Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

24 March 2014

Ajaran Sesat



HURAIAN AJARAN SESAT - 

KESESATAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG AWAM



Setelah di beberapa bab yang lalu kita disajikan dengan berbagai kesesatan yang dibuat oleh Pengamal ilmu-ilmu hitam, Tarikat sesat, Pereka-pereka ilmu batin, Kefahaman yang jauh dari hukum Syarak, Ilmu Pernafasan Batin (persilatan), Ilmu bersandarkan Khadam dan lain-lain, maka tibalah masanya untuk kita mengatahui akan kesesatan yang dilakukan oleh orang-orang kebanyakan atau orang awam. Amatlah perlu kita mengatahui akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan kerana mempercayai mereka itu semua, supaya selepas ini kita dapat menghindarkan diri dari terjebak didalam rantaian keilmuan yang sesat pembawakan mereka-mereka itu.

Ini mesti kita lakukan supaya kita tidak termasuk sebagai golongan yang dimurkai Allah SWT selama-lamanya baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Adalah tanggung jawab setiap individu Islam secara peribadinya mempunyai azam dan iltizam untuk melarikan diri dari semua bentuk kesesatan baik ia secara terang-terangan mahupun secara tersembunyai kerana akhirnya kita juga yang akan dikenakan hukuman kelak atas sebab lalai, alpa, ikut membabi buta, tak mahu berubah, tak mahu mendengar nasihat, jahil murakkab (bersusun-susun), berdegil, buta akal fikiran, berperasangka buruk, berdendam, megah dunia, mahu gagah dan perkasa, nampak hebat, mengejar kekayan dunia dan berbagai-bagai perangai manusia lagi. Keperluan untuk mengatahui dan mengenal diantara yang baik dan buruk adalah amat penting untuk diberi penumpuan disini kerana yang mahu dijaga itu adalah AKIDAH ISLAM di dalam sanubari kita sendiri, bukannya orang lain. Justeru anda digalakan membaca terus atikel ini sehingga selesai supaya mengetahui keadah untuk menyelamatkan diri kita dari 'perangkap' kesesatan yang sentiasa menunggu peluang untuk masuk menerjah ke otak dan fikiran kita pada bila-bila masa saja yang dibawa oleh ejen-ejen perisikan Iblis Laknatullah dan Izazil Laknatullah yang bertopengkan manusia ini termasuklah dengan ejen-ejen THH yang berkeliaran diluar sana.

Maka banyaklah kesilapan yang kita lakukan sama ada sedar atau pun tidak yang pula membawa akibat yang buruk kepada Akidah, Iman, Akhlak dan Amalan. Disenaraikan akan kesilapan orang-orang awam hingga membawa kepada kesesatan kepada mereka seperti dibawah ini…

SASARAN DAN KETAKSUBAN

Apa juga yang dilakukan oleh manusia-manusia durjana seperti dukun, pawang, mak andam, tukang tiup, bomoh, tok guru tarikat sesat, ahli kebatinan, tok guru silat, guru berkhadam, ahli nujum, tukang urut patah, mak bidan, tok mudim, pengamal kesenian rakyat, pengamal perubatan tradisional, perubatan alternatif, bomoh buang saka, guru-guru agama ‘bersahabat’, ustaz berkhadam, pengamal ilmu menurun, pengamal ilmu batin dan sebagainya itu akhirnya menjadikan orang-orang ramailah ‘target’ atau menjadi mangsa mereka. Orang-orang awam yang mudah mengikut telunjuk seperti kerbau dicucuk hidung akan menjadi ‘ulam’ mereka untuk diratah. Tambahan pula yang langsung tidak berpelajaran ataupun yang tidak mengetahui dan tidak ambil peduli akan pekara ini.

Malang sekali jika ada diantara mereka yang terjebak itu diantara orang terpelajar, orang kenamaan, orang berkedudukan, artis-artis, golongan profesional dan sebagainya lagi. Sebenarnya semua orang awam tak kira apa juga kedudukan mereka menjadi sasaran puak-puak itu asalkan mereka boleh mendatangkan ‘keuntungan’ atau laba kekayaan wang ringgit kepada pegamal keilmuan sesat tak kira dibahagian mana sekali pun. Mereka begitu rakus kerana Malaysia ini menjadi ‘lubuk duit’ untuk mereka terutama yang datang dari seberang iaitu Indonesia. Mereka datang sebagai ‘pengamal perubatan alternatif’, tukang urut tradisional, bomoh, dukun dan tak kurang juga yang menjadi pendakwah bebas, guru tarikat, guru persilatan, guru agama, guru tarek duit, guru buang saka dan lain-lain lagi. Tujuan utama mereka hanyalah kerana ‘wang ringgit’ yang mengamit mereka kemari tambahan pula orang-orang disini sangat taksub jika tok guru datang dari seberang serta bersedia memberi habuan besar asalkan mereka sembuh dari penyakit yang dihidapi.

