Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

30 November 2010

Sedikit Pengenalan TENTANG "KONGSI GELAP" & Perbezaannya dengan Fi Sabilillah


Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.

Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Justeru itu tepuk dada tanya selera ?.. adakah Angkatan Tentera Fisabilillah yang memperjuangkan Agama,Bangsa & Tanahair & KONGSI GELAP patut DI SAMA kan ?

RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL !!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komentar yang membina ...

    TOPIK yang dibicarakan tentang perbezaan Fi Sabilillah & Kongsi Gelap ...

    bukannya PEKIDA!.

    PEKIDA itu hanya NGO ( Badan Bukan Kerajaan ).Tidak semua Ahli Fisabilillah itu PEKIDA .Dan saudara rasanya sudah tersilap faham tentang PEKIDA & Angkatan Fi Sabilillah...

    Menjawab persoalan ini rasanya begitu mudah.Tidak semua Orang Islam mengamalkan Ajaran Islam sepenuhnya...ada dikalangannya Islam pada nama sahaja...begitu juga di dalam PEKIDA atau NGO NGO lain yang kononnya Angkatan Fi Sabilillah ( A.T.S ) tetapi ternyata ada yang lari dari perjuangan asal ... " Jangan kerana NILA setitik Rosak Susu Sebelanga ..." segelintir yang menggunakan nama PEKIDA merosakkan nama PEKIDA .. sedikit itulah yang dipandang ?.. sedangkan masih ramai lagi dikalangan ahli PEKIDA atau Badan NGO Fi Sabilillah lain yang elok...

    Saya tidak nafikan ada segelintir dikalangan ahli seperti yang saudara katakan .. tetapi janganlah segelintir itu dianggap SEMUA !! ..

    Ini hanya pendapat peribadi dari saya selaku admin website ... Wallahuaklam Bissowab !!

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Kita lihat pada 2 senario yang berbeza...

    Pertama: Ahli fisabillillah yang bersumpah dgn kalimah Allah dan Al-quran sebagai saksi. Bermula di zaman Rasullullah s.a.w. Mempunyai undang2 dan peraturan khusus sbg seorang pejuang berlandaskan al-quran dan al-hadis. Misi dan visi perjuangan juga jelas -Agama, Bangsa dan Tanah Air.. Pergerakan bawah tanah.

    Kedua: Ahli kongsi yang bersumpah dihadapan dewa bersaksikan langit dan darah mereka. Bermula pada tahun 1760 semasa dinasti Qing. Mempunyai 36 peraturan dan 21 perlembagaan yang wajib diikuti oleh setiap ahli. Misi dan visi perjuangan juga jelas - Bangsa, Kuasa dan Jajahan. Pergerakan bawah tanah.

    Rujukan: Primitive Revolutionaries of China: A Study of Secret Societies in the Late Nineteenth Century oleh Fei-Ling Davis terbitan tahun 1971

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Yang jelas, kedua-duanya adalah satu perjuangan. Tentera Fisabillillah bersumpah menegakkan Islam, Tentera Merah bersumpah mengembalikan kegemilangan Shao-Lin mereka. Kedua-duanya juga mementingkan ikhwanul insan iaitu perhubungan sesama insan.

    Isu yang nyata sekarang ialah sejauh kekuatan ahli berpegang pada sumpah yang dilafaz? Sekuat mana ruh ikrar yang diucapkan? Apa pencapaian kita berbanding mereka? Dimana letaknya nilai ukhwah apabila semakin ramai berpuak2? Mmmg kita boleh katakan setiap yg beragama islam itu bersaudara. Tetapi realitinya? Adakah kita tetap bersatuhati jika masing2 masih berbangga dan fanatikkan asal-usul sendiri dan mempertikaikan yg lain?

    Saya dgn mudah boleh tunjukkan seratus ahli Fisabillillah yang telah bersumpah menjaga rahsia tetapi saya belum tentu boleh tunjukkan ahli kongsi yang sebenar2 ahli (saya tidak merujuk kepada mereka2 yg mendakwa kononnya merekalah ahli kongsi). Maksudnya disini,kerahsiaan perjuangan itu sudah tiada apabila pemimpin2 dgn mudah boleh digoogle.

    Jika ada yang bertanya, sejauh mana kejayaan tentera Fisabilillah? Itu adalah satu soalan yg sukar bagi saya. Politik? itu mungkin... Ekonomi? Jauh sekali... Moral? Mungkin... Adakah kejayaan itu diukur mengikut bilangan ahli yang direkrut? kalau begitu, ramai yang telah berjaya.

    Kalau digooglekan, Chinatown terdapat dimana2 diseluruh dunia. Mereka telah berjaya dlm perjuangan mereka meluaskan kuasa dan jajahan. Apa rahsianya? Wallahualam....

    Seperti yg admin katakan, tidak semua ahli begitu. Dalam setandan mustahil semuanya gred A belaka... Siapa tahu, mungkin drpd senarai 20 orang terkaya di Malaysia, mereka adalah terdiri drpd ahli2 kongsi gelap?

    Yang baik diikut, yang buruk ditinggalkan... mungkin sebab ini Rasullullah menyuruh umatnya tuntutlah ilmu smpi ke China... Kalau nak suruh jadi doktor atau ahli matematik mahupun saudagar, rasanya tokoh2 Islam lagi advanced zaman dulu. Wallahualam.

    *Komen ini berbentuk peribadi mengikut pembacaan dan pemerhatian sendiri. Kalau ada yang salah anggap saja saya bercakap seperti tin kosong yang tiada isi :):):)

    ReplyDelete
  4. Terima kasoh atas komentar yang diberikan .... ( kami akan kongsi pendapat & maklumat saudara ni sebagai post baru untuk perkongsian ilmu pada yang lain ... terima kasih sekali lagi saudara!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...