Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

23 July 2012

Rahsia Di Bulan Ramadhan



RAMADAN datang lagi.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya. "

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya) , mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah. 



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

14 Julai 2012 - Majlis Penganugerahan Tokoh - Tokoh NGO Perjuangan Malaysia 2012 Peringkat "Kebangsaan" bertempat di Hotel Park Avenue Sg Petani , Kedah Darul Aman

Pada 14 Julai 2012 Telah Berlangsung "Majlis Penganugerahan Tokoh-Tokoh NGO Perjuangan Malaysia 2012 Peringkat Kebangsaan" Bertempat di Hotel Park Evenue Sg Petani, Kedah Darul Aman.Di Majlis yang gilang gemilang ini Pengasas/Penasihat Utama "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" / "Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT)" iaitu : "Yang Berbahagia  Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie" telah dianugerahkan "Anugerah TOKOH "Paduka Ayahanda" peringkat "Kebangsaan" ,Presiden "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)/Pertubuhan Belia Muafakat" : "Yang Berbahagia Ayahanda Cikgu Syukor" telah dianugerahkan "Anugerah Tokoh Penasihat NGO "Pertubuhan MUAFAKAT Malaysia" peringkat kebangsaan.Timbalan Presiden : "Yang Berbahagia Ayahanda Irzuwan Bin Tan Sri Zakaria telah dianugerahkan "Anugerah Tokoh Ayahanda Peringkat Zon Tengah" & "Yang Berbahagia Ayahanda M Tiger Amru" telah dianugerahkan "Anugerah Ayahanda Muda Peringkat Kebangsaan" dan Abang Long Ustaz Adib menerima "Anugerah Tokoh Abang Long NGO "Pertubuhan MUAFAKAT Malaysia" peringkat "Kebangsaan" .Kesemua "Anugerah-Anugerah Tokoh" ini telah disempurnakan oleh "Yang Teramat Mulia Paduka Utama Ayahanda Diraja Dato' Tengku Zainol Rashid Bin Tengku Yahya (D.S.D.K,A.M.K) - "Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Negeri Kedah Darul Aman".Majlis turut diserikan dengan kehadiran 400 lebih Paduka -Paduka Ayahanda,Ayahanda-Ayahanda dan Kekanda-Kekanda dari pelbagai Majlis & Pertubuhan NGO Perjuangan seluruh Malaysia.Antara wakil dari Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia Yang Turut Hadir Pada Majlis tersebut ialah "Paduka Kekanda Shah Kosas, Paduka Kekanda Neo Alor Star, Abang Long Art Alor Star, Abang Ngah Bob Alor Star, Abang Long Ustaz Adib MPI Bangi Dan Abang Chik Ammar PAndan .




Berikut adalah Gambar-Gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsungl :-
























"Yang Teramat Mulia Paduka Utama Ayahanda Diraja Dato' Tengku Zainol Rashid Bin Tengku Yahya (D.S.D.K,A.M.K) - "Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Negeri Kedah Darul Aman"








'Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie (Penasihat Utama/Pengasas M.J.B.S.M/MUAFAKAT Malaysia) bersama "Yang Berhormat Datok Sri Panglima Utama Paduka Ayahanda Khalifah Major (B) Adzhar Bin Ahmad  (Penasihat Agong Agensi Perkhidmatan Pengurusan Polis & Tentera Malaysia - "POLICTERA Malaysia") merangkap (Pengarah Program "Majlis Anugerah Tokoh Perjuangan 2012 Peringkat Kebangsaan) 


'Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie (Penasihat Utama/Pengasas M.J.B.S.M/MUAFAKAT Malaysia) bersama "Yang Berhormat Datok Sri Panglima Utama Paduka Ayahanda Khalifah Major (B) Adzhar Bin Ahmad  (Penasihat Agong Agensi Perkhidmatan Pengurusan Polis & Tentera Malaysia - "POLICTERA Malaysia") merangkap (Pengarah Program "Majlis Anugerah Tokoh Perjuangan 2012 Peringkat Kebangsaan) dan "Yang Berhormat Dato' Ayahanda Indra Kirana Kuantan,Pahang.


Barisan kepimpinan "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" / "Pertubuhan Belia Muafakat" (MUAFAKAT) - dari kiri "Yang Berbahagia Ayahanda Cikgu Syukor" , "Yang Berbahagia Ayahanda M Tiger" , "Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie" dan  "Yang Berbahagia Ayahanda Irzuwan Bin Tan Sri Zakaria" bersama  "Yang Berhormat Datok Sri Panglima Utama Paduka Ayahanda Khalifah Major (B) Adzhar Bin Ahmad " (Penasihat Agong Agensi Perkhidmatan Pengurusan Polis & Tentera Malaysia - "POLICTERA Malaysia") merangkap (Pengarah Program "Majlis Anugerah Tokoh Perjuangan 2012 Peringkat Kebangsaan)










Kepimpinan "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)"/Pertubuhan  Belia  Muafakat (MUAFAKAT)  bersama Presiden Pertubuhan Adat Bani Jawi Melayu (ADAT Malaysia) : "Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah   Saiful Cell)














Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Pengiktirafan & Penganugerahan Watikah/Selempang dan Bintang Darjah Kebesaran "Paduka Ayahanda" oleh "Yang Dipertua Angkatan Jemaah Ayahanda Semalaysia (JEMAAH AYAHANDA)"


