Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

27 February 2012

Strategi memurtadkan orang ISLAM terkini

Hasan Ali: Maklumat murtad dari ‘mubaligh berjubah’

Datuk Hasan Ali berkata umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.
NONEBeliau berkata, maklumat itu diperolehi dalam sesi pendengaran bawah ‘Unit Selamatkan Akidah’ (USA) yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam.
Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.
“(Maklumat) daripada mereka itu kita petik… Kenyataan mereka kita petik. Saya tidak boleh menyatakan siapa dan bila, atas sebab-sebab keselamatan mereka.
“Cukuplah saya menyatakan apa yang disebut hasil daripada pendengaran yang kita dapat daripada teman-teman terbabit,” katanya dalam sidang media di Shah Alam.
Dr Hasan berkata, ketika ini seramai 56 orang yang berada dalam unit itu dan masih memberi maklumat bagaimana mereka terbabit dengan gejala murtad.
“Dalam hati mereka masih ada keimanan dan nak balik kepada Islam. Kita memberi kaunseling serta memberi gambar tentang kehidupan dalam Islam dan hati sebagai seorang Muslim,” katanya.
NONEHasan diminta menjelaskan berhubung dakwaannya sebalum ini bahawa ada usaha licik memurtadkan umat Islam melalui kaedah itu.
Beliau dilapor sebagai berkata ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.
Hasan dalam jelajahnya dilapor berkata, sasaran utama golongan itu ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, lemah akidah, berhutang, menghadapi masalah keluarga.
Golongan berfikiran liberal, terbuka dan tidak mengamalkan cara hidup Islam juga termasuk dalam senarai itu.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...