Mereka amat terpengaruh dengan dakwaan bahawa guru-guru yang datang itu ‘handal’, hebat-hebat ilmu mereka sedangkan mereka itu adalah pengamal ilmu hitam, ilmu kebatinan, pembawa tarikat sesat, penyebar dakyah songsang, pengamal ilmu magik dan tahyul dan berbagai-bagai ilmu sesat lagi. Jadi orang-orang ramai disini menjadi mangsa mereka kerana‘KETAKSUBAN’ tersebut serta tidak faham aliran keilmuan yang mereka miliki hinggakan tergadai Akidah Islam yang selama ini mereka bina.

MAGIK DAN SAKTI

KETAKSUBAN itu juga hadir apabila guru-guru itu membuktikan beberapa pekara mencarek adat atau luar biasa sama ada dia nampak sendiri atau dengan mendengar cerita-cerita orang yang pernah hadir kepadanya. Mulalah heboh disana sini berkenaan dengan ‘kehebatan’ guru itu tadi dalam mengubati orang atau dalam memberi ceramah agama atau pun dalam pertunjukan seni pertahanan diri (silat). Orang ramai terutama di Malaysia ini akan cepat terpengaruh dengan cerita-cerita begitu, maka tok bomoh atau Ustaz tadi mula mencari jalan bagaimana untuk mengaburi mata hadirin iaitu sebagai contoh dengan belajar Ilmu Sakti Kebatinan (sebuah ajaran sesat yang menggunakan khadam syaitan yang popular di Indonesia). Dengan adanya Ilmu seumpama ini tok bomoh atau Ustaz tadi bias menunjukkan permainan ‘silap mata’ atau magik kepada khalayak seperti menerbangkan sejadah keudara, keris terbang, kebal, jurus jarak jauh, bersila diudara, menghidupkan lampu pada badannya, makan kaca, mengeluarkan duit dari bawah tikar, menyembuhkan orang sakit tenat, berkata-kata dengan jin pada badan orang yang kena sampok jembalang, terus mata boleh melihat tulang patah atau retak, memasukkan pedang kedalam mulutnya, menghadirkan ubat akar kayu dalam mangkok dan sebagainya lagi.

Setelah berubat mereka dikenakan dengan pengeras dengan dinilaikan sama dengan wang ringgit Malaysia. Begitulah permainan tok bomoh itu yang hanya sebentar sahaja kehadirannya disini (kerana ubatnya hanya bertahan beberapa waktu) sebenarnya takut kedapatan akan penipuannya. Maka cepat-cepat melarikan diri dengan alasan visa hanya seminggu saja. Selang beberapa waktu kembali lagi kemari dengan permainan yang baru atau sama saja seperti yang lalu. Begitulah pusingannya saban waktu sehingga orang ramai tidak mahu lagi percaya akan keilmuannya maka habislah punca rezekinya disini. Mempercayai dan berkayakinan dengan bomoh yang bersahabat dan berkhadam adalah meletakkan diri kita diwilayah murtad dan syirik terhadap Allah swt. Maka cepat-cepatlah bertaubat jika kamu didalam masalah ini kerana dosa ini tiada keampunannya.

Yang menjadi hairannya, orang ramai disini tetap juga percaya dan taksub dengan tok bomoh dan Ustaz dari seberang walaupun telah ditipu. Kalau disana tok bomoh itu tiada siapa peduli kerana tahu tabiat buruk dan kaki minumnya itu hingga memukul isteri jika mabuk. Tapi dia disini bukan main mendapat perhatian yang istimewa. Turun saja kapal terbang diKLIA sudah ada Merc menjempunnya. Tinggal di Hotel 5 bintang, kemana saja ada yang menyambut seperti menteri kerana punya Ilmu Sakti, malahan dipanggil ‘Kiyai’ lagi. Sedangkan sejadah pun dia tak kenal, waktu solat pun tidak tahu, bacaan ayat Fatihah pun tidak lepas. Tetapi disini menjadi Imam solat. Tahukah anda untuk apa dia kemari?? Kerana orang disini percaya dia mampu ‘Tarek duit’, ‘Tarek Emas’ dengan ‘Ilmu Sakti’ nya. Atau dia ada banyak ‘barang kebal’ untuk tarek duit. Ini berlaku tidak berapa lama dahulu, malahan kawan pun dijemput untuk ‘bergabong’ tenaga, kononnya. Kawan tinggalkan saja majlis mereka tampa berkata apa-apa kerana tiada nas atau hadis yang mengatakan wujudnya Ilmu seumpama itu tambahan pula kawan kenal siapa ‘Kiyai’ itu. Jadi mereka membuang masa dan wang saja menjemput manusia seumpama itu kemari. Lihatlah betapa bodohnya mereka semua dek kerana "Taksub Melampau" yang sukar untuk berpatah kepangkal jalan walau diberi nasihat sekali pun.

