Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

06 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Kami Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Se Malaysia mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011 " kepada semua pengunjung setia Blog ini dan seluruh saudara seperjuangan kita tidak kira dari majlis dan jemaah mana ... moga kenangan terindah di sekitar tahun 2010 akan membawa seribu makna dan moga azam tahun baru 2011 kita akan tercapai...salam perjuangan Alif...Ba...Ta... dari kami & " SELAMAT TAHUN BARU! "












Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

05 January 2011

Apa itu Fi Sabilillah ?


Situasi sebagai ahli fisabilillah hari ini telah melahirkan pelbagai kontroversi yang rata-ratanya ialah kerana maklumat yang disampaikan seringkali di tokok tambah oleh pihak-pihak yang merasakan diri seolah-olahnya tahu dan arif tentang fisabilillah sedangkan mereka sendiri tidak mengerti apa yang tersirat di sebalik fisabilillah itu sendiri.

Seperti pepatah melayu Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Fisabilillah ini dikenali sebagai satu badan yang bergerak secara berjemaah bersaksikan kalimah keramat “Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.” Dengan memikul tanggungjawab bersama ke arah satu matlamat iaitu berjuang kerana Allah.

Persoalan, mengapa badan fisabilillah ini perlu bergerak secara sulit/rahsia, kenapa ia tidak diperjuangkan secara terbuka sekiranya ia boleh membawa kepada keharmonian sejagat? Berbalik kepada sejarah fisabilillah itu sendiri. Rasulullah S.A.W juga tidak menjadi kan semua umatnya sebagai tentera fisabilillah sebaliknya Rasulullah hanya membaiahkan hanya 313 orang saja untuk tujuan tersebut. Bukan semua orang mempunyai perjalanan hidup yang sama, setiap insan ada perjalanan yang berbeza, hanya mereka yang dibukakan jalan dengan izin Allah, maka jadilah mereka sebagai ahli fisabilillah Begitulah sifat Allah yang Maha Kuasa, berhak memlilih SESIAPA SAJA yang dikehendakiNya untuk berada di jalan ini tanpa bersebab. Sekiranya saudara-saudara yang arif sekalian mempersoalkan tentang fisabilillah maka persoalan lain pula, siapakah yang saudara persoalkan sebenarnya?

Persoalan, bagaimana badan ini mendidik ahli-ahlinya, kerana sering kali hari ini ahli ini terlibat dengan banyak kes keganasan seperti memeras ugut, kegiatan mengutip duit dan banyak lagi aktiviti yang kurang sihat? Bukankah ia bertentangan dengan prinsip sebagai ahli fisabilillah ? Pertama sekali, badan ini tidak pernah pun dalam sejarah membuka sekolah untuk tujuan mendidik. Segala bentuk pedidikan adalah bermula dari rumah. Tiada piagam dalam badan ini yang menyuruh ahli-ahlinya untuk terlibat dalam kegiatan kurang sihat seperti yang dinyatakan. Apa yang saudara lihat hanyalah satu ilusi yang bukan bersifat hakikat. Untuk menjadikan pemahaman saudara lebih mudah dan jelas kami ambil satu analogi untuk menjelaskan maksud tersebut.

ISLAM sebagai Agama Ad Din. Itu kita tidak pernah pertikaikan. Islam menerapkan nilai-nilai murni untuk keharmonian sejagat. Betul! Itu hakikat. Itu juga kita tidak pernah pertikaikan. Islam sebagai cara hidup juga kita tidak pertikaikan. Persoalan, adakah apabila seseorang itu menjadi Islam, atau di kad pengenalan di tulis Agama: Islam akan menjamin bahawa saudara akan sentiasa mengamalkan segala nilai-nilai murni dalam Islam? Jawapannya, tentu tidak. Kerana kita adalah manusia biasa yang fitrahnya membuat kesilapan. Berbaiah sebagai ahli fisabilillah tidak menjadikan seorang itu Nabi/Rasul yang mana terpelihara dari membuat kesilapan. Berbalik kepada dunia Islam, kita lihat dunia di peringkat global, mereka melabelkan orang Islam sebagai apa? Terrorist? Adakah saudara seorang terrorist?

Sedar! Bangkit! wahai saudaraku sekalian, jangan lah kita bertikam sesama sendiri, janganlah kita mendengki dan bermusuhan sesama sendiri, kerana kita semua adalah bersaudara dalam Islam.

Kepada ahli fisabilillah yang masih tidur lena dibuai mimpi indah, bangunlah dari tidurmu. Kita semua perlu bersatu, hari sudah subuh, kita dah kena bangun, laksanakan tanggungjawab! Sudah sampai masanya kita bersama-sama berusaha kearah kejayaan! Kita ini ibarat cubit peha kiri,peha kanan pun terasa. Rajin lah berhubung dengan adik beradik dan bersama-sama lah bergerak membina kejayaan.

