Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

30 March 2010

Mesyuarat Agong PAPIM Kali ke-2

(KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS )



















Sabtu,7 Oktober 2009 - Bertempat di Dewan IKIM,Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) yang telah dirasmikan oleh YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Majlis dihadiri Ayahanda PAPIM seluruh negeri diiringi anak jemaah masing-masing memenuhi luar dewan untuk menyambut kedatangan YB Datuk diiringi Presiden PAPIM, Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab. Majlis bermula dengan perucapan pengacara majlis iaitu Kekanda Zul Kembara (Majlis Jemaah Cochrane) yang menjemput Ayahanda Hj Yaakob bin Salleh (Ayahanda Besut/Setiu, Terengganu) untuk bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, Kekanda Zul menjemput Presiden PAPIM, iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud untuk memberi ucapan. Paduka Ayahanda Hj Daud membuka bicara dengan banyak menekankan tentang peripentingnya "Badan Adik-Beradik" ini berdiri teguh dilandasanya sendiri dan menyeru agar sesama jemaah bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab yang suci murni ini. Setelah Paduka Ayahanda Hj Daud selesai memberi amanat yang begitu beharga, tiba giliran tetamu kehormat majlis ini iaitu YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2 ini. Banyak sekali penekanan YB Datuk mengenai Ukhuwah Islamiyyah ini dipelihara dari anasir jahat terutama pihak luar yang ingin melihat perpaduan terutama orang Islam ini longgar dan berpecah belah. Diselangi dengan cerita dan jenaka, ucapan YB Datuk mengingatkan DPR tentang Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah YB Datuk seringkali menjadi ahli panel rancangan tersebut. Selesai ucapan perasmian, Kekanda Zul K mengumumkan nama-nama Ayahanda untuk mendapatkan sijil PAPIM dari YB Datuk seterusnya bergambar kenang-kenangan di atas pentas dewan IKIM yang pada hari ini mencatat sejarah saksi pertemuan Ayahanda PAPIM seluruh Malaysia. Syabas & Tahniah kepada semua anakanda-anakanda Jemaah BAHTERA SAMUDERA di bawah pimpinan YM Ayahanda Cikgu Joe yang hadhir ke majlis yang julung-julung kalinya ini.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...