Sebenarnya jika kita berkayakinan bahawa khadam jin itu boleh mendatangkan duit dan memberi rezeki maka kita telah meletakkan diri kita ke dalam wilayah murtad dan dosa murtad itu tiada keampunan selagi tidak Taubat Nasuha dan jika kamu mati di dalam kepercayaan seumpama itu tanpa sempat bertaubat maka kamu dianggap kafir! Minta dijauhkan Allah SWT.
PEMUJAAN

Satu lagi yang amat sinonim dengan alam Melayu ialah ‘PEMUJAAN’. Entah kenapa masaalah ini tiada kesudahannya walaupun Islam telah bertapak di sini begitu lama. Ajaran Islam amat melarang kepada sebarang bentuk pemujaan walau apapun tujuannya. Memang jika sebelum Islam datang ke mari itu kepercayaan disini banyak kaitannya dengan bentuk pemujaan. Hampir semua kerja mereka kaitkan dengan puja dewa, puja laut, puja sungai, puja pokok, puja bukit, puja semangat tanaman, puja perahu, puja kubur, puja roh jahat, puja kubur keramat dan banyak lagi. Tetapi setelah kita menerima Islam maka semua bentuk pemujaan itu haruslah dibuang dan jangan dibuat lagi. Tidak disangka juga ada sesetengah kumpulan manusia di masa ini masih lagi mengamalkan pemujaan bagi tujuan perubatan, nombor ekor, minta kaya, minta anak, minta selamat, minta sehat, minta menang pertandingan dan lain-lain lagi.

Budaya kuno ini tetap menular di dalam darah sanubari masyarakat Melayu hingga kehari ini walaupun mereka itu Islam. Lainlah jika mereka masih tinggal diwilayah yang tidak menerima Hidayah Islam langsung. Meminta kepada yang lain selain dari Allah itu merupakan dosa yang amat besar dimana kita telah meletakkan diri kita diwilayah syirik dan murtad yang tiada keampunan dari Allah akan dosanya.

Malang sekali di Malaysia yang terkenal dengan Negara Islam ini dengan pujian atas pengurusan jemaah Hajinya, Islam Liberalnya, Islam Teloransi, Negara Islam contoh, tetapi telah pula ‘membenarkan’ bentuk pemujaan dewa secara besar besaran diadakan saban tahun, malah telah diwartakan hari cuti umum lagi. Kononnya untuk menarik perlancong luar datang ke mari pada waktu itu yang juga dipanggil ‘Produk Perlancongan’. Kenapa tiada bantahan dari Majlis Agama atas pekara yang terang-terang melangar hukum Syarak ini. Majlis Agama boleh saja mencadangkan kepada kerajaan agar mereka boleh membuat upacara itu secara tertutup dikawasan tertentu dan tidak dibesar-besarkan kerana menghormati akan setatus ‘Negara Islam Contoh Dunia’ ini. Maka seharusnya kesucian Islam itu harus dijaga dengan sempurna walaupun kita punya berbagai-bagai jenis kaum dan kepercayaan. Kaum-kaum itu juga harus menghormati akan ajaran Islam yang dianuti majoriti rakyat negara ini di dalam Negara Islam pula. Ini adalah kerana pemimpin yang beragama Islam di dalam kerajaan BN sebagai peneraju kerajaan juga akan dipertanggung jawabkan akan dosa yang mereka lakukan itu kerana‘Kebenaran’ yang telah kamu beri di dalam Parlimen. Jadi bagaimana, takut pada Allah ke, atau takut kepada pengundi??? Begitulah sukarnya menjadi pemimpin. Bagaimana kamu mahu keluar daripada dosa ini???

Bentuk pemujaan juga menular kepada Raja-raja Melayu, Pemimpin Melayu, Penceramah Agama, Penyanyi, Aktor, Program TV, Guru-guru Tarikat, Cikgu sekolah, pemimpin kaum, Ratu, walaupun bentuk pemujaan itu tidak menyamai akan penyembahan dewa tetapi menjadikan taksub, tunduk, patuh, idola, puja, itu juga dikira sama dosanya seperti pemujaan selain dari Allah. Ia melarikan akidah, pandangan batin, akal fikiran yang akan menyebabkan kita lalai kepada Allah. Dalam hal ini manusia Islam haruslah berhati-hati menjaga akidah mereka supaya taksub mereka itu tidak melampau hingga lalai kepada Allah.

Sebagai contoh, jika kita perhatikan disuatu keramaian yang bakal dihadiri Pemimpin tertentu. Masyarakat sibuk menyiapkan tempat, makanan, tempat berniaga, acara-acara hingga lalai solat, lalai waktu. Begitu tekunnya mereka itu hingga seluruh tumpuan kerja semuanya menuju ke arah itu. Majlis itu pula menggalakan percampuran ajanabi (bukan muhrim) lelaki perempuan di dalam satu tempat. Jadi bagaimana? Tidakkah ia melangar Hukum Syarak? Tidakkah ia membawa dosa besar? Dan yang paling teruk sekali ialah dosa lalai pada Allah??? Begitulah juga kepada idola-idola yang lain, kerana terlampau taksub hingga sanggup meniru gaya, pakaian, cara berjalan, rupa paras dan sebagainya kerana ‘taksub melampau’ yang juga boleh diertikan sebagai PUJA.