Akhir sekali, kami terima emel yang sangat banyak dari mereka yang menyatakan hasrat hati berminat untuk menjadi ahli fisabilillah untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Carilah Amir yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, minta petunjuk dari Allah, insyaAllah anda akan jumpa.

Kami bukan berjuang kerana ekonomi, kerana perjuangan berasaskan ekonomi /duit adalah satu alat yang boleh memecah belahkan umat Islam apabila sifat tamak merasuk ke dalam diri, bukan kerana untuk mendapat pahala kerana perjuangan ini adalah satu perjuangan berasaskan keikhlasan, bukan juga untuk mendapat syurga kerana syurga atau neraka itu adalah milik mutlak Allah.

KAMI BERJUANG HANYA KERANA ALLAH!
SEGALANYA DATANG DARI ALLAH DAN AKAN KEMBALI PADA ALLAH!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

24 December 2010

Mohon Maaf atas Kesilapan Maklumat Perkhahwinan Paduka Ayahanda Tuan Syed Hussain Al-Shahab

Pihak ADMIN BLOG ini Memohon Ampun dan maaf kerana berlaku kesilapan maklumat tentang Perkhahwinan Paduka Ayahanda Tuan Syed Hussain Al-Shahab (J.P/K.M.W) pada Hari Raya Aidiladha 2010 adalah tidak benar dan berlaku kesilapan maklumat...beliau masih belum berkhahwin sehingga hari ini.Justeru itu seandainya terdapat sebarang salah faham & kesulitan pihak admin blog ini menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf bagi mana -mana pihak yang terlibat.Harap dapat dimaafkan kerana sebarang kesulitan amat dikesali
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

01 December 2010

Peristiwa 13 Mei Sebagai KENANGAN



Genaplah 41 tahun peristiwa berdarah pernah berlaku diantara orang melayu dan cina pada 1969. Cukup ramai yang terkorban. Semuanya bermula dengan kecelaruan politik.Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan, hak bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka




Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progesif rakyat(PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala Pas menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Dikatakan kaum cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang askar melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.
Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.


Namun sejarah BERDARAH ini pasti boleh berulang. Keadaan yang tidak aman di Negeri Perak Darul Ridzuan,Pulau Pinang serta Selangor serta tindakan biadap sebilangan ahli DAP boleh mencetuskan kembali permusuhan kaum. Tindakan mereka yang menghina Sultan dan orang melayu boleh mencetuskan peperangan bila bila masa sahaja.

Berhati hatilah berpolitik sebelum nyawa dan negara tergadai. Kelak anak cucu juga yang akan menanggung segala beban yang telah kita hasilkan.Nenek moyang kita berhempas pulas memperjuangkan Agama , Bangsa & Tanahair kita dari dijajah & kerana kerakusan kita bercakaran sesama sendiri " TAK MUSTAHIL Peristiwa 13 Mei AKAN BERULANG KEMBALI "


- MELAYU MUDAH LUPA -


///


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

30 November 2010

Sedikit Pengenalan TENTANG "KONGSI GELAP" & Perbezaannya dengan Fi Sabilillah


Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.

Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Justeru itu tepuk dada tanya selera ?.. adakah Angkatan Tentera Fisabilillah yang memperjuangkan Agama,Bangsa & Tanahair & KONGSI GELAP patut DI SAMA kan ?

RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL !!

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

29 November 2010

MAJLIS CONFERENCE AYAHANDA & MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

Telah berlangsung Majlis CONFERENCE antara Gabungan YM Ayahanda-Ayahanda Seluruh Malaysia Anjuran ( Gabungan Majlis Ayahanda Penasihat Wilayah & Selangor ) dengan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) SELANGOR DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) ISU Rusuhan Kaum & Perlunya Melayu BERSATU Agar peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali...Hasil kerjasama antara MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) SELANGOR DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) & Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor yang akan bergandingan di dalam memastikan seandainya rusuhan kaum terjadi TENTERA-TENTERA FISABILILLAH sentiasa bersatu & bergandingan "KE DEPAN" agar keamanan yang dikecapi berkekalan hendaknya...Takbir!!

