Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

23 June 2010

PROFAIL PAPIM BANGI



Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2006 dengan nombor pendaftaran 0484-06-SEL dan beralamat No. 1, Jalan Meranti 8A/7, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang kali Selangor.

Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia Bangi (PAPIM BANGI) pula di bawah pucuk pimpinan Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe ( Presiden MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA )

Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe telah dilantik dan ditauliahkan sebagai Ayahanda PAPIM BANGI yang sah oleh Presiden PAPIM MALAYSIA iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud bin Hj Wahab B.K.M,P.J.K dan diberi mandat untuk memimpin ahli jemaah Bangi,Selangor


PAPIM BANGI dikenali sebagai BADAN KELUARGA atau lebih mesra dipanggil BADAN ADIK BERADIK. Ianya seolah-olah dilahirkan dari SEPERUT-SEIBU yang mana sama-sama merasai dan bertanggungjawab dalam mengukukuhkan lagi ikatan kekeluargaan atau SEBAGAI SATU BAPA (Ayahanda) yang bertanggungjawab luas di semua bidang perjuangan yang amanahkan sebagai perjanjian awal yang sama-sama diterima dengan kerelaan hati lebih-lebih lagi perjanjian kita dengan ALLAH semasa di Alam Roh dulu, termasuk Roh orang Islam dan Roh Kafir. Semuanya menjawab serentak YA! kamulah Tuhan kami sebenarnya . Menurut segala perintahMU dan Meninggalkan yang dilarang.

Sebenarnya BADAN AYAHANDA ini sudah lama diujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.

Maksudnya jawatankuasa BADAN AYAHANDA ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Perdana Menteri (Pak Lah) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak.

Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU )
mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa BADAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya BADAN ADIK BERADIK ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya BADAN ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asa atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?

a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?

Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM

Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.

Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.

Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:

PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA : MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.

Sekian Terima Kasih . WASSALAM...


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...