MENURUN DAN BERDAMPINGAN

Boleh dikatakan hampir kesemua bomoh, dukun, pawang dan lain-lain di dalam masyarakat Melayu itu mengamalkan amalan ‘menurun’ atau pun ‘berdamping’ dengan makhluk halus, makhluk jin, bunian, jembalang, toyol dan lain-lain. Menurun dan berdamping sama ada sedar atau separuh sedar ataupun tidak sedar langsung yang dikenali juga dengan nama Tanasalul Arwah (huraiannya ada disini) yang di dalam hukum Syarak adalah ditegah dan HARAM sama sekali. Mengamalkannya jatuh kepada syirik dan bidaah dholalah hingga mengikabatkan murtad. Orang awam yang berkunjung kepadanya bagi berbagai tujuan dan hajat juga turut sama terbabit tanpa mereka sedari.

Mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti pengamal amalan itu tadi kerana mempercayai dan yakin kepada sesuatu amalan yang sesat dari jalan Allah. Tiada sebarang Nas atau Dalil dari Al-Qur’an mahupun Hadis Nabi yang mengatakan dan boleh dibuat sandaranbahawa Roh Orang Soleh, WaliAllah, Malaikat atau siapa juga yang telah meninggal dunia akan hadir dan ‘masuk’ menurun ke dalam badan pengamal ilmu itu tadi atau pun boleh hadir berdamping dengan Tok Bomoh, Tok Guru, Tok Pawang, Dukun, Ustaz, Imam, Dukun Anak, Guru Silat, Mahaguru ataupun orang-orang biasa yang lain bagi tujuan memberi ucapan, ceramah agama, mengajar Tarikat, mengajar silat, memainkan alat kesenian Melayu, mengurut, menyembuh penyakit, menjampi air penawar, memberi ubat, memberi nasihat dan sebagainya. Ini semua hanyalah permainan dan tipudaya dari tak lain dan tak bukan iaitu Golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis dari semua arah fitnah penipuan, bidaah dhoalalah yang sangat jauh, muslihat bagi menyesatkan Umat Islam.

Terlanjur dengan sifat orang-orang Melayu yang sangat taksub, fanatik, yakin dan percayakan akan ‘kehebatan’ Makhluk Halus, Orang Ghaib, Bunian, Jin Islam dan lain-lain lagi yang kemudian sanggup pula MEMFITNAH orang-orang Abadi, para Solehin, WaliAllah, Malaikat dan lainnya itu untuk menjadi ‘budak suruhan’ atau ‘kuli’ mereka bagi menbuat kerja-kerja kufur mereka itu walaupun bertujuan baik, mereka tetap telah melakukan dosa-dosa besar kepada Allah dan dosa-dosa ‘kering’ kepada manusia dan malaikat yang dikasehiNya, termasuklah kepada orang-orang awam yang mendatanginya meminta pertolongan dari semua arah tanpa mereka sedari juga telah terbabit sama atas apa yang mereka amalkan itu. Mereka semua ini bakal menerima azab seksa yang sangat pedih dialam kubur dan diakhirat kelak sebagai balasan atas semua fitnah yang telah mereka lakukan semasa didunia ini dan terus kekal bersama-sama ‘sahabat’mereka dari golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis di dalam Neraka Jahanam. Tiada kompromi atas masalah ini, maka jauhkan diri anda dari semua ini supaya kita tidak terjurumus kelembah ‘Kehinaan’ Allah swt dikemudian hari kelak.

PENGERAS DAN PEMUTUS UBAT

Antara kesilapan besar orang-orang awam ialah kesanggupan mereka membayar upah kepada Tok Bomoh, Tok Pawang, Dukun, Ustaz, Imam, Mak Andam, Mak Bidan dan lain-lain lagi sebagai pengeras dan pemutus ubat. Pada kebiasaannya pengamal perubatan tradisional dan perubatan altenatif ini akan mengenakan kadar upah tertentu sebagai pengeras dan pemutus ubat apabila telah selesai berubat. Upah itu pula dalam beberapa bentuk seperti digantikan dengan wang ringgit, jenis pakaian, jenis makanan, jenis barangan, jenis besi buatan seperti keris, pisau lipat dan lain-lain kemudian ada juga yang mahukan pesakit membuat amalan-amalan tertentu berupa ayat-ayat Qur’an, wirid-wirid, jampi mantera, doa-doa, berpuasa, patigeni (tak tidur malam kerana amalan), Memutih (berpuasa tak makan lauk berdarah), Solat-solat sunat malam dan berbagai lagi bentuk retual tertentu seperti membayar nazar ke Pulau Besar, ke Tasik Dayang Bunting atau ke Makam-makam tertentu dan lain-lain tempat lagi.

