Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 May 2011

Mengapa Jasad Osama Bin Laden Dibuang kedalam Laut?

SOALAN

"kenapa pagi ini saya baca berita pihak USA buang mayat Osama ben Laden kedalam laut? Kenapa tak ditanam sahaja jasadnya? Saya nak tahu kenapa?"

JAWAPAN

Yes selepas beberapa jam jasad beliau dibawa dari Abbotabad ke USS Carl Vinson,s ebuah aircraft carrier, jasad Osama dibuang kedalam laut. Sebelum dibuang sel tisu dan rambut Osama telahpun diambil bagi mendapatkan pengesahan DNA. Dah mati senang sikit nak dapatkan DNA.

Anyway dari informasi yang didengar mayat Osama dikafankan, dibalut dengan kain putih sebelum dimasukkan kedalam sebuah beg kanvas yang diisikan pemberat. Mayatnya kemudian diletakkan diatas sebuah papan kayu sebelum dijatuhkan kedalam laut.


Setakat ini dah ada serbanista yang butthurt mayat Osama diperlakukan sebegini tanpa diberikan pengkebumian Islam yang sebenar. I have one thing to say. He is THE MAN who gave ISLAM such a bad name and you want him to be given a proper burial?

Soalan kamu ialah KENAPA mayat dia dibuang macam sampah? Well jawapannya adalah agak mudah. Kamu ingat apa terjadi selepas kematian Saddam Hussein beberapa tahun yang lalu? Makam beliau di Tikrit menjadi tempat kunjungan penyokong beliau. Setiap hari ratusan orang meratapi kematian beliau disebuah makam yang dibina beliau sebelum mati digantung. Pihak USA melakukan pengkebumian laut terhadap Osama kerana risau jika mayatnya ditanam kelak, lokasinya akan menjadi sebuah pilgrimage ground kepada penyokong Al Qaeda.

Amalan ini sebenarnya bukan perkara baru. Selepas ahli-ahli tertinggi NAZI digantung, kesemua jasad mereka dibakar dan debunya dibuang kedalam Sungai Conwentzbach. Kerana itulah tiada kubur buat Goering, Himmler dan seangkatannya. Tinggalan tulang Adolf Hitler sendiri masih didalam simpanan KGB (atau nama barunya FSB) sekarang. Mereka enggan memulangkan serpihan tulang kepala dan gigi beliau ke Jerman kerana tidak mahu makamnya menjadi tempat penyembahan para Neo Nazis.



In a way at least mayat Osama tidak dibakar. At least mayatnya dibuang kedalam laut. Selepas 911 ada beribu serpihan mayat manusia yang tidak berkubur. This is sadder and more tragic.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

08 May 2011

Ayahanda Zami Ismail (Pak Uda) Di ICU Hospital Ampang Akibat Jangkitan Paru – Paru.

Zami Ismail yang kini ditahan di hospital ampang, Pandan Mewah di wad kecemasan I.C.U akibat jangkitan kuman pada paru-paru.



Kalau disebut Zami Ismail pasti ramai yang akan terbayang wajah beliau dalam sitcom Pi mai – Pi Mai Tang Tu yang memegang watak sebagai Pak Uda, Begitu Juga dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di mana Zami Ismail melakonkan watak sebagai Pak Abu.

Kepada Yang Ingin Mengetahui lebih Lajut Keadaan Beliau, Boleh Hubungi 0123616598

Marilah kita bersama – sama mendoakan semoga Ayahanda Zami Ismail ( Pak Uda )  kembali sihat seperti sediakala hendaknya..
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

07 May 2011

Ingin menyambung pelajaran?...tetapi tidak tahu di mana ?





Bagi saudara/saudari  seperjuangan yang mempunyai anak,adik,saudara mara lepasan SPM/STPM  atau ANDA sendiri yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak tahu di mana ?...ini ada berita baik untuk anda semua 


 Pihak SEGi College KL membuka tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia. Kursus yg ditawarkan: 1.Automotif 2.Elektrikal 3.Rekaan Fesyen 4.Terapi Kecantikan 5.Dandanan Rambut. Tawaran dibuka sekarang hingga 13/05/2011. Tempat terhad 25org setiap kursus. Pinjaman penuh disediakan oleh Kerajaan. 


