan , melahirkan anak-anak haram malahan tak kurang juga yang membuang dan membunuh anak-anak yang tidak berdosa itu. Amalan riba dan rasuah terus mewarnai dunia ekonomi ummat Islam yang lalai. Rakus mencari kekayaan serta melupakan keberkatan.
Peradaban dan tradisi Islam sudah semakin menipis Anak-anak sudah kurang menghormati ibu bapa, bahkan ada yang sudah tenat sehinggga sanggup membunuh ibu bapa atau datuk nenek mereka sendiri. Generasi tua sudah jadi hilang kuasa sementara anak muda hilang punca.
Kalau dulu anak-anak muda bermain gasing , berpancak silat atau bermain kompang namun hari ini mereka lebih suka berlumba motor dan berpeleseran di mana-mana. Sifat malu sudah hilang dari dalam diri mereka. Gaya hidup bebas menjadi kebanggaan.
Fesyen rambut dan cara berpakaian memang sudah lama mengalami perubahan demi perubahan yang menjadi kegilaan para remaja mahu pun dewasa. Berseluar lusuh, berbaju ketat dan pendek , berbaju labuh tetapi nipis tidak segan silu untuk digayakan…
Bagaimanakah wajah masyarakat Islam di masa akan datang?? Yang pastinya akan dipimpin oleh generasi muda hari ini . Mampukah maruah umat Islam terus dipertahankan?? Mampukah umat Islam menjadi pemimpin dunia dengan imej yang di segani ?? Mampukah negara-negara umat Islam dipertahankan dengan kekuatan dan semangat waja dari musuh-musuh yang sentiasa ingin berkuasa?? Persoalan demi persoalan boleh kita ajukan, namun jawapannya masih tidak pasti. Mungkinkah ketidak pastian ini kita hapuskan dari minda umat Islam?
Ya boleh… Jika umat Islam ini sedar dari mimpi lekanya, bangkit mengorak langkah dengan azam dan cita yang tinggi. Sedar siapa mereka.. Mempunyai identiti Islami yang tersendiri, mempunyai maruah. Kita tidak mahu lagi berteori , berseminar dengan menghasilkan lakaran-lakaran di kertas putih. Tetapi kita mesti melaksanakan segala teori-teori yang sudah bertimbun itu, memenfaatkan segala pengalaman-pengalaman yang ada. Tak kira pengalaman individu, bangsa mahu pun tamadun. Berada di gelanggang kehidupan yang sebenar berpijak dibumi nyata.
Kita bukanlah ummat yang fakir… kita sebenarnya telah mewarisi pusaka berharga peninggalan para Nabi dari segi sejarah dan bimbingan disamping Al Quran mukjizat yang kekal. Inilah aset yang kita punyai… yang perlu kita laburkan dengan bijak untuk memperolehi keuntungan hakiki. Selain itu kita punya aset fitrah. Iaitu secara fitrahnya manusia itu mahu kepada kebaikan dan kecenderungan untuk beragama.
Menurut Asy Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya Inilah Islam : “ Aset fitrah ini amat hebat dan menggerunkan. Ia tidak mampu dilemahkan oleh semua timbunan yang menutupnya.” Secara fitrahnya manusia mahu mencari Tuhan dan menuju kepada Tuhan. Kenapa mesti menipu diri sendiri?? Mencari sesuatu yang lain yang akhirnya merosakkan diri sendiri, merosakkan kehidupan seluruhnya.
Inilah yang dikatakan melanggar fitrah, menyimpang dari kebenaran walaupun diketahui ia adalah perlakuan engkar dan mungkar. Jiwa sering menjerit kerana dihidangkan makanan yang tidak serasi dengannya, mendahulukan nafsu dari rohani… tetapi tidak dipedulikan. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk berubah.. Mengapa terus terusan memaksiati Allah??
Ingatlah firman Allah :
“ Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri [ beriman], dan mengingat nama Tuhannya , lalu dia bersembahyang. Sedangkan kamu [orang-orang kafir] memilih kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. [Surah Al A’laa : 14-17] .
Sempena Maal Hiurah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.
Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.
Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya :
“ Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman .” - [ Ar Rum : 47 ].
Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada Korea Islamic Malaysian Student  sempena Sambutan Maal Hijrah 1434 H & Tahun Baru 2013

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Peranan sebenar Tentera Fisabilillah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Sekalian Saudaraku,

Sudah sampai masanya, kami ingin menyeru kepada saudara islam dan pejuang fisabilillah yang kami hormati sekalian untuk mengkaji semula budaya hidup melayu pada hari ini. Kerana terlalu banyak ruang, yang telah dibiarkan sehingga bersarang dalam hidup kita tanpa ada tindakan memperbaikinya secara keseluruhan. Artikel kali ini memerlukan kerjasama para ketua-ketua badan fisabilillah untuk memastikan keberkesanannya.

Ramai yang menyeru supaya kita semua BERSATU. Itu adalah perkara yang sangat baik. Tapi adakah dengan menyeru saja sudah mencukupi? Dan selepas menyeru kita boleh lepas tangan begitu saja tanpa menggalas tanggungjawab dalam seruan itu? Tentunya Tidak. Seruan hanyalah dalam bentuk kata-kata semangat yang disampaikan kepada pihak lain tapi ia sekadar angin lalu saja dan ia tidak akan berkesan melainkan kita memasang sistem Monitoring dan Control yang baik. Seruan sesiapa pun mampu menyeru Tapi untuk mengambil tanggungjawab itu, berapa kerat saja yang mampu. Dan kami di sini ingin mengucapkan tahniah kepada badan fisabilillah yang telah dan sedang berusaha menggalas tanggungjawab itu.