Semua itu adalah berupa ‘Pensyaratan’ (jika di Indonesia) yang dimesti dilakukan oleh pesakit jika mahu kekal sembuh sebagai pengeras atau pemutus ubat. Tak kira sama ada pengeras dan pemutus ubat itu bertepatan dengan Hukum Syarak atau tidak ia tetap sama hukumnya iaitu Haram dan Syirik. Itu semua adalah amalan bidaah doalalah yang sesat yang meletakkan ummat Islam itu diwilayah Murtad kerana meminta kepada kuasa yang lain dari Allah serta meyakini bahawa yang memberi pertolongan itu adalah dari makhluk halus, bunian, Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis sama ada mereka tahu atau pun tidak.

Sama juga keadaannya jika orang-orang awam Islam yang sakit ini pergi berjumpa Doktor di Klinik dan Hospital Swasta atau Kerajaan. Jika mereka beretikad bahawa yang menyembuhkan penyakit ialah Doktor atau meyakini bahawa kerana ubat yang diberi oleh Doktor itulah yang menyembukna penyakitnya, maka mereka telah meletakkan diri mereka diwilayah sesat dan murtad. Ketahuilah bahawa “HANYA KUASA ALLAH SAJA YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT" bukannya Doktor, bukannya Ubat yang mereka beri. Itu semua kerana sebab saja, manakala yang menyembuhkan penyakit hanya Kekuasaan Allah semata-mata. Jangan silap beriktikad kerana ia membawa kepada masaalah besar kepada akidah yang kamu miliki.

KHADAM, SAHABAT DAN SAKA

Telah dijelaskan dengan panjang lebar di dalam bab-bab yang lalu berkenaan 3 pekara ini ataupun seumpama dengannya. Tentu anda semua telah mengatahui masaalah yang menimpa jika kita bersekedudukan dengan makhluk jin itu sama ada ia Jin Islam apa tah lagi jika ia dari puak Jin Kafir, Syaitan, Afrit dan Iblis. Malang sekali kepada orang-orang awam yang tidak mengetahui akan masaalah ini dimana tak semena-mena saja dia telah didatangi ‘saka keluarganya’ yang tidak pula diketahui darimana asalnya??? Apa bendanya??? Kenapa??? Tiba-tiba saja dia meraung meronta-ronta ‘kerasukan’ makhluk halus itu, hingga ada diantaranya sampai koma dan pengsan. Kemudian berkata-kata dalam bahasa yang ganjil (bukan lagi suara aslinya) pula. Ada kalanya ia menerangkan kenapa dan dari mana ia datang, tetapi yang lebih teruk lagi apabila ia tidak mahu bercakap langsung. Ia memerlukan pakar untuk mengubati pesakit itu dan bukanlah dari Ustaz biasa yang boleh melakukan pekara ini. Ia perlukan ‘orang yang mengenal dirinya’ (bermaksud, orang yang sudah mengenal dirinya sendiri, kemudian orang tersebut juga hendaklah kenal akan Tuhannya iaitu ALLAH SWT, Awaluddin Makrifatullah, Awal Agama megenal ALLAH SWT, "Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka kenal lah dia akan Tuhannya"yang mampu mengubati, membuang dan memisahkan langsung Jin itu dengan pesakit dan keluarganya. Orang ini juga mestilah ‘nampak’ akan jin itu supaya jin itu akan tunduk kepada arahannya. Begitulah kaedah membuang saka yang sempurna dilakukan untuk keluar dari masaalah ‘bersaka’ yang memudaratkan kepada diri, amal kebajikan dan keluarga.

Masalah kepada orang awam ialah mereka selalunya hadir kepada Tok Bomoh atau Ustaz berkhadam. Sudahlah kamu bersaka, pergi pula kepada orang berJin, macam mana nak selesai masalah??? bertambahlah lagi masalah yang kamu hadapi. Ia akan jadi bertimpa-timpa yang juga dipanggil dengan nama ‘Jahil Murakab’ di dalam Syarak. Ketidak fahamnya akan masaalah jin inilah yang menyebabkan semua itu berlaku. Jadi kenalah bertanya kepada ahlinya akan pekara ini jika mahu keluar dari masalah itu. Janganlah pergi kepada mereka yang berkhadam, bersahabat atau bersaka untuk ‘Membuang Saka’ keluarga kamu. Memang banyak dakwaan dari tok bomoh murahan dipasaran sekarang, sampai ada yang keluar TV lagi menunjukan kehebatannya membuang saka pesakit. Percayalah, jika tidak dari orang yang ‘mengenal dirinya’ tidak akan mampu berhadapan dengan makhluk jin itu, kalau jadi pun hanya bersifat semantara saja. Dilain masa ia akan datang semula mengganggu pesakit itu atau ahli keluarganya yang lain berulang-ulang kali hingga kamu letih dan lesu. Selagi dia tidak bertemu buku dengan ruas, ia tidak akan pergi begitu saja. Ini semua kerana ‘Perjanjian’ salah seorang ahli keluarga kamu dahulu semasa mengambil jin itu menjadi sahabat atau khadam. Kadang kala sampai banyak dari ahli keluarga kamu dahulu kala yang bersahabat dan berkadam. Maka apabila sampai giliran kamu yang tidak tahu apa-apa, menjadi mangsa jin itu pula yang digelar sebagai Saka Keluarga.