Hubungi 0192170531 En. Farhan utk maklumat lanjut...
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

06 May 2011

PELUANG PEKERJAAN UNTUK ADIK BERADIK SEPERJUANGAN



Assalamualaikum Warahmatullah,


Buat saudara serta saudari/adik beradik yang ingin mencari Peluang pekerjaan.Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia membuka peluang untuk anda yang benar-benar ingin berusaha mengubah hidup anda.Rujuk maklumat di bawah :




Company : AmBank Group Alor Star,Kedah Darul Aman
Jawatan : Marketing/Sales 
Kelayakan : min SPM, pengalaman dalam bidang marketing (tiada pengalaman akan dipertimbangkan), ada kenderaan sendiri, 
pandai berkomunikasi dengan orang ramai, berdisiplin.


Calon2 yg layak akan bekerja terus dibawah Cik Shiela (BOD of the company) atau direct kepada Pengurus Besar agency .

sekiranya berminat sila hubungi : SRIKANDI Cik Shiela ditalian 0174466589 @ inbox di FB :Fairlady Divas untuk mendapat lebih keterangan lanjut.

"Ini adalah peluang untuk mengubah hidup anda. Peluang yang datang hanya sekali, sekiranya kita terlepas mungkin tiada lagi peluang akan datang dalam hidup selepas ini.."








Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

04 May 2011

Jenazah Osama dikebumi di Laut Arab

Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson.


osama bin laden dead protest 1Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika, semalam.

Dalam pada itu, beberapa ulama menyatakan persemadian Osama di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.

Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".


osama bin laden dead hide out in pakistan 1Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika."

Osman dibunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, Ahad lalu.

Sementara itu, seorang jurucakap Universiti Al-Azhar berkata Islam menentang pengkebumian di dalam laut.

osama bin laden dead newspaper reports 1
"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.


Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Ujian DNA sahkan Osama terbunuh

RIBUAN warga New York    membanjiri jalan di sekitar ‘Ground Zero’ awal pagi semalam   meraikan kematian Osama bin Laden. - Foto AP
RIBUAN warga New York membanjiri jalan di sekitar ‘Ground Zero’ awal pagi semalam meraikan kematian Osama bin Laden. - Foto AP
 
 
Ulama sifatkan pengebumian di laut bertentangan Islam

WASHINGTON: Ujian DNA mengesahkan bahawa Osama bin Laden sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat semalam, sehari selepas serangan tentera khas Amerika Syarikat terhadap pemimpin al-Qaeda itu di Pakistan.

Pegawai terbabit yang enggan mendedahkan nama mengesahkan satu DNA sepadan mayat Osama yang dilakukan ujian sebelum disemadikan di laut selepas serangan di Pakistan terbabit.


“DNA Osama didapati sepadan dengan beberapa ahli keluarga. Dan didapati sekurang-kurangnya 99 peratus DNA terbabit menyamai Osama bin Laden,” kata pegawai kedua kepada AFP.
 
Sementara itu, ulama Islam menyifatkan pengebumian jenazah Osama di laut bertentangan Islam dan boleh mencetuskan kemarahan militan untuk membalas dendam dengan mensasarkan Amerika Syarikat.

Walaupun banyak yang dipertikaikan membabitkan pengebumian terbabit termasuk dari segi ajaran Islam sendiri, sekumpulan cendikiawan Islam menyifatkan ia sebagai menghina iaitu tidak mengikut amalan Islam dengan mengebumikan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap Kiblat.

Mereka menegaskan bahawa pengebumian di laut hanya dibenarkan dalam kes di mana kematian berlaku di dalam kapal.

“Amerika Syarikat mahu menghina masyarakat Islam dengan melakukan pengebumian berkenaan,” kata Omar Bakri Mohammed seorang guru agama di Lubnan.
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mendapati sukar bagi sesebuah negara untuk menerima jenazah Osama. Ada juga spekulasi kebimbangan sekiranya kawasan kubur berkenaan bakal menjadi tumpuan militan.

