Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

05 October 2011

[INFO] Sidang Media HIMPUN




Pimpinan-pimpinan daripada ratusan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini berhimpun di bawah gabungan HIMPUN yang berperanan sebagai platform penting dalam memperkasakan suara umat Islam di negara ini.
HIMPUN disokong oleh antara lain, Pimpinan Majlis Ugama Islam, Pimpinan NGO seperti Gabungan PEMBELA Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ACCIN, TERAS, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),  Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pimpinan Parti Politik antaranya ahli dari Pemuda PAS, Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit dan Persatuan Bekas Anggota Polis, Gabungan Persatuan Silat, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, gerakan-gerakan belia, gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam serta wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam.
HIMPUN ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa umat Islam di negara ini adalah umat yang berdaulat dan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Akhir-akhir ini, kedaulatan agama dan umat Islam semakin berani digugat oleh Gerakan Kristianisasi dan dari sekumpulan bukan Islam yang berniat utuk menggugat kedaulatannya.

Gerakan Kristianisasi telah berani membuat desakan yang melampaui batas antaranya dalam isu-isu Murtad, Bible Melayu, Kalimah Allah, JAIS dan sentiasa menentang pentadbiran agama Islam dalam semua isu agama dan tindakan mereka dilihat seperti orang yang tidak bertamadun.
Sikap dan cara mereka dicerminkan melalui tindakan yang melampau serta mengeluarkan pelbagai kenyataan kasar yang amat menghiris hati umat Islam di negara ini.
Oleh yang demikian, suatu sidang akhbar akan diadakan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diwakili oleh tokoh-tokoh NGO Islam, antaranya :
1. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Bersama HIMPUN, Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM)
2. Dr. Mohd. Yusri Mohamad, PhD
Pengerusi Bersama HIMPUN, Pengerusi PEMBELA, Pengerusi Yayasan Sofa, Penasihat ABIM
3. Tuan Haji Aminuddin Yahya,
Setiausaha HIMPUN, Timbalan Presiden ISMA
4. Ibrahim Mohd Hasan
Penolong Ketua Unit Belia & Mahasiswa HIMPUN, Timbalan Presiden PEMBINA
5. Wakil-wakil pimpinan NGO Islam dalam gabungan HIMPUN
6. Pimpinan parti-parti politik dan badan-badan agama Islam yang menyokong HIMPUN

Butir-butir Sidang Media HIMPUN
Tarikh : 4 Oktober, 2011 (Selasa)
Masa    : 10.00 Pagi
Lokasi : Tingkat Bawah, Grand Seasons Hotel No 72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...