Jadi lihatlah masaalah yang telah kamu tinggalkan kepada keturunan kamu jika kamu membela Jin sebagai Sahabat atau Khadam ini semasa kamu hidup ini. Sudahlah kamu mati dalam keadaan sesat, kamu tingalkan kesesatan itu pula kepada keturunan kamu dibawah dengan segala masalah bertimpa-timpa. Inilah salah satu lagi masalah yang kamu dan keluarga kamu hadapi jika kamu bermain dengan makhluk halus atau Jin ini. Ia tidak akan meninggalkan keluarga kamu kerana pertalian darah keturunan kamu hinggalah hari kiamat. Mereka itu semua pakar DNA darah, sebelum manusia mengatahui akan ilmu DNA lagi. Jadi tidak hairanlah jika mereka boleh menuruti semua keturunan kamu dan menganggu mereka selagi tidak berlaku kiamat. Mereka akan duduk disemua bahagian hidup keluarga kamu terutama tentang ibadah dan mu’amalah mereka. Suka atau pun tidak, tahu atau pun tidak, ia tetap ‘berkuasa’ kerana kamu atau datok nenek kamu telah berjanji kepadanya dahulu. Maka beringatlah selalu, jangan ambil dan bersahabat dengan Jin dalam apa juga keadaan. Kepada yang telah ‘terada’ jin saka hendaklah pergi kepada yang arif di dalam bab membuang saka. Bukan sembarangan...

TARIKAT SESAT

Memang telah menjadi darah daging di dalam masyarakat Melayu di Malaysia ini khususnya suka akan cerita-cerita karamah para WaliAllah dahulu kala, cerita-cerita kehebatan mereka bertempur dengan penjajah, cerita-cerita keberanian mereka berperang, cerita-cerita cara mereka mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk mendapat REDHA dariNya. Kemudian mereka pun mencari punca ilmu yang diwarisi dari orang-orang soleh itu dan ketahuanlah bahawa itu semua didapati dari sumber amalan Ilmu Tarikat atau jalan menuju Allah swt iaitu terkenal dengan panggilan ‘Jalan Mengenal Diri’. Tetapi malang sekali rupa-rupanya persedian pencarian mereka itu tidak lengkap. Mereka tidak faham Tarikat yang bagaimana yang seharusnya mereka ikuti. Ilmu yang bagaimana harus mereka pelajari. Orang yang bagaimana harus mereka temui. Yang paling teruk sekali perangai ‘ikut cakap kawan’ yang melekat pada diri mereka. Jadi sebenarnya mereka betul-betul tidak faham apa yang mereka cari. Apa yang mereka inginkan hanya di dalam khayalan yang tak tentu punca dan arah. Dimana mereka harus merujuk dan bertanya akan pekara ini kerana silap bertanya akan membawa padah kesesatan pula. Semua persoalan inilah yang membelengu di dalam benak fikiran pemuda-pemuda Melayu ini sehingga ada sebahagiannya tidak mahu lagi meneruskan pencarian mereka dek kerana budaya takut sesat ini.

Tambahan pula terlampau banyak berita berkenaan Terikat Sesat, Sufi Sesat, Penyebar Ajaran Sesat, Pengamal Aajaran Terikat Sesat atau telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa yang telah tertangkap oleh Majlis Agama dan Polis yang didedahkan didada-dada akhbar, TV, Internet dan cerita-cerita orang ramai sekeliling yang membuatkan usaha-usaha pencarian bagi mereka yang berminat menuju kebuntuan. Ditambah lagi dengan mereka yang menyebarkan fitnah kepada Pondok-pondok Pengajian Tarikat, Madrasah Pengajian Tarikat yang telah lama bertapak di negara ini juga turut dibabitkan. Mereka-mereka ini adalah kumpulan manusia yang diupah oleh ejen-ejen THH bagi memusnahkan ‘Sumber’ pengajian Tarikat kerana mereka tahu disinilah asas dan asalnya sumber kekuatan dalaman umat Islam. Asas umat Islam membina kekuatan dalaman yang amat sukar sekali ditembusi oleh mana-mana kaum dan anasir jahat dunia untuk meruntuhkan Ajaran Islam. Jadi mereka merosakkan angapan dan fikiran orang-orang awam sebelah sini dengan memburuk-burukkan sumber ini supaya sumber ini akan terkubur. Dilain bahagian pula mereka mengupah guru-guru penipu untuk mendirikan ‘Tarikat Sendiri’ yang agenda sebenarnya untuk menghancurkan Iman umat Islam disini. Sumber kewangan disalurkan secara sulit supaya orang ramai tidak mengatahuinya. Jadi tok-tok guru palsu itu pun menyebarkan ajaran terikat sesat dan segala agenda mereka dengan bebas tanpa kawalan. Lihatlah betapa liciknya modus operandi yang mereka gerakkan semata-mata untuk melihat Malaysia jatuh keriba mereka, umat Islam di Malaysia hancur melutut dihadapan mereka.