Presiden Barack Obama berkata jenazah Obama dikendalikan mengikut ajaran Islam yang menuntut supaya disegerakan pengebumian.

Bagaimanapun Omar Bakri menyifatkan sebagai satu ‘kesilapan’ yang boleh mencetuskan kemarahan.

Sementara itu, di NEW YORK beribu-ribu orang membanjiri jalan di sekitar ‘Ground Zero’ awal pagi semalam untuk meraikan kematian Osama bin Laden yang didakwa menjadi perancang serangan pengganas 11 September yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk New York.

Saudara mara lebih 2,700 orang yang terbunuh dalam serangan pesawat terhadap World Trade Center di sini pada 11 September 2001 itu – termasuk anggota bomba dan polis yang terbabit dalam usaha menyelamat – membanjiri jalan sejurus selepas pengumuman dibuat mengenai kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda berkenaan di Pakistan.

“Tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada berita ini dalam hidup saya,” kata Harry Gomez, seorang anggota pengawal kebangsaan yang menjadi orang pertama ke Ground Zero – tapak dua menara World Trade Center yang roboh akibat dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas pada hari malang berkenaan yang mengejutkan dunia dan mencetuskan ‘perang menentang keganasan’ dilancarkan bekas Presiden George W Bush.

Ketua polis Raymond Kelly menganggap kematian Osama sebagai berita yang dinanti-nantikan keluarga mangsa.

“Penduduk New York menanti selama 10 tahun untuk mendengar berita ini,” kata Datuk Bandar, Michael Bloomberg. – AFP/AP
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

03 May 2011

Siapa Dia As-Syahid Osama Bin Laden.


Dianggap dunia sebagai pengganas terkemuka, Osama Bin Laden adalah pemimpin sebuah organisasi yang dikenali sebagai Al-Qaeda. Beliau dituduh sebagai dalang kepada serangan World Trade Center dan pejabat Pentagon dengan merampas kapal terbang pada 11 September 2001. Serangan yang menghancurkan World Trade Center dan merosakkan Pentagon melibatkan kematian beribu-ribu orang. Pada awalnya beliau sendiri mengutuk serangan tersebut tetapi mengakuinya setelah Presiden Bush menuding jari ke arahnya. Sebenarnya beliau tidak dapat dibuktikan pembabitannya oleh rejim Amerika sampai sekarang dan beliau mengaku pun kerana telah awal-awal lagi di kambing hitamkan oleh rejim Bush.


Osama juga telah dituduh dalam pengeboman kedutaan rejim Amerika di Kenya dan Tanzania yang membunuh 200 orang pada 1998. Begitu juga dengan serangan pada tahun 2000 ke atas kapal perang USS Cole yang sedang berlabuh di Yaman. Pada tahun 1993, beliau dikatakan bertanggung jawab terhadap kejadian tembak menembak di Somalia yang mengorbankan 18 orang tentera rejim Amerika dan pengeboman kompleks tentera Amerika di Khobar, Arab Saudi yang mengorbankan 19 tentera rejim Amerika pada 1996. Semua kejadian tersebut telah dibebankan di bahunya oleh rejim Amerika.


    Risalah propaganda yang digunakan Amerika di Afghanistan


Peristiwa serangan 11 September yang disambut oleh rakyat Amerika setiap tahun telah banyak dibahaskan oleh ramai pakar-pakar kerana serangan tersebut terlalu sistematik. Hakikatnya, tuduhan rejim Bush terhadap Osama hanyalah untuk menutup kelemahan pentadbiran beliau yang tidak mengendahkan amaran sebelum itu. Rejim Bush dan CIA (badan perisikan Amerika) sebenarnya telah mengetahuinya akan serangan tersebut semata-mata untuk mencari jalan menjajah negara-negara umat Islam dengan sokongan pemimpin Islam yang menjadi boneka rejim Amerika.