Location
Hotel Holiday Shah Alam ( 13/11/2010 )


Program "SIREH PULANG Ke GANGGANG" Anjuran Kementerian Keselamatan Negara (KDN) khas untuk Gabungan Ayahanda-Ayahanda Seluruh Malaysia


YM AYAHANDA CIKGU JOE (M.J.B) bersama Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor di Majlis Conference bersama Kementerian Keselamatan Dalam Negara ( KDN )


YM Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B) & Ayahanda-Ayahanda yang hadir dari seluruh Malaysia




YM AYAHANDA CIKGU JOE (M.J.B) bersama Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor di Majlis Conference bersama Kementerian Keselamatan Dalam Negara ( KDN )



MAJLIS TERTINGGI ( GABUNGAN AYAHANDA WILAYAH & SELANGOR )



YM Paduka TOK AYAH Pak Lang Leh ( Sik ) ABANG kepada YM Paduka Ayahanda Ayahanda Syed Hussain Syed Mansor Al-Shahab (K.M.W.J.P)


YM Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B) & YM Ayahanda Ustaz Raden Mahad (kiri)





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

25 November 2010

Boleh mencuba.. Subhanallah.. Anda pasti akan mengkaguminya.

Assalamualaikum....


Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 November 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PEKIDA WILAYAH (16/10/2010)

Pada 16/10/2010 bertempat di Bulatan Kg Pandan,Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA WILAYAH).Majlis ini telah berlangsung mulai jam 6 petang - 12.30 malam.Syabas buat PEKIDA WILAYAH yang berjaya mengeratkan silaturrahim antara Ayahanda-ayahanda,kekanda-kekanda dan ahli seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya & Labuan dengan berlangsungnya Majlis ini dengan begitu meriah sekali.Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe (M.J.B) dan jemaah di bawah kepimpinannya juga tidak terlepas dari menghadiri majlis ini bagi mengeratkan ukhwah sesama jemaah-jemaah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya & Labuan.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

18 October 2010

MEMORANDAM Menghantar BANTAHAN ke Majlis Peguam di HSBC Bank Kuala Lumpur anjuran Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)

(SILA KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN GAMBAR YANG JELAS )

( YM Ayahanda Cikgu Joe - memakai Baju Melayu hitam & rayban serta bersongkok turut menyertai Perhimpunan aman itu )

(YM Ayahanda Cikgu Joe & YM Ayahanda Hanis Imigresen bersama anakanda masing-masing )


(Kelihatan YM Ayahanda Cikgu Joe di belakang memakai rayban )








(Jemaah berkumpul di Masjid Jamek)





(Kekanda Paduka Ayong - Berbaju Biru di Perhimpunan Aman )






(Diriringi Polis Diraja Malaysia)

Tarikh : 16 / 10 / 2010
Masa :
Lepas Solat Jumaat Beramai-ramai di Masjid Jamek,Kuala Lumpur .
Lokasi :
HSBC Bank ( Majlis Peguam Negara ) telah diadakan Perhimpunan Aman Anjuran PEKIDA MALAYSIA .Antara yang hadir semua Ayahanda-Ayahanda dari Jemaah masing-masing bersama anakanda-anakanda masing-masing serta 15 NGO ( Badan Bukan Kerajaan) lain... Memorandam ini menggesa Majlis Peguam Negara menarik balik statement yang mempertikaikan siasatan tertuduh pembunuh Dato` Susilawati & 3 org pekerjanya dan isu yang menyentuh sensetiviti Islam & Melayu.Perhimpunan ini juga turut dihadhiri YM Ayahanda Cikgu Joe M.J.B,Kekanda Paduka Ayong,Along Asrar serta adinda masing-masing.Alhamdulillah perhimpunan aman ini telah berjalan dengan baik dengan kawalan ketat polis diraja Malaysia.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

08 October 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri PEKIDA Lembah Pantai,KL 2/10/2010

(SILA KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN GAMBAR YANG JELAS)





















































Pada Malam Minggu ( 2/10/2010) telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sumbangan Pada Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal Anjuran Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia ( PEKIDA LEMBAH PANTAI,KUALA LUMPUR ) di Bertentangan NSTP Bangsar,Kuala Lumpur yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan (DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINOL) , Dato Khalid Yunus , YM Dato ` Paduka Ayahanda Roslan Dahaman ( Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya & Labuan ) , YM Paduka Ayahanda Tuan Syed Hussain Syed Mansor Syed Shahab K.M.W ( PENGASAS PEKIDA WILAYAH & SELANGOR , YM Ayahanda Cikgu Joe M.J.B , YM Datuk Ayahanda Zul Shaari (M.J.C ) , YM Ayahanda Hanis Imegresyen , YM Ayahanda Pak Tam Ya ( Selaku Tuan Rumah ) & banyak lagi Ayahanda-Ayahanda Wilayah & Selangor yang lain.YM Ayahanda Cikgu Joe telah diringi oleh Kekanda Paduka Ayong yang menjadi orang penting pada majlis tersebut.Majlis ini turut dimeriahkan dengan Penyampaian Ucapan demi Ucapan yang membakar sensitiviti org Melayu dan ke arah mendaulatkan kedaulatan Melayu yang semakin hari di cabar bangsa asing."Takkan Melayu Hilang Di Dunia...TAKBIR!!" ///


















Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...