Inilah diantara sebab kenapa Atok tampil kemuka untuk menulis atikel ini semata-mata ingin melihat pemuda-pemuda Islam disini bangkit semula dengan berani. Jangan jadi dayus dan penakut untuk berjuang. Ayuh mari ramai-ramai kita tegakkan semula kebenaran!! Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah, sila sahut cabaran atok ini!! Musuh sudah dihadapan hidung pun masih nak berdiam diri lagi???

Perjuangan pertama yang kamu kena hadapi ialah diri kamu sendiri. Kalau takut sesat lebih baik sembunyi bawah katil saja. Jangan cari apa-apa. Tunggu saja Malaikat Maut sampai. Yang Atok panggil keluar ialah ‘Keturunan Bani Tamin yang BERANI’!!! Yang Atok seru keluar ialah‘PEJUANG SEJATI’!!! Bagaimana nak berhadapan ‘peperangan akhir zaman’ jika begini sikap kamu. Diri sendiri pun tak boleh hadapi, inikan pula nak berperang??? Apa orang putih cakap,"No Pain No Gain". Macam mana nak mendapat pengalaman jika takut itu, takut ini. Hantu pun takut??? Nampak bayang-bayang sendiri pun takut??? Inilah masaalah besar Pemuda-pemuda zaman ini, sikap rendah diri yang tak berpunca. Macam mana nak jadi "Khilafah" dimuka bumi Allah kalau tak berani??? Sudah Atok bentangkan semuanya. Sudah Atok tunjukkan jalannya. Masih lagi berdiam diri dirumah??? Sedangkan Atok yang tua-tua ni sampai kemerata tempat. Kamu masih dirumah??? Ini semua bukan untuk Atok. Tapi untuk kamu semua, Atok ni, entahkan esok entahkan lusa, akan pergi meninggalkan kamu. Kamulah mengganti tempat Atok kelak. Fikirkan lah…

Yakinlah kepada Allah. Jika kamu benar-benar Ikhlas ingin kepada Nya, nescaya akan ditunjuki kamu arah kepadaNya walaupun sesukar mana sekali pun. Lagipun apa nak kamu takutkan, kan mencari Ilmu itu juga satu perjuangan dan apabila kamu mati di dalam keadaan kamu sedang mencari JalanNya, pohon agar Allah letakkan kamu sebagai Syuhada sebaris dengan paraSyuhada Perang Badar jika diizinkanNya. Jadi apa tunggu lagi, maju terus!!!

WASILAH DAN RABITAH

Sangat mudah pegangan agama kita diporak-perandakan tanpa disedari hanya kerana ingin berubat, ingin mengaji agama, ingin menambah keilmuan, inginkan kefahaman tentang agama, ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan belajar ilmu Sufi, ingin belajar ilmu pertahanan diri dan lain- lain lagi. Ini semua kerana ceteknya kefahaman serta tidak mengetahui bagaimana caranya untuk mencari guru yang benar dalam ‘Jalur Keilmuan Islam Sejati’ yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kemudian mereka pula tidak mahu bertanya dengan orang-orang berilmu bagaimana caranya mencari ‘Badal Guru Mursyid’ (wakil-wakil Guru Agung Rasulullah SAW) pada masa ini yang masih hidup yang bilangannya hanya 1 orang pada sesuatu masa sehingga beliau meninggal dunia baharulah digantikan dengan yang lainnya pula, sedangkan Badal Agungnya pula seorang setiap 500 tahun, kemudian dari itu ia berantaian setiap satunya dengan yang lain hingga menyampai ketangan Sahabat-sahabat Nabi dan seterusnya ketangan Baginda Rasulullah SAW itu sendiri.