 
Mengikut siasatan yang dilakukan selepas peristiwa 11 September, Mossad (badan risikan Israel) yang merancangkannya. Ini telah dibuktikan pada hari yang sama, beribu-ribu pekerja di World Trade Center berbangsa Yahudi tidak masuk bekerja kerana telah diberitahu awal-awal lagi oleh agensi yang mewakili kepentingan Yahudi di Amerika.


Osama Bin Laden dilahirkan di Riyard, Arab Saudi pada 10 Mac 1957, bapanya berasal dari Yaman dan ibunya berasal dari Syria yang bernama Hamidah al-Attas iaitu isteri kesepuluh. Ayahnya, Mohammad Bin Laden menubuhkan sebuah syarikat pembinaan dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Arab Saudi. Syarikat Bin Laden banyak diberi projek seperti Pembinaan semula masjid di bandar-bandar suci Mekah dan Madinah. Hubungan yang terjalin antara syarikat Bin Laden dengan kerajaan Arab Saudi telah menjadikan sebuah syarikat yang terkemuka. Syarikat Bin Laden pernah meminjamkan wangnya kepada kerajaan Arab Saudi untuk membayar gaji kakitangan awamnya yang ketika itu kerajaan Arab Saudi kekeringan dana.


Osama dibesarkan sebagai seorang muslim yang taat kepada Islam. Dari tahun 1968 hingga 1976 ia menghadiri sekolah "elite" Al-Thager School. Osama mempelajari ekonomi dan pentadbiran perniagaan di King Abdul Aziz Universiti pada 1979. Beliau tidak pernah menamatkan pengajian sarjananya, walaupun "bekerja keras." Di universiti, kepentingan utama Osama adalah agama, di mana ia terlibat dalam kedua-dua "menafsirkan Al-Quran dan Jihad, beliau juga menulis puisi. Pada 1974, dalam usia 17 tahun, Osama mengahwini isteri pertamanya yang bernama Najwa Ghanem di Latakia. Menurut koresponden keselamatan negara CNN David Ensore, sejak tahun 2002 Osama telah berkahwin empat wanita dan ayah dari sekitar 25 atau 26 anak-anak.


Ayahnya, Muhammad bin Laden, terbunuh pada tahun 1967 dalam suatu kemalangan kapal terbang di Arab Saudi. Abangnya, Salem Bin Laden, dibunuh pada tahun 1988 ketika dia sengaja terbang pesawat ke powerlines berhampiran San Antonio, Texas, Amerika. FBI menggambarkan Osama bin Laden sebagai tinggi dan kurus, antara 6'4 "dan 6'6" (193-198 cm) dan berat sekitar 165 pon (75 kg). Wawancara dari Lawrence Wright, menggambarkan beliau sebagai cukup ramping, tapi tidak terlalu tinggi. Ia memiliki kulit zaitun dan kidal, biasanya berjalan dengan tongkat. Dia memakai serban putih polos dan tidak lagi memakai topi laki-laki Saudi tradisional. Dalam hal keperibadian, bin Laden digambarkan sebagai seorang sopan dan lembut.

 
Osama percaya bahawa undang-undang Syariah menetapkan perkara yang benar di dunia dan ideologi lain seperti sosialisme, komunisme, demokrasi ala barat harus ditentang. Keyakinan ini, bersama-sama dengan jihad yang luas luas atau disebut Qutbism (ideologi Sayyid Quthb) Dia percaya Afghanistan di bawah pemerintahan Mullah Omar dan Taliban adalah "Islam satu-satunya negara" di dunia Muslim (tuduhan barat) . Osama konsisten dengan jihad yang beliau percaya adalah ketidakadilan terhadap umat Islam yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan kadang-kadang oleh negara-negara bukan Islam yang lain. Perjuangannya juga untuk melenyapkan negara haram Israel dan Amerika patut berundur dari Timur Tengah dan juga negara umat Islam yang lain. Dia juga meminta Amerika untuk "menolak tindakan tidak bermoral dari percabulan, homoseksual, minuman keras, perjudian dan riba , pada surat yang dihantarnya kepada pihak Amerika pada Oktober 2002.

 
Itu adalah serba sedikit tentang Osama Bin Laden yang mana selepas kesyahidan beliau, semua pemimpin baik dari Amerika, Barat, negara umat Islam dan tidak terkecuali Najib One Malaysia telah menyalahkan 100 peratus segala kematian orang awam dilakukan oleh Osama. Mereka tanpa rasa segan dan malu menyatakan bahawa dunia akan aman selepas kesyahidan Osama. Hakikatnya, pengganas yang sebenar ialah Amerika dan sekutu baratnya tetapi adalah Najib One Malaysia sanggup menyanggah atau menentang tindakan jahat Amerika itu. Seorang Osama gugur syahid, akan lahir beribu lagi Osama selagi dunia ini berada didalam genggaman Amerika dan sekutu-sekutu laknatullahnya.
 
 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Obama : Osama Bin Laden Dead



President Obama announced late Sunday that Osama bin Laden, the leader of Al Qaeda responsible for the Sept. 11 attacks, was killed in a firefight during an operation he ordered Sunday inside Pakistan, ending a 10-year manhunt for the world’s most wanted terrorist. American officials were in possession of his body, he said.
“On nights like this one, ‘’ the president said, “we can say that justice has been done.’’
The fate of Ayman al-Zawahiri, the Al Qaeda number two in command, was unclear.
The death of Mr. Bin Laden is a defining moment in the American-led war on terrorism. What remains to be seen is whether the death of the leader of Al Qaeda galvanizes his followers by turning him into a martyr, or whether it serves as a turning of the page in the war in Afghanistan and gives further impetus to the Obama administration to bring American troops home.
President Obama said that on Sunday, a small team of U.S. operatives launched a “targeted assault’’ on a compound in the Pakistani city of Abbottabad where months of intelligence work had established that Mr. Bin Laden was living. Mr. Bin Laden was killed after a firefight, and the troops took custody of his body.
The killing ended a 10-year manhunt in which Mr. Bin Laden repeatedly eluded his pursuers, deeply frustrating the Bush administration and counterterrorism officials.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

About Osama Bin Laden




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Benarkah Osama Bin Laden Tidak Mati??







Benarkah  ada pihak membuat pembohongan kononnya Osama Bin Laden telah mati tersebar ke seluruh dunia..


Ada yang mempertikaikan "Siapa kata Osama Bin Laden meninggal, gambar tersebut cuma telah disuperimpose oleh pihak Amerika", Wallahualam... Bissowab!!..


Berita paling gempar hari ni dah tentunya mengenai kematian pejuang Syahid, Osama Bin Laden, pemimpin gerakan Al - Qaeda.
Pemimpin Al - Qaeda tu dikhabarkan terbunuh dalam peristiwa tembak - menembak melibatkan pihak Amerika Syarikat.
Pengumuman mengenai kematian Osama itu telah dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam satu sidang media hari ini.
Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat lebih satu dekad lalu ditemui didalam sebuah rumah besar di Ibu Negara Pakistan.

Turut dilaporkan bahawa diantara empat orang yang ditemui dirumah tersebut termasuk anak lelaki kepada Osama.
Selama ini, Osama Bin Laden telah dikaitkan dengan tragedi 11 September yang menyaksikan keruntuhan World Trade Center di New York.
Serangan tersebut KONONnya dikaitkan dengan gerakan Al - Qaeda sehingga mengakibatkan peperangan di Negara Afganistan.
Walaupun tanpa sebarang bukti yang kukuh, Amerika tetap membuat pendirian bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut adalah Al - Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin Laden.
Semua bukti yang ada telah di fabrikasikan oleh pihak Kerajaan Amerika agar seluruh rakyat dunia mempercayai dakyah pembohongan mereka itu.
Mereka jelas tidak mempunyai sebarang bukti diatas setiap dakwaan yang dibuat, namun disebabkan kekuatan mereka menipu, semua orang percaya cerita yang mereka buat.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...