Antara perkara paling asas yang wajib diberikan perhatian adalah kenapa adanya perbezaan pemahaman? Ia adalah kerana kita masih belum ada sistem yang efektif untuk memastikan semua ahli fisabilillah mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang sama rata.Terlalu banyak konflik dan perselisihan faham berlaku yang punca utamanya adalah maklumat dan pemahaman yang tidak sekata. Ini adalah perkara pokok (pendidikan), yang perlu dibincangkan di pengurusan tertinggi Badan Fisabilillah seluruh Malaysia untuk merapatkan jurang ini untuk ke arah penyatuan yang baik.

CARA UNTUK BERSATU

1. Semua ahli perlu mempunyai didikan, pengetahuan dan pemahaman yang sama tentang perjuangan. Fakta yang sama, dan perlu dibuang cerita yang ditambah-tambah perisanya supaya tidak meracuni pemikiran yang boleh melibatkan selisih faham. Ahli Majlis tertinggi fisabilillah seluruh Malaysia perlu mengadakan satu pertemuan untuk membuat silibus pengetahuan yang sama dan selaras. Ini adalah peranan majlis tertinggi.
2. Kemudian, semua ahli perlu bertanggungjawab memajukan diri sendiri, berperang dengan sifat buruk diri sendiri yang boleh memberi impak negatif kepada badan ini. Di sini lah peranan besar abang-abang untuk membantu ayahanda, membimbing adik-adik. Jadi, apa yang perlu dibimbing? Abang-abang perlu membimbing adik-adiknya untuk menjadi seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah hidup dan berhenti campur tangan secara terus dalam menyelesaikan masalah adik. Abang hanya membimbing dan memberi sokongan moral dan bukan menyelesaikan masalah sendiri. Ingat adik-adik kita adalah pejuang fisabilillah, mereka sepatutnya dididik untuk menjadi insan matang yang boleh menyelesaikan masalah diri dan membantu saudara lain. Jika mereka sendiri tidak mampu menghadapinya dan sentiasa mengharapkan pertolongan abang-abang, mereka tidak akan matang. Kita perlu mengurangkan "bantuan" pada adik2.. kecuali ia melibatkan AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR saja.
3. Menggalakkan adik beradik menyertai gelanggang persilatan sebagai aktiviti disiplin dan menyihatkan. Ini adalah sangat penting dan secara tidak langsung kita mempertahankan warisan seni mempertahankan diri warisan kita.

PERKARA YANG ANDA BOLEH IMPROVE SEBAGAI FISABILILLAH.

1. Mendalami ilmu agama, memahami hakikat kehidupan, kenapa anda dilahirkan. Siapakah diri anda? Apakah peranan anda? Mengkaji asal usul kejadian alam... kejadian manusia.. Mengenal Sifat Allah dan Mengenal Muhammad. Asal usul kejadian huruf hijaiyah, kenapa surah alfatihah ibu surah, kenapa tujuh ayat diturunkan secara berulang. Di mana letaknya surah yang mencerita simbolik kekuatan Allah? Kenapa 30 juzuk, kenapa surah ada 114? Kenapa kita selalu bermula dengan basmalah... Apakah rahsia huruf BA pada basmalah? Di mana titik asal BA?  (kami hanya membantu anda memberi bekalan untuk anda jadikan modal berjumpa dengan guru anda nanti....)

2. Elakkan bercerita perkara-perkara yang tidak sihat seperti cerita yang tidak ada jawapan jika dibincangkan.

3. Bersikap professional dengan manusia sejagat, dan belajar mengawal sikap marah dan bertindak tanpa usul periksa. Contohnya, jika anda mendapat satu cerita yang menaikkan kemarahan anda, cool down dulu... ambil masa untuk periksa sebelum anda mempercayainya.
Antara perkara yang anda boleh persoalkan ialah: 
- Dari mana sumber itu diperolehi?
-Siapa saksi cerita tersebut?
-Apakah niat si pencerita tersebut menyampaikan perkara ini kepada anda?
-Siapa yang terlibat dan puncanya?

4. Elakkan budaya mengikut kawan, pastikan anda sentiasa jelas dalam apa pun yang anda lakukan. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun ramai orang sokong tidak semestinya mereka betul.

5. Elakkan membuka kelemahan adik-beradik lain. Perkara inilah yang menyebabkan pahlawan handal kita zaman dulu kalah. Kecundangnya mereka adalah sebab ada pihak yang iri hati membuka kelemahan mereka.

6. Sentiasa menceritakan kebaikkan dan kehebatan adik-beradik, supaya kita disegani oleh pihak yang cuba mencari kelemahan dan menjatuhkan mereka.

7. Sentiasa mengarahkan diri untuk berkata benar. Elakkan bercakap bohong kerana inilah penyakit hati yang paling besar.


SEKIAN... SALAM SAYANG DARI KAMI. KAMI BERHARAP SEMUA AHLI FISABILLLAH DAPAT MEMBERI KERJASAMA YANG IKHLAS DALAM MENSTRUKTUR SEMULA DIRI SENDIRI, DALAM PROSES PENYATUAN SEMUA AHLI FISABILILLAH. MARILAH KITA BERDOA SUPAYA JEMAAH KITA SENTIASA KUAT DAN BERSATU PADU.


Sekiranya ada yang terkurang.. tersilap... Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf. ///

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

16 October 2012

Radio Online


Radio




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Ya Allah siksanya Azab Kubur


Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita. Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah. Orang ini tak pernah belajar, dia anggap mati itu mudah. Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan. Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan. Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam. Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh mungkar nakir sangat sakitnya. Makin lama qiamat lamalah masa menerima azab kubur. Dia diazab tidak ada ringan-ringan. Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya. Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya. Di padang mahsyar dibiarkan beratus-ratus tahun. Di dalam keadaan tidak berpakaian matahari di atas ubun amat panas. Terlontar terbiar macam cacing kepanasan tiada siapa yang menolongnya. Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri. Akhir sekali meniti siratul mustaqim, kemudian berguguranlah ke dalam api. Di dalam neraka yang panas dirantai dipukul dibelengu. makan buah zaqum yang panas. Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati. Di dalam neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi. Marilah kita insaf dengan cerita ini marilah kita menyiapkan diri. Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi.

Berikutnya adalah keterangan Al Quran, Hadis Rasulullah SAW dan beberapa kisah yang pernah berlaku pada masa yang lalu tentang dasyatnya kematian, azab siksa kubur dan suasana alam barzakh yang mengerikan.
Dari Albaraa’ bin Aazib r.a. berkata: Kami bersama Nabi s.a.w. keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi s.a.w. duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi s.a.w. mengorek-ngorek dengan dahan yang ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksa kubur, 2 atau 3 kali diulang. Lalu bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya Malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malakul maut dan duduk di dekat kepalanya dan memanggil. Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhoNya.
Nabi s.a.w. bersabda: Maka keluar rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut bekas tempat air, maka terus diterima, dan terus dimasukkan dalam katan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan Malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang harum ini? Dijawab: Roh Fulan bin Fulan sehingga sampai ke langit, dan di sana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit diantar oleh Malaikat muqarrabun dibawa naik ke langit yang atas hingga sampai ke langit ketujuh, maka Allah berfirman: Catatlah suratnya di Illiyyin.
Kemudian dikembalikan ia ke bumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya. Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: Siapa Tuhanmu. Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: Apakah agamamu? Dijawab: Agamaku Islam. Ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu? Dijawab: Dia utusan Allah. Lalu ditanya: Bagaimanakah kau mengetahui itu? Dijawab: Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya. Maka terdengar suara: Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau dan hawa syurga, lalu diluaskan kubur sepanjang pandangan mata kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: Terimalah kabar gembira , ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Lalu ditanya: Siapakah kau? Jawabnya: Saya amalmu yang baik. Lalu ia berkata: Ya Tuhan segerakan hari Qiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. Hadis Riwayat Muslim
Nabi s.a.w. bersabda: Adapun hamba yang kafir jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk di mukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang malakul maut dan duduk di samping kepalanya, lalu berkata: Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah, maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterimanya akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat basin bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui Malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang jahat dan basi itu? Dijawab: Roh Fulan bin Fulan dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai di langit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.
Kemudian Nabi s.a.w. membaca ayat: Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga onta dapat masuk dalam lobang jarum.
Kemudian diperintahkan: Tulislah orang itu dalam sijjin, kemudian dilemparkan rohnya itu begitu saja sebagaimana Ayat: Dan siapa mempersekutukan Allah. maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar burung helang atau dilemparkan oleh angin ke dalam jurang yang curam.

Kemudian dikembalikan roh itu ke dalam jasad di dalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu menanya: Siapa Tuhanmu?
Jawabnya: Saya tidak tahu.
Lalu ditanya: Apakah agamamu?
Jawabnya: Saya tidak tahu.
Lalu ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu?
Jawabnya: Saya tidak tahu.
Maka terdengar suara seruan dari langit: Dusta hambaku hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rusak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang busuk wajahnya dan basi baunya berkata kepadanya: Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.
Lalu ia bertanya: Siapakah kau? Jawabnya: Aku amalmu yang buruk. Lalu ia berkata: Ya Tuhan jangan keburu hari qiamat, ya Tuhan jangan percepatkan hari qiamat.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang mukmin jika sakaratul maut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutra yang berisi misik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut di dalam adunan sambil dipanggil: Hai roh yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diredhoi. Kembalilah kepada rahmat dan keredhoan Allah, maka jika telah keluar rohnya terus diletakkan di atas misik dan bunga-bunga itu dan dilipat dengan sutra, lalu dibawa ke illiyyin.
Adapun orang kafir jika sakaratul maut didatangi oleh Malaikat yang membawa kain bulu di dalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhanmu ke tempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya diletakkan di atas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke sijjin.
Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: Seorang mukmin jika diletakkan di kubur maka diperluas kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutra, dan bila ia hafal sedikit dari Quran cukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan ia dalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan yang masih kurang masa tidurnya dan belum puas.
Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya, lalu dikirim kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya hingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa pentung dari besi yang terus dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.
Abul-Laits berkata: Siapa yang ingin selamat dari siksa kubur maka harus melazimi empat dan meninggalkan empat, adapun yang harus dijaga iaitu:
1. Menjaga sembahyang lima waktu.
2. Banyak bersedekah.
3. Banyak membaca Al Quran.
4. Memperbanyak tasbih (membaca: Subhanallah, walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa bilah). Sebab semua yang empat dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan iaitu:
1. Dusta.
2. Adu-adu.
4. Menjaga kencing, Rasulullah bersabda: Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni jika cebok jangan sampai ada sisanya, harus bersih dan benar-benar puas).

Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan tidak khusyuk. Dalam bacaan Quran (atau cepat-cepat). Dan berkata keji waktu puasa, dan tertawa di kubur.
Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung di dalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeda antara yang satu pada yang lain di dalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk ke dalamnya.
Sufyan Atstsauri berkata: Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: Hai hamba Allah berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada di tempat ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu di ubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat, dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu iaitu kubur, ingatlah bahwa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga, atau jurang dari jurang-jurang neraka, dan kubur itu tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat.
Ingatlah sesudah itu ada hari yang lebih ngeri, hari di mana anak kecil segera beruban, dan orang tua bagaikan orang mabuk, bahkan ibu yang menyusu lupa terhadap bayinya dan wanita yang bunting menggugurkan kandungannya, dan kau akan melihat orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk arak hanya siksa Allah sangat ngeri dan dahsyat.
Ingatlah bahwa sesudah itu ada api neraka yang sangat panas dan curam yang dalam, perhiasannya besi, dan airnya darah bercampur nanah, tidak ada rahmat Allah di sana. Maka kaum muslimin pada menangis, lalu ia berkata: Dan di samping itu ada syurga yang luasnya selebar langit dan bumi, tersedia untuk orang-orang yang taqwa. Semoga Allah melindungi kami dari siksa yang pedih dan menempatkan kami dalam Darun-naiem (syurga yang serba kenikmatan).
Carilah kawan atau cintalah kawan sebanyak-banyaknya Untuk menjadi sahabatmu ketika sakaratul maut Di waktu itu selain kawan tidak ada siapa yang menolongmu Juga di dalam kubur, sahabatmulah yang akan berada bersama-samamu Orang lain janganlah diharapkan. Hinggalah sampai ke Padang Mahsyar, kawan juga yang akan membantu kawan. Selain itu semuanya lari dan menjauhkan diri. Yang dimaksudkan kawan yang akan membela kita di sini. ialah amal soleh kita...
Usaid bin Abdirrahman berkata: Saya telah mendapat keterangan bahwa seorang mukmin jika mati dan diangkat. Ia berkata: Segerakan aku, dan bila telah dimasukkan dalam lahad (kubur), bumi berkata kepadanya: Aku kasih kepadamu ketika di atas belakangku, dan kini lebih sayang kepadamu. Dan bila orang kafir mati lalu diangkat jenazahnya ia berkata: Kembalikan aku dan bila diletakkan di lahadnya, bumi berkata kepadanya: Saya sangat benci kepadamu ketika kau di atas belakangku, dan kini aku lebih benci lagi kepadamu.
Usman bin Affan r.a. ketika berhenti di atas kubur ia menangis, maka ditegur: Engkau jika menyebut syurga dan neraka tidak menangis, tetapi kau menangis kerana kubur? Jawabnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur, maka yang dibelakangnya lebih ringan, dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang di belakangnya lebih berat daripadanya.
Abdul-Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: Ketika saya duduk bersama Ibn Abbas r.a. tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan berkata: Kami rombongan haji, dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai di daerah Dzatishshahifah tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya tiba-tiba ada ular sebesar lahad. Maka kami tinggalkan dan menggali lain tempat juga ada ular, maka kami biarkan dan menggali lain tempat juga kami dapatkan ular, maka kami biarkan, dan kini kami bertanya kepadamu bagaimanakah harus kami perbuat terhadap mayat itu? Jawab Ibn Abbas: Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kubur saja, demi Allah andaikan kamu menggali bumi ini semua nescaya akan kamu dapatkan ular di dalamnya.
Maka mereka kembali dan mengubur mayat itu di salah satu kubur yang sudah digali itu, dan ketika mereka kembali ke daerahnya mereka pergi kekeluarganya untuk mengembalikan barang-barangnya, sambil tanya kepada isterinya apakah amal perbuatan yang dilakukan oleh suaminya? Jawab isterinya: Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia mengambil sekadar untuk makanannya sehari, dan memasukkan tangkai-tangkai gandum itu ke dalam karung seberat apa yang diambilnya itu.
Berita ini menunjukkan bahwa kianat itu salah satu sebab siksa kubur, dan apa yang mereka lihat itu sebagai peringatan jangan sampai kianat. Ada keterangan bahwa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali:
1. Hai anak Adam anda berjalan di atas belakangku dan kembalimu di dalam perutku.
2. Hai anak Adam anda makan berbagai macam di atas belakangku dan anda akan dimakan ulat di dalam perutku.
3. Hai anak Adam anda tertawa di atas belakangku, dan akan menangis di dalam perutku.
4. Hai anak Adam anda bergembira di atas belakangku dan akan berduka di dalam perutku.
5. Hai anak Adam anda berbuat dosa di atas belakangku, maka akan tersiksa di dalam perutku.

Amr bin Dinar berkata: Ada seorang penduduk kota Madinah yang mempunyai saudara perempuan di hujung kota, maka sakitlah saudaranya itu kemudian mati, maka setelah diselesaikan persiapannya dibawa ke kubur, kemudian setelah selesai mengkuburkannya dan kembali pulang ke rumah ia teringat pada bekas yang dibawa dan tertinggal dalam kubur, maka ia minta bantuan orang untuk menggali kubur itu kembali, dan sesudah digali terjumpa bekasnya, ia berkata kepada orang yang membantunya itu: Tolong kau gali sebab saya ingin mengetahui bagaimana keadaan saudaraku ini, maka dibuka sedikit lahadnya, tiba-tiba dilihat kuburnya menyala api, maka segera ia meratakan kubur itu, dan kembali kepada ibunya, bertanya: Bagaimanakah kelakuan saudaraku dahulu itu? Ibunya berkata: Mengapakah kau menanyakan kelakuan saudaramu, padahal ia telah mati?
Anaknya tetap minta supaya diberi tahu tentang amal perbuatan saudaranya itu, lalu diberitahu bahwa saudaranya itu biasa mengakhirkan sembahyang dari waktunya, juga tidak dalam keadaan bersuci, dan diwaktu malam sering mengintai rumah-rumah tetangga untuk mendengarkan bicara-bicara mereka lalu disampaikan kepada orang lain sehingga mengadu-adu antara mereka, dan itulah sebabnya siksa kubur. Kerana itu siapa yang ingin selamat dari siksa harus menjauhkan diri dari sifat namimah adu-adu (mengadu domba di antara jiran tetangga dan lain orang) supaya selamat dari siksa kubur dan mudah baginya menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakir.
Nabi s.a.w. bersabda: Seorang muslim jika ditanya dalam kubur, maka ia terus membaca: Asyhadu an laa ilaha illallah wa anna Muhammad abduhu warasuluhu, maka itulah yang tersebut dalam firman Allah: Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan kalimah yang teguh di mana hidup di dunia dan di akhirat (iaitu kalimah laa iiaha illallah, Muhammad Rasulullah).
Dari ketetapan itu terjadi dalam tiga masa:
1. Ketika melihat Malakulmaut.
2. Ketika menghadapi pertanyaan Munkar Nakir.
3. Ketika menghadapi hisab di hari qiamat.

Dan ketetapan ketika melihat Malakul maut dalam tiga hal:
1. Terpelihara dari kekafiran, dan mendapat taufiq dan istiqamah dalam tauhid sehingga keluar rohnya dalam Islam.
2. Diberi selamat oleh Malaikat bahwa ia mendapat rahmat.
3. Melihat tempatnya di syurga.

Dan ketetapan dalam kubur juga ada tiga hal:
1. Diberi ilham oleh Allah untuk menjawab dengan jawapan yang diredhai Allah.
2. Hilang rasa takut dangentar.
3. Melihat tempatnya di syurga sehingga kubur menjadi salah satu kebun syurga.

Adapun ketetapan ketika hisab juga dalam tiga hal:
1. Allah memberinya ilham sehingga dapat menjawab segala pertanyaan dengan benar.
2. Mudah dan ringan hisabnya.
3. Diampunkan segala dosanya.

Ada juga yang menyatakan bahwa ketetapan itu dalam empat masa:
1. Ketika mati.
2. Didalam kubur sehingga dapat menjawab pertanyaan tanpa gentar atau takut.
3. Ketika hisab.
4. Ketika berjalan di atas Sirat sehingga berjalan bagaikan kelajuan kilat.

Jika ditanya tentang soal kubur bagaimanakah bentuknya? Maka Ulamak telah membicarakannya dalam berbagai pendapatnya, sebahagian berkata: Pertanyaan itu hanya kepada roh tanpa jasad, dan di saat itu roh masuk ke dalam jasad hanya sampai di dada. Ada pendapat berkata: Rohnya di antara jasad dan katan. Dan yang sebaiknya seorang mempercayai adanya pertanyaan dalam kubur tanpa bertanyakan dan sibuk dengan caranya. Dan kita sendiri akan mengetahui bila kita sampai di sana.
Maka bila ada orang menolak adanya soal Munkar Nakir dalam kubur, maka penolakannya dari dua jalan:
1. Mereka berkata: Ia tidak mungkin menurut perkiraan akal, sebab menyalahi kebiasaan tabiat alam.
2. Atau ia berkata: Tidak ada dalil yang menguatkan.

Pendapat pertama bahwa ia tidak mungkin dalam akal, kerana menyalahi kebiasaan tabiat alam. Pendapat ini bererti meniadakan kenabian dan mukjizat, sebab para Nabi itu semuanya dari manusia biasa dan tabiat mereka sama, tetapi mereka telah dapat bertemu dengan Malaikat dan menerima wahyu, bahkan laut telah terbelah untuk Nabi Musa a.s. demikian pula tongkatnya menjadi ular, semua kejadian itu menyalahi tabiat alam, maka orang yang menolak semua itu bererti keluar dari Islam.
Jika ia berkata: Tidak ada dalil, maka hadis-hadis yang diterangkan sudah cukup untuk menjadi alasan bagi orang yang akan mahu menerima kenyataan. Firman Allah: Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranku) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur).
Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
Demikian pula ayat: Allah akan menetapkan hati orang-orang mukmin dengan kalimah yang teguh di dunia dan di akhirat. Dari Said bin Al-Musayyab dari Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika seorang mukmin telah masuk ke dalam kubur, maka didatangi oleh dua Malaikait yang menguji dalam kubur, lalu mendudukkannya dan bertanya, sedang ia mendengar suara derap kasut mereka ketika kembali, lalu ditanya oleh kedua Maiaikat itu: Siapa Tuhanmu, dan apakah agamamu, dan siapa Nabimu, lalu dijawab: Allah Tuhanku, dan agamaku Islam, dan Nabiku Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Malaikat itu berkata: Allah yang menetapkan kau dalam kalimat itu, tidurlah dengan tenang hati. Itulah erti: Allah menetapkan mereka dalam kalimah hak. Adapun orang kafir zalim maka Allah menyesatkan mereka tidak memberi petunjuk taufiq pada mereka, sehingga ketika ditanya oleh Malaikat: Siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa Nabimu, maka jawab orang kafir atau munafiq: Tidak tahu. Maka oleh Malaikat dikatakan: Tidak tahu, maka terus dipukul dengan pentung (pukul), sehingga jeritan suaranya terdengar semua yang di alam kecuali manusia dan jin. (Dan andaikan didengar oleh manusia pasti pengsan).
Abu Hazim dari Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar: Bagaimanakah kau hai Umar jika didatangi oleh kedua Malaikat yang akan mengujimu di daiam kubur iaitu Munkar Nakir hitam keduanya kebiru-biruan siung keduanya mengguris bumi, sedang rambut keduanya sampai ke tanah dan suara keduanya bagaikan petir yang dahsyat, dan matanya bagaikan kilat yang menyambar? Umar bertanya: Ya Rasulullah apakah ketika itu saya cukup sedar sebagaimana keadaanku sekarang ini? Jawab Nabi s.a.w.: Ya. Berkata Umar: Jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah. Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Tiada seorang yang mati meiainkan ia mendengkur yang didengar oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pengsan, dan bila dihantar ke kubur, maka jika ianya soleh (baik) berkata: Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada kebaikan nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak baik maka berkata: Jangan terburu-buru, andaikan kamu mengetahui apa yang di depanku daripada bahaya nescaya kamu tidak akan terburu-buru. Kemudian jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh dua Malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh datang dari arahku sebab adakalanya ia semalam tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku kerana ia biasa sedekah kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu ia datang dari kirinya maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu ia dibangunkan bagaikan dibangunkan dari tidur.
Lalu ia ditanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu?
la tanya: Siapakah itu?
Dijawab: Muhammad s.a.w.?
Maka dijawab: Saya bersaksi bahwa ia utusan Allah. Lalu berkata kedua Malaikat itu: Engkau hidup sebagai orang mukmin, dan mati juga mukmin. Lalu diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan dipelihara serta dihindarkan dari hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kami dari siksa kubur, kerana Nabi s a.w. juga berlindung kepada Allah dari siksa kubur.
Aisyah r. a. berkata: Saya dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yahudi minta-minta, dan sesudah saya beri ia berkata: Semoga Allah melindungi kamu dari siksa kubur. Maka saya kira keterangannya itu termasuk tipuan kaum Yahudi, lalu saya ceritakan kepada Nabi s. a. w. maka Nabi s. a. w. memberitahu kepadaku bahwa siksa kubur itu hak benar, maka seharusnya seorang Islam berlindung kepada Allah dari siksa kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amal yang salih, sebab selama ia masih hidup maka Allah telah memudahkan baginya segala amal salih.
Sebaliknya bila ia telah masuk dalam kubur, maka ia akan ingin kalau dapat diizinkan untuk melakukan satu hasanat saja, tetapi tidak diizinkan, sehingga ia sangat menyesal semata-mata, kerana itu seorang yang berakal harus berfikir dalam hal orang-orang yang telah mati, kerana orang-orang yang telah mati itu, mereka sangat ingin kalau dapat akan sembahyang dua rakaat berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil, sebagaimana ketika di dunia, tetapi tidak diizinkan, lalu mereka hairan pada orang-orang yang masih hidup membazirkan waktu dalam permainan dan kelalaian semata-mata.
Wahai pembaca sekelian, jagalah dan siap-siapkan harimu, sebab ia sebagai pokok kekayaanmu, selama engkau mem perhatikan pokok kekayaanmu, maka mudah bagimu mendapatkan atau mencari untung laba, sebab kini dagangan akhirat agak sepi dan tidak laku, kerana itu rajin-rajinlah mengumpulkan sebanyak mungkin daripadanya, sebab akan tiba masa dagangan itu sangat berharga sebab pada saat ia berharga maka kita tidak akan dapat mencari atau mencapainya. Kami mohon semoga Allah memberi taufiq untuk bersiap-siap menghadapi saatnya, dan jangan sampai menjadikan kami dari golongan yang menyesal seningga ingin kembali ke dunia tetapi tidak diizinkan, juga semoga Tuhan memudahkan atas kami sakaratul maut, dan kesukaran kubur, demikian pula pada semua kaum muslimin dan muslimat. Amin.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

02 October 2012

BUKTI MUSUH ISLAM DAH MULA TUNJUK TARING DI MALAYSIA


DAP tentang negara Islam, perjuangkan negara Kristian ?

Paderi-paderi membuat bulatan dan bersumpah untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.
Ini adalah satu Majlis makan malam DAP yang telah dianjurkan oleh DAP kawasan Parlimen Jelutong malam tadi (6 Mei 2011) semalam di Hotel Red Rock, Jln Macalister, Pulau Pinang untuk meraikan Pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di PRN Sarawak.
Paderi negara luar yang tinggal di Sarawak berucap
Paderi dari Afrika Selatan yang tinggal di Sarawak berucap
Seorang paderi tempatan dari Sarawak berucap
Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada petugas pusat khidmat AP Jelutong, para pastor dalam dan luar negara dan ADUN Sarawak telah hadir termask Jeff Ooi AP DAP Jelutong, dan Chiew Chiu Seng ADUN DAP Kidurong.
Ucapan Jeff OOI – AP Jelutong
Kesemua Pastor yang lebih kurang 35 orang telah mengadakan upacara angkat sumpah dgn membuat bulatan dan bersentuhan tangan masing2 dan berikrar dalam bahasa inggeris iaitu ingin menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara dan Perdana Menteri Malaysia adalah dari penganut agama kristian.
Pastor ini samada dari tempatan Sarawak atau luar negara adalah antara mereka yang telah membantu DAP berkempen di Sarawak.
Mereka berada di Pulau Pinang untuk Konvensyen di Berjaya Hotel dan perjumpaan khas pada sebelah malam di Pusat Kristian Pulau Pinang Jalan Khaw Sim Bee, Pulau Pinang.
Karpal Singh pernah meyuarakan tentangan yang begitu hebat menentang Negara Islam atas alasan menegakkan negara sekular, tapi majlis ini menunjukkan DAP bersama dengan pastor-pastor Kristian yang bertekad untuk menegakkan sebuah negara Kristian di Malaysia dengan Perdana Menterinya seorang Kristian.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

JUMLAH MURTAD DARI ISLAM SEMAKIN HARI SEMAKIN BERTAMBAH DI MALAYSIA

Isu Murtad di Malaysia: Perlunya kaedah inovatif dan tegas

 GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja.

Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja.

Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan.

Portal bebas Malaysiakini melaporkan
bahawa 686 permohonan tukar status
agama telah dirujuk kepada pihak
Mahkamah Syariah dan daripada itu, 135
kes diluluskan. Paling banyak ialah di
Sabah (238 permohonan; 67 diluluskan),
Negeri Sembilan (172; 33), Selangor (99), Wilayah Persekutuan (56;10), Perak (47;12) dan Pulau Pinang (36;1), diikuti Melaka (12:3), Pahang (8;7), Johor (8), Kedah (5;1), Perlis (3;1), manakala Sarawak dan Kelantan masing-masing 1 permohonan.


Walaupun bilangan kes berbeza-besa mengikut sumber, yang jelasnya ia kian meningkat. Beberapa siri Program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah diadakan bagi menzahirkan kebimbangan ini serta sokongan umat Islam terhadap gerakan membasmi kemurtadanan dikalangan orang Islam. Setakat ini, HIMPUN telah diadakan di Shah Alam, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Paroi, Negeri Sembilan. Seterusnya, HIMPUN akan diadakan di Pulau Pinang pada 28 Januari 2012.

Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohohan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak. Menurutnya, sebahagian besar permohonan diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru. Usaha sedang dilakukan untuk mengemaskini maklumat agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai gejala ini dikalangan saudara baru. Manakala dikalangan orang Melayu asal, gejala murtad banyak dikalangan golongan remaja lingkungan umur 20an.

Menurutnya lagi, antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Faktor perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad. Inilah yang diperolehi daripada siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas 12 orang Islam yang diselamatkan di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos tahun lalu.
Gejala merebak
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini memberi amaran kepada pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam negeri itu supaya jangan “bermain api”, kerana tindakan mereka bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan malah boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“Kena hormat orang Islam kerana ini negara Islam. Perkara ini adalah isu yang sensitif. Ini soal serius. Jangan cuba bermain api,” kata Ahmad sebagai mengulas laporan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai gerakan pihak tertentu yang aktif memurtadkan orang Melayu di negeri itu, termasuk orang kelainan upaya (OKU).

Bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau mempunyai bukti nyata berhubung gerakan pihak ini. Katanya, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio beliau semasa menjadi Exco Selangor, seramai 51 orang Melayu-Islam telah melahirkan keinginan untuk bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. “Mereka dibekalkan bible terjemahan Bahasa Melayu. Bukan Bahasa Indonesia yang orang kita sukar faham, tetapi Bahasa Melayu. Saya ada contoh salinan bible itu.”

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan AJK Pas Pusat ini melahirkan keinginan untuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Kristian dan orang Melayu-Islam yang pernah murtad. “Sekiranya pihak yang murtad bersetuju bertemu pihak paderi dan ilmuan agama, kita mahu dengar daripada mulut mereka sendiri, sekali gus membuktikan apa yang saya cakap adalah benar.

“Saya mahu pimpinan Kristian, tokoh agama, mufti dan intelek agama mendengar daripada mulut mereka yang telah memeluk agama Kristian sebagai bukti mereka telah terjebak dengan ajaran Kristian dan cubaan memurtadkan orang Islam Ini kerana mereka takut tampil ke hadapan, bimbang dengan risiko, kecaman masyarakat, keselamatan nyawa dan takut dipandang hina masyarakat.”

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan, dalam ruangannya ‘Cuit’ pada 7 Ogos 2011 berkata gerakan kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini tetapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus. Mereka juga membuka kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Bukan kelas-kelas biasa, tapi bertujuan menerapkan agama mereka.

“Di mana NGO-NGO Islam yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah sebenar...Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) yang garang itu. Mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?”

Cara Halus
Semasa kecil, ramai dikalangan kita yang diajar lagu ini: Are you sleeping, are you sleeping, Brother John, Brother John. The morning bell is ringing, the morning bell is ringing, ding dong bell, ding dong bell.
Penulis tidak tahu sama ada lagu ini masih diajar di sekolah-sekolah rendah atau tidak. Namun, ketika itu, penulis dan rakan-rakan lain tidak begitu faham maksudnya samada Brother John merujuk kepada paderi atau abang bernama John, dan samada morning bell yang dimaksudkan itu loceng gereja atau loceng di rumah.
Seorang teman yang pernah belajar di sekolah Methodist di Sungai Siput, Perak berkata beliau juga tidak tahu maksud perkataan itu atau jenis sekolah di mana beliau dihantar.“Ketika itu, tidak ada sebab untuk meragui apa-apa kerana tak dengar pula unsure mengalihkan akidah sesiapa. Kawan Cina tetap dengan amalan dan kepercayaan mereka, begitu juga dengan kawan India, apatah lagi dengan kawan Melayu-Islam,” kata Hanizam Abdullah, seorang pengarang di Berita Harian.

Baru-baru ini, sebuah pusat tuisyen percuma di Jalan Kuchai Lama didakwa cuba memesongkan akidah murid Melayu terutama daripada keluarga miskin dan setinggan sejak lapan tahun lalu. Anak-anak kecil diajar menyanyi lagu memuji Jesus Christ oleh sekumpulan muda mudi bukan Melayu. Antara lagu-lagu yang diajar termasuk Yes, I Know Jesus Loves Me dan Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Christ sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.

Seorang tukang cuci, Rosiati Mohd Repha, 41, ibu kepada dua anak berumur tujuh dan 12 tahun belajar di pusat tiusyen itu, tidak sangka guru-guru di situ cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus. Beliau menghantar anak-anak ke sana kerana tiada yuran dikenakan. “Kerap anak-anak saya bawa balik hadiah kerana menang pertandingan menyanyi,” katanya, sambil mendapati anak-anaknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja yang bertulis ABC dan lukisan yang tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam.”

Bekas Pengerusi Rukun Tetangga kawasan tersebut, Rosiah Ibrahim, 52, berkata pusat tiusyen itu mengajar pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ. Kuiz mengenai agama Kristian sering diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata usaha untuk mengkristiankan orang Islam pada masa ini bukan sahaja menarik penganutnya ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan menjauhkan orang Islam daripada agamanya. Ujar beliau lagi, walaupun usaha itu berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama, ia terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama.

“Ini bermakna wujud larangan penyebaran lain-lain agama selain daripada Islam terhadap orang Islam dan kerajaan harus mengambil tindakan paling tegas untuk memastikan kesucian agama Islam dengan mengguna pakai segala peruntukan perundangan yang ada,” katanya.

Pengaruh Media Sosial
Setiausaha Agung ISMA, Aminuddin Yahya, berkata kajian Sekretariat HIMPUN mendapati golongan remaja wanita Islam yang melayari laman social Facebook (FB) antara mereka yang terdedah dengan aktiviti murtad. Trend terbaru ini cukup membimbangkan memandangkan mereka sering menggunakan FB untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain. Ramai yang mudah terpengaruh dan akhirnya tidak teragak-agak meninggalkan Islam, terutama yang mana nipis akidah dan rendah pengetahuan agamanya.

“Bermula dengan perkenalan selepas itu mahu berjumpa dan kemudiannya jatuh cinta. Ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar agama. Melalui kajian yang kita lakukan, kebanyakan yang terlibat ialah belia dan remaja wanita.”

Malah, katanya, sudah ramai yang dibaptiskan dan mengikuti upacara keagamaan. Namun, dengan bantuan dan kerjasama beberapa NGO Islam lain, ISMA telah berjaya menyelamatkan sebahagian daripada mereka yang terjebak dengan gejala ini.

Perkara ini diakui Hanizam, yang pernah belajar di sekolah Methodist. Dalam sebuah rencananya di Berita Harian tahun lalu, beliau menulis: “Berlambak e-mel yang saya dapat, menghebahkan cerita wujudnya kumpulan yang semakin melebarkan pengaruhnya dalam usaha memurtadkan orang Melayu-Islam di Malaysia. Kata e-mel itu, waspada kalangan pemuda, pemudi yang nampak seragam baju putih, seluar hitam. Mereka memang baik dan sering mempamerkan sikap mengambil tahu mengenai kebajikan sasaran mereka.”

Beliau memberi contoh seorang pelajar sekolah agama di Lembah Kelang yang lengkap berpurdah, bijak berhujah dan bersolat lima kali sehari tetapi di lehernya tersangkut rantai salib. Akhirnya, pelajar itu terpaksa menjalani kaunseling.

Ulama kanan Iran Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani baru-baru ini menetapkan FB sebagai bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa bilangan pengguna FB di Iran ialah 17 juta orang, terutama golongan muda. Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Iran berjumlah 70 juta adalah di bawah umur 30 tahun.

Kata beliau: “Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah.”

Langkah Ke Depan
Baru-baru ini, HIMPUN telah memanjangkan 10 resolusi kepada rakyat Malaysia, antaranya menyeru semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini. Resolusi itu juga menuntut kerajaan memasukkan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan, sebagai mengimbangi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata: “This is not something that cannot be done. For those who don’t want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do?  You might as well let them go.”

Petikan AFP bertarikh 10 Julai 2007 ini dikeluarkan seminggu selepas Siti Fatimah Abdullah dibenarkan murtad dan menggunakan nama asalnya, Revathi Masoosai.

Dalam konteks inilah HIMPUN menuntut Kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selaras ini, dicadangkan agar proses penyeragaman undang-undang syariah antara negeri dilaksanakan segera bermula dengan mewujudkan sistem pengurusan Hisbah.

“Tindakan tegas hendaklah dikenakan terhadap mereka yang secara jelas memurtadkan orang Islam. Saya kesal kes memurtadkan yang dilakukan sebuah gereja di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu tidak dikenakan tindakan,” kata Mohd Azmi.

Turut digesa ialah kerangka jangka panjang dengan misi mengarus perdanakan syariah dalam semua aspek pengurusan dan sektor umat Islam di negara ini hendaklah segera dilaksanakan. “Sejak Merdeka, Islamisasi pentadbiran negara belummencapai tahap yang sepatutnya walhal peruntukan 3 dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadi payung undang-undang kepada semua usaha mengarus perdanakan syariah di negara ini,” kata Mohd Azmi.
Selain penyeragaman syariah dalam bidang yang sudah diusahakan iaitu sektor kewangan negara termasuk perbankan, insuran, pajakan dan pelaburan, banyak lagi sektor yang harus diterjemahkan konsep Islam yang syumul dalam pentadbiran negara. Misalnya, undang-undang syariah bolehlah digubah di peringkat pusat supaya menjadi asas melaksanakan konsep pentadbiran Islam dalam semua bidang.

“Jika transformasi terhadap Sistem Pengurusan Islam di negara ini mahu dilaksanakan dengan serius, kami menggesa keutamaan perlu diberi kepada mengujudkaan sistem hisbah seperti yang dituntut dalam pentadbiran Islam,” tambah beliau.

Menjadikan prinsip hisbah sebagaimana yang dilaksanakan dalam pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman Khulafa ar-Rasyidin sepatutnya digubal sebagai perundangan sekaligus sebagai dasar. Beliau berpendapat penekanan kepada transformasi pengurusan Islam semestinya bermula daripada usaha mewujudkan skima melahirkan insan petugas yang berkualiti tunggak. Petugas yang diterap dengan kualiti ketakwaan, akhlak serta amanah dan pertanggungjawaban menjadi asas untuk merombak pengurusan yang sedia ada.

Hal lain yang bersifat prasarana, profesionalisme dan struktur adalah aspek sekunder yang boleh dibangunkan kemudian setelah sistem pembinaan kualiti insane dilaksanakan dengan mantap. Mohd Azmi menggesa semua pihak mendekati isu yang menggugat akidah umat Islam melalui kegiatan pemurtadan diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang yang berkesan serta dakwah dan dialog berterusan.

HIMPUN juga menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.

Selain itu, Kerajaan juga perlu mengadakan program penerangan menyeluruh agar masyarakat berbilang kaum dan agama dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi menghapus prasangka dan kekeliruan terhadap Islam. Kerajaan juga perlu mengawal kegiatan media berkaitan penyiaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut perundangan undang-undang yang ada.

Manakala umat Islam pula diminta melupakan perbedaan fahaman politik dan lain-lan hambatan untuk bersama bersatu memikul tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarag bentuk pencerobohan.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...