Hanya kepada beliau inilah yang boleh kamu ambil dan boleh menyampaikan ‘WASILAH DAN RABITAH’ (salasilah keilmuan dan tambatan hati kepada Rasulullah SAW) melalui penyampaian ‘Watikah Sahadatain’ atau juga dipanggil dengan nama ‘MUBAIAAH’ atau Ijazah dari tangan ke tangan kemudian diucap dengan lidah dan mentasydihnya di dalam hati dengan teguh dan mantap rohani jasmani kamu. Kemudian dari itu barulah kamu benar-benar duduk di dalam‘Wilayah selamat’ sebagai ‘Murid dan Umat Muhammad Rasulullah SAW’ ataupun bermula terlebih dahulu dengan menjadi ‘Murid Kepada Sultan Para WaliAllah’ As-Sultan Sayyidi Syeikh Abdul Khair, Abdul Murid, Abdul Hamid, Abdul Majid, Muhyiddeen Abdul Qadir Aj-Jailani QaddasAllahu Sirrahu (471 H - 561 H) (cucunda Rasulullah SAW dan disebut kesemua darjat dan martabat beliau disisi Allah SWT). Pangkat darjat dan martabat beliau ini tidak pernah diberi atau tidak akan diberi lagi kepada manusia biasa sesudah beliau hingga hari kiamat nanti. Kata sesetengah Ulama, "Ini bermakna tiada akan menyampai mana-mana manusia biasa akan martabat kewalian yang telah dianugerah Allah SWT kepada beliau itu justeru bersesuaianlah keseluruhan Dunia Kewalian itu adalah dibawah pentadbirannya dan dialah yang melantik ahlinya pula.”

Maka dari punca inilah datangnya ‘Wasilah dan Rabitah’ yang perlu dan semestinya anda miliki untuk meletakkan anda sebaris dengan mereka-mereka yang telah terpilih sebagai ahli Abadi, Ariffin, Muttaqin dan As-Solihin. Kesemua Wali-waliAllah juga duduk diwilayah yang sama termasuklah apa juga martabat untuk mereka itu yang telah ditentukan oleh Allah SWT ke atas mereka sama ada besar atau pun kecil. Tanpa kata-kata laluan atau ‘KUNCI’ ini kamu tidak akan dapat memasuki ‘Taman Larangan’Nya. Hanya dengan ‘KUNCI’ yang telah kamu miliki itu, kesemua dimensi alam itu akan terbuka untuk kamu tembusi kerana itulah dia ‘KEKUATAN’kerana kamu ‘BERSERTA’ Allah dan RasulNya.

Atok terpaksa berlapik dalam memperkatakan bab ini kerana ia tidak mudah untuk menjelaskannya dengan kata-kata. Jadi, sesiapa yang tak faham Atok minta maaf banyak-banyak, kepada yang faham, Alhamdulillah. Bab ini tidak boleh difikirkan dengan akal fikiran kerana ia adalah berkaitan dengan Roh, maka ia telah melepasi dari alam akal dan ia tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Harap maklum.

Itu jika menyebut berkenaan dengan Ilmu Hakikat yang boleh didapati dengan bertarikat. Maksudnya belajar dari guru yang arif dalam bab Tarikat, Hakikat dan Makrifah. Kepada yang tidak mampu atau tidak memasuki bab ini hanya suka duduk dan belajar didalam bab Syariat pun boleh meninggi martabatnya dengan adanya ‘KUNCI’ itu tadi. Oleh itu adalah benar kedua-dua aliran sama ada Syariat ataupun Hakikat jika duduk didalam ‘wilayah selamat’ sentiasa akan mendapat pertolongan Allah SWT dari mana-mana arah sekalipun dan sentiasa meninggi iman dan akhlaknya asalkan saja mempunyai ‘Wasilah dan Rabitah’ yang menyampai kepada tangan Rasulullah SAW. Dengarkan kata-kata jaminan oleh Sultanul Auliya’ Sayyidi Syeikh Abdul Qadir Aj-Jailani RA berkenaan dengan pekara ini...

"Jika kamu tidak mempunyai Wali (penjaga), maka ambillah daku menjadi walimu, nescaya akan ku jaga kamu (rohani jasmani) seperti aku manjaga diriku sendiri. Tiada berkelip mataku dari memandangmu setiap saat dari waktu. Akan aku halangi neraka dari menjamahmu sehingga kamu semua masuk kedalam syurgaNya, kemudian barulah aku memasukinya. "

Tiada kedapatan dimana-mana dari bait kata-kata dari mana-mana WaliAllah selain dari yang ini. Lihatlah betapa beliau sangat kasihkan kepada seluruh anak-anak muridnya diseluruh dunia sejak dari beliau diangkat ke martabat WaliAllah oleh Allah SWT dan RasulNya. Sedangkan beliau sendiri dari keturunan terpilih. Hendakkah kamu melepaskan peluang seumpama ini??? Sangat rugilah manusia yang tidak ‘NAMPAK’ apa yang dikatakannya itu.

Sekian dahulu untuk kali ini, InsyaAllah dimasa akan datang akan kami tutup bab ini dengan sebuah artikel yang menarik. Untuk itu, teruskan penantian disini, kerana setiap penantian itu pasti membuahkan hasil yang bernilai. InsyaAllah...

Ya Allah, selamatkanlah kami daripada fitnah akhir zaman, fitnah dunia, fitnah kubur dan fitnah Dajjal...


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...