Pengasas/Penasihat Utama "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" / Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA) : "Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie telah diberi  pengiktirafan serta Amanah (Watikah Perlantikkan,Selempang serta Bintang Darjah Kebesaran) sebagai "Paduka Ayahanda" (IMAM KHALIFAH) "Angkatan Jemaah Ayahanda Semalaysia (JEMAAH AYAHANDA)" yang telah disempurnakan oleh "Pengasas/Yang Dipertua "Angkatan Jemaah Ayahanda Semalaysia (JEMAAH AYAHANDA) " :"Yang Dipertua Paduka Utama Khalifah Ayahanda Tuan Syed Hussain Syed Mansor Al Shahab (J.P,K.M.W) - Ini merupakan Pengiktirafan/Amanah "susulan" selepas Perlantikkan "Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie" sebagai "Paduka Ayahanda" oleh "Yang Berbahagia Paduka Utama Khalifah Ayahanda Datok Sri Haji Mohd Rodhi Bin Datok Haji Ahmad" dan pengiktirafan oleh "Pertubuhan Penawar 1 Malaysia (PENAWAR 30) , Angkatan Majlis Gabungan Ayahanda Malaysia (AMAN MALAYSIA),Yayasan Hilwana Malaysia dan Agensi Pengurusan Perkhidmatan Polis dan Tentera Malaysia (POLICTERA MALAYSIA).Turut hadhir meraikan majlis  "Paduka Kekanda Wan Chai Starhill" dan "Paduka Kekanda Shah Kosas"













Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

30 Jun 2012 - Majlis Pemasyuran Waris Mutlak Penganugerahan Tauliah Ayahanda,Paduka Kekanda,Kekanda,Penolong Kekanda & Srikandi "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) & Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT)

Alhamdulliah dan syukur "Majlis Pemasyuran Waris Mutlak Penganugerahan Tauliah Ayahanda,Paduka Kekanda,Kekanda,Penolong Kekanda & Srikandi "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) & Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT) berlangsung dengan penuh meriah & berjaya pada 30 Jun 2012 bertempat di Putrajaya Lake Club,Presient 8 Wilayah Persekutuan Putrajaya Jutaan terima Kasih kepada "Yang Amat Mulia Raja Shu`ibah Almarhum D.Y.M.M H.R.H Tuanku Sultan Idris A`fifullah Shah Inbi Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Shah Kadasallah" yang telah mencemar duli ke Majlis Waris Beradat ini.Tidak lupa juga di atas kehadiran "Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Shahrulnizam Sidek Melawati , Paduka Ayahanda Shah dan rombongan(MPASF),Paduka Ayahanda Tun Nila Utama Datok Hazizi Al-Haj (PALAS) yang diwakilkan Ayahanda MAN & Kekanda-kekanda tunggak (PALAS) ,Paduka Ayahanda Long MJW (MJW) , Ayahanda Base Tiger Sentul , Ayahanda Megat (Majlis Sepanji Alam Bersatu Shah Alam) , Paduka Ayahanda Cikgu Ayong Bukit Puchong , Ayahanda Maarof Taman Medan , Ayahanda Isyak Gempita (Pertubuhan Adat Malaysia Damansara) , Ayahanda Boy Tiger (MPASF) , Wakil Gabungan Kekanda - Kekanda Malaysia serta semua Paduka Ayahanda , Ayahanda , Paduka Kekanda , Kekanda , P. Kekanda , Bonda,Kak Long,Kak Ngah,Srikandi yang sudi menghadirkan diri ke majlis waris beradat kami.Tak lupa juga barisan urusetia yang mantap,pendekar-pendekar Silat Gayong BAHTERA SAMUDERA,dan seluruh kekanda-kekanda dan ahli seperjuangan MJBSM dan MUAFAKAT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan majlis ini.Kehadiran para tetamu VIP & VVIP serta para hadirin & hadirat yang menghadirkan diri sungguh di luar jangkaan dan sangat meriaj....kami benar-benar terharu.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis "Waris Beradat" ini berlangsung.
(Untuk Paparan yang lebih jelas ..sila klik pada gambar )

Ucapan Kata-kata aluan dari Pengaasas / Penasihat Utama "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) / Pertubuhan Belia Muafakat) : "Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie"


Barisan kepimpinan Paduka-Paduka Ayahanda dan Ayahanda-Ayahanda bersama "Yang Amat Mulia Raja Shu`ibah Almarhum D.Y.M.M H.R.H Tuanku Sultan Idris A`fifullah Shah Inbi Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Shah Kadasallah"

Paduka dan Ayahanda  "M.J.B.S.M/MUAFAKAT" bersama "Yang Amat Mulia Raja Shu`ibah Almarhum D.Y.M.M H.R.H Tuanku Sultan Idris A`fifullah Shah Inbi Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Shah Kadasallah"




Menerima "Pengiktirafan dan sijil penghargaan dari (Pertubuhan  Penawar 1 Malaysia Wilayah Persekutuan)"



Pertunjukkan Seni Silat Gayong Malaysia oleh pendekar-pendekar BAHTERA SAMUDERA



Ayahanda Tiger Base Sentul - Panglima Diraja (Bodyguard) Y.A.M Raja Shui'bah Ibni Almarhum D.Y.M.M Tuanku Sultan Idris
Tiger Long Kai dan Paduka Kekanda Wan Chai

"BAHTERA SAMUDERA,BERSATU